BAB 14

Romance Series 4844

Hubungan aku dan Khairil semakin hari semakin rapat. Setiap hari Khairil akan datang bawak macam-macam makanan untuk aku. Kadang aku bawa bekal untuknya.Aku masih mencari perasaan yang sesungguhnya pada Khairil.

"Manja...Tengahari ni kita lunch sama ye?" Ucap Khairil sebelum kami menuju ke meja kerja masing-masing.

"Okey...Ajak Kak Ana dengan Kak Jue skali ye?" kataku.

"Boleh tak kita makan berdua je. Ada benda Ril nak cakap dengan Manja."

"Cakap apa?Cakap sekarang tak boleh ke?" Balasku kepoh.

"Nantilah masa kita makan sama-sama nanti."

"Ish,lama...Sekarang je tak boleh ke?! tak pun Ril text jela Manja macam biasa."

"Hehehe...Nanti ye sayangku Manja. Waktu lunch nanti Ril bagitahu. Okeylah Ril balik tempat Ril dulu.Bye sayang."

"Suka hati je panggil kita sayang...Takde siapa nak jadi sayang awak!" Kataku tak puas hati.

Khairil terus menuju ke ruangannya sambil tertawa kecil. Aku malas nak ambik pusing apa yang nak di sampaikan Khairil. Aku langsung membuka komputer melanjutkan pekerjaanku.

"Ayu! Tuan Amirul minta ke ruangan dia sekarang!" Laung abang Azman di depan pintu.

"Ha! kenapa?!"

Abang Azman hanya menjongkitkan bahu dan berlalu pergi. 'Aduh mamat ni nak apa pulak. Aku ada buat salah ke." gerutuku dalam hati.Nak tak nak dengan berat hati aku melangkahkan kaki ke ruangan CEO. Belum sempat aku ketuk pintu,pintu dah terbuka. Aku membuntangkan mata melihat dada bidang berbalut jas di depan mata aku.

"Eh,Cik Ayu dah sampai.Sila masuk!" Aku mendongakkan kepala melihat siapa gerangan yang menegurku.

"Tu-tuan Mikail!" Sapaku tergagap. Mata bertemu mata.

"Ya Allah handsomenya dia." Ucapku tanpa sedar.

"Ha! Cik Ayu cakap apa?"

Aku yang terpaku dengan ketampanan Tuan Mikail tak sedar memandangnya lekat.Kenapa selama ni aku tak perasan Tuan Mikail ni tampan.Oh,dia tak pakai cermin mata. Anak mata yang hitam pekat membuatkan aku terhipnosis.

"Cik Ayu! Hey! Awak okey tak ni!" Sambil melambai-lambai tangannya di depan wajahku.

"Ehh...Astaghfirullahal'azim." isghtifarku cepat.

"Maaf tuan!" Aku menurunkan pandangan.

"Awak okey ke?!" Tanya Tuan Mikail cemas.

"Manja!" Sapa seseorang di balik pintu yang terbuka.

Kami sama,-sama memandang ke sumber suara. Tuan Mikail terus memberi ruang dan mempersilakan aku masuk.

"Auntie." Sapaku.

"Hai Manja! Lama tak jumpa." Aku capai tangan Auntie Mariam menyalamnya dan mencium takzim.

"Auntie apa khabar?" Soalku. Aku sedikit malu sebab peristiwa haritu di pelawa datang kerumah tapi aku batalkan.

"Sihat sayang. Manja apa Khabar?Kenapa makin susut badan ni? Manja tak sihat ke?!"

"Eh,taklah Manja sihat auntie."Ucapku malu.

"Manja tak nak sapa Mirul ke?" Aku tercengang. Macam mana boleh lupa mamat sorang tu.

Aku mengalih pandangan ke arah meja kerja di sebelahku. Tuan Amirul menatapku tajam.Tiba rasa memulas perut bila nampak muka menyeramkan Tuan Amirul.

"Assalamualaikum tuan." Ucapku sambil menyenggir.

"Kenapa panggil tuan lagi?! Dalam bilik ni kita bertiga je.Tak yah formal sangat." Tegur auntie Mariam menepuk tanganku.

"Habis tu nak panggil apa?!" Aku menggaruk tengkuk yang tiba-tiba gatal.

"Panggil abanglah macam biasa."

Deg!

Dia tak bagitahu auntie lagi ke pasal hubungan kita orang. Aduhai makin memulas perut aku ni.Rasa serba salah menerpa.

"Takpe ma,sini pejabat. Tak sedap nanti ada yang dengar." Tuan Amirul membelaku.

"Siapa je nak dengar. Mikail?Dia tak tahu ke hubungan kamu berdua?" Kata Auntie Mariam memandang kami bergantian.

"Tak!" Jawab Tuan Amirul cepat.

"Oh,main rahsia-rahsialah ni?Okeylah terpulang kat kamu berdua jelah. Manja,Mirul tengahari ni kita lunch sama-sama ye. Mama nak pergi butik kawan mama kejap. Nanti kita jumpa kat restauran florida tu je."

"Tengahari ni?!" Tanyaku untuk kepastian.

"Iyelah bukan senang auntie nak jumpa kamu. Alang dah sampai sini kita lunch sama-sama."

"Err...ta-tapi..." Aduh kenapa hari ni.Aku dah janji dengan Khairil.

"Okey!" Balas Tuan Amirul cepat tanpa menanyakan persetujuanku.

Aku membuntangkan mata ke arahnya. Dia buat tak nampak sambil menaip di keyboard acah-acah sibuk.

"Okey, mama keluar dulu.Bye sayang..."

Aku yang tak mampu nak balas apa-apa memasrahkan diri untuk sama keluar di ruangan singa jantan sorang ni.

"Manja! Tunggu sekejap! Abang ada benda nak cakap!" Tahannya.Automatik aku menoleh ke arah Tuan Amirul dengan muka geram.

Auntie Mariam kebetulan yang tengah berada di pintu hanya tersenyum senang ke arah kami. Setelah yakin Auntie Mariam semakin jauh aku terus duduk di hadapan Tuan Amirul sebelum di pelawa.

"Apa maksud tuan?!" Ku letakkan tangan di sisi meja siap untuk menerkam.

"Apa?!" Jawabnya tanpa mengalihkan pandangan dari komputer.

"Auntie tak tahu pasal kita lagi ke?! Kenapa macam tak ada apa-apa perubahan pun!"

"Tak!"

"Sebab?!"

"Saje!"

"Ishh!!" Aku mendengus kesal dengan sikap Tuan Amirul. Ku silangkan tangan di dada tanda protes.

"Sekarang bagi saya alasan yang munah sabah kenapa tuan masih nak teruskan penipuan ni!"

"Munasabah Manja!"

" Argghh!! tak kesah lah munah sabah ke! munah sarawak ke! wan maimunah ke! Saya nak tau alasan tuan KE-NA-PA?!" Dengan segenap amarah yang tengah aku kontrol untuk tidak menyerang mamat sengal ni.

"Tak ada alasan." Jawab sesantainya.

"Astaghfirullahal'azim!" Dadaku turun naik dengar jawapan tersebut.

"Kenapa?!"

"Ya Allah berikan lah aku segunung kesabaran menghadapi makhluk ciptaanmu yang satu ini!" Aku menadahkan tangan berdoa bersungguh-sungguh.

.
. .

Sekian lama kami menyesuaikan diri berada dalam airplane mood, maka hari ini kami memulakan peperangan kembali.Setelah segala jurus aku berikan kepada Tuan Amirul akhirnya di sinilah aku berada bersama Tuan Amirul dan Auntie Mariam.Kahiril? merajuklah kot.

"Mirul,Manja...Kalau boleh mama tak nak kamu berdua kawan lama-lama.Mama ingat hujung bulan ni mama nak masuk meminang Manja." Ucap Auntie Mariam semasa kami sedang makan.

Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Aku tersedak kuat.Cepat-cepat Tuan Amirul memberi air untuk aku minum sambil menepuk belakangku.Perit tekak aku beb!

"Manja kenapa? okey ke?" tanya Auntie Mariam risau.

"Okey! Okey! ehemm!"

"Macam mana Mirul? Papa dengan mama dah sepakat nak ikat Manja cepat."

Aku memandang wajah Tuan Amirul lekat harap-harap cemas dengan jawapannya. 'Tolonglah jangan tambah lagi masalah' doaku dalam hati.

"Mirul terserah papa dengan mama je mana yang baik."

" Allahu akhbar!" Aku menepuk dahi.

"Kenapa Manja?!" Tanya auntie Mariam memandangku pelik.

"Eh,takde apa-apa auntie. Manja baru teringat ada kerja lupa nak hantar tadi." Dalihku.Aku cubit peha Tuan Amirul kuat.

"Awww!" teriaknya.

"Ha! Kamu pulak kenapa menjerit Mirul!" Auntie Mariam memandang kami bergantian.Aku memandang muka Tuan Amirul cemas.

"Abang kenapa tiba-tiba menjerit." Tanyaku pura- pura tak tahu.

"Ada semut besar gigit peha abang...sayang..." Ucapnya memandang mukaku sambil menahan sakit.

' Hahahahaha' aku ketawa di dalam hati. Kalau ketawa lepas kang nampak sangat aku salah. Aku hanya mengulum senyum tanda puas.Tuan Amirul menggosok-gosok pehanya yang perit terkena sepit azimat aku.' Baru kau tahu sakitnya. Macam tulah sakitnya hati aku!" batinku.

"Ada-ada aje kamu Mirul.Dah cepat makan.Mama dah janji dengan papa nak balik awal hari ni." Auntie Mariam hanya gelengkan kepala melihat kami.

.
. .

Dalam perjalanan balik ke ofis aku terus menyerang Tuan Amirul tak puas hati.

"Kenapa awak setuju dengan cadangan mama awak tadi?!"

"Apa yang salah?Benda baik kenapa nak bangkang." Ucapnya santai.

"Tuan,kita ni dah menipu orang tua kita faham tak?!"

"Bila masa saya tipu orang tua kita?Awak je rasa macam tu."

"Astaghfirullah! Awak faham tak sekarang ni awak dah bagi harapan dekat mama awak! Ish! Susah nak cakap dengan orang terlebih pandai ni!" Ucapku geram.

"Kita jalan je dulu. Apa jadi kemudian nanti baru kita fikirkan."

"Hah! Mudahnya cakap! Awak ingat kita tengah main pondok-pondok ke?! Pagi ni jadi suami isteri,petang bercerai balik rumah masing-masing." Tolonglah fikir perasaan orang tua kita. Awak ingat benda ni main-main ke?"

"Siapa kata saya main-main.Saya serius!"

"Dahlah malas nak cakap dengan awak! Makin sakit kepala saya di buatnya!" Ucapku mengalah.

Aku terus berlalu menuju ke lobi tanpa menunggu Tuan Amirul di belakangku. Hati aku sakit! Rasa nak menjerit sekuat-kuatnya biar satu bangunan ni dengar.Kalau ikutkan hati nak je aku santau mamat ni.

" Hai,tak sangka kuat jugak mandrem kau erk!"Ucap Linda tiba-tiba.

Aku terus memberhentikan langkah dan berbelok ke arahnya. Hati yang hangat semakin hangat. Aku memandang Linda lekat.Dia hanya buat muka meremehkan aku.

"Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku ni?!" Tanyaku straight to the point.

"Heh! Tak yah nak pura-pura tanyalah! Kau tu tak cukup sorang jantan!" Sindirnya di depan mukaku.

"Apasal?! Kau jeles ke?!" Aku menupang tangan di dada.

"Eh hello... Tak kuasa aku nak jeles dengan anak gajah macam kau! Kalau kau tak mandrem dorang,tak ada dorang terkejar-kejar kat kau!" Ucapnya sedikit meninggi.

"Kau ada bukti ke aku buat macam tu? Ucapan kau tu boleh jadi fitnah tahu tak? Tak takut dosa ke?!" Balasku tak kalah tinggi.

"Hey!Mana ada orang berak tengah jalan mengaku! Salah sorangnya engkau!"

"Kau tengah tuju kat diri sendiri ke? Sebab aku rasa aku tak buat benda tu." Ucapku santai.

"Hey gemuk! kau cakap baik-baik sikit! Kau ingat aku ni macam kau ke?!"

"Ehem!" Kami menoleh ke belakang.

"Ada apa ni?" Soal Tuan Amirul kepada kami.

"Maaf tuan! Ayu tiba-tiba datang carik pasal dengan saya!"

Aku mengalih pandangan ke arah Linda. Biadap betul minah ni. Dia yang ajak aku carik pasal,dia tuduh aku pulak.

"Ayu! Masuk bilik saya sekarang!" Aku melopong memandang muka Tuan Amirul.

"Tapi tuan, Bukan say-"

"SEKARANG!"

Tuan Amirul tak bagi peluang langsung untuk aku bela diri.Aku memandang Linda tak puas hati.Linda tersenyum sinis membalas pandanganku.'Padan muka' ucapnya tanpa suara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience