Hampir kesemua laman sosial heboh dengan berita tergempar mengenai tragedi yang menimpa kumpulan penyanyi terkenal itu. Masyarakat atau lebih lebih lagi kelab peminat, ARMY dikejutkan dengan berita dua ahli BTS yang dimasukkan ke hospital malam tadi.
Jungkook yang cedera ringan ditempatkan di wad biasa namun masih belum sedarkan diri. Manakala Suga ditempatkan di ICU akibat cederanya yang agak teruk di bahagian perut.
" Macam mana boleh jadi macam ni? Aku risau lah. " Rapmon mengusutkan rambutnya. Dia melepaskan duduk di birai katil Jungkook.
" Aku tak tahu. Bila Jungkook sedar, kita boleh tanya dia. Tapi tadi, Yoon Noona ada bagitahu yang Jungkook terjatuh dari tingkat tiga. Sampai tingkap pecah sebelum dia terjatuh tu. " Taehyung membuka cerita yang didengarinya tadi.
" Aku rasa angkara dia. "
Semua mata terarah ke arah Jhope. Agak kurang mendapat idea tentang apa yang cuba disampaikan oleh lelaki yang baru pulih dari demam itu.
" Siapa 'dia' ?" Soal Seokjin mewakili yang lain.
Jhope langsung senyap. Tidak menjawab dan menghiraukan sahaja soalan Seokjin tadi. Matanya masih tertumpu ke arah Jungkook yang sedang terbaring.
" Yah Jhope. Kau ni macam ada sesuatu yang kau sorokkan. Ada masalah ke kalau kongsi dengan kami? " Jimin membuka suara memecah kesunyian.
" Yah cakaplah sesuatu. " Desak Jimin apabila kata katanya juga dihiraukan Jhope.
" Biarlah dia, Jimin. Mungkin satu hari nanti baru sesuai dia akan cakap dengan kita. " Ujar Taehyung pula. Bahu Jimin ditepuk tepuk perlahan.
Suasana kembali senyap. Hanya bunyi air cond yang menemani. Manager mereka belum sampai untuk mengiringi mereka pulang kerana ramai peminat sedang mengadakan perhimpunan di pekarangan hospital.
" Mana manager hyung ni? "
" Dia kan pergi ambil barang Suga kat studio dia. Kejap lagi sampailah. " balas Rapmon sambil tangannya ligat membelek telefon bimbitnya.
Selepas beberapa minit, telefonnya mendapat panggilan. Rapmon sedikit pelik kerana tiba tiba sahaja panggilan daripada jurusolek mereka diterimanya. Segera panggilan dijawab.
" Ne, annyeonghaseyo, noona. "
" Rapmon ah! Manager kamu sekarang dihantar ke hospital. Tiba tiba sahaja kami jumpa dia pengsan saat pintu lif terbuka di tingkat bawah. " terdengar suara cemas di corong telefon.
Rapmon terbangun akibat terlalu terkejut. " Ne, noona. Terima kasih bagitahu. " panggilan ditamatkan.
" Yah! Manager hyung masuk hospital! "
" Apa?! "
Share this novel