Malam itu, Taehyung tidak dapat melelapkan matanya walaupun jarum jam sudah menunjukkan jam 1 pagi. Rakan sebiliknya tidak ada kerana dimasukkan ke hospital iaitu Jungkook. Itu membuatkan dia semakin bosan.
Suasana yang gelap tadi diterangi dengan cahaya malap lampu meja yang dibuka Taehyung. Dia bangun dari pembaringan dan duduk dengan pandangan yang kosong. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuatnya sekarang.
Bunyi hujan lebat yang masih belum reda dari tadi agak menenangkan. Taehyung melihat kearah tingkapnya, cahaya kilat terlihat seketika. Menandakan hujan akan semakin lebat.
Tidak semena mena, bunyi hujan di luar diselang selikan dengan bunyi ketukan di pintu bilik Taehyung. Dia dapat menangkap bunyi tersebut dengan jelas kerana kedudukan katilnya tidaklah jauh mana dengan pintu.
“Siapa? Jhope hyung ke?” Taehyung bersuara namun soalannya tidk berbalas. Serentak itu juga ketukan di pintunya berhenti.
Mungkin Janggut, si anjing milik Seokjin.
Taehyung cuba berfikiran positif. Memandangkan matanya masih segar bak sayur salad, dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja lampu. Akaun twitter milik kumpulan mereka dibuka. Banyak komen yang masih belum dibaca oleh para peminat.
Sedang dia membelek akaun twitter tersebut, setitik cecair jatuh tepat ke atas pipi Taehyung yang berbaring. Taehyung mengesatnya dan mendapati itu cuma air.
“Atap bilik aku bocor ke?” soal Taehyung sendirian sambil mendongak memandang atapnya. Serentak itu, lampu mejanya terpadam membuatkan biliknya kembali gelap gelita.
Hanya berbekalkan lampu dari skrin telefonnya, Taehyung menghalakan cahaya kearah lampu meja. Namun, skrin telefonnya juga menjadi gelap tiba tiba.
Taehyung sedikit cuak. Biliknya gelap gelita tanpa sebarang cahaya. Tiba tiba kilat menyambar, cahaya yang dihasilkan oleh kilat yang berselang seli itu sedikit sebanyak memberi sumber cahaya melalui tingkap.
Itu masih belum menyeramkan Taehyung, apa yang dibimbanginya adalah seakan figura manusia berdiri di tingkapnya setiap kali cahaya kilat menyambar.
Taehyung tahu itu bukan manusia dan dia kini berada dalam bahaya. Bayangan manusia yang kelihatan setiap kali cahaya kilat itu semakin hampir dengan katilnya. Taehyung menggenggam selimutnya.
“Kau siapa? Tolong.. tolong pergi dari sini. Jj-jangan ganggu aku.” Suara Taehyung terketar ketar.
Dalam melawan ketakutannya, Taehyung masih berusaha menghidupkan telefon bimbitnya. Berkali kali dia menampar nampar telefonnya dan akhirnya gajet itu menyala.
Serentak itu, Taehyung melihat wajah seorang gadis dengan kulit 90% terbakar betul betul di hadapannya. Telefonnya tercampak hingga jatuh ke bawah katil.
Dalam kegelapan itu, Taehyung terasa lehernya dicekik seseorang. Taehyung tercungap cungap sambil menarik tangan sejuk yang memegang lehernya. Beberapa saat kemudian, Taehyung pengsan akibat kelemasan.
Share this novel