BAB17

Fanfiction Completed 5995

Jhope membuka matanya perlahan apabila tidurnya terganggu oleh suara gelak ketawa yang dihasilkan oleh sekumpulan gadis. Dia lantas menegakkan kepala apabila dihadapannya terdapat enam orang gadis yang sedang berbual.

“Err, macam mana ya saya boleh ada kat sini?” Jhope memberanikan diri bertanya pada salah seorang gadis di situ namun suaranya seolah olah tidak dapat didengari oleh mereka.

Jhope cuba pula untuk mencuit bahu gadis itu namun ianya seperti kabus, tangannya menembus. Jhope berundur ke belakang, dia mula dapat merasakan ada sesuatu yang ingin disampaikan sehingga dia tersedar di dalam mimpinya sendiri.

Dia segera duduk dan memerhatikan kawasan sekelilingnya. Suasana di dalam sebuah bilik latihan tarian. Oh sudah tentu ini salah satu bilik di syarikat rakaman.

Tiba tiba pintu bilik latihan itu dibuka dari luar. Muncullah seorang perempuan lewat 40-an bersama seorang gadis cantik berbaju gaun pendek putih dengan jaket jeans di sebelahnya. Melihatkan itu, Jhope segera berdiri.

“Pdnim, annyeonghaseyo.” Enam orang gadis yang sedang bersembang tadi juga lantas bangun dan menunduk hormat.

“Ne. erm, Soeun, Jiyoon, Eunhye, Shinae, Minhee dan Hyunra, dengar sini baik baik ya? Sebelah saya ni, Hyomi. Anak saudara saya. Mulai sekarang, dia akan join group kamu semua dan akan debut sekali. Ni bermakna kumpulan bertambah ahli menjadi tujuh orang. Saya harap kamu semua akan dapat membantu. Dan Hyomi jugalah yang akan menjadi leader disebabkan pengalamannya jalani latihan bertahun tahun di syarikat lain, dan berpengalaman mencipta lagu. Dah banyak tau artis tempatan kita ni beli lagu dari dia. So, harap semuanya akan menjadi baik.” Wanita lewat 40-an itu bersuara. Jhope melihat Hyomi tersenyum seraya menunduk hormat namun Jhope juga perasan akan wajah tidak senang enam orang gadis tadi.

“Tt-tapi Pdnim, kami memang dah sedia dengan enam orang ahli sahaja. Lagipun, Pdnim kata Eunhye akan jadi leader. Kenapa dia yang baru masuk tiba tiba jadi leader?” bantah Soeun dengan nada yang kurang berpuas hati. Eunhye di sebelahnya Cuma tertunduk.

“Macam yang saya bagitahu dulu dan itu Cuma cadangan , Eunhye mungkin berbakat. Dia pun pandai jaga kebajikan kumpulan kamu. Tapi dia tak berpengalaman. Bakatnya Cuma disekat sampai skill nyanyian dan tariannya. Tapi tak mahu kembangkan bakat dalam ciptaan lagu dan sebagainya. Orang yang banyak pengalaman lah paling sesuai pimpinkan sebuah kumpulan tu.” Wanita yang dikenali sebagai Pdnim itu membalas. Kata kata di akhir ayatnya itu memaksudkan Hyomi yang masih berdiri di sebelahnya.

Enam orang gadis itu kelihatan masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh CEO mereka itu. Sejurus kemudian, wanita itu meminta diri dan menyuruh mereka saling berkenalan dengan Hyomi, anak saudaranya.

Jhope yang tidak mampu berbuat apa apa hanya melihat Hyomi yang sudah ditinggalkan bersama ahli kumpulan barunya itu.

“Annyeonghaseyo, Hyomi imnida. Saya harap kita dapat bekerjasama. Erm, saya akan pastikan yang saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ketua dengan—“

“Kau rasa kau layak?” Pintas seorang gadis berbaju merah bernama Shinae.

Hyomi kelihatan lantas terdiam. Matanya terkebil kebil memandang ahli ahli kumpulan itu. Terbit rasa ingin membantu di dalam hati Jhope.

“Berapa umur kau?” soal Minhee pula.

“20 tahun.” Lantas mereka tersenyum sinis.

“Wow. Kau tahu Eunhye unnie lebih tua dari kau. Dan aku, Jiyoon, Minhee, Shinae masing masing 23,dan Hyunra tetap maknae kumpulan. Tak sangka leader kita ni muda jugak.” Balas Soeun tiba tiba.

Hyomi hanya mengukirkan senyuman nipis. Dia sudah agak perkara ini akan berlaku. Sangkanya dia akan bertemu dengan ahli yang dapat menerimanya dengan baik dan hati yang terbuka. Ternyata sangkaanya silap. Kelakuan mereka amat lain daripada apa yang ibu saudaranya ceritakan.

“Saya minta maaf kalau kehadiran saya dalam kumpulan ni tak senangkan hati awak semua. Saya boleh minta pada Pdnim untuk tak letak saya pada posisi leader, tapi saya teringin untuk bekerjasama dengan kumpulan ni.” Kata Hyomi ikhlas.

“Kau ingat dapat? Kalau kau betul anak saudara perempuan tu, kau mesti tahu perangai dia. Kalau dia kata A, A lah jawapan dia. Apa keputusan yang dah keluar dari mulut perempuan tu, takkan dapat ubah.” Jiyoon agak meninggikan suara.

“Itu saya tak tahu pula.” Balas Hyomi dengan suara perlahan.

“Sekarang ni aku bagi kau 24 jam. Dalam masa 24 jam ni kau kena bagitahu ibu saudara kau tu yang kau tak nak sertai kumpulan ni. Kalau kau tak buat apa yang aku suruh, kau tahulah nasib kau macam mana nanti.” Eunhye yang merangkap ahli tertua di situ tiba tiba bersuara memberi amaran.

Hyomi tidak membalas melainkan meneruskan tundukkan kepalanya.

“Kau keluar sekarang. Aku bagi masa kau fikir.” Sambung Eunhye lagi.

Hyomi dengan berat hati berpusing ke belakang. Jhope terus bangun dan mengikuti langkah Hyomi meninggalkan enam orang gadis sombong tadi. Jhope sempat mengembangkan hidungnya ke arah muka Eunhye sebelum berlarian keluar mengikuti Hyomi.

Lama mengikuti, akhirnya mereka sampai di atas kawasan bumbung. Angin yang sedikit kencang menandakan hari akan hujan tidak lama lagi.

“Wah, hari yang tepat masanya.” Hyomi tersenyum lalu duduk sambil membuka zip beg sandangnya. Sebuah kamera dan satu fail yang berisi beberapa kertas dikeluarkan.

Jhope megambil tempat duduk menghadap gadis itu. Segala tingkah lakunya diperhatikan Jhope.

“Ca~ harap ianya akan datangkan kegembiraan.” Hyomi tersenyum kepada sehelai kertas bertulis yang kemudiannya diletakkan di atas fail.

Hyomi membuka kameranya dan dia lantas berdiri. Jhope memerhatikan kertas yang terpapar. Itu adalah lirik lagu dengan judulnya yang ditulis ‘Rain’.

Oh jadi, inilah dia!

Jhope juga dapat melihat satu tape yang sedikit terkeluar dari dalam beg Hyomi tertulis ‘Rain’. Mungkin Hyomi sudah merakamkan lagu dan melodi tersebut di dalam tape itu. Cuma akan dibuat sedikit perubahan dari semasa ke semasa.

Jhope mengalihkan pandangannya ke arah Hyomi pula. Gadis itu sedang membelek kameranya tidak jauh dari tempat duduk Jhope. Hyomi menekan butang rakam namun kameranya terlepas akibat sergahan seseorang di belakangnya.

Hyomi terkejut dengan keadaan yang tak diduganya itu dan lantas melihat ke bawah, kameranya terjatuh dan telah mendarat di atas jalan tar.

“Ah, unnie, terperanjat saya. Kamera saya jatuh ke bawah.” Hyomi memain jarinya.

“Aku benci kau.” Ucap Eunhye tiba tiba. Matanya tajam mencerlung kea rah gadis cantik bernama Hyomi itu. Kalau boleh, sekarang juga dia mahu membunuh gadis tersebut!

“Unnie..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience