PROLOG

Romance Series 4844

Nama aku Mas Idayu, tapi bukan penyanyi dangdut tu ya. Jauh panggang dari api. Di sebabkan mak aku minat sangat dengan ' mommy ' Mas Idayu, maka terhasillah nama itu di sijil kelahiran. Tapi keluarga dan kawan-kawan rapat aku lebih suka panggil aku Manja. Bagi mereka yang kurang rapat atau baru kenal dengan aku, biasa menyapa dengan panggilan Ayu. Kalau nama yang kurang sopan sikit, dorang panggil aku badak air,beruang kutub, gajah duduk dan macam-macam lagilah. boleh di katakan semua binatang yang oversize di samakan dengan aku. Tak patutkan...

Kau orang nak dengar cerita tak? pernah sekali aku dengan kawan aku nak balik universiti naik motor bapak dia.Jalan yang kita orang lalu tu agak berbukit. Al hasil motor tu tak sanggup nak bawak kita orang daki bukit. sebab aku dengan member aku tu sama-sama comel. Sudahnya aku dengan kawan aku tolak motor sampai atas. Tiba-tiba ada sebuah kereta memandu perlahan sebelah kita orang. Ingat nak tolong, dia orang boleh jerit, " KENDERAAN BERAT IKUT KIRI!" biadap sungguh.

Sampai je atas bukit tu,member aku apa lagi,ajak naik atas motor. Dengan penuh semangat member aku perah padel minyak motor dia. Motor pun meluncur laju menurun bukit,siap potong kereta mamat-mamat tak bertauliah tu. Kalau ingat-ingat balik kita orang mesti gelak besar.

Kalau nak cerita banyak je kisah-kisah lucu dalam hidup aku. Tapi lebih pada merendahkan orang yang macam aku nilah. Kalau nak di ikutkan aku takdalah hodoh sangat. Aku di kurniakan kulit putih mulus ibarat kuih pau yang keluar kukusan,berkepul-kepul asap. perghh! bentuk badan aku tak bulat, masih ada lekuk-lekuk mengiurkan untuk di tatap.

Hakikatnya, kau pujilah melangit mana pun fizik kau, orang badan comel tetap akan menjadi bahan ejekkan walaupun rupa kau tak teruk mana. Kadang rasa nak pindah negara Mauritania. Dah tentu-tentu perempuan bertubuh debab macam aku ni menjadi taruhan. hehehehe

Maaf jika cerita aku ni tak menarik seperti drama korea, tidak seindah drama melayu dan tidak se ekstrim drama tamil. Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang cuba berkongsi kisah hidup yang tak berapa indah ni.

Ini kisah perjalanan hidup aku. Aku ditakdirkan membesar dari golongan orang-orang yang besar. Bukan orang kaya atau orang ternama,bukan..bukan. Tapi kami kaya dengan lemak-lemak di badan. hehehe..

Orang kata ya,bukan aku kata. Badan aku comel macam ni punca dari faktor genetik, bahasa mudah baka keturunan. Aku ingat saka je boleh turun temurun. Tak sangka, lemak pun boleh jadi keturunan jugak. Kiranya keturunan lemak aku ni dari gen arwah nenek aku dulu.

Semakin aku menginjak dewasa, aku dah kebal dengan segala ejekan orang terhadap aku. Bak kata perpatah, usia mematangkan fikiran. Dan dengan kematangan tu lah aku ingin menjadi diri aku sendiri. kalau di fikir-fikirkan balik aku tak kekurangan apa pun. Tapi kalau di bahas lebih dalam, aku cuma tak kurang makan je. Selain pada tu, kekurangan itu ada pada aku. Sedih!

Tapi, kau orang jangan fikir aku kekurangan kasih sayang pulak. Aku punya mak ayah yang penyayang, ada adik beradik yang sayangkan aku, dan ada kehidupan yang layak. Aku bersyukur sangat di kelilingi orang-orang yang baik dan boleh terima aku apa adanya.

Nampak je aku macam tak berapa nak cerdikkan tapi aku seorang lulusan universiti dan pernah mendapat gelaran dekan. Tapi lepas lulus universiti, aku menjadi penganggur dan sampai sekarang masih memegang jawatan sebagai penganggur terhormat. Banyak kali jugak cuba letak jawatan tapi belum ada penganti. Kau orang ada yang nak mohon jawatan ni tak? aku boleh bagi.Banyak lagi kosong ni. hehehehe..

Sepanjang aku memegang jawatan penganggur ni ,akulah yang mengantikan tugas mak aku di rumah. Mak aku pula bekerja menambah pendapatan sebab ada dua orang adik aku masih bersekolah. Sekarang tambah pula aku menumpang hidup. Ayah aku pula, bekerja di syarikat Haji dan Umrah sebagai ajen. Setiap orang yang membuat haji dan umrah ayah akan dapat komisyen dari situ. Setakat ni alhamdulillah kami tak pernah kekurangan apa-apa.

Aku ada beberapa orang kawan baik tapi semua dah dapat kerja, aku je duk mencari lagi. Mungkin belum rezeki aku kot. Aku redha. Sampai masa Allah dah siapkan yang terbaik untuk aku. Yang penting kita sabar dan sentiasa berdoa.Kau orang pun doakanlah aku sama ye.

Sebagai insan lain, aku juga ada naluri untuk bercinta dan dicintai. Selama aku hidup belum pernah sekali pun aku merasa apa itu cinta. Jangan kata cinta sejati, cinta monyet pun tak dan nak merasa. Apa pun aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya tak sia-sia mak ayah aku keluar duit hantar aku belajar tinggi.

Masih adakah cinta sejati di zaman penyondol ini? Yalah aku sedar, aku tak cantik, bukan pakej lengkap menjadi idaman lelaki. Tapi tak salah cubakan. Bak kata perpatah tuah ayam nampak di kaki, tuah aku siapa yang tahu. Semoga bakal imam aku nanti seorang yang setia dan mampu membimbing aku. Tak perlu kaya, yang penting rajin dan hargai diri ini.

Semoga kisah aku ini akan menjadi pembakar semangat untuk kau orang yang suka merendah diri. Kita mungkin tak seslim seperti jalan Slim River, tak juga cantik seperti Neelopa, tak sebijak Albert Einstein, tak sekaya Tan Sri Robert Kuok dan senang cerita kita ini insan serba kekurangan. Tapi Allah telah nenjadikan kita semulia-mulia makhluk ciptaannya.Makna yang cuba aku sampaikan , kita kena sentiasa belajar bersyukur.

Ada yang nak ikuti cerita aku dalam mencari cinta? jom ikuti kisah "CINTAKU 100% KILOGRAM".

Pov penulis : Hai pembaca yang budiman,hartawan dan dermawan. Cerita ini merupakan cerita pertama saya.Semoga anda semua suka dengan hasil karya saya ini. Mana yang terlebih terkurang mohon di maafkan. Tegurlah sebaik kata,seindah budi bicara supaya dapat memberi semangat untuk saya terus maju jaya. Weyy bila nak capai 1000 patah perkataan ni.adoi,maafkan hamba yang daif ini. Kakak yang amatur dalam ni jangan marah ye. Adik tumpang berkarya.Hanya kisah ringan dan tiada beban. Beban kat penulis je sebab untuk pertama kalinya memerah otak menjadi penulis. Saya tidak pandai bermadah pujangga apalagi dengan ayat yang tersusun rapi. Hanya sekadar mengisi kelapangan menghibur diri. Okey,okey sikit lagi... Dengan ini saya mempersembahkan karya pertama saya bertajuk "CINTAKU 100% KILOGRAM" yang menjadi watak utama dalam cerita ini. Semoga semuanya terhibur. Mohon tunjuk ajar dari senior-senior yang ada di sini. Yess! 1000 words done!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience