" Tuan Amirul!"
" babyyy..." rengek perempuan mereng tu.
" You...perempuan gemuk ni langgar I ! Sakit badan I tau..." adunya sambil meliuk-liuk di depan Tuan Amirul. Tuan Amirul memandang ke arah aku dengan mengerutkan dahi.
"Awak buat apa kat sini?" tegurnya memandang aku atas bawah.
"Say- "
"Manja!" Serentak kami semua menoleh. Khairil langsung datang ke arah aku.
"Awak kenapa?! Kenapa tudung awak jadi macam ni?!" soalnya cemas.
"Oh, You pakwe perempuan gemuk ni eh?! girlfriend you yang besar gajah ni dah langgar i !" Ujar perempuan mereng itu sambil menolak bahu aku.
"Heh perempuan! kau yang langgar aku dulu! " aku dah start berangin satu badan. Patah dua jugak perempuan ni aku kerjakan nanti.
"Maaf cik. Tolong jaga bahasa awak! Awak tak layak nak hina orang! " Ucap Khairil memandang tajam perempuan itu.
" Babyyy...you tengok dia orang marah i...isk..isk.." rengeknya sambil pura-pura menangis.
Khairil memandang ke arah Tuan Amirul,dia tercengang.Aku membetulkan tudung yang di tarik minah tu tadi. Sebabkan minah tu, hilang selera aku nak makan.
"Maaf saya bukan nak bela siapa-siapa. Tapi sebaiknya selesaikan cara baik. Tak perlu gaduh-gaduh macam ni!" terang Tuan Amirul memandang kami bergantian.
"Lidiya better you mintak maaf je." Lanjutnya.
"What!! BIG NO! kenapa pulak i nak kena mintak maaf, bukan salah i pun!"
"Tak salah pun mintak maaf. You tak rugi apa-apakan. Lagipun i tak nampak pun luka kat badan you." ucap Tuan Amirul santai.
"Excuse me! You bela perempuan gem- "
" Sudah! sudah! Saya mintak maaf! Awak jom kita balik! hilang dah selera saya nak makan!" ajakku sambil menarik tangan Khairil.
"Heh! kau jangan nak lari ye! aku nak mintak ganti rugi! badan aku sakit kau tahu tak, entah-entah patah dah rusuk aku ni!"
Aku berpaling menghadap perempuan tu dan Tuan Amirul. Nak kena minah ni!
" Tuan Amirul, may i..." Aku memberi isyarat mata.
" Sure!"
Tuan Amirul terus merangkul bahu Khairil untuk pergi dari situ. Aku pandang perempuan tu tajam.
" Baby,You nak pergi mana?! Eh eh k- kau nak apa?! " ucapnya tergagap-gagap.
" Nak bayar ganti rugi!" Ujar ku sambil menarik rambut minah mereng tu. Aku tarik rambut dia,aku lempang muka dia dua kali. Puas hati aku!
"Ni ganti rugi!" aku lempar duit seratus di atas mukanya dan berlalu pergi dari situ.
.
.
Setelah sebulan bertungkus lumus menyiapkan projek iklan produk baru,akhirnya tugas kami pun selesai. Abang Azman sangat berpuas hati dengan hasil kerja kumpulan aku. Tapi belum tentu iklan kami di terima. Besok adalah penentu, semoga idea kami berhasil.
Tengahari tu macam biasa aku menebeng di ofis kak Ana. Sejak dari dia orang bawa bekal haritu,aku pun ikut sama. Kali ni aku bawak bekal dua,satu untuk Khairil.
"Amboi adik kita sorang ni Jue,siap buatkan bekal untuk pakwe dia." sindir kak Ana.
" Iye...elok le tu . dari sekaranglah kena belajar siapkan bekal untuk suami. Nanti dah nikah senang." Sampuk kak Jue pulak.
"Ish,akak ni. Mana adalah, kita orang kawan je!" sangkalku cepat. Kang tak pasal-pasal keluar gosip pasal aku pulak.
"Eleh yela tu... Tah yah nak soroklah Ayu. Siap panggil Manjaa...Manjaa... " Kak Jue mengejek dengan gaya tangan seperti melaung.
"Sumpah kak! Saya dengan Khairil kawan je...Dia panggil gitu sebab dengar mak ayah saya panggil saya Manja!"
"Hah! siap jumpa mak ayah dah!" Ujar kak Ana menepuk meja.
Eh, akak aku dua orang ni. Sehari tak kenakan aku tak sah agaknya.
"Kalau iye pun apa salahnya Manja. Ups! hahahahahaa Ayuu..." Kak Jue ketawa besar sampai bergegar satu ofis.
" Erm, tak fikir ke situ lagilah kak. Ayu nak cari duit beli kepentingan ayu dulu. Lagi pun baru dua minggu ni kami rapat. Taknak lah mengharap apa-apa." Ucapku sambil menikmati lauk yang di bawa kak Ana.
"Takpelah . kawan jelah dulu. Mana tau ada jodoh engkau orang. Lagi pun Khairil tu baik." Kak Ana beri saranan. Aku malas nak berdebat pasal hubungan aku dan Khairil hanya megangguk kepala.
Kami berbual panjang, tak sedar waktu rehat dah nak habis.Aku pun mengemas bekalan aku untuk bawak ke meja,begitu juga kak Jue. Aku bangun nak angkat kerusi yang aku guna tadi,baru je berpaling Tuan Amirul dah tercegat di depan aku.
"Astaghfirullahal'azim! Tuan! terkejut saya! " ucapku menepuk-nepuk dada.
"Saya nak cakap sikit dengan awak. Jumpa kat ofis saya sekarang!" Katanya tanpa basa basi.
Aku tercengang menatap Tuan Amirul yang semakin menjauh sampai kak Ana menepuk bahu aku.
"Dik! bos kecik tu nak apa?!" tanya kak Ana. Bos kecik adalah panggilan para staf pada Tuan Amirul sebab Tuan besar ayah dia.
"Entah!" ku angkat bahu tanda tak tahu.
"Akak dengar tadi dia suruh kau masuk opis dia Yu." Ujar kak Jue pulak.
"Ha, tu yang pelik. Okeylah kak,Ayu pergi dulu. Nanti apa-apa Ayu bagitahu." lanjutku terus keluar dari ofis kak Ana.
Aku menuju ke ruangan CEO. Sepanjang perjalanan aku berdoa di dalam hati. Sejak kejadian di restauran tu aku memang sengaja mengelak dari Tuan Amirul.Aku taknak dia tuntut aku pasal aku pukul awek dia tu. Mahu terbang rama-rama dalam kocek aku nanti.
Sampai di depan pintu ruangan CEO, aku tak langsung ketuk. Hati aku gelisah, rasa macam ada sesuatu sangat. Tiba-tiba pintu terbuka. Aku terkejut, begitu juga Tuan Amirul.
"Saya ingat awak tak jadi datang. Kenapa tak masuk ?! tegurnya. Aku hanya mampu garu kepala yang bertutup tudung.
"Dah takyah nak buat muka tahan berak. Cepat Masuk!" lanjutnya sambil menarik tangan aku untuk masuk.
"Eh eh Tuan,Saya boleh masuk sendiri."
" LAMBAT! DUDUK!" mendapat arahan tegas macam tu, aku terus duduk di kerusi depan meja kerjanya.
Tuan Amirul hanya memandang aku tanpa cakap apa-apa. Selama lima minit aku tunggu dia cakap, sudahnya aku penat.
"Ermm, Maaf tuan, tuan panggil saya kenapa? kalau setakat nak pandang saya je, baik saya bagi gambar saya kat tuan." Ucapku lepas.
"Idea bagus! nanti sent gambar awak kat saya!"
"Hah!" ternganga mulut aku dengar jawapan dia. Dia nak buat apa gambar aku?! entah- entah dia nak busung aku tak sebab aku pukul makwe dia. Aku pandang dia takut-Takut.
" Tu-tuan nak buat apa gambar saya?! Tuan jangan buat benda-benda kurafat tak baik." ucapku takut.
"Hah!" Dia pulak mengangakan mulut pandang aku.
"Awak ingat saya nak mandrem awak ke?!"
"Dah tu, tuan nak buat apa gambar saya? takkan lah sebab saya pukul girlfriend tuan Amirul, tuan nak santau saya pulak!"
" Hahahahahahahaha baguslah otak awak ni. Saya tak terfikir sampai ke situ. Boleh jugak idea awak tu..." terpacak bulu roma aku dengar dia tergelak. 'Matilah aku' kataku di dalam hati.
Punyalah suka hati dia, tak henti-henti tuan Amirul ketawa. Aku yang duduk depan dia ni rasa seram sejuk dah. Otak aku ligat cari alasan nak keluar dari sini.
" Tuan kalau lama lagi gelak, saya mintak diri dululah .Saya banyak kerja nak buat ni." ujarku sambil bangun dari kerusi. Dia berhenti ketawa serta merta dan memandang tajam ke arahku.
"Siapa izinkan awak keluar!" Serunya lantang. Aku yang terkejut, terduduk balik di kerusi.
"Tuan saya tahu saya salah. Saya mintak maaf. Tapi tolong jangan buat benda-benda syirik tu,salah di sisi agama." Aku memberanikan diri menegurnya.
"Awak ingat saya ni takde agama lagi ke nak buat bande tahyul macam tu.Kalau saya nak balas perbuatan awak, tak perlu nak jumpa bomoh. Saya boleh tuntut awak sekarang jugak atas dasar melakukan kekerasan. Tapi saya ada tugas untuk awak." Tuan Amirul menatapku serius.
"Tugas?! tugas apa?! Tuan nak suruh saya pukul orang ke?" tanyaku gelisah.
"Ish, awak ni asyik pikir nak pukul orang je .Saya taulah awak ada ciri-ciri ahli gusti."
" Dah tu! cuba cakap terus terang. Tuan fikir saya boleh baca apa yang tuan nak cakap?!" ku lipatkan tangan di dada, kesabaran sku sudah di uji.Suka hati je kata aku ahli gusti. Aku smackdown betul-betul jugak nanti.
"Okey okey... janganlah marah. Minggu depan akan ada sambutan ulang tahun syarikat. Saya nak awak menyamar jadi girlfriend saya." ucapnya tanpa beban.
"What! Tuan dah gila ke?!"
"Apa yang gila,saya serius ni."
"Untuk apa saya kena menyamar jadi girlfriend tak bertauliah macam tu?! Tuankan dah ada girlfriend, bawak jelah dia!" kataku tak setuju.
"Dia bukan girlfriend saya...Saya nak elakkan perjodohan keluarga, itu sebab saya mintak awak menyamar."
"Oh tidak dan tidak! Saya taknak menipu! Tuan suruh saya menyamar jadi girlfriend tuan sama je saya menipu keluarga tuan." Aku tak terima, kenapa mesti aku yang dia suruh.
"Tapi saya takde pilihan lain..." dia merebahkan kepala di atas meja tanda putus asa.
"Saya rasa lebih baik tuan jujur je dari menipu macam ni. Kalau kantoi nanti saya pun akan terlibat. Tak pun tuan upah perempuan lain jadi girlfriend pura-pura tuan." aku memberi cadangan.
"Tak boleh,saya takde masa nak carik perempuan lain."
Tak sangka zaman sekarang masih ada lagi keluarga menjodohkan. Seingat aku, zaman nenek aku dulu je kena orang tua carikkan jodoh. kesian pulak aku tengok tuan Amirul ni, tapi aku tak mampu nak tolong. Dahlah bapak dia kawan baik ayah aku, tak sanggup aku nak menipu tuan Sufian.
"Tuan, saya mintak maaf. Saya memang tak boleh nak tolong. Saya rasa kejujuran lebih baik dari kita berpura- pura. Maafkan saya sekali lagi.Saya mintak diri dulu." Aku terus bangun, tak sanggup aku lama-lama mengadap masalah orang.
"Tunggu!" Tuan Amirul menahanku.
"Kalau awak tak mahu tolong saya,saya akan tuntut awak sebab cederakan Lidiya." ancamnya.
" Hah! Tuan tengah gertak saya ke ni?!" aku tak puas hati.
"Lebih kuranglah!" senangnya jawapan. Dia ingat aku takut.
"Saya pun boleh tuntut tuan balik atas dasar mengugut!"
"Hahahahahaha,awak ada bukti ke nak tuntut saya? tapi saya ada bukti yang kukuh untuk tuntut awak sekarang jugak!" ucapnya tegas.
Aku menelan air liur.Mati aku macam ni! Aku tak tahu nak bagi alasan apa lagi dah. Otak aku tiba-tiba blank.
"Macam mana?! Kalau awak berkeras jugak, saya akan buat repot sekarang jugak." Dia berlalu ke meja kerjanya mengangkat ganggang telefon.
Aku terus cuak. Aku berlari merampas ganggang telefon dari dia.Dia rampas balik sambil jarinya menekan nombor. Aku tutup telefon dan cabut wayar ganggang telefon tu. Dia tak puas hati,dia ambik pulak telefon bimbitnya. Aku cuba rampas tapi tak dapat sebab dia lagi tinggi dari aku. Panggilan tersambung,aku jadi panik.
"Okey! okey! Saya tolong! letak telefon tu!" ucapku gelabah.
Tuan Amirul terus mematikan panggilan yang dia buat. Terus aku bernafas lega.'Gila punya orang!' aku bersungut di dalam hati.
"Okey, lepas balik kerja ni ikut saya." katanya tegas.
" Pergi mana?!"
"Ikut jelah! banyak tanya pulak!"
"Mestilah saya nak tau pergi mana. Kalau tuan taknak bagitahu saya tak nak ikut!"
" Awak nak ke taknak, saya tak peduli. Kalau saya tau awak balik dulu,saya akan datang rumah awak!"
"Ish,suka sangat main ugut-ugut! Yelah!" aku berjalan keluar sambil menghentakkan kaki.
"Jangan nak hentak kuat sangat roboh jugak bagunan ni nanti!" katanya santai sambil menyandarkan badan di kerusi empuknya.
"Biar roboh! Biar tuan sedar diri kita hidup menapak di tanah bukan menjulang ke langit!" balasku dengan menutup pintu sekuat tenaga tanda protes. Hambik kau! Nasib tak roboh pintu tu.
Share this novel