Jimin memejamkan matanya yang terasa semakin berat sambil membiarkan jurusoleknya meratakan bedak di kulit muka. Masa untuk mereka mengadakan persembahan di Music Bank itu masih ada 1 jam lagi.
Tetapi kali ini mereka akan melakukan persembahan tanpa Jungkook dan Suga.
" Noona, dalam 20 minit macam tu, kejutkan saya kalau saya betul betul tertidur." Pesan Jimin dan tanpa menunggu balasan daripada jurusoleknya, dia menutup mata semula.
"Mati lah kau! " Terus Jimin terbangun akibat sergahan seseorang di telinganya sebentar tadi. Jurusoleknya juga terperanjat atas kelakuan tiba tiba Jimin itu.
"Jimin ah. Okay ke? Belum 20 minit lagipun." Tegur jurusolek itu sambil meletakkan alat solek di tempat asalnya.
"Okay je. Tadi siapa yang jerit kat telinga saya tadi?" soal Jimin cuba mengambil tahu.
"Jerit? Masa bila pula ada orang menjerit ni? Tak ada sesiapa pun. Jimin sendiri yang tiba tiba terbangun. Perasaan Jimin aje kut sebab penat sangat." Kata jurusolek cuba menyedapkan hati lelaki itu.
Jimin mengangguk perlahan. Membiarkan perkara itu sebagai khayalannya sahaja. Dia menyambung menutup matanya sekali lagi. Dia perlukan rehat sebelum menari segila gilanya di pentas sebentar nanti.
Jhope, Rapmon, Seokjin dan Taehyung sedang melakukan pemanasan badan sebelum melangkah ke pentas. Namun pemanasan yang dilakukan memanaskan hati mereka sekali kerana terlihat Jimin yang masih enak tidur di meja solek.
"Kau pergi kejut dia, Tae. Jangan bagi aku yang kejut dia, takut kita berempat pulak yang terpaksa buat persembahan. " Seokjin mnyuruh seraya kata katanya berbaur amaran.
Taehyung yang mendengar menurut perintah. Jimin yang masih lena didekati dengan semangat wajanya. Lantas telinga Jimin dipulas sehinggakan lelaki itu terbangun dan menjerit jerit meminta tolong.
" Sakitlah ,Tae! Kut ya pun kejutlah aku dengan penuh kasih sayang!" bebel Jimin sambil mengusap usap telinganya yang memerah akibat pulasan Taehyung.
"Tak ada masa aku nak berkasih sayang dalam mengejutkan Park Jimin." Balas Taehyung kembali ke tempat tadi. Jimin yang sudah bangun turut menyertai yang lain dalam memanaskan badan.
"BTS, boleh siap sedia dah untuk perakaman. Naik ke pentas dalam masa 5 minit ya?" seorang staff perakaman datang bersuara. Dia kembali terkejar kejar ke tempat belakang pentas.
Mereka yang mendengarkan arahan itu segera melangkah ke arah belakang pentas. Suasana sekeliling agak suram dengan cahaya kamera yang sedikit malap. Namun keadaan yang agak gelap itu bukan penghalang untuk Jimin ternampak seseorang yang meyerupai wanita bergaun pendek putih serta jaket jean di celah celah staff kamera.
Walaupun orang ramai di situ, Jimin perasan yang gadis itu seolah olah tidak dapat dilihat oleh orang lain melainkan dirinya sendiri. Tambahan lagi, dia mendapati gadis itu tepat memandang ke arahnya.
"Okay, guys. Boleh naik sekarang." Arah salah seorang staff dan mereka melangkah naik ke pentas. Serentak itu riuhlah studio dengan jeritan para peminat.
Dalam beberapa saat, musik 'Danger' bergema selari dengan jeritan peminat dan BTS mula menari mengikut rentak. Latihan yang sudah dilakukan tanpa Jungkook dan Suga memudahkan mereka bergerak mencari tempat.
Namun, hanya Jimin yang seperti tidak fokus kepada tarian dan nyanyiannya.
"Yah Jimin! Fokus!" Rapmon yang berselisih dengan Jimin saat menukar tempat sempat bersuara.
Jimin mendengarnya namun dia tidak dapat membuat apa yang dipesan. Matanya dan fokusnya terganggu apabila dia mendapati gadis yang dilihatnya di belakang pentas tadi ada di antara peminat peminat yang riuh menjerit.
Jimin tahu itu bukan peminatnya kerana wajahnya pucat dan asyik merenung tajam seraya berdiri tegak tanpa bergerak.
"Jimin oppa! Hwaiting!" jeritan peminat yang berada di barisan hadapan agak menyedarkan Jimin.
Persembahan 'Danger' habis dan pentas digelapkan. Sejurus kemudian, pentas kembali terang dengan melodi 'Rain' berkumandang.
"Eh? Kita tak perform lagu ni kan?" Seokjin yang sedikit cuak segera berbisik.
"Ya. Ni mesti ada kesalahan teknikal ni. Takpalah, kita perform je." Taehyung segera mengambil tempat. Bersiap sedia menyanyikan lagu seterusnya.
Peminat sedikit teruja dan sekali lagi menjerit seronok. Namun, keseronokan itu digantikan dengan kekejutan yang tak disangka apabila di pertengahan lagu, salah satu lampu yang tergantung di atas terjatuh dan menghempap seseorang.
Lebih mengejutkan, seseorang yang dihempap itu ialah Park Jimin! Sekali lagi pentas riuh dengan melodi 'Rain' yang masih berkumandang. Jimin terbaring separuh sedar. Matanya sempat menangkap gadis bergaun putih tadi yang masih merenungnya tajam sebelum dia tidak sedarkan diri.
Share this novel