BAB7

Fanfiction Completed 5995

Suga membetulkan sehelai kain basah yang sedia ada di atas dahi Jhope. Lelaki itu masih belum bangun dan menjamah sebarang makanan sejak dijumpai pengsan di lorong lif malam semalam.

Suga menggeleng perlahan lalu keluar dari bilik Jhope. Di pertengahan jalannya dia terjumpa Rapmon yang sedang mengelap rambutnya. Mungkin baru usai mandi.

" Hyung, Jhope dah bangun ke? " soal Rapmon sambil menyangkutkan tuala kecil di bahunya.

" Belumlah. Nanti kalau dia dah bangun, kau paksa dia makan. Hyung nak balik ke studio sekejap. " Ujar Suga lalu keluar tanpa menunggu balasan dari Rapmon.

Selepas beberapa minit, dia sampai ke studionya. Namun saat suis lampu studio ditekan dan ruang itu terang, Suga dikejutkan dengan beberapa helai kertas yang berterabur di atas lantai. Suga lantas menyumpah seranah ahli BTS yang mungkin sudah membuat sepah di studionya.

" Buat sepah pandai, kemas tak pandai! Aku hanger budak budak tu balik nanti. " Bebel Suga lalu merendahkan tubuhnya untuk mengutip kertas tersebut.

Namun, Suga agak terkejut apabila tangannya menyentuh kertas kertas itu. Semuanya basah bagaikan dibiarkan di tengah hujan.

" Ni mesti lepas dah tumpahkan air, jemur kat lantai . Bertuah sungguh la budak ni. " Suga memerhatikan kertas kertas yang sedang dipegangnya. Matanya sedikit terbuntang apabila menyedari kertas yang basah itu adalah lirik lirik lagu Rain.

" Macam macam lah. " Suga bangkit dan meletakkan kertas itu di tempat yang sepatutnya. Dia duduk menghadap komputernya sebelum suis buka ditekan dan komputernya mula menyala.

Hampir 5 minit menunggu, komputernya masih menunjukkan skrin putih yang kosong tanpa sebarang tulisan. Suga mula hilang sabar kerana ini kali pertama komputer di studionya berkelakuan begini.

" Dah kenapa ni? " Suga menggerakkan tetikus beberapa kali. Tidak cukup dengan itu papan kekunci turut ditekan secara rawak.

Tiba tiba satu tulisan muncul di hujung skrin. Font yang ditaip dengan tulisan merah itu diperhatikan Suga.

" In.. this.. rain. " Suga menyebut bait perkataan yang ada. Dia mula berasa lain macam lalu suis utama komputernya dicabut pantas. Namun skrin masih tetap menyala!

Sekali lagi satu tulisan muncul di tengah skrin.

" Lagu.. aku.. "

Suga meremang. Dia menggosok tengkuknya. Serta merta skrinnya terpadam dan menjadi gelap. Serentak itu juga Suga terlihat satu bayangan seseorang sedang berdiri melalui pantulan skrin komputernya.

" Siapa? " Mulutnya diberanikan untuk bersuara. Mengikut ketajaman matanya , figura yang sedang berdiri di belakangnya itu kelihatan seperti seorang gadis berbaju gaun pendek putih paras lutut serta jaket jean di tubuhnya. Rambutnya pula panjang paras pinggang dan dibiarkan lepas.

Suga menelan air liur namun terasa seperti tersekat. Dia berkira kira untuk menoleh ke belakang ataupun tidak.

" Siapa? Kalau aku bukan urusan kau, tolong pergi dari sini. " Suga masih memerhatikan figura itu melalui skrin komputer. Tindakan seseorang itu yang masih berdiri tidak bergerak agak mengurangkan rasa sabar dalam diri Suga. Lantas, dia berpusing menghadap makhluk tersebut.

Namun tiada sesiapa yang dapat dilihat. Suga mengeluh lega tetapi matanya dapat menangkap sesuatu di lantai.

Seperti bekas tapak seseorang berdiri yang basah.

" Hyung! "

Hampir terjatuh Suga dari kerusi yang didudukinya apabila seseorang merempuh pintu bilik studionya tanpa mengetuk terlebih dahulu. Wajah Jungkook dipandang gerama seraya dadanya diurut urut.

" Lain kali ketuk pintu dulu lah! Jangan sampai hyung lekatkan periuk Seokjin kat kepala kau. " Marah Suga namun dia merasakan Jungkook tidak mengambil kisah dengan amarannya itu. Lelaki itu lebih memandang sekeliling dengan wajah ketakutan.

" Kenapa ni, Jungkook? Hyung tengok kau macam tak okay? " Suga memandang Jungkook yang sudah duduk di satu lagi kerusi yang ada.

" Tolong Jungkook, hyung. Jungkook nak balik tapi tak jumpa jalan. " adu Jungkook dengan peluh yang mula menitik di dahi.

Suga naik hairan. Macam mana jalan tak jumpa sedangkan dah bertahun ulang alik di bangunan ini.

" Cuba kau jelas kat hyung. Hyung tak faham lah. "

" Ani, hyung! Kita kena keluar dari sini sekarang! Dia.. dia kejar Jungkook tadi. Jungkook tak jumpa pintu keluar atau lif pun! " Wajah Jungkook bertukar kemerahan. Dia memandang Suga mengharapkan pertolongan.

" Siapa yang kejar kau ni? Meh aku kejar dia balik. "

" Hyung! Tolonglah! Tolong hantar Jungkook balik! " suara Jungkook sedikit keras. Dia bangun dan Suga turut bangun.

Suga keluar dahulu dan diikuti Jungkook di belakangnya. Mereka berjalan ke arah kanan dimana sepatutnya ada sebuah lif di situ.

" Ini lif. Kau ni mengantuk sangat ni. " Suga menggeleng lalu menekan butang lif untuk turun kebawah. Pintu lif terbuka dan Suga memasuki perut lif dan menunggu Jungkook untuk masuk.

Tidak semena mena, hanya satu langkah lagi untuk dia masuk ke dalam lif, Jungkook bagaikan ditolak sehingga dia jatuh tertiarap. Tiba tiba kakinya ditarik sesuatu dan Jungkook diheret menjauhi lif.

" Andwae! Jungkook ah! " Suga terkejut yang amat sangat dan dia hendak berlari keluar untuk mengejar Jungkook, namun pintu lif laju tertutup.

Suga kelam kabut di dalam seorang diri. Butang untuk membuka pintu ditekan berkali kali namun ianya sia sia.
Apapun dia harus keluar secepat mungkin, Jungkook dalam bahaya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience