BAB14

Fanfiction Completed 5995

Jhope, Rapmon dan Seokjin masing masing tertunduk di tepi katil yang menempatkan Taehyung. Lelaki itu sudah sedar sebentar tadi namun tertidur semula atas kesan sampingan ubat.

Sedari tadi, Jhope memerhatikan kesan cekikan di leher Taehyung. Oleh itu, sekali lagi para peminat mereka kecoh dengan ahli seterusnya pula dihospitalkan.

Syarikat yang mereka bernaung juga, BigHit Entertainment menerima banyak panggilan daripada wartawan dan wakil akhbar yang ingin mengetahui kisah sebenar dan berita lanjut.

“Aku tak sempat tanya Taehyung apa yang dah jadi semalam.” Kesal Seokjin kerana dia terlupa menyoal Taehyung sewaktu dia sedarkan diri sekejap tadi.

“Biarlah dia rehat dulu, hyung. Sekarang ni kita balik dulu. Ataupun, kita lawat Jungkook, Suga dan Jimin sekejap.” Cadang Rapmon.

“Rasanya tak payahlah. Kita balik dululah. “ Jhope bersuara dan mereka bersetuju.

Lalu mereka keluar dari wad yang menempatkan Taehyung.

***

Rapmon mengeluarkan sebungkus nugget dari dalam peti sejuk untuk digoreng kerana perutnya lapar. Hendak masak lauk, dia kurang mahir.

Malam itu, dia terpaksa masak seorang diri memandangkan Jhope dan Seokjin keluar membeli barang. Minyak masak diisi dan dia hanya perlu menunggu minyak panas sepenuhnya. Dia mengetuk sudip di tempat rawak sehingga menghasilkan melodi yang tidak terarah.

Selepas memastikan minyak panas, Rapmon melepaskan beberapa ketul nugget terlebih dahulu.

“Waktu bila yang nak kena angkat?” soal Rapmon sendiri kerana kurang pasti bagaimana rupanya nugget apabila sudah masak di dalam kuali.

“Tak apa, dah hitam sikit aku angkat.” Kata Rapmon akhirnya membuat andaian dan keputusannya sendiri.

Beberapa saat kemudian, terdengar bunyi loceng di pintu rumah. Rapmon lantas meletakkan sudip sebelum berlarian menuju ke arah pintu. Tombol ditarik namun tiada sesiapa sebaik sahaja pintu dibuka. Melainkan Rapmon dapat merasakan angin yang sedikit kuat menerpa mengena kulitnya.
“Yah Seokjin hyung, Jhope! Tak payah nak main main lah. Malam ni kau orang tidur luar. Bye!” Rapmon menarik muka masam lalu menutup semula pintu.

Dia kembali berlarian ke dapur dan mendapati nuggetnya sudah masak.

“Jjan jjan jjan~” Rapmon dengan rasa teruja segera mengangkat dan menapis minyak sebelum menempatkan nuggetnya ke dalam pinggan. Dia lantas meletakkan pinggan nugget itu di tepi dan bertindak menutup gas.

Dia berpusing ke belakang untuk mengambil sos, namun langkahnya terhenti. Dihadapanya berdiri seorang gadis bergaun pendek putih serta jaket jeans di tubuhnya. Rambutnya yang panjang paras pinggang sedikit menutup kulit wajahnya yang seakan terbakar.

Rapmon tercengang tanpa dapat membuat apa apa. “Macam mana kau boleh masuk rumah ni? Siapa kau?” soal Rapmon dengan sedikit getaran pada suaranya.

“Rain.” Sebut gadis itu sepatah.

Namun, Rapmon tidak dapat menangkap dengan jelas apa yang telah dicakapkan oleh gadis misteri itu.

Setelah itu, gadis tersebut melangkah ke hadapan dengan perlahan dan serentak itu juga Rapmon berundur ke belakang. Risau diapa apakan.

Bahagian belakang Rapmon sudah mengena dapur gas, itu bermakna dia tidak dapat berundur lebih lagi ke belakang. Serentak itu, sesuatu yang berat jatuh dari atas cabinet dapur tepat mengena kepalanya.

Lalu Rapmon jatuh terbaring di atas lantai. Rapmon sedikit gelabah. Dia ingin melarikan diri namun tidak berjaya akibat kepalanya yang mula sakit dihempap barang berat sebentar tadi.

Rapmon dapat melihat gadis misteri itu tersenyum lebar memandangnya. Tiba tiba, kuali yang berisi minyak panas perlahan lahan bergerak dan Rapmon dapat merasakan apa yang bakal terjadi. Belum sempat dia menjauhkan diri, kuali berisi minyak panas itu jatuh mengena tubuhnya. Rapmon terjerit jerit apabila kulitnya terasa pedih dan sakit.

Beberapa minit kemudian, keadaan Rapmon semakin lemah sehingga dia jatuh pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience