BAB 1

Romance Series 4844

Jam di telefon menunjukkan pukul 5.30 pagi. Aku masih bergulung di bawah selimut hangat sambil berdengkur keras.Dalam sedap melayani Alam mimpi tiba-tiba terdengar ketukkan pintu bertalu-talu dari luar. Aku mengeliat malas sambil mengumpul nyawa yang pergi meninggalkan jasad.

"Manjaa! cepat bangun,siapkan adik-adik, mak nak pergi kerja dah ni!" terdengar suara mak mengelegar satu rumah. Kalau rumah kau orang mesti waktu-waktu macam ni aman tenteram je kan? Ketukkan pintu semakin mengganas,nak tak nak aku terpaksa seret badan yang setengah lemak ni membuka pintu.

"Ye,ye...Manja bangun dah ni" dengan setengah hati meninggalkan katilku. Aku terus masuk tandas melepaskan segala hajat di pagi hari.

"Kenapa tak terus mandi? Kan elok mandi pagi-pagi, segar sikit badan tu." Tegurq ayah dari ruang dapur. " Ish,sejuklah yah,tengahari nanti jela Manja mandi ye.Manja nak solat kejap." sambil menyenggir menunjukkan gigi yang baru aku gosok tadi. Ayah yang mendengar hanya geleng-geleng kepala.

"Macam mana nak dapat jodoh,Mandi pun tengahari!" sindir mak.Mak aku kalau menyindir mesti melibatkan bakal laki aku nanti. Mana taknya,cuba kau orang fikir. Kalau goreng ikan keras sikit msti mak aku cakap ' kalau kau berlaki ni,cepat laki kau tak bergigi'. Lagi-lagi bila aku menyanyi sambil masak,mak aku mesti cakap 'kesian anak mak,dapat laki tua.' Eh,takda kena mengena.

" Apa yang kau tercegat kat situ,pergi solat cepat kang lambat mak masuk opis." Aku yang memang tengah mengelamun terus pergi menunaikan kewajipan lima waktu.

Kau orang jangan percaya mak aku kerja pejabat. Mana ada pejabat bukak pukul 6 pagi . Sebenarnya mak aku tukang masak kat kantin sekolah. Itu pasallah aku bilang, prinsip aku tadi 'beras kita beli' sebab lauk akan menyusul lepas mak aku balik kerja nanti. hehehe.

Selesai menunaikan solat subuh, aku terus menuju ke dapur untuk siapkan bekalan adik-adik aku. Satu tip untuk menjimatkan kos sara hidup yang makin sengsara ni. Jadi, kau orang semua rajin-rajinlah bangun pagi siapkan bekal.

Tepat pukul 6 pagi, aku akan kejutkan adik-adik aku pulak. Aku ada dua orang adik. Aku sebagai anak yang sulung, adik kedua lelaki namanya Iqmal. Tahun ni SPM,dan yang akhir sekali Sarah baru darjah 6. Ya,jarak kita orang memang jauh-jauh. Mak kata, itu salah satu 'family planning'.Maksud mak aku,aku dah besar sikit baru ada adik. Nanti aku boleh jaga adik. begitulah seterusnya.

.
.

Menjelang Tengahari, semua pekerjaan rumah sudah selesai. Dari mengemas dapur,ruang tamu,cuci baju, ampai baju dan semua yang wajib di buatlah. Jangan kau orang ingat aku penganggur duk tanam anggur ye. Aku seligi sekor-sekor nanti. Kita sebagai penganggur terhormat kena jaga reputasi kita, jangan buat malu dengan jawatan yang kita pegang.

Gila aku duduk rumah goyang Kaki je. Silap-silap kuali kak Timah a.k.a mak aku melayang atas kepala. Bukan niat hati tak nak bekerja. tapi kerja yang tak nak dengan aku. Bukan satu dua tempat aku cuba submit resume. Dah banyak dah,cuma belum rezeki aku lagi. Beginilah nasib insan yang serba kekurangan.

Tengah asyik bersantai-santai , telefon aku berbunyi. Bunyi deringan telefon aku pun aku letak lagu Mas Idayu. Bagi menghargai peminat fanatiknya,siapa lagi kalau bukan mak aku.

Aku tengah malas nak bangun, abaikan jelah sampai telefon tu senyap sendiri. Skali lagi telefon berbunyi. Lagu ' cinta 100 persen' menjadi latar. Aku pun berlari mencapai telefon di atas meja solek.

" Hello Assalamualaikum." Sapa suara perempuan di hujung talian.

" Ye hello,waalaikumsalam. Cari siapa ye?" tanyaku dengan nada sopan.

" Saya dari Syarikat MZ Holding,saya nak bercakap dengan cik Mas Idayu."

" Ye,saya yang bercakap."

" Okey cik, cik diminta menghadiri sesi temuduga besok di MZ holding pukul 10 pagi.Di minta memakai pakaian formal ye cik."

" Oh besok ye, okey baiklah. Terima kasih."

" Sama-sama"

Akhirnya setelah 6 bulan menjadi penganggur terhormat ada syarikat yang menawarkan pekerjaan. Aku langsung mencari baju yang sesuai untuk temuduga besok. Sejak habis belajar,aku memang dah tak sentuh baju-baju yang ada. Tak tahulah muat ke tak lagi. Selain penganggur, aku juga buat part time sebagai majlis perbandaran menghabiskan makanan yang ada. Sayang kot, membazir.

Habis baju satu Almari aku keluarkan. Tapi sayang seribu kali sayang, takda satu pun baju yang muat. Aku tak tahulah macam mana baju tu boleh kecut. "Huwaaa... Makkk nak beli bajuuu"

.
.

Hari ni aku pecah rekod, pukul 4 pagi aku dah bangun bersiap-siap untuk temuduga. Baru je mak aku nak ketuk pintu bilik, aku dah terpacul kat depan muka dia. Dia pandang aku atas bawah. " Awal betul kamu siap Manja. bukan interview pukul 10 pagi ke?" Aku tersengih pandang mak aku. " kenalah awal mak, lama dah Manja tunggu detik-detik mencemaskan ni." Jawabku teruja. Mak aku hanya mencebikkan bibir.

Selesai sarapan, aku meminta izin kepada dua orang tua aku untuk pergi temuduga. Selain minta izin,aku tak lupa minta duit tambang sekali. Maklumlah lama menganggur, mana ada duit. Last skali baru minta doa restu mak ayah aku. Doa orang tua tu penting beb. Untuk kesejahteraan dunia akhirat.

Pukul 9 pagi aku dah tercegat kat depan bagunan MZ Holding. Punyalah semangat, sampai pun awal sejam. Tak kisahlah kan kira jadi contoh pekerja terbaik. Aku terus melangkah ke arah kuanter yang ada kat lantai lobi.

" Assalamualaikum. Maaf boleh saya tumpang tanya?" tanyaku mendayu-dayu. Penyambut tetamu yang ada kat kuanter tu pandang aku atas bawah, ambil mengerutkan kening.

"Ye waalaikumsalam, ada apa cik?" Jawab penyambut tetamu dengan muka ketat. Agaknya lagi bulan terang kot. Dari aku masuk tadi senyum pun tak. Macam manalah dia boleh jadi penyambut tetamu.

" Ruangan untuk sesi temuduga dekat mana ye? soalku.

"Err...cik ke yang nak temuduga tu?"

" Aah ye saya. Semalam pihak syarikat ada call untuk datang temuduga." Dia pandang aku hairan. Ada yang salah ke dengan penampilan aku.

" Oh, bilik temuduga di tingkat 3 sebelah kiri ." Jawabnya acuh tak acuh.

Aku hanya tersenyum hambar sambil mengucapkan terima kasih. Lalu aku bergegas masuk ke lif naik ke tingkat 3 dimana ruangan temuduga di buat. Sampai di sana,aku di minta mengambil nombor angka giliran. Alhmdulillah berkat awal datang aku dapat nombor pertama.Memang aku orang pertama yang menunggu.

Selepas itu,barulah seorang ke seorang yang mengikuti temuduga datang. Aku pandang satu persatu dari mereka. Semua datang dengan baju cantik-cantik serta make up tebal. Yang lelaki pun nampak kemas dan rapi. Tiba-tiba aku rasa malu dengan penampilan aku. Mana taknya,aku pakai baju kurung biasa dengan tudung sarung makcik-makcik purba. Make up? hurm,memang tak pernah tersentuh di kulit halus mulusku ini.

Selama 1 jam 15 minit aku menunggu dengan penuh sabar. Setelah itu, baru nama aku dipanggil. Aku berdoa dalam hati semoga segalanya di lancarkan dan di permudahkan. Mintak-mintak ada rezeki aku kat sini.

Aku masuk kedalam dengan hati yang harap-harap cemas. Pertama kali lah katakan. Tiba-tiba darah gemuruh tu datang sampai rasa perut macam nak membuang hajat. Aku melangkah dengan tenang sambil mengucapkan bismillah. Dalam hati Tuhan je tahu.

Di depan aku ada empat orang penal juri. Dah macam nak masuk uji bakat. Aku di minta menyerahkan resume dan duduk berhadapan dengan ke empat orang tersebut.

" Cik Mas Idayu? Macam nama penyanyi." Ucap salah seorang dari mereka. " boleh perkenalkan diri lebih detail?" Lanjutnya.

" Oh boleh! Nama saya Mas Idayu binti Ismail berasal dari Seremban Negeri Sembilan. Sekarang menetap di Kampung Baru. Saya berusia 24 tahun,lulusan Universiti Teknologi Mara jurusan Perkhidmatan Pelanggan." Jawabku mantap. Terlihat mereka di hadapan menganggukan kepala.

" Baik. Boleh saya tahu. Adakah cik berminat jika pekerjaan kami berikan lari dari bidang cik sekarang?" Lanjutnya lagi.

" Tidak ada masalah tuan, dimana pun saya di tempatkan saya akan cuba berlajar." Kataku penuh semangat.Meraka bertanya lagi beberapa soalan dan aku cuba menjawab sebaiknya.

" Baiklah cik Mas Idayu, terima kasih. Sila tunggu di luar."

Aku keluar ruangan sambil mengucapkan terima kasih kembali. Tutup je pintu, aku terus berlari mencari tandas. Rasa tak sanggup dah tahan nak membuang segala kegelisahan di bilik termenung.

Sedang aku berlarian mencari tandas yang terdekat, tak sengaja aku terlanggar seseorang yang baru keluar dari sebuah bilik. Maka terjadilah pertembungan yang tak terduga. Lelaki yang aku langgar tu terjungkang ke bawah. Aku yang sememangnya berbadan sado hanya mundur setapak. Tiba-tiba aku ternampak perkataan tandas,aku berlari ke tempat di tuju. Tak sempat dah nak tolong atau sekadar mengucapkan maaf. Ini antara hidup dan mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience