BAB 4

Romance Series 4844

Pagi tu aku datang awal sikit dari biasa. Terasa tekak haus pulak,aku pergi ke kantin dulu beli air botol. Lepastu baru aku menuju ke lif. Terdengar seseorang menegur aku dari belakang. Aku menoleh rupanya kak Ana yang panggil.

" Hai kak Ana."

"Hai Ayu, dari mana?"

" Dari kantin kak. Haus pulak tekak ni."

" Oh...Eh Ayu,bulan depan ada acara ulang tahun company. Ayu tau tak?" tanya kak Ana.

" Yeke,tak tahu pulak.Wajib pergi ke kak?"

" Wajiblah. Semua staf department kena hadir. Rugi tak datang ada cabutan bertuah, ada konsert,macam-macam lagilah. Hadiah suma eksklusif." lanjut kak ana lagi.

" Wah macam best je. Memang tiap-tiap tahun macam tu kak Ana?" tanyaku lagi sama-sama melangkah masuk ke dalam lif.

" Ye Ayu. Tiap-tiap tahun pun macam tu. Nanti pakai cantik-cantik. Ayu ni comel,mesti cantik kalau make up. Kulit Ayu pun bersih je. Mesti tak pernah pakai make upkan?" Puji kak Ana.

" Mana adalah kak, Ayu ni biasa je. Badan separuh lemak gini dia kata cantik. Mata akak dah ada katarak tu. Baik cepat pergi cek." Lanjutku merendah diri. Bukan merendah diri, tapi sedar diri.

" Hish budak ni. Orang kata betul- betul dia kata mata kita katarak pulak!" rajuk kak Ana. Pintu lif terbuka,kami pun beriringan keluar dan berpisah di tempat biasa.

Sampai di meja kerja aku,aku membuka fail kerja yang tertunda semalam. Terdengar suara abang Azman menyapa.

" Ayu. Boleh tolong abang Man tak?" tanyanya dengan muka cemas.

" Apa dia abang Man?"

" Tolong ganti abang untuk meeting pagi ni. Abang tak dapat hadir. Kejap lagi abang nak kena balik,ada masalah keluarga. Ayu tolong abang ye." Lanjutnya dengan muka kusut.

" Tapi bang Man, Ayukan orang baru. Kenapa tak suruh yang lain je. Ayu tak beranilah.Nanti apa kata dorang" Ha,risau. Apa ke hal pulak aku nak kena ganti dia.

" Abang dah tanya yang lain dah. Tapi dorang tak boleh.
Dorang ada kerja yang kena hantar pagi ni. Ayu pergi je nanti catitkan maklumat penting untuk abang. Abang dah maklum dekat Tuan Mikail." Ucap abang Man dengan penuh harap.

Aku tak boleh betullah kalau orang minta tolong. Hatiku yang mudah cair ni susah nak menolak.

"Ermm,okeylah tapi Ayu jadi pendengar jekan." Akhirnya aku mengalah.

" Okey thanks Ayu. Ni ada maklumat untuk produk yang akan di ulas dalam meeting nanti. Ayu baca dulu. Kalau ada pertanyaan nanti senang nak jawab. Meeting setengah jam lagi."

" Ha okey abang. Sama-sama."

Abang Azman pun bergegas keluar dari ruangan. Aku pun membaca satu persatu maklumat yang ada. Lima minit sebelum mesyuarat bermula, aku pun segera pergi ke bilik mesyuarat.

Sampai di bilik mesyuarat sudah ada dua tiga orang dari setiap department. Kemudian barulah yang lain menyusul. Selang beberapa minit, terlihat Tuan Mikail pengurus syarikat serta seorang lelaki yang membuatkan aku nak pitam mendadak. 'Kenapa dia ada jugak.' ucapku di dalam hati.

Tiba-tiba dalam bilik mesyuarat tu terasa panas. Tak tahulah sebab aircond rosak ke, sebab rasa gelisah dalam hati aku ni.Berpeluh-peluh aku di buatnya. Orang lain elok je.Aku cuba fokus dengan penerangan Encik Borhan selaku ketua bahagian analisis produk .Aku mencatit semua maklumat yang aku rasa penting.

Tak sengaja mata aku terpandang mamat di sebelah Tuan Mikail. Lagipun kami duduk berhadapan walaupun jauh. 'Dia tengah pndang siapa? Dia pandang aku ke?' Aku menoleh kiri kanan untuk memastikan, tetapi matanya sedikit pun tak bergerak. Ah,lantaklah. Tak fokus hidup aku.

"Okey semua dah fahamkan atas penerangan tadi. Sebelum saya tutup bilik mesyuarat kita hari ini, ada apa-apa soalan?" ujar Encik Borhan memandang kami satu per satu.

" Encik Mikail ada apa-apa nak di sampaikan?" Lanjutnya lagi.

"Ye saya ada satu pengumuman." Ucap Tuan Mikail sambil berdiri.

" Di sini saya ingin memperkenalkan CEO baru kita Tuan Amirul Haikal yang akan mengantikan Tuan Ahmad Sufian selepas acara ulang tahun syarikat kita nanti. Semoga kita semua mampu bekerja sama dengan beliau kelak. Sekian itu saja." Ucap Tuan Mikail dengan terang lagi jelas.

Apa CEO?? Matilah aku! Mata aku auto pandang ke arah Tuan Amirul. Dia tersenyum sinis seperti memberi isyarat bahaya untuk aku.

Melihat mereka semua satu persatu keluar dari ruangan, aku pun bangun untuk keluar. Tuan Mikail, Tuan Amirul dan Encik Borhan masih melanjutkan percakapan. Aku buka je pintu, Tuan Amirul memintas aku dulu dan berdiri di anjung pintu.

" Mikail, nanti mintak tolong technician cek aircond bilik ni. Macam kurang sejuk." Ujar Tuan Amirul di samping aku. Aku yang ada dekat dia rasa tersindir. ' Huh,Mengata akulah tu!' gerutuku di dalam hati.

" Eh! bos biar betul. Baru je minggu lepas technician servis aircond ni. Dah sejuk dah ni." Muka Tuan Mikail sampai berkerut memandang Tuan Amirul alias bakal CEO.

" Untuk kulit macam kamu mungkin dah sejuk,tapi untuk pekerja yang kulit tebal tak terasa sejuk lagi." Balasnya sambil mengerling ke arah aku. 'Ya Allah...kau ampunilah dosa-dosa yang bakal hambamu ini lakukan.' Geram aku dalam hati.

" Ehem! Maaf Tuan Amirul. Agak-agak lama lagi tak nak bincang pasal aircond ni? Kalau lama lagi bagi saya jalan dulu. Saya ada kerja nak buat ni." Tanyaku sambil memandang tepat di wajahnya.

" Kenapa?Awak nak pergi tandas ke? Kalau pergi tandas hati-hati, jangan sampai langgar orang. Syarikat tidak memberi insuran bagi pekerja yang cedera akibat langgar lari." lanjutnya lagi. Rasa terhenti nafas aku sekejap.Aku cuba tarik nafas dalam dan melemparkan senyuman yang paling manis.

"Tuan jangan risau, saya akan hati-hati. Terima kasih atas tegurannya. Tuan tolong tepi sikit boleh,saya nak lalu. Maaf, lemak saya ni tebal sikit jadi terpaksa ambik space lebih kalau nak lalu." Jawabku sambil tersengih. Tuan Amirul keluar dari pintu.Aku pun apa lagi ambik langkah seribu.

Jam rehat aku pergi melepak di meja kak Ana. Malas sangat nak turun kantin. Kebetulan kak Ana bawa kuih dia buat dari rumah. Aku pun apa lagi tumpang sekakilah.

" Kak, Ayu nak cerita sikit boleh?" tanyaku menelan sisa kuih.

" Tanya jela. Nak tanya apa?"

" Akak kenal tak Khairil yang satu dipartment dengan Ayu tu?"

" Khairil? Yang badan kurus tinggi tu ke?" Kak Ana bertanya balik sambil menyuap satu lagi kuih ke mulutnya.

" Aah. Yang tulah." Jawabku.

"Kenal-kenal gitu jela. Kenapa Ayu?"

Aku pun ceritalah pasal kes semalam. Kak Ana sampai menganga dengar cerita aku. Aku menyudahkan cerita dengan menyuap kuih yang terakhir. Sedap pulak kuih mak buyung ni. Yang iya, aku memang tengah lapar.hehehehe...

" Serius ke Ayu? Entah-entah dia suka kat Ayu tak?" tebaknya.

" Ish,akak ni. Takkanlah! Ayu kenal dia pun tak.Dia pun baru tegur Ayu semalam." Lanjutku.

" Alah Ayu ni, cinta pandang pertama. Itu pun tak tahu." Sahut kak Ana santai.

" Jangan merepeklah kak. Dia rapat dengan budak Tania tu. Tak naklah buat cerita nanti kalau dengar kat Tania tu dia salah sangka pulak." Kataku lagi.

" Tania tu je yang terhegeh-hegeh kat dia. Semua orang kat sini pun tahu." Ujar kak Ana dengan yakin.

" Kalau dia orang takde apa-apa hubungan takkan la Khairil elok je layan dia. Ah,lantaklah dia orang kak.Janji tak ganggu Ayu." lanjutku lagi.

" Betullah tu. Abaikan je. Tapi kalau dia nak ajak kawan apa salahnya. Ayu pun single. Comel lagi." kak Ana mencubit pipi aku yang gebu ni dengan penuh perasaan.

" Kak... Sakitlah pipi Ayu..." rengekku mengusap pipi.

Sejak kami duduk sama-sama di kantin haritu,aku dan kak Ana semakin rapat. Kak Jue kawan kak Ana pun selalu lepak dengan aku, kalau kami sama-sama makan kat kantin. Masa rehat dah nak habis. Aku pun beransur untuk pergi ke ruanganku.

Tepat pukul 5 petang aku pun bersiap-siap untuk pulang. Belum sempat masukkan telefon dalam beg tangan, telefon berbunyi. Aku tengok nama pemanggil ' Puan Siti Nurfatimah'. Aku segara angkat call dari mak aku.

" Hello,Assalamualaikum mak."

" Waalaikumsalam Manja! kamu dah nak gerak balikkan?" terdengar suara mak cemas.

" Aah mak, kenapa ni?!" Tanyaku melangkahkan kaki menuju ke lif.

" Angah! Angah tadi kena langgar dengan kereta. Sekarang dekat hospital besar." Jawab mak aku. Suaranya hampir menangis.

" Hah! Ya Allah... Okey, okey Manja terus pergi sana. Mak kat mana ni?" tanyaku dengan suara bergetar. Air mata tak dapat aku tahan sebab terlalu terkejut.

" Mak tengah on the way ni dengan Ayah. Nanti kalau kamu sampai dulu kamu telefon mak ye. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Aku pun mematikan panggilan. Pintu lif terbuka, aku nampak Tuan Amirul dan Tuan Mikail ada dalam tu. Aku dah tak peduli,sekarang aku nak cepat tengok adik aku. Pintu lif yang baru tertutup terbuka lagi, Khairil masuk berdiri di sebelah aku.

" Hai Ayu." Sapanya. Aku hanya diam takda niat nak balas sapaan dia. Sekarang ni aku hanya risau dengan keadaan adik aku. Sebab takda balasan dari aku,Khairil menoleh.

" Ayu kenapa?! Ayu sakit ke?!" Tanyanya cemas bila tengok muka aku yang basah dengan air mata.

Aku terus memalingkan pandangan dari Khairil sambil menggelengkan kepala. Khairil tak puas hati.

" Ayu kalau nak mintak tolong apa-apa bagitahu je saya. Itu pun kalau Awak tak keberatan." Lanjutnya.

" Eh,takda apa-apa. Hal kecik je. Saya okey." Kataku tak nak memanjangkan ucapannya.

Pintu lif pun terbuka, selepas beberapa orang keluar dari dalam lif baru aku melangkah keluar begitu jugak Khairil. Khairil masih setia berjalan beriringan di sebelah aku.Sepanjang menuju keluar Khairil hanya diam memerhatikan aku.Tiba-tiba dia buka suara.

" Ayu balik dengan bakal suami Ayu lagi ke?" Otak aku yang memang tak fokus terus bertanya balik kat dia.

" Hah! bakal suami?Siapa?!" Tanyaku dengan heran.

" Semalam bukannya Ayu kata bakal suami jemput ke?" dia bertanya hairan.

" Alamak!" Aku tutup mulut dengan tangan.

" Kenapa? ke semalam awak saja mainkan saya?!" Lanjutnya lagi.

Aku yang dah terlepas cakap terpaksalah jujur. Dah tau tak pandai menipu sibuk nak tipu orang. kan dah kantoi.Padan muka kau Ayu.

"Ermm,semalam saya takde maksud pun nak tipu awak. Tapi saya dah biasa cakap lepas,so terjadilah salah faham. Awak pun satu, girlfriend ada kat sebelah, duk sibuk tanya orang lain balik dengan siapa." Terangku panjang lebar. Taknak lah kan dia cop aku kaki penipu.

" Eh, siapa pulak girlfriend saya?" berkerut dahi dia pandang aku. Eh, mamat ni buat amnesia plak ke.

" Tanialah.Eh awak ni...Mentang-mentang awek dia takde terus amnesia."

Khairil tergelak sakan. Aku menganga pandang ekspresi dia bila aku cakap minah make up setalam tu awek dia. Dah kenapa pulak mamat ni? Terdengar notification masuk menandakan grab aku pesan dah sampai.

" Saya tak tahu lawaknya dari mana tapi saya tak boleh nak join awak gelak. Saya nak cepat ni, bakal suami saya dah sampai." terus aku melangkah meninggalkan Khairil.

Khairil mendadak berhenti tergelak. Dia pandang aku yang semakin menjauh.

" Ayu! Saya nak nombor phone awak! " Ucapnya lantang.

Besok-besoklah saya nak cepat ni!" Jawabku dengan sedikit menjerit. Aku langsung naik grab menuju ke Hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience