BAB 3

Romance Series 4844

Pejam celik,pejam celik dah seminggu aku kerja. Pagi isnin yang sungguh sibuk bagi aku untuk pertama kali bekerja. Hari ni bahagian pemasaran di beri tugas bagi mempromosikan produk baru. Pagi itu di mulakan dengan mesyuarat bagi semua staf bahagian.

" Selamat pagi semua." Ucap Abang Azman sebagai ketua pemasaran di syarikat MZ Holding.

"Okey tak nak buang masa lagi,saya ingin membahagikan semua staf kepada beberapa kumpulan. Tujuannya untuk anda semua menyumbangkan idea yang terbaik bagi produk yang akan di lancarkan bulan hadapan."

" Di sini saya sudah menyiapkan nama-nama untuk setiap kumpulan. Anda semua boleh simak dahulu lepas tu baru saya terangkan tentang produk ini lebih teperinci." Lanjutnya.

Aku pun membelek nama-nama dalam kumpulan aku. Nizam,shasya dan Tania. Tania siapa ye? Aku belum berapa kenal sangat orang-orang kat sini.

" Abang Azman,boleh tak Tania nak tukar kumpulan?" Aku yang dengar nama Tania terus toleh kat suara tu.

" Kenapa Tania?" tanya abang Azman mengerutkan dahi.

" Ermm, Tania tak nak satu kumpulan dengan budak baru tu." Jawabnya jujur. Aku rasa macam, ayat tu di tuju pada aku' eh apa kena mengena dengan aku!' Aku pandang sekeliling semua mata tengah pandang aku. Aku jadi tak sedap hati.

" Ada masalah apa-apa ke dengan Ayu?" tanya abang Azman untuk alasan yang lebih logik. Aku pun pandang muka budak Tania tu,nak tau jugak apa masalah dia dengan aku.

" Sebelum tu Tania nak minta maaf pada Ayu. Bukan ada masalah apa-apa tapi Tania tak berapa selesa dengan Ayu. Badan Ayu besar sangat,jadi Tania rasa tak selesa dengan orang badan besar boleh sesak nafas." Jawabnya sambil mengipas muka.

Amboi...sedap tekak tok nenek dia je kata aku macam tu. Aku yang dengar alasan dia tu rasa nak ramas je mulut dia. Dia ingat dia cantik sangat ke! Badan aku besar bukan aku himpap dia pun.

Abang Azman sampai geleng-geleng kepala. " Ermm, ada-ada je kamu ni Tania. Ha, ada sapa-sapa nak tukar dengan Tania?." Tanya abang Azman lantang.

" Abang...boleh Tania tukar dengan Neli tak?" Sahut Tania lagi.

" Ish, kamu ni. Abang dah bagi ikut kemampuan masing-masing. Okeylah Neli tukar dengan Tania. Abang takda masa nak urus jenazah yang mati sesak nafas pulak nanti." Jawab abang Azman geram.

Semua yang dengar kata abang Azman tergelak besar. Hambik kau! mengata orang lagi. Aku pandang budak yang nama Neli tu, takutlah kan dia pun tak nak satu kumpulan dengan aku. Dia perasan aku pandang dia,dia pun senyum. Aku pun tersenyum sama. Budaknya cantik, serderhana je.

Abang Azman meneruskan mesyuarat dengan memberi maklumat tentang produk dan menerangkan tugasan yang perlu kami semua buat.

" Okey semua,setakat ni fahamkan? Kalau ada yang kurang faham boleh jumpa di ruangan saya. Setakat ini itu saja. Kita tutup mesyuarat untuk hari ini. Terima Kasih semua."

Selesai mesyuarat, aku, Shasya,Nizam dan Neli terus membahagikan tugasan. Aku di beri tugas untuk detail produk. Rasanya takda lah berat sebab semua detail dah ada cuma salin balik je. Nizam di tugaskan pengiklanan, manakala Shasya dan Neli untuk marketing.

" Okey,semua dah dapat tugas masing-masing. Nanti masa rehat jumpa kat tempat saya." Kata Nizam sebagai ketua kumpulan.

.
.

Tengahari tu kami berkumpul di ruangan Nizam sambil makan,sambil menyuarakan pandangan.

" Kita kalau boleh jangan copy yang sudah-sudah. Kita kena carik idea baru untuk produk ni." Sahut Nizam sambil memandang kami semua.

" Kita nak buat konsep guna model jugak ke?" Tanya shasya. Antara kami bertiga Shasya dan Nizam merupakan orang lama. Aku hanya memerhati sambil meneliti setiap ucapan mereka.

" Model wajib ada sebab ini produk kesihatan. So,untuk model memang wajib." Lanjut Nizam lagi.

" Nali, Ayu ada apa-apa idea?" Lanjutnya.

" Ermm... saya rasa apa kata kita buat kelainan sikit. Kalau untuk pengambaran kita jangan guna studio. Benda tu dah biasa." Jawab Neli.

" Okey,cuba terangan idea apa yang awak ada." Shasya memberi peluang pada Neli untuk mengembangkan idea.

" Memandangkan produk ni lebih kepada kesihatan dalaman. Apa kata kita gabungkan bahan-bahan yang ada untuk jadi satu iklan pendek." Lanjut Neli.

" Saya rasa kalau kita buat iklan ala-ala bidan kampung dengan bahan-bahan ramuan produk ni,dapat menyakinkan pengguna." Aku cuba memberi idea dengan cadangan Neli.

Mereka semua memandang aku sambil mengenyitkan dahi. Aku hanya tersengih.

" Ha,saya setuju! mulanya saya nak buat cara alam semulajadi. Tapi idea Ayu lebih meyakinkan." Sahut Neli dengan suka citanya.

" Erm... bagus abang suka dengan idea Ayu."

" Betul,kita boleh cuba." ucap shasya pula. Mereka tersenyum memandangku.

Setelah pebincangan selesai,kami semua mula mencari bahan rujukan. Sedar tak sedar dah pukul 5 petang. Aku pun menyimpan semua data-data yang ada sebelum balik.

Sambil menunggu lif terbuka ada seseorang menegur dari belakang.

" Hai Ayu." Tegurnya. Aku menoleh melihat gerangan siapakah menegurku. Ada seorang lelaki memandangku sambil tersenyum. Aku cuba ingat-ingat macam pernah nampak.

" Awak tak kenal saya ke?" Aku geleng-geleng.

" Oh maaf,lupa pulak awak orang baru. Hai,saya Khairil, satu bahagian dengan awak." lanjutnya.

Baru aku teringat dia ada dalam bilik mesyuarat pagi tadi. ' 'Boleh tahan handsome jugak.' Kataku dalam hati.

" Oh, ye. Saya ingat tadi awak pun ada dalam bilik mesyuaratkan? Maaf ye saya tak perasan." Jawab aku jujur.

" Yela,siapalah kita. Orang biasa-biasa je. Muka pun biasa. Manalah orang nak perasan." Lanjutnya lagi.

Eh dah kenapa pulak mamat ni.Aku tak perasan muka dia je bukan aku mengata muka dia pun.

" Maaf, bukan macam tu, saya jarang tengok muka orang." Jawabku sambil tersengeh. Tak sempat Khairil nak bertanya lagi terdengar seseorang memanggilnya.

" Khairil...kenapa tak tunggu Tania!" Sahut Tania sambil menggoyang-goyangkan badan.

" Eh,maaf Tania. Saya ingat awak dah balik." Jawab Khairil.

" Awak cakap apa je dengan perempuan ni?" Ucap Tania sambil menuding jari ke arah aku.

'Perempuan ni!' batinku. Dah macam aku ni penyondol pulak. Aku malas nak layan dua orang makhluk tuhan itu. Kebetulan pintu lif terbuka aku terus masuk. Kemudian Khairil dan Tania pun ikut masuk ke lif.

Sampai di lobi aku dan Khairil keluar beriringan. Tania memandang kami tak puas hati.

" Dah tau badan tu besar, sibuk je nak keluar jugak." Aku buat-buat tak dengar je. Malas aku nak layan minah make up setalam tu.

" Ayu, awak balik naik apa?" Khairil bertanya.

" Naik dengan bakal suami saya." Jawab aku malas,terus melangkah.

Tiba-tiba Khairil menarik tangan aku. Aku terkejut sebab pertama kali lelaki pegang tangan aku.

" Eh,kenapa pegang- pegang ni." Tanyaku sambil melepaskan pegangan tangannya.

" Awak dah nak kawin ke?"

" Kenapa awak tanya?"

"Ermm, takde pape. sorry..." Khairil hanya memandangku. Aku memang dah takda mood terus meninggalkan Khairil.

Aku menunggu grab yang aku pesan di depan pondok bas sambil memikirkan tindakkan Khairil tadi. 'Apa kena dengan mamat tu? suka- suka dia je nak pegang tangan aku. Ingat aku apa!' aku yang memang dah emosi dengan Tania, lepastu Khairil pulak buat aku macam tu . Rasa nak mencarut je. Astagfirullah...

Tak lama aku tunggu grab yang aku pesan pun sampai.Aku terus masuk di tempat penumpang. Terasa penat gila hari ni. Sejam masa perjalan dengan keadaan jalan yang sesak, akhirnya aku sampai di depan rumah.

" Assalamualaikum"

" Waalaikumsalam..." terdengar jawapan salam di ruang tamu. Aku terus duduk di sebelah ayah sambil menyandarkan kepala di bahunya.

" Hai Manja, penat sangat ke?" Tanya ayah sambil memandang muka aku yang nampak lelah.

" Penatlah yah,kerja tengah banyak."aduku.

" Penat apa jelah,bukan masak angkat benda berat pun." Sahut mak mengerling ke arah aku.

" Mak ni...bagilah can Manja nak berkeluh kesah dengan ayah. Jeles je!" aku menjuihkan bibir.

" Tak payah nak panjang-panjang muncung tu, pergi mandi solat asar dulu. Dah nak habis waktu dah ni." Mak dah mula nak buka kitab dah. Sebelum muka surat pertama keluar dari mulut mak,baik aku blah dulu.

Usai je solat asar dan maghrib, cacing kat perut terus buat okestra. Aku pun turun ke dapur.

" Mak masak apa?" kepalaku menjenguk ke dalam periuk.

" Masak apa ada je." sahutnya menyeduk lauk ke piring.

"Wow sambal udang petai. Marvelous!" Semangat terus aku jadinya.

Selesai menghidang kami sekeluarga duduk semeja. Seperti biasa ayah akan mula dengan bacaan doa terlebih dahulu sebelum kami tiga beradik berebut makanan. Ha,tu habitat kami tiga beradik. Bila ada lauk favourite mesti akan berebut. Mak dengan Ayah mampu geleng-geleng kepala je.

" Kak Manja, janganlah ambik banyak sangat." protes adik aku Iqmal.

" Mana ada banyak,udang akak tujuh ekor je. Tengok pinggan kamu tu,berapa banyak dah." aku membebel menunjuk udang yang penuh dalam pinggan dia. Iqmal hanya tersengih memandangku.

Sarah yang tak banyak protes makan dengan tenang. Adik aku yang bongsu ni lebih ikut sifat ayah. Tenang je. Dia tak perduli kau orang nak buat apa. Selagi tak kacau hak dia, dia akan buat don't no je.

" Astagfirullah budak-budak ni,cukup mak masak tu. Tak yah berebut! Kamu Manja beralah lah dengan adik." Haa..tudia...back up besar sudah mari.

" Manja ambik sikit je mak,Angah ni banyak dah udang dia. Benda lain boleh beralah. Bab makan, sorry morry kuah kari." Ujarku sambil mengambil piring sambal udang petai jauh dari adik aku.

" Kak Manja cubalah diet. Tengok badan tu,angah separuh dari badan kak Manja tau." Lanjut Iqmal.

Dengar je Iqmal cakap macam tu ,bukan aku makin kurang makan. Aku ambik udang dia. Biar padan dengan muka dia, siapa suruh mengata aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience