BAB 5

Romance Series 4844

Sampai je di Hospital Besar, aku berlari menuju ke ruangan kecemasan.

" Nurse, ada pesakit nama Muhammad Iqmal tak?" terus aku bertanya dengan salah seorang jururawat di kuanter kecemasan.

" Muhammad Iqmal bin Ismail ke?" jururawat itu bertanya untuk kepastian.

" Ye! itu adik saya! Dia kat mana ye nurse? Keadaan adik saya macam mana?!" tanyaku cemas. Aku dah tak sabar selagi tak tengok muka adik aku.

" Dia masih di rawat di wad kecemasan. Cik boleh duduk dulu nanti kami panggil." Ujar jururawat tersebut sambil menunjukkan tempat duduk sedia ada.

Aku melangkah kaki duduk di bangku terdekat. Teringat pesan mak aku tadi,aku terus menelefon mak.

" Hello Assalamualaikum." Tak sempat aku nak bagi salam mak aku dah sailang dulu. Terdengar suara cemasnya.

" Waalaikumsalam... Manja dah sampai ni. Mak kat mana?"

" Mak kejap lagi sampai. Adik kamu macam mana?! Doktor cakap apa?!" Tanya mak tak sabar.

" Belum tahu lagi mak.Dorang suruh tunggu sampai dorang panggil."

" Ha,yela. Mak dah kat depan ni,kejap lagi mak masuk." Lanjutnya.

" Okey mak, assalamualaikum."

" Waalikumsalam."

Tak lama dari tu terdengar suara mak memanggil namaku.

" Manja!" Aku mengangkat kepala memandang mak. Mak terus memeluk aku sambil menangis. Aku hanya mampu mengusap belakangnya mengucap kata sabar.

Selama menunggu mak membaca surah Yassin dan bezikir. Ayah hanya termenung, matanya merah menahan tangis. Anak lelaki satu-satunya, mak ayah mana yang kuat bila terjadi musibah macam ni. Adik aku Sarah paling santai. Dia leka main game di telefon mak tanpa bertanya keadaan abangnya. Aku hanya terdiam sambil berzikir di dalam hati. Semoga segalanya di permudahkan.

" Waris Muhammad Iqmal bin Ismail!" Laung seorang jururawat dari arah wad kecemasan. Kami terus bangkit menuju ke arahnya.

" Boleh masuk ye tengok waris." Lanjut jururawat lelaki tersebut.

Kami beriringan mencari katil Iqmal. Mak sampai membuka satu persatu kain tirai untuk mencari anak bujangnya. Sampai di satu sudut di hujung wad, Iqmal melambaikan tangan. Kami bergegas menuju ke arahnya.

" Iqmalll...kenapa boleh jadi macam ni?" Mak dah meraung-raung bila melihat kaki anak bujangnya tergantung dan berbungkus. Aku pun turut mengalirkan air mata. Ada beberapa luka di muka dan siku. Kaki sebelah kiri di simen sampai ke pangkal peha.

"Angah kena langgar lari. Tapi mak takyah risaulah, cuma kaki ni je patah." Jawabnya santai macam takda apa-apa yang serius.

" Cuma patah kamu kata?! Kalau kaki ni tak sambung balik macam mana?! " aku sampai menepuk dahi dengar kata-kata mak. Iqmal dah terkikik-kikik mengelakkan mak aku. Sarah yang sudah menitikkan air mata turut tergelak.

" Maknya pun...takde sampai tak sambung! bukannya putus dua." Ayah menjawab sambil geleng-geleng kepala.

" Aahlah mak. Kan dah simen tu. Nanti bercantumlah balik tulangnya." ucapku membenarkan kata-kata ayah.

" Mana kamu tahu! Kamu bukan doktor!" Ujar mak tak puas hati.

kemudian datang seorang doktor dan jururawat ke katil Iqmal. Iqmal di beri sutikkan ubat tahan sakit dan ubat makan. Doktor menerangkan kondisi Iqmal secara detail. Barulah muka mak nampak lega. Setengah jam lepas tu, baru Iqmal di pindahkan ke wad biasa.

" Manja ikut ayah balik ye ,biar mak jaga Iqmal." Ucap mak selepas iqmal sampai di wad.

" Yela mak, tapi biar Manja belikan mak makanan dulu. Malam nanti takut mak lapar." Mak hanya menganggukan kepala tanda setuju.

Selesai membeli makanan dan beberapa keperluan mak, aku terus naik menuju ke wad Iqmal di tempatkan.

" Mak...Manja, ayah dengan Sarah balik dulu. Nanti kalau ada nak pesan apa-apa call ye.

.
.

Pagi ni aku dihantar oleh ayah sebab ayah nak terus ke hospital temani Iqmal gantikan mak. Manakala Sarah pergi ke sekolah macam biasa.

" Ayah nanti apa-apa perkembangan bagitu Manja ye. " Sebelum turun dari kereta aku mengingatkan ayah.

" Iya nak. Kamu elok-elok kerja. Ayah pergi dulu." Ujarnya.

" Okey. Ayah bawak kereta hati-hati." ucapku sambil menyalami tangannya.

Aku memandang ayah yang semakin menjauh. Setelah itu baru aku masuk menuju ke ofisku. Pagi ni aku agak sibuk kerana minggu depan kumpulan aku akan membuat pengambaran produk.

'Baru separuh je siap ni.Mintak-mintak sempatlah, besok dah kena hantar laporan dekat abang Nizam.' Aku melihat jam di telefon, dah pukul 12 tengahari. ' Tanya kak Ana jela dia turun kantin ke tak.' Ucapku di dalam hati. Aku segera membuat panggilan.

" Hello, kak Ana. Assalamualaikum." Sapaku terlebih dahulu.

" Waalaikumsalam. Ye Ayu."

" Akak turun kantin tak?"

" Ha akak baru je nak call Ayu.Akak dengan kak Jue makan kat opis ni. Meh lah kita orang bawak lauk banyak ni." Sahut kak Ana.

" Lahhh,seganlah. Napa tak cakap semalam,boleh Ayu pun bawak bekal." Ucapku malu.

" Eh, mengada budak ni! Nak malu apanya. Cepat sini kak Jue engkau dah lapar ni."

" Ha ye-ye. Kejap!"

Aku mematikan panggilan dan mengemas meja kerja sebelum pergi ke ofis kak Ana. Baru je ingin melangkah keluar, Khairil menyapaku.

" Hai Ayu, jom turun makan." Aku memandang Khairil aneh.

"Kenapa pandang saya macam tu?" lanjutnya.

"Err...Maaf awak. Tapi saya dah janji dengan kak Ana nak makan dalam ofis dia."

" Kak Ana? kak Ana stor ke?" tanya khairil memastikan.

"Aah. Sorry ye. Mungkin lain kali. Tapi kenapa awak ajak saya pulak, kenapa tak ajak Tania?!" tanyaku hairan.

" Saya dengan Tania takde apa-apa hubunganlah. Buat apa saya nak pergi dengan dia." jawapan yang membuat aku bertambah pelik bin hairan.

" Dah tu, saya dengan awak pun takde apa-apa hubungan. Kenapa nak pergi rehat dengan saya?"

"Err...memanglah belum ada apa-apa lagi. Tapi mana tau akan datang." Lanjutnya sambil tersengih.

Makin berkerut dahi aku di buatnya. Dah kenapa pulak ni. Aku malas nak melayan lama-lama,kang habis pulak lauk kak Ana dengan kak Jue. Kak Jue tu boleh tahan jugak satu spesis dengan aku.

" Ada-ada jelah awak ni. Okeylah saya pergi dulu. Sorry tak dapat teman awak makan. Assalamualaikum!" Aku pun berpaling untuk pergi ke ruangan kak Ana.

" Waalaikumsalam. Nanti balik tunggu saya kat lif!" laung Khairil.

Takku balas ucapannya sebab aku rasa tak penting. Yang penting makanan bahagian aku ada lagi. Sampai di tempat kak Ana, aku mengambil salah satu kerusi yang ada di situ. Rupanya dia orang dah asingkan makanan untuk aku. Rasa terharu sangat.

" Kenapa lama sangat?" tegur kak Jue selepas aku duduk di sebelahnya.

"Tadi Khairil datang ajak turun makan. Tu yang lambat sikit tu." Ujarku jujur.

HAH!!! serentak dia orang bertempik depan aku. Nasib aku tak sempat lagi nak teguk air. Kalau tak, mahunya tersembur.

" Akak ni nasib Ayu tak minum lagi. Kalau tak sia-sia je menyembur kat dalam nasi ni."

" Seriuslah Khairil ajak engkau makan Yu?" soal kak Ana memandang tepat mataku.

" Iye! kenape?! aku mengerutkan dahi. Aku pandang muka kak Ana dan kak Jue.

"Akak dah cakap dah Ayu.Khairil tu suka kat kamu. Ayu je tak percaya." sahut kak Ana dengan senyuman penuh.

" Aah! Sebelum ni mana pernah dia makan dengan perempuan. Selalu dengan geng-geng dia je." Sampuk kak Jue pulak.

Aku cuba mengaktifkan sistem saraf otak yang tiba-tiba jem ni. Mana mungkin dia suka kat aku. Aku tengok dia dengan Tania dah macam belangkas.

"Bukan dia dengan Tania ke?!" soalku tak percaya.

" Tania si gedik tu?! Memang idoklah ceritanya...Satu opis pun tahu Tania tu duk terkejar-kejar si Khairil. Tapi Khairil tak mahunya dia." Sahut kak Jue dengan yakin.

"Iye ke?? mana akak tau Khairil taknak?!" Aku bertanya lagi untuk kepastian.

"Apa pulak akak tak tahu. Kawan-kawan Khairil ramai dekat bahagian stor ni. Dia oranglah duk cerita. Khairil dah banyak kali nolak Tania. Pompuan tu je tak reti bahasa. Lagi di kejarnya adalah." Lanjut kak Jue lagi.

"Ha betullah tu. Aku pun penah nampak depan mata aku budak Tania tu merayu-rayu dengan Khairil. Tapi Khairil taknak. Siap mintak tolong aku lagi carik tempat nak menyorok." Sampuk kak Ana pula.

Aku yang dengar sampai ternganga. Nasib baik nasi tak jatuh. Sampai macam tu sekali ye. Dasyat sungguh penangan Khairil dekat Tania.

Sampai habis waktu rehat kami membahas masalah orang. Nampak sangat busybody. hahahaha..

Tepat pukul 5 petang, ayah menghubungi aku. Dia dah sampai di bawah untuk jemput aku balik. Aku pun bergegas mengemas meja sebelum keluar, takut ayah tunggu lama. Sampai di lif Khairil dah terpacak di sana.

" Hai Ayu."

" Hai." Jawabku singkat.

"Ayu balik naik apa? jom saya hantar." pelawa Khairil.

"Eh,takyah. Hari ni ayah saya jemput." ucapku menolak pelawaan Khairil.

" Oh yeke?! Okeylah takpe. Tapi lain kali boleh ye." Lanjutnya.

"InsyaAllah." Tu je yang mampu aku jawab. Nak kata iya kang macam bagi harapan pulak.

"Rilll...Kenapa tak tunggu Tania." Terdengar suara rengekkan di sebelah aku.' Ha sampai dah minah obses ni.' Ucapku di dalam hati.

"Hey kau! Tepi sikit!" Tania mengusir aku dengan menolak badan aku ke tepi.

Aku yang baru nak melangkah masuk dalam lif, tak sempat nak imbang badan rasa nak jatuh. Tapi tak sempat jatuh,ada tangan menahan bahu aku dari arah samping. Aku mendongak.

"Tuan Amirul!" berderau darah aku beb! aku terus berdiri tegak.

"Maaf tuan" ucapku pelahan menundukkan wajah. Malu siot...

"Emmm" Jawapan singkat dan padat.

Aku tak berani nak angkat muka aku terus masuk dalam lif yang hampir tertutup,begitu juga Tuan Amirul. Sampai je di lobi aku bergegas keluar memandangkan aku dan Tuan Amirul orang paling depan.

" Ayu!" Seru Khairil

Aku menoleh ke arahnya. Nak apa lagi mamat ni. Aku dah lambat ni ayah dah tunggu. Aku nampak Tuan Amirul memandangku dan berlalu pergi.

" Nak nombor phone awak!" Haishh, tah habis-habis nak nombor telefon aku. Khairil langsung menghulur telefonnya. Nak tak nak aku pun bagilah.

"Nah! Okeylah saya nak cepat ni. Ayah saya dah lama tunggu." Ucapku segera pergi dari depan Khairil.

" Kirim salam dengan ayah!" Laungnya lagi.

Detik tu juga semua mata tertuju pada aku. Ish,buat malu betul mamat ni. Aku berjalan cepat tanpa menoleh lagi. Sebelum sampai di kereta ayah, aku nampak Ayah berborak dengan seseorang.' Siapa pulak tu' .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience