BAB8

Fanfiction Completed 5995

Suga terus membuka langkah seribu apabila pintu lif akhirnya terbuka. Sebaik sahaja dia sampai di pintu utama BigHit studio, dia mendengar jeritan salah seorang staff perempuan yang mungkin ingin pulang ke rumah.

" Noona! Kenapa? "

Suga segera mendapatkan staff tersebut. Wanita itu menujukan jarinya yang terketar ketar ke arah sekujur tubuh yang terbaring di atas tanah.

Otak Suga mula ligat mengecam identiti tubuh tersebut. " Andwae! Jeon Jungkook! "

Langkahnya dibuka laju menuju ke arah Jungkook yang masih separuh sedar. Kepala lelaki itu diangkat dan diletakkan di atas pahanya.

" Jungkook ah! Macam mana boleh jadi macam ni? " Kelam kabut dia bertanya namun Jungkook terkumat kamit sambil matanya tepat memandang atas ke sesuatu arah.

Suga yang mula curiga terus memandang ke arah yang sama. Ah tidak! Jungkook diheret hingga dicampak ke luar tingkap hingga pecah ke bawah dari tingkat tiga? Suga benar benar hairan siapa yang punya angkara kejadian itu.

Namun matanya tidak lama tertancap ke arah tingkap yang pecah, tetapi ada seseorang yang berdiri di situ.

" Geu yeoja.. " Suga menggigit bibirnya. Geram.

" Noona! Telefon ambulans cepat. Call manager hyung dan teman Jungkook sampai hospital. Saya ada sesuatu nak buat. " Suga memanggil staff wanita itu dan mendengarkan arahan Suga, dia lantas menelefon ambulans.

" Jungkook ah, kau dengar sini. Kalau ahli yang lain datang jumpa kau, jangan cerita apa apa. Biar hyung yang ceritakan. Faham? Sekarang kau tahan sekejap je. Ambulans akan datang. " Suga menanggalkan hoodienya, membiarkan tshirt nipis menyarung tubuhnya sekarang. Hoodienya yang tebal itu dilipat lalu diletakkan di bawah kepala Jungkook.

Selepas memastikan keadaan Jungkook sedikit baik, Suga lantas berlari masuk ke dalam bangunan itu. Malangnya, suasana gelap ekoran elektrik yang terputus sebaik sahaja dia masuk semula ke situ.

" Kau ingat gelap macam ni, aku tak dapat jumpa kau? " Suga tersenyum sinis dan segera berlari menaiki tangga menuju ke tingkat tiga.

Lorong tersebut gelap tanpa sebarang cahaya. Hanya lampu luar yang menerobos masuk namun tidak dapat mencerahkan seluruh ruang atas faktor jarak.

" Cis, hilang. " Suga mengejek dan langkahnya diperlahankan.

" Kau siapa, perempuan? Disebabkan kau Jungkook cedera! Apa salah dia pada kau? " suara jeritan Suga bergema di ruangan itu.

" Kamu semua yang salah! Aku dah bersumpah! Dan kamu semua dah hidupkan sumpah tu! "

Suga agak terkejut dengan balasan soalannya. Suara seorang wanita masih bergema di telinga. Suga memerhatikan sekelilingnya namun dia masih belum melihat sesiapa.

" Siapa kau? Keluar! "

" Hyung! Suga hyung! "

Pantas Suga berpaling melihat ke arah suara yang telah memanggilnya. Riaknya berubah terkejut apabila menyedari Jungkook yang berdiri di hujung lorong.

" Jungkook ah! Kenapa naik ke sini? Hyung dah cakap tunggu ambulans datang! " Suga agak bengang dengan tindakan maknae kumpulannya itu.

" Jungkook takut. Teman Jungkook balik, hyung. Jungkook nak balik! " Jungkook merintih dengan harapan Suga menolongnya.

Suga tanpa berfikir panjang terus berlari ke arah Jungkook. Dia harus bertanggungjawab untuk menjaga ahli termuda itu. Namun hanya beberapa meter sahaja lagi, Jungkook yang berdiri itu terus berubah menjadi seorang wanita dengan tawanya yang kuat.

Suga yang tidak sempat memberhentikan langkahnya, perutnya ditikam dengan sebilah pisau yang dipegang wanita misteri itu.

" Ah tak guna.. "

Suga memegang perutnya sebelum jatuh terbaring di lantai. Benda terakhir yang dilihatnya malam itu adalah seorang wanita yang memandangnya tajam sambil perlahan lahan menghilang.

Dan pandangannya gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience