" Mana Tuan Amirul ni! Dah setengah jam aku jadi tugu negara kat lobi ni ha!" aku merungut memerhatikan pintu lif. Pintu lif terbuka, aku melihat satu per satu orang yang keluar termasuk Khairil.
"Hai Manja, awak tunggu saya ke?" tegur Khairil tersenyum lebar memandang aku.
"Eh awak. Bukan! saya..."
"Dah jom!" Sahut seseorang di belakang Khairil. Khairil terkejut, terus mengalihkan pandangan ke belakang.
"Ril, Manja pergi dulu dengan Tuan Amirul. Nanti Manja chat Ril ye. Assalamualaikum." Aku terus berlari mengejar langkah Tuan Amirul.
"Manja! "Tak sempat nak menoleh aku hanya melambaikan tangan sahaja.
Aku mengikut langkah Tuan Amirul menuju ke kereta. Dia membuka kunci pintu dan mengarahkan aku untuk segera masuk.
"Kita nak pergi mana ni?" Tanyaku dalam perjalanan.
"Pergi makan,saya lapar!"
"Hah! Tuan ajak saya keluar, sebab nak pergi makan je?!" ucapku sedikit tinggi.
"Ish, jangan banyak tanya! Ada benda saya nak bincang." lanjutnya,masih fokus memandu.
Akhirnya aku mendiamkan diri hingga ke tempat tujuan. Kereta berhenti di depan restauran yang aku kunjungi sebulan yang lalu.
" Kenapa kat sini?takde tempat lain agaknya." Sungutku pelan.
"Saje nak bagi peringatan supaya awak tak macam-macam." sahut Tuan Amirul santai.
Eh,tajam pulak pendengaran mamat ni. Kuat sangat ke aku cakap. Aku mengikuti langkahnya dengan tergesa-gesa masuk ke dalam restauran.
"Ish,pelahanlah sikit jalannya. Semput aku!"
"Awak tu yang montel sangat jalan lambat macam kongkang."
Aku memandang belakang Tuan Amirul sengit. 'Mulut...mintak kena cili betullah! ada jugak yang kena gusti dengan aku kejap lagi!' kataku di dalam hati.
"Takyah nak bersungut!"
ups! aku menutup mulut. Dia boleh dengar suara hati aku ke?tiba-tiba bulu roma aku berdiri tengak. Ngeri dengan orang yang berjalan di hadapan aku. Sampai di tempat yang memang di pesan khas untuk kami Tuan Amirul terus membuka bicara.
" Mulai hari ini awak kena ada selalu dengan saya." Ucapnya tanpa mengalihkan pandangan dari buku menu.
Aku tak merespon tapi aku menatapnya lekat. Dia mengangkat pandangannya menghadap aku.
" Awak kena tahu apa je aktiviti saya setiap hari dan awak kena ambik tahu semua tentang saya." Lanjutnya lagi.
"Perlu ke?" soalku dengan nada tak suka. Sebab aku seorang manusia yang tak suka ambil tahu hal orang. Tiba je nak ambil tahu hal dia.
"Sangat!"
"Cuba tuan jelaskan lebih dalam dan terperinci supaya otak saya tak jem semata-mata nak hadam apa yang tuan sampaikan!"
"Huh! Lembab! of couse awak kena ambik tau semua tentang saya. Mulai hari ini, awak kena jadi girlfriend saya dan saya taknak ada kesalahan masa pertemuan keluarga besar saya nanti!" Ucapnya galak.
" Sedap molot je kata saya lembab! dah tuan cakap sepatah sepatah. Kenapa, ada emas ke dalam mulut tu payah sangat nak terangkan?! Dahlah mintak tolong, lepastu kata orang macam-macam!" kataku taknak kalah. Dia ingat aku apa, suka hati je mengutuk aku depan-depan.
"Marah?"
"Memanglah saya marah! Sape je tak marah! Dari mula masuk tadi tuan kata saya kongkanglah,montellah! ni kata saya lembab pulak! Mulut tu saya cilikan baru tahu!"
"Hahahahahaahahahaha" ketawanya kencang sehingga membuat beberapa pasang mata memandang kami hairan.
'Tekanan perasaan agaknya. Orang marah dia gelak! bukan nak mintak maaf. Malang betul bakal awek dia nanti!' sungutku memandangnya tak puas hati.
"Okey okey...sorry! hahahahahaha..."
" Ha gelak! gelaklah puas-puas! Kalau macam ni lah gayanya. Habis je drama kita nanti, mungkin saya kena daftarkan diri ke rumah sakit jiwa!" kataku lantang. Perkataanku membuat beberapa orang ketawa tanpa tahu hujung pangkal.
"Hahahaha... okey okey sorry! cara awak cakap tu macam mama saya kalau dia marah" ucapnya sambil menyekat mata yang berair kerana ketawa.
"Habis tu, dah mulut tuan tu takde insuran.Kalau saya yang jadi mama tuan,saya terus cabaikan je mulut tu."
Percakapan kami terhenti apabila pelayan datang mengambil menu. Kami terus berdebat sampai makan datang. Ya Allah,boleh darah tinggi aku dengan mamat ni. Kenapa aku yang kena jadi girlfriend tak bertauliah dia.
" Awak dengar tak apa yang saya terangkan." Ucapnya ketika melihat aku mengelamun.
" Panjang sangat senarainya. Tuan tulis jelah nanti saya baca." Jawabku malas. Yelah,banyak sangat pula songehnya,kena ambil tahu apa yang dia suka, apa yang dia tak suka.
" Huh! okey!"
Kami melanjutkan makan dalam diam. Sesekali Tuan Amirul akan bertanya tentang diri aku. Aku memang jenis yang tak susah, jadi takda senarai apa aku nak bagi kat dia.Selesai makan dia terus menghantarku pulang.
.
.
Memandangkan hari ni hari minggu dan aku yang tengah off day solat, aku nak rehat puas-puas. Selepas menyiapkan sarapan aku terus masuk bilik merebahkan badan. Baru je nak terlelap,telefon aku berbunyi."Ishh! siapa pulak kacau aku pepagi ni!" aku tengok nombor tak kenal tapi nak taknak aku angkat jugak.
"Hello,assalamualaikum?"
"Waalaikumsalam. Siap sekarang kejap lagi saya sampai!"
Aku pandang nombor tu pelik. Suara macam Tuan Amirul. Betul ke?Mana dia dapat nombor aku? eh eh kejap! dia tahu rumah aku!
" Awak dengar ke tak?!" terdengar suara dia memanggil.
" Nak pergi mana?" tanyaku hairan.
"Joging!"
"Hahh!! taknaklah!" nak pergi joging pergilah sendiri. Takkan nak ajak aku jugak.
"5 minit lagi saya sampai! Awak siap, kalau tak saya heret awak paksa!"
"Tuan ingat saya anak lembu ke nak main heret- her-! Hello, hellooo!" Tuan Amirul terus mematikan panggilan sepihak.
Arrrggghh!' aku menjerit berang.
Aku dahlah tengah sengugut,dia nak ajak berlari pulak. Main paksa-paksa pulak tu! "Eiii... sakitnya hati aku!"
"Manja! Manja! dah kenapa kau bertempik sensorang tu!" suara mak memekik dari luar bilik.
"Takde apa mak!" Jawabku singkat.
"Buang tabiat betul budak ni menjerit-jerit pepagi buta! tekejut aku ingatkan ada apa-apa jadi." aku mendengar suara mak yang bersungut menjauhi bilik.
Aku bersiap apa ada je. Aku memang takda mood nak pergi mana-mana jadi makin hilang mood dengan perangai mamat pemaksa sorang tu.
"Mak, manja nak keluar kejap!" Laungku meminta izin pada mak. Aku menuju ke ruang depan. Terdengar suara orang bercakap di halaman rumah. Sampai je di hadapan pintu aku lihat Tuan Amirul dan ayah berbual kencang sambil gelak sakan. Amboi, dah jadi partner pulak dah dua orang tu.
Sampai di hadapan mereka aku buat muka tak puas hati dengan Tuan Amirul.
" Ha Manja dah kenapa dengan muka tu. Masam je." tegur ayah terlebih dahulu.
"Takde pape." Jawabku malas. Tuan Amirul hanya menantapku sinis.
"Ayah, kami jalan dulu." Ujar Tuan Amirul ramah pada ayah.
"Ayah!" aku terkejut dengan panggilan Tuan Amirul pada ayah aku.
"Ha yela. Hati-hati bawak kereta."
"Baik ayah! Assalamualaikum...Jom sayang." ternganga mulut aku bila dia panggil macam tu.
"Hey Manja! pergi cepat, Mirul dah tunggu tu!" ayah menepuk bahuku. Baru aku tersedar. Astaghfirullah... apa yang mamat tu dah goreng bapak aku ni! geramku dalan hati.
" Eh,yela ayah Manja pergi dulu. Bye, assalamualaikum." aku menyalam ayah dan terus bergegas masuk ke dalam kereta Tuan Amirul.
Hidup aku tungang terbalik sebab mamat ni. Apa motif dia libatkan keluarga aku sekali. Bukan berlakon depan keluarga dia je ke! Tak boleh jadi macam ni. Aku taknak banda ni jadi masalah besar nanti. "Huh!"
"Puas mengata saya dalam hati?" aku menoleh pada si pelaku.
"Apa maksud tuan libatkan keluarga saya?! Bukan kita hanya pura-pura depan family tuan je ke?!"
"Takde maksud apa. Ayah dengan papakan kawan baik. Apa salahnya saya eratkan silatulrahim." ujarnya santai.
"Masalahnya benda ni akan jadi lebih besar. Tuan tak fikir ke?! Saya tak nak jadi masalah akan datang yang melibatkan keluarga. Kalau kantoi macam mana?! Mesti dia orang takkan percaya kat kita lagi. Mesti ayah akan marah dengan saya. Tuan tak kenal mak saya macam mana! Mati saya kalau semua orang tahu saya menipu!" ucapku mengebu-gebu.
"Kalau kita diam, takde sapa pun tahu. Melainkan awak yang bagitahu. Dan masalah akan datang misal jadi apa-apa, awak kata je kita takde jodoh." Balasnya tanpa bersalah.
Ya Allah aku tak habis fikir dengan mamat ni. Senang betul dia cakap.
"Lagipun kita buat smpai jadi." Lanjutnya lagi. Aku mengerutkan dahi.
"Apa maksud tuan?!"
"Yela,kalau dia orang suruh nikah,kita nikah jelah. Apa yang susah." Aku menganga dengan jawapannya. Boleh tak aku nak tempeleng mamat ni sekarang!
"Gila! Tuan ingat nikah tu main-main ke?! Saya taknak! Jangan libatkan saya. Lebih baik tuan carik pasangan tuan cepat!" aku rasa nak pitam. Entah-entah sekarang darah tinggi aku naik mencanak.
Kami sampai di taman rekreasi. Aku terus turun selepas kereta berhenti. Hati aku betul-betul geram dengan dia sekarang ni. Aku berjalan laju menuju ke trek larian yang ada di taman. Tuan Amirul menyusulku dan sekarang kami berjalan beriringan. Aku tak peduli dengan dia.
"Manja buat pemanasan dulu sebelum lari. Nanti awak pengsan sape nak angkat!" Ucapnya di sebelahku.
"Sape kata saya nak lari. Saya nak jalan je,tuan pergilah lari!" jawabku malas. Asyik nak mengata aku je dia ni.
"Mana boleh macam tu! Awak kena lari! Sekarang kita buat pemanasan." Malas nak melawan aku ikut je kehendak dia.
Kami membuat beberapa langkah pemanasan sebelum memulakan larian. Aku hanya lari-lari anak je. Tak larat aku nak lari macam dia. Dia dah dua pusingan,aku separuh taman pun tak habis lagi.
Baru je satu pusingan tiba-tiba perut aku sakit melilit. Mula tu aku abaikan je sebab aku tahu senggugut tengah menyerang. Tapi makin lama makin sakit sampai tak mampu nak berjalan lagi. Aku membongkok menekan perut.Aku dah tak tahan,aku cari tempat duduk terdekat. Selangkah demi selangkah aku menuju ke kerusi yang ada. Sumpah aku tak larat,semakin aku jalan semakin sakit.Belum sampai di kerusi, tangan aku di tarik.
"Nak pergi mana?! Baru satu round!"
Aku tarik tangan aku kuat,aku dah tak larat ni. Tuan Amirul tarik balik tangan aku.Aku terus menyangkung menahan sakit.
"Perut saya sakit!" ucapku pelahan.
"Awak jangan nak ngelat. Tadi elok je!"
"Saya nak duduk. Perut saya sakit!" mengigil tangan aku menekan perut. Satu tangan lagi aku cengkam tangan Tuan Amirul.
"Bangun dulu! Macam mana awak nak jalan kalau macam ni." Aku mengeleng.
"Tak boleh bangun.sakit!" Air mata aku dah meleleh di pipi.
Aku rasa dia pegang bahu aku,Tangan aku yang dia pegang tadi di letak ke bahunya. Dia bantu aku bangun pelahan-lahan. Dengan penuh sabar dia tolong aku sampai ke kerusi taman. Aku duduk menekan perut aku kuat.
"Sakit sangat ke?! kita pergi klinik sekarang!" Ucapnya sambil memeluk bahu aku. Aku yang tengah sakit hanya mengabaikannya.
"Manja please! kits pergi klinik sekarang!" Aku mengelengkan kepala.
"Bagi saya masa sekejap.Saya tak mampu nak berjalan." ucapku pelahan.
Setelah rasa sikit lega aku mengajak Tuan Amirul balik. Sebab aku tahu aku tak mampu nak teruskan. Tuan Amirul hanya menganggukkan kepala. Dia memapah aku sampai ke kereta.
Share this novel