BAB3

Fanfiction Completed 5995

Ada sesuatu di katil sebelah kanan. Sesuatu yang dilabel sebagai makhluk yang dipanggil manusia. Manusia yang sedang termenung. Entah apa yang dimenungkan. Tambahan lagi, makhluk itu adalah JHope.

Jhope memandang rakan sebiliknya iaitu Jimin yang sudah tidur. Entah kenapa dia tidak dapat melelapkan mata tetapi dia mengantuk.

Dia lantas mengambil keputusan untuk menonton televisyen. Agaknya manager pun sudah tidur. Tak perlulah dia mendengar bebelan manager hyung yang mengalahkan nenek di pasar.

Alat kawalan jauh dicapai dan butang buka ditekan. Sesaat kemudian, tv pun terpasang.

" Oh ada jugak Running man malam buta macam ni? " Tanya Jhope sendirian.

Dia sengaja tidak buka lampu kerana hal itu akan mengejutkan member yang lain. Jadi malam itu Jhope diterangi dengan lampu tv sahaja.

" Ah bosannya. " keluh Jhope kerana acara tv itu tidak dapat menarik minatnya saat itu.

" Panas.. "

Lantas Jhope berpusing ke belakang. Dia yakin telinganya tidak silap dengar. Ada seseorang yang berbisik panas sebentar tadi.

Eh sekejap , rasanya dia pernah dengar suara ini sebelum ni. Oh ya! Semasa dia mengemas di bilik tarian.

Serentak itu Jhope teringat akan sesuatu. Dia ada mengambil sesuatu tadi. Iya Tape!

Jhope lalu masuk ke biliknya semula. Beg sandangnya dicapai sebelum mengeluarkan sesuatu .

Tape yang dilabel dengan perkataan 'RAIN' itu dipandang lagi . Nampak usang dan dia pasti tape ini sudah dibiarkan beberapa tahun yang lepas .

Suis alat pemain tape dibuka. Jhope memasukkan tape di tempat yang sepatutnya dan hanya menunggu rakaman tape itu bermula.

Pada awalnya, skrin televisyen hanya kosong sebelum bunyi seperti hujan turun kedengaran . Namun Jhope masih belum melihat apa-apa.

Bunyi hujan turun berlarutan dalam 45 saat sebelum suara perempuan bernyanyi pula muncul .

Skrin mula menunjukkan sebatang jalan raya yang hanya diterangi satu lampu jalan . Jhope akui yang dia mula rasa seram sejuk.

" Biga oneun jiteun saek seoul geu wie. "

Suara seorang perempuan lembut menyanyikan bait ayat itu sebelum diam sebentar dan digantikan bunyi hujan yang turun .

Jhope mengamati skrin yang masih menunjukkan sebatang jalan itu . Baru Jhope perasan yang hujung di bawah sebelah kiri, skrin kelihatan retak. Seperti kamera yang jatuh ke lantai .

" Jeo biga geuchyeo goin mul wie bichyeojin. "

Suara nyanyian itu kembali kedengaran . Lembut tetapi agak menyeramkan.

Mata Jhope masih memandang skrin yang sudah agak kabur kerana hujan yang turun dan menitis di skrin kamera .

Ada sesuatu yang bergerak. Seperti terjatuh dari atas .

Puas Jhope mengamati benda itu dan ..

Oh payung .

Suara nyanyian kembali kedengaran tetapi kali ini agak panjang sedikit .

" Biga oneun jiteun saek seoul geu wie
yeojeonhi jam mot iruneun naega heuryeojine
Jeo biga geuchyeo goin mul wie bichyeojin
oneulttara deo chorahan naega geuryeojine. "

Setelah mendengar suara itu menyanyi dengan melodi yang perlahan , Jhope tertarik dengan lagu itu . Dia terfikir mahu mendengarkan lagu ini pada member yang lain .

" Na i biga meojeodo
gureumi geotyeodo
udukeoni seo isseo
i moseup geudaero ~
Amu maldo anheun chae
sesangeul naeryeodabwa
geogin areumdapji
motan naega nal bogo isseo ~ "

Nyanyian rangkap terakhir itu agak mempersonakan Jhope . Siapalah yang menulis dan komposer lagu ini ? Jhope sudah berangan yang dia mahu memberi rangkap terakhir pada Jimin kerana melodinya agak tinggi .

Kedengaran lagi suara perempuan mendayu dayu .

" In this rain.. "

" In this rain.. "

Suaranya memang kedengaran seram apabila menyanyikan melodi perlahan seperti balada . Jhope terpikat dengam lagu itu .

Bunyi tapak kaki terhenjut henjut dan percikan air hujan yang bertakung kedengaran sebelum kamera diangkat dengan tangan seseorang .

Lama kamera yang merakam untuk tape itu dipegang . Sampai Jhope naik bosan lalu tape itu ditutup sebelum dikeluarkan dari dalam soket alat pemain tape .

Jhope tersenyum memandang tape yang berlabel "RAIN" itu . Mungkin dia akan mencadangkan untuk mengambil dan mengubah lagu tersebut untuk dijadikan tracklist comeback kumpulan mereka .

Lagu itu kedengaran balada . Tetapi dia yakin nanti Suga dan Rapmon akan menulis rangkap Rap untuk lagu itu .

Dan .. ya . Pasti Jhope tidak tahu bahawa dia bakal meletakkan diri mereka dalam kesusahan yang menanti mereka .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience