BAB1

Fanfiction Completed 5995

"Chukkahae. Perform you all terbaik lah malam ni !" Jerit salah seorang staff apabila beberapa jejaka yang berpeluh memasuki waiting room yang disediakan khas untuk mereka.

Lelaki yang disebutkan ialah Bangtan Boys atau lebih senang disebut BTS. Mereka masih cuba untuk tersenyum dan bersorak bersama staff yang lain sempena kejayaan mereka mengadakan konsert di Malaysia.

"Daebak. ARMY kat Malaysia memang terbaik. Tak sia sia kita penat penat perform atas pentas." Luah Rapmon sebagai seorang leader. Satu helai tisu diselitkan di bawah rambut bangnya.

"Ne. Aku perasan Jimin paling ramai peminat. Barisan depan tu hampir semua pegang poster Jimin. Untunglah ~" Jin menepuk bahu lelaki disebelahnya, Jimin.

"Alah untung apa. Kita semua ada fans. Atau lebih tepat lagi BTS. Kadang kadang yang duduk barisan depan depan tu nak tengok chocolate bar aku lah tu." Kata Jimin sambil mengangkat keningnya.

"Haah la kau. Untunglah Jimin hyung ada abs." Jungkook bersuara.

"Macam lah kau tak ada abs."

"Tak. Dah hilang." Balas Jungkook lalu bangun mendapatkan telefonnya yang tiba tiba berdering minta diangkat. Butang hijau diseret ke kanan sebelum melekapkan gajet itu di telinga kanannya.

/On Call/
"Yeoboseyo. Pdnim!" Jungkook menyapa.

"Jungkook ah. Esok you all balik ke Korea kan?" -Pdnim.

"Ne, Pdnim. Kenapa?"

"Tak ada apa yang penting sangat pun. Saya cuma nak inform perkara ni. Esok kalau kamu semua dah balik ke Korea, terus ke Syarikat lepas hantar barang ke dorm. Saya nak suruh kamu dengan member kemaskan bilik latihan tarian kat tingkat empat tu. Memandangkan saya ada tugasan kat luar, jadi saya inform awal awal." -Pdnim.

"Oh? Kenapa nak kena kemas pulak Pdnim? Bilik latihan kami yang selalu guna tu ada kan. " Jungkook menyoal.

"Bilik latihan yang kamu guna tu ada masalah. Esok ade proses pembaikan. Ambil masa jugak tu. Jadi kamu kena pindah dulu kat tingkat empat tu." -Pdnim.

"Ah~ arraseo Pdnim. Nanti saya inform dekat member lain."

"Ya. And tahniah atas kejayaan konsert tu."-Pdnim.

"Kamsahamnida, Pdnim!"

"Ne."

Talian diputuskan.

"Kenapa Jungkook? Pdnim telefon ada benda penting ke?" V menyoal sebaik sahaja Jungkook melangkah mendekati mereka semula.

"Tak penting sangat pun. Just dia pesan suruh kemas bilik latihan kat tingkat empat tu. Itu je." Jungkook berkata dan mengundang tanda tanya para member sekali lagi.

"Apasal pulak?"

"Hmm dia cakap bilik latihan yang kita selalu guna kat tingkat tiga tu ada masalah. Esok baru nak repair problem tu. Pdnim kata ambik masa lama jugak. Jadi kita kena guna bilik latihan tingkat empat buat sementara waktu ni." Terang Jungkook membuatkan yang lain terangguk angguk.

"Eh jap. Tingkat empat? Bilik latihan yang dah lama tak bukak tu ke?" Jhope menyoal mengejut. Matanya membulat memandang ahli ahli yang lain.

"Yelah. Yang tu je lah dah lama tak bukak. Bilik latihan tingkat empat." Jawab Rapmon laju.

"Uish dah tak ada bilik lain ke? Bilik tu dah lah lama tak bukak. Menakutkan lah pulak dengar." Jhope menggosok gosok tengkuknya.

"Entahlah. Tak apa lah. Janji ada tempat nak practice. Lagipun aku pernah dengar bilik latihan tu yang paling besar kat syarikat." Seokjin menyandarkan tubuhnya sebaik sahaja habis berkata.

"Oh. Paling besar? Habis tu kenapa tak bukak sejak dulu? Kalau ada masalah sistem audio ke, lampu ke apa ke takkan Pdnim nak suruh guna pulak kan." V menarik muka pelik.

"Tapi aku pernah dengar cerita, ada kes--"

"BTS! Lekas makan. Makanan dah disediakan kat meja tu. Lepas tu kita balik hotel, kemas barang and tidur. Palli palli." Belum sempat Jimin menghabiskan kata katanya, manager mereka memotong.

"Ne, ne arraseo."

Mereka bangun dan bergerak ke meja yang sudah terhidang pelbagai jenis makanan. Sememangnya perut mereka sudah berkeroncong sejak atas pentas tadi lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience