BAB 2

Romance Series 4844

Seminggu sudah aku menunggu keputusan temuduga. Aku masih menjalankan rutin harian di rumah. Petang tu tengah aku duk belek-belek muka buku,ada satu panggilan masuk. Aku teragak-agak nak angkat. Sekarangkan musim scammer.,takut jugak aku walaupun dalam akaun takda duit. Tapi akhirnya aku angkat juga.

"Hello, assalamualaikum."

"Hello,waalaikumsalam. Dengan cik Mas Idayu ke?" jawab si pemanggil, suara seorang lelaki.

" Ye saya, siapa ni ye?" tanyaku.

" Saya dari syarikat MZ Holding. Besok cik di minta melaporkan diri dan mula bekerja." Jawabnya di hujung talian.

" Oh yeke?Alhamdulillah. Terima kasih tuan. Besok saya datang."

" Baik,sama-sama." Langsung memutuskan panggilan.

"Akhirnya aku di terima bekerja. Ya Allah, aku dah boleh letak jawatan sebagai penganggur terhormat." Aku menjerit riang sambil melompat-lompat di atas katil.

KRAK!'

Ah,sudah! baru je dapat kerja katil dah patah pulak. Aku turun dari katil sambil membelek-belek tempat yang patah. Dengan kemahiran yang aku ada,aku pun pergi ambil barang-barang tukang untuk baiki kaki katil. Nak beli memang tidak sama sekali. Aku takkan sia-siakan gaji pertama aku hanya nak beli katil baru.

.
.

Hari ini aku bangun dengan penuh semangat. Hari pertama masuk kerja kena awal. Kerana hari pertama,aku memakai kemeja hitam dengan kain kaler hitam. Aku padankan dengan tudung bawal kaler kelabu. Ha ok kan. Orang kata kalau badan oversize elok guna baju yang gelap-gelap biar nampak kurus. Kalau tempat gelap dengan kau orang pun tak nampak.

Tepat pukul 8.00 pagi aku melaporkan diri. Setelah itu aku di minta untuk terus ke ruanganku di lantai dua. Teruja bila dapat meja sendiri. Aku belek-belek apa yang patut sebelum mendapatkan tugas hakiki.

" Cik Mas Idayu tolong semak dan salin semua laporan ni ye. Nanti serahkan balik kepada saya." Seorang kerani di bahagian pemasaran menyerahkan satu buku besar untuk aku semak.

"Okey Encik Azman." Jawabku mantap. Aku sekarang salah satu kerani pemasaran di MZ Holding. Takpalah lari bidang yang penting ada kerja.

Tengahari waktu rehat di beri masa satu jam sahaja untuk mengisi perut. Aku tak turun kantin sebab ada bekal aku bawak dari rumah. Untungkan duit belanja pun jimat. Tengah sedap menikmati bekalan, ada seseorang berdehem di depan aku.. Aku mendongak pandang siapa yang datang. Mata aku rasa nak tersembul keluar, nasi yang baru aku suap terkeluar balik. Teringat kisah seminggu yang lalu. "

"Mamat ni yang aku langgar haritu. Dia buat apa pulak kat meja aku ni." Gumam aku pelahan sambil mengaru kepala yang bertutup tudung.

" Sedap makan?!" Mamat tu menatap aku tajam. Aku yang tak sedap hati terus menutup bekalan yang aku bawa.

"Err...maaf tuan, makanan saya memang sedap. Tapi kenapa ye tuan tanya?" Dari cara penampilan pun dah tahu dia ada jawatan besar kat syarikat ni. Aku terus berinisiatif paggil dia tuan.

"Kamu tahu apa kesalahan kamu?!" tanyanya dengan nada tinggi. Aku pun terkebil-kebil bila dia tanya macam tu. ' Apa salah aku? pasal aku langgar dia haritu ke.' Monolog aku di dalam hati.

" Err...maaf sekali lagi tuan boleh cakap terus terang tak. Saya bukan amnesia tapi saya tak berapa jelas dengan soalan tuan. Kesalahan dari segi apa ye?"

" Ish...Kamu tahu tak peraturan di syarikat ini tidak sesiapa pun dibenarkan makan di meja kerja.Kamu tak baca peraturan ke"

"Oh yeke? maaf tuan,saya belum sempat nak baca semua peraturan lagi." Jawabku cemas menundukkan pandangan.

" Kemas semua bekas makanan kamu dan turun ke kantin." Ucapnya sambil berlalu pergi.

Aku pun apa lagi cepat-cepat kemas semua bekal yang aku bawa dan berlalu ke kantin." Hari pertama dah langgar peraturan. Balik nanti aku kena hafal semua peraturan kat syarikat ni. Tapi nasib baik dia tak ungkit aku langgar dia haritu. Ke dia tak perasan aku yang langgar dia. Yela,akukan main lari je masa tu. Ups!" Aku pandang sekeliling. Nasib aku sorang je dalam lif.

Tengah duk syok sambung makan, ada seseorang menyapa aku. " Dik boleh akak duduk sini,tempat duduk penuh."

" Eh boleh kak,silalah. Tempat ni pun bukan saya punya. Saya pun menumpang jugak." Jawabku sambil tersengih mempersilakan akak tu duduk. Melihat dari perut akak tu rasa tak lama lagi nak meletup.

" Nama akak siapa?"

" Nama akak Rozana, panggil kak Ana je. Adik pulak?"

" Nama saya Mas Idayu, paggil Ayu je."

" Amboih nama betul ke tu? Macam nama penyanyi dangdut." Ucapnya tertawa kecil.

" Aah kak. Nama saya memang berasal dari ratu dangdut tu pun. Mak saya masa mengandungkan saya suka sangat dengar lagu dia. Sampai saya lahir pun dia letak nama penyanyi tu." Jawabku panjang lebar.

Akak tu hanya tertawa sambil menganggukan kepala. Kami melanjutkan makan sambil beborak ringan.

" Akak selalunya makan dengan kawan akak. Tapi hari ni dia cuti. Tu yang turun makan sorang-sorang tu." Katanya sambil beriringan ke pintu lif.

" Oh patutlah. Saya pun baru hari pertama kerja. Akak kat bahagian mana?"

" Akak bahagia stor. Kalau senang-senang boleh datang sana. Kadang-kadang masa rehat akak tak turun kantin. Makan bekal kat pejabat je."

" Yeke? tapi tadi ada yang tegur saya tak boleh makan dekat meja kerja. Memang ada ye peraturan tu kak?" Tanyaku hairan.

" Eh,takdelah. Boleh je makan janji kemaskan tempat makan sebelum masuk waktu kedua selepas rehat je." Jawab akak tu santai.

Aku dah terfikir tak best dah ni. 'Asal mamat tu kata tak boleh. Ke dia saja tak bagi aku makan kat situ sebab aku orang baru?' soalku dalam hati. Kami berpisah di lantai yang sama tapi tempat yang berbeza. Aku di lorong kanan. Akak Rozana di bahagian kiri.

Pukul 5.00 petang waktu balik,waktu di tunggu-tunggukan oleh semua orang. Aku samalah berkemas. masukkan semua kerja di dalam fail dokumen dan mematikan komputer.

Sampai pintu lif,kak Rozana dah ada kat sana . Aku terus menyapanya. " Hai kak."

" Hai Ayu. Balik naik apa kejap lagi?" Tanya kak Rozana sambil mengusap perutnya.

"Naik grab je kak. Akak pulak naik apa?"

" Suami akak jemput.Dah ada kat bawah rasanya."

" Oh yeke. Untung akak abang datang jemput. Ayu abang grab jela selalu jemput. Hehehehe." Pintu lif terbuka, aku baru nak melangkah masuk sekali ternampak mamat yang tegur aku tadi.

Dia pandang aku macam nak telan hidup-hidup. Aku dah gelabah,langsung tak jadi masuk. Kak Rozana nampak aku tak begerak terus tarik tangan aku masuk sekali. Kau orang takyah tanya hati aku macam mana masa ni. Berdebar hatiku rindu datang lagi,ah ah...Eh bukan...bukan! Rasa menunggu hukuman gantung.

Sampai je kat lobi,aku orang pertama keluar dari lif. Aku kan depan sekali kena la keluar dulu. Tiba-tiba kepala aku tergadah ke belakang. Siapa biadab sangat tarik-tarik tudung aku ni. Aku pandang je belakang mamat tu dah ada kat belakang aku. Tak jadi aku nak marah,terus tersekat suara aku.

" Kamu kenapa tiba-tiba berhenti?" ucapnya dengan mata memandang tajam seperti hunusan pedang. Aku tak tahulah nak mengamuk ke nak menangis. Tak mungkinkan ada orang lain tarik tudung aku.

" Kamu ingat badan kamu kecik ke nak hadang jalan orang? Sudah, tepi !" lanjutnya berlalu pergi. Aku rasa nak mencarut je sekarang ni. Kalau ye pun nak mengata aku agak-agaklah. Punyalah luas tempat ni,kenapa nak suruh aku ketepi. Boleh je kau lalu tempat lain,elak sikit ke. Huh! Dasar muka dinding! Sabar jela.

Sampai rumah, aku dengar mak tengah terkikik-kikik sensorang. Apa yang seronok sangat tu. Aku masuk bagi salam terus duduk sebelah mak aku di sofa ruang tamu.

" Mak tengok cerita apa?"

" Eh, kamu dah balik. Macam mana first day kerja?" Soalan aku dia tak jawab,dia pulak yang bertanya.

" Okeylah. Hari pertamakan, takdelah dapat kerja susah-susah." Jawabku sambil menyandarkan badan di sofa. Terasa lelah pulak lepas balik kerja. Akhirnya aku putuskan masuk dalam bilik membaringkan badan. Hari pertama dah macam-macam hal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience