BAB 12

Romance Series 4904

"Khairil"

Khairil memandang aku dan Tuan Amirul bergantian.Begitu juga minah mereng yang aku sepak mukanya satu ketika dahulu.

"Hey! You pempuan gemuk yang pukul i dulu tukan!" Terus aku telan air liur.

"Errr..." Aku memandang Tuan Amirul memberi isyarat 'aku nak bla dari sini'

"Betulkan! i ingat muka you eh! You jangan nak berdalih!" Ucapnya melengking-lengking.

"Maaf, saya tak sengaja masa tu. Teremosi." kataku memutar arah untuk melangkah masuk ke dalam dewan.

"Kau nak pergi mana?!" Lidiya menarik tangan aku hingga aku tersentak ke belakang.

"Lidiya!" Suara lantang dari Tuan Amirul membuatkan kami mematung.

"Lepaskan tangan Manja!" ucapnya pelahan tapi tegas.

"Baby! You bela pempuan gemuk ni! You lupa i ni bakal tunang you!"

"Kita takde apa-apa hubungan!" kata Tuan Amirul sambil mengenggam tanganku menarik masuk ke dalam dewan. Khairil yang baru tersedar dengan drama singkat kami,menarik tangan aku satu lagi.

"Allahu akhbar!" aku terkejut. Tuan Amirul menoleh ke arah Khairil.

"Lepaskan Manja tuan,biar Manja dengan saya." Ucap Khairil.

"Maaf! Kamu siapa?Pakwe Manja ke?!"

"Saya bakal suami dia." Kata Khairil merapatkan diri aku padanya.

"Ril!" Aku memandang muka Khairil lekat.

"Ye Manja. Saya dah nekad nak melamar awak."

"Ta-tapi Saya..."

"Manja dengan saya dah bertunang!" kata Tuan Amirul lantang.

"Hah!" Mereka semua terkejut termasuk aku.

Aku berfikir keras.Sejak bila aku bertunang dengan Tuan Amirul. Ayah dengan mak tak ada cakap apa-apa pun.

"Hey! You all ni buta ke?! pempuan gemuk gedempol ni korang nak! korang ni ada masalah katarak ke?!" Ucap Lidiya melengking.

"Hey pempuan! Ni mesti kau dah buat ubat guna-guna dekat baby akukan! Memang pempuan tak tahu malu!" Lidiya ingin menyerang aku,tapi di halang oleh Khairil.

Tuan Amirul terus menyambar tangan aku dan bawak aku masuk ke dalam dewan. Masuk je dalam dewan semua mata memandang kami. Aku yang baru tersedar tangan aku di genggam Tuan Amirul cepat-cepat melepaskan genggamannya.

Aku duduk satu meja dengan Kak Ana, Kak Jue,Neli dan Kak Suraya. Aku abaikan pandangan orang pada aku. Aku rasa nak lari sejauh yang mungkin. Bisik-bisikan halus mula sampai di telinga aku.

"Ayu,abaikan mulut orang." Ucap Kak Jue memberi semangat.

"Betul Ayu. Jangan dengar." Sampuk Neli pula.

"kita orang ada Ayu,jangan risau." Kata kak Ana pula.

Kak Suraya hanya mengenggam tangan aku memberi semangat.Aku terharu masih di beri sahabat yang positif macam mereka.Majlis masih di teruskan sehingga perasmian CEO baru pun berlangsung. Selesai majlis perasmian dan ucapan dari Tuan Sufian kami di sajikan makanan yang di sediakan. Aku bangun untuk mengikut kak Ana mengambil makanan,tiba-tiba tangan aku di tarik seseorang.

"Tuan!"

"Papa nak jumpa." Aku terus rasa berdebar.

Tak sangka hari ni aku akan di hadap dengan keluarga Tuan Amirul. Badan aku dah rasa seram sejuk, perut memulas. 'Aduh kenapa pulak rasa nak membuang ni' ucapku di dalam hati.

"Manja!" Tegur seseorang. Aku menoleh mengerutkan dahi.Tuan Amirul terus menyalam orang yang menegurnya.

"Manja ingat dengan auntie lagi tak?!" Ucapnya lagi.

"Err...maaf auntie...Manja tak ingat." sambil menyalami tangan wanita sebaya dengan mak aku tu.

"Ni mama." Tuan Amirul memperkenalkan padaku.

"Dulu masa kecik-kecik selalu uncle bawak Manja datang rumah bermain dengan Mirul." Aku tercengang memandang Tuan Amirul.

"Jom ikut auntie.Kita jumpa family auntie." Mama Tuan Amirul terus menarik tangan aku menuju meja VVIP.

"Pa!" Sapa mama Tuan Amirul kepada Tuan Sufian.

"Manja! meh meh sini duduk." Ucap Tuan Sufian sambil menepuk kerusi kosong di sebelahnya.

Tuan Amirul duduk di sebelahku,manakala mamanya duduk di sebelah Tuan Sufian. Aku terasa canggung untuk pertama kalinya.

"Ha Manja, kenalkan tu adik Mirul, Sofia dengan Aizat." Aku mengganggukkan kepala pada dua orang di hadapanku.

"Hai kak Manja." Sapa sofia ramah.

"Hai kak.Akak ni comel patutlah along suka." Kata Aizat pula. Aku hanya tersenyum canggung.

"Hai..." sapaku singkat.

"Manja dah makan belum? Meh makan sama-sama." Ajak Mama Tuan Amirul.

"Err...belum auntie,tadi memang nak ambik makan tapi Tuan Amirul ajak jumpa uncle." Jujurku.

"Tuan?!" serentak mereka menandang aku.Eh,ada yang salah ke.

"Sayang..." Aku lantas menoleh pada Tuan Amirul.

"Kan abang dah pesan jangan panggil tuan kalau takde orang lain."

"Abang?!" Aku mengerut dahi.

Tuan Amirul meramas tangan aku memberi kode. Baru aku tersedar aku salah cakap.

"Eh,lupa. Maaf!" Ucapku tersengih.

"Apalah along ni,tak romantik panggil abang. Panggillah,hubby ke,ayang ke,busyuk ke..." Sofia menyampuk.

"Suka hati alonglah."Jawab Tuan Amirul menjeling adiknya.

"Hai auntie." Lidiya tiba-tiba datang sambil menyium pipi auntie Mariam, mama Tuan Amirul.

"Eh Lidiya,meh duduk makan sekali." Sambut auntie Mariam ramah.

"Okey!" Lidiya terus bergegas duduk di sebelah Tuan Amirul.

"Lidiya datang dengan siapa?" Tanya auntie Mariam.

"Dengan daddy and mommy." Jawab Lidiya sambil cuba memeluk tangan Tuan Amirul.

"Kak Lidiya kenapa tak makan dekat meja keluarga kak Lidiya je?! mengganggu pemandangan." Ucap Sofia menyindir.

"Apa salahnya i duduk sini dengan baby i?" Jawab Lidiya santai.

Minah ni selamba badak je peluk-peluk Tuan Amirul.Tak malu ke dengan keluarga Tuan Amirul.Aku memandang geli padanya.

"Sudah-sudah jom kita makan.Kejap lagi banyak aktiviti untuk staf.Lidiya behave yourself" Ucap Tuan Sufian menegahkan.

.
. .

Aktiviti di mulakan dengan teka setiap produk keluaran syarikat,siapa yang betul akan di beri hadiah motosikal. Berlumba-lumba semua staf menjawab termasuk aku dan Tuan Amirul. Kemudian teka bunyi, petandingan karaoke dan banyak lagi.

Tepat pukul 11 malam,acara di sudahi dengan penyampaian hadiah. Aku menang dua tiket percutian di Langkawi.Tak ketinggalan Kak Ana,Kak Jue,Neli dengan Kak Suraya. Kak Ana menang motosikal Honda edisi terbaru.Kak Jue dapat peti ais, Neli dan kak Suraya dapat wang tunai.

Sebelum pulang Tuan Sufian dan auntie Mariam mengajak aku kerumahnya besok. Aku hanya mengangguk mengiyakan.

"Pa,Mirul hantar Manja balik dulu ye."

"Baby! i balik dengan you." Lidiya menjerit sambil berlari menuju ke Tuan Amirul.

"Jom Manja!" Tuan Amirul menarik tangan aku sebelum Lidiya sampai.

"Kak Lidiya meh Aizat tolong hantarkan." terdengar Aizat menawarkan tumpangan pada Lidiya.

"NO!"

"BABY!"

Tuan Amirul terus menyeret tangan aku keluar dari dewan. Aku sampai tergopoh ikut langkah kaki dia yang panjang tu. Haduh balik nanti mesti lapar.

Di dalam kereta aku dan Tuan Amirul hanya diam. Aku tengah fikir apa akan jadi isnin nanti bila semua staf dah nampak aku dengan Tuan Amirul pegang tangan dan jumpa keluarganya. Mintak-mintak tak ada gosip viral lagi.Cukuplah kes aku dan Tania je.Tiba-tiba telefon aku berbunyi,aku lihat nama pemanggil 'Khairil'. Tuan Amirul melirik ke arah aku.

"Hello, assalamualaikum." Sapaku terlebih dahulu.

"Manja! isk..isk..." terdengar suara serak dan tangisan.

"Ril!"

Kereta berhenti mendadak.Nasib tak terhantuk kepala aku kat dashboard. Aku menoleh pada Tuan Amirul.Tuan Amirul menatap aku tajam.

"Manja...Jangan tinggalkan Ril...isk.."Aku terkedu mendengar suara Khairil.

"Manja please! Ril betul-betul sayangkan Manja dari pertama kali Manja datang interview. Ril selalu perhatikan Manja. Ril tak pernah rasa suka pada sesiapa sebelum ni. Tak pernah rasa sayang macam sekarang ni,isk..isk..Please Manja,tolong tinggalkan Tuan Amirul.Tolong terima Ril dalam hidup Manja." Aku tak mampu membalas kata-kata Khairil. Tak sedar air mata aku mengalir.

Tuan Amirul merampas telefon di genggamanku dan mematikan panggilan Khairil. Aku terkedu. Aku pandang muka Tuan Amirul. Tuan Amirul memandang aku tajam seperti aku kena tangkap basah menduakan dia.Air mata terus mengalir tak nak berhenti.Tuan Amirul mengusap air mata aku dengan jarinya.

"Manja...stop menangis sebab lelaki lain." Katanya tegas.

"Tuan...Sa-saya..." Aku menagis semakin kencang.

Aku tak tahu kenapa hati aku sakit. Aku rasa paru-paru aku sesak. Tuan Amirul terus memeluk aku erat.Aku tak tahu perasaan apa ini,tapi hati aku sakit.Sangat sakit.

"Stop please...you are mine!" Ucapnya lagi sambil mengecup kepala aku yang bertutup tudung.

Setelah beberapa minit aku menangis di pelukkan Tuan Amirul,aku tolak dadanya.

"Maaf tuan,baju tuan kotor." Tercetak air mata dengan hingus aku kat baju dia.

Aku ambil tisu basah yang sentiasa ada dalam beg doremon aku,aku lap bajunya sambil terisak. Selesai mengelap sisa nista di atas baju Tuan Amirul,aku mintak Tuan Amirul teruskan perjalanan.Sampai di depan rumah, aku tak terus keluar.Aku kena betulkan masalah ni. Hati aku tak tenang.

"Tuan Amirul." Aku menghadap mukanya.

"hemm" dia memandang aku sekilas.

"Ermm...boleh tak kita hentikan drama ni? Saya tak sanggup nak lukakan hati sesiapa." Kataku jujur.

"Okey!" Aku memandang muka Tuan Amirul lekat.

"Maafkan saya,saya tak mampu nak teruskan." aku keluar dari kereta dan bergegas masuk ke dalam rumah.

Di dalam bilik aku menagis semau-maunya. Aku tak tahu kenapa aku sedih sangat. Tapi hati aku sakit seperti mencucuk-cucuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience