BAB 9

Romance Series 4844

Dalam perjalan balik Tuan Amirul memaksa untuk pergi ke klinik dahulu. Aku iyakan je malas nak berdebat. Nanti aku ambil ubat tahan sakit je kat kuanter.Sampai di depan kuanter,aku mintak ubat tahan sakit pada nurse yang bertugas. Tapi tiba-tiba Tuan Amirul menahan.

"Eh,kenapa ambil ubat je. Awak kena jumpa doktor!"

"Takyah,Ambik ubat pun dah okey." Aku mengenyit menahan perut.

"Mana boleh macam tu! Nurse, saya nak dia masuk jumpa doktor!" Lanjut Tuan Amirul dengan muka tegas.

"Okey boleh encik. Puan,minta pengenalan diri. Saya nak rekod."

Aku yang taknak jumpa doktor terus bagi alasan dekat Tuan Amirul.Aku sengugut je bukan sakit parah pun. Tuan Amirul tetap memaksa sampai nurse tu pening tengok kita orang.

"Macam ni lah puan. Puan bagi je ic nya." Ujar nurse itu menegahkan.Aku yang di serang sakit perut lagi hanya pasrah.Aku bagi beg duit pada Tuan Amirul. Aku terus duduk di kerusi depan kuanter.

Selang beberapa minit nama aku di panggil. Aku berdiri perlahan, sebelum melangkah Tuan Amirul cepat memegang bahuku untuk bantu berjalan. Sampai di depan pintu aku mintak dia tunggu di luar.Tapi manusia pemaksa ni nak jugak masuk.

"Tuan tunggu je kat luar." ucapku lembut.

"Saya nak ikut masuk!" tegasnya.

"Takpe saya boleh jalan! Nurse ada." Paksaku melepaskan pegangannya

"Tak! Sekarang masuk!" Ucapnya galak. Nak tak nak aku pun masuk jugak di temani Tuan Amirul.

Kami masuk dan di sambut doktor india perempuan. Doktor tersenyum mesra pada kami. Aku duduk di kerusi yang di sediakan.

" Sakit apa puan?" Tanyanya dengan lemah lembut.

" Perut saya sakit doktor lepas saya joging pagi tadi."

" Puan baring dulu,saya nak periksa." Aku dibantu oleh seorang lagi nurse untuk baring di katil yang sedia ada.Tuan Amirul ingin membantu tapi di larang oleh perawat tersebut.

"Puan hari ni haid pertama ke?" Soalnya.

"Ye doktor!"

Doktor tu menekan di bahagian ari-ari. Aku terjerit bila tangannya menekan di tempat yang sakit. Setelah pemeriksaan doktor membantu aku untuk bangun dan duduk di kerusi kembali.

"Doktor,ada apa-apa yang serius ke?!" Soal Tuan Amirul.

"Oh, tak ada yang serius kerana ini hari pertama kitaran haidnya. Jadi dia mengalami komplikasi senggugut."

"Err...maksudnya apa dokor?!" tanyanya bingung.

"Tuan takyah tanya apa-apa boleh tak!" aku dah malu bila dia tanya macam tu.

"Saya tanya je!"

"Tak payah tanya!" Aku memandangnya galak.Doktor mengelengkan kepala.

" Macam ni encik, senggugut itu adalah kekejangan haid di mana kontraksi rahim terjadi untuk awal kedatangan haid atau sebelum. Kesakitan yang puan alami kerana terlalu banyak pergerakkan, dan mengakibatkan kekejangan teruk. Tapi tiada apa-apa yang perlu encik risaukan kerana ini pekara biasa bagi sesetengah wanita. Saya akan bagi ubat untuk mengurangi kesakitan.Selepas ni kalau isteri encik mengalami senggugut, encik boleh tuam perut isteri encik dengan air suam sahaja." Terang doktor panjang lebar.

Tuan Amirul hanya menganggukkan kepala tanda faham. Aku takyah cakaplah rasa nak nyorok bawah meja. Isteri? bila masa aku kawin dengan dia.'Huwaaa maluuu...'jeritan batinku!

"Baik doktor. Terima kasih." Ucap Tuan Amirul santai.

Kami pun keluar dari ruangan doktor tersebut. Setelah ambil ubat dan membuat pembayaran, Tuan Amirul memapahku hingga ke kereta. Aku yang tengah malu teruk hanya menunduk memegang ubat. Di dalam kereta aku hanya melemparkan pandangan di luar tingkap. Tak berani nak tengok muka Tuan Amirul.

"Nak terus balik ke nak singgah makan. Awak belum makan lagikan?" tanyanya memecahkan kebisuan kami.

"Terus balik. Saya nak rehat." Jawabku pelahan.

Tiada pertanyaan lagi darinya. Kereta terus melaju menuju ke rumahku. Sampai di halaman rumah, dia ingin membantuku untuk turun tapi aku melarang.

"Takpe tuan,saya dah okey sikit.Saya boleh jalan sendiri." Dia mengabaikan ucapanku. Dia berlari menuju ke pintu di sebelah dan membantu aku masuk ke dalam rumah.

"Manja! kenapa ni?!" Tegur mak cemas bila nampak aku di papah masuk.

" Dia tadi sakit perut mak, tapi saya dah hantar pergi klinik." Tuan Amirul menjawab soalan mak.

"Sakit perut?! Sakit perut kenapa?!" tanya mak cemas.

"Senggugut!" dengan pantas Tuan Amirul menjawab.

"Hahahahahaahaha! senggugut je sampai ke klinik." Aduh mak, buat aku makin malu je.

"Err...saya yang paksa bawak Manja pergi klinik tadi sebab dia sampai tak boleh bangun." Tuan Amirul berkata jujur.

"Manja ni memang macam tu Mirul. Lepas ni takyah risau. Kalau dia datang bulan memang senggugutnya teruk." Mak menerangkan tanpa rasa bersalah.

Aku yang dah malu tahap gaban terus bangun masuk ke dalam bilik. Aku tinggalkan Tuan Amirul dengan mak di ruang tamu.

.
.

Selesai makan malam dan mengemas dapur aku berlalu ke bilik. Baru je nak berbaring telefon di atas meja berdering nyaring. " Sapa pulak malam-malam call aku ni!" Aku abaikan je malas nak angkat. Besok pagi jela aku tengok siapa yang telefon.

Selang beberapa saat telefon kembali berdering. " Ya Allah! sapa yang call ni!" Aku menjerit geram. Sudahnya aku bangun juga tengok siapa malaun yang kacau aku malam-malam ni. Tertera nama Ida Murai is calling. Minah ni nak apa pulak!

" Hello!" Jawabku lantang.

" Assalamualaikum Manjaaaa..."

" Ha waalaikumsalam! Apa hal kau tipon aku memalam ni?" tanya aku stright to the point.

" Takde apa,saja call...kau dah tido ke?"

" Sebab dah nak tidolah aku geram orang call aku banyak kali. Kau ni takde hari siang ke nak call" Ujarku geram.

" Hahahahahahaha... Janganlah marah bestie. Aku dengar kau dah kerja. Sampai hati tak bagitahu aku." Lanjut Ida dengan suara sedih.

" Hah! Aalah,aku lupa. Baru je sebulan lebih. Sorry ye ida aku terlupa..." Aku faham dah. Ni call sebab tak puas hatilah ni. Minah Murai ni kalau tak sibuk pasal hidup aku, boleh sembelit agaknya.

" Ermm,aku nak merajuklah macam ni!" rajuk ida.

" Alalala busyuk-busyuk Manja...Janganlah merajuk. Aku memang lupa. Lagipun kau kan busy mengajar." Alasanku.

" Heh,kau ingat aku mengajar dupoloh pat jam ke?! boleh je whatsapp akukan! Nasib aku jumpa cik Siti Nurfatimah kat kantin kemarin."

"Oh okeylah tu mak aku dah bagitahu. hehehehe..." ujarku tanpa bersalah.

" Haa yela.Kalau aku tak jumpa mak kau sampi kiamat lah tak tahu ye tak?" Aduh minah ni,kalau merajuk macam nilah. Nasib sayang.

" Ye ye, patik mintak maaf yang mulia,intan payung cik Rohaida. Aku dah ngantuk ni. Kau besok tak kerja ke?"

" Kerjalah. Tapi sebab tak puas hati dengan kau,aku sanggup tipon kau malam-malam. Okeylah,jom tido. Selamat malam besties." Lanjut Ida menutup panggilan secara sepihak.

Biadap betul minah murai ni.Aku belum sempat balas ucapan dia lagi dia dah letak telefon. Aku berniat melanjutkan tidur yang tertunda gara-gara sahabat lanun tu.

Aku letak telefon di sebelahku dengan mata terpejam. Tengah syok mimpi, ada lagu cintaku 100% berkumandang. Aku tengah mimpi berperang dengan orang jahat, dah kenapa background musik lagu dangdut pulak. Aku cuba mengumpul separa kesedaran. Baru teringat telefon sebelah aku. Aku terus angkat panggilan dengan mata terpejam.

"Hello..." Sapaku dengan suara malas.

"Hello assalamualaikum! " terdengar suara parau yang sangat aku kenal.Mata aku automatik terjaga.

"Waalaikumsalam! "

"Dah tidur?"

"Err..ah ye. Ada apa tuan call saya malam-malam ni?" tanyaku melirik jam yang menunjukkan angka 11 malam.

"Awak dah okey?!"

"Okey! saya okey!" jawabku cepat. Kisah pagi tadi terus berputar dalam kepala aku.

"Erm! baguslah! pergilah sambung tidur. Assalamualaikum!" ucapnya.

"Eh,ha! okey. Waalaikumsalam."

Aku meletakkan panggilan Tuan Amirul. Teringat pagi tadi muka cemas Tuan Amirul, hingga sampai di klinik dia tak lepas aku jalan sendiri. Tiba-tiba dada ni rasa berdebar-debar.

"Kenapa pulak dengan jantung aku ni?!" aku memegang dada. Aku cuba kontrol penafasan. Bila dah rasa okey sikit,aku melanjutkan tidur yang terganggu.

.
.

Pagi di hujung minggu sama je macam pagi di hari biasa. Pukul 5.30 pagi aku dah terpacak dekat dapur menyiapkan sarapan. Selesai memasak aku mengemas dapur dan membasuh pakaian. Tepat pukul 7 pagi aku dah siapkan semua. Selesai tugas aku menuju ke dapur membuat air untuk sarapan. Hari ni aku rajin sikit,pagi-pagi dah buat nasi lemak.Tengah duk godek-godek air, ada yang menegur dari belakang.

" Buatkan nescafe panas untuk saya!" Terkejut aku! nasib aku tak simbah air panas kat muka Tuan Amirul. Ya! mamat tu pagi-pagi dah terpacul dekat rumah aku!

"Astaghfirullah! Tuan pagi-pagi dah sampai sini takde kerja nak buat ke?!" kataku menghadap mukanya.

" Takde!" Jawapan yang buat aku rasa nak ketuk je pakai senduk.

Pagi-pagi dah buat temperature aku naik! Dia dengan selamba terus duduk di meja makan. Aku yang malas berdebat membuat dua cawan nescafe panas. Dalam rumah ni memang aku sorang je minum nescafe. Yang lain lebih suka minum kopi atau teh.

"Mirul bila sampai." Sapa mak ramah.

"Baru je mak. Ayah kata Manja buat nasi lemak sambal sotong, terus Mirul datang sini."

'Eiii..nampak sangat muka tak malu. Aku tak ajak pun!' kata ku di dalam hati.

Aku meletakkan secawan nescafe di depan Tuan Amirul. Aku menyiapkan makan untuk Iqmal,aku letak semua makanan dalam dulang dan menuju ke biliknya. Luka di muka dan tangan sudah baik,tinggal kaki je lagi masih berbungkus.

"Kak, Abang Mirul dah sampai ke?" Eh mana pulak budak ni tau Tuan Amirul ada.

"Mana angah tahu abang Mirul ada?" Tanyaku pelik.

"Angah yang paksa abang datang." Aku memandang adik aku sambil mengerutkan dahi.

"Untuk apa?!"

"Adalah! Hal lelaki. Kak Manja takyah tahu!" Jawab Iqmal sambil menyuap nasi lemak masuk ke mulut.

Aku menjelingkan mata memandang Iqmal. Aku keluar menuju ke dapur kembali. Terlihat ayah dengan mak tengah asyik berborak dengan Tuan Amirul. Aku sampai tak habis pikir, kenapa semua keluarga aku macam dah rapat sangat dengan Tuan Amirul.

Aku duduk di sebelah Tuan Amirul, kerana tempat terhad. Yang kosong memang di sebelah dia. Aku tengok pinggan di depannya kosong lagi.

"Tuan tak makan ke?" Soalku.

"Makan!"

"Dah tu kenapa tak ambik lagi?" aku memandang dia pelik.

"Nak awak ambikkan."

"Ish! mengada!" geram betul aku dengan mamat ni.Saja lah tu nak buli aku.

"Ambikkan lah Manja!" Tegur ayah. Aku memuncungkan bibir.

"Yelah nak ambiklah ni." Aku pandang Tuan Amirul yang tersengih-sengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience