Semalam seharian aku berkurung dalam bilik kerana demam panas. Mata aku bengkak,hidung tersumbat,kepala aku sakit sangat sampai tak mampu nak bangun.Dan satu hari aku mengharap kedatang Tuan Amirul. Selama beberapa minggu dia menjadi tetamu tak di undang dalam rumah ni membuat aku dah terbiasa.
Pagi ni aku kuatkan diri untuk masuk pejabat.Walaupun keadaan aku masih belum sihat sepenuhnya aku nekad juga pergi kerja.Sampai di lobi pejabat, banyak mata memandang kearah aku.
"Aku dengar Tuan Amirul kena guna-guna dengan pempuan tu." kata Linda staf bahagian penyambut tetamu.
"Yeke?! tak sangka ye.Patutlah macam orang bodoh je Tuan Amirul tu ikut dia." Sahut rakan kerja sorang lagi.
"Iye! dia tu tak sedar diri, badan dah macam anak gajah ada hati nakkan bos kita! Tak dapat cara baik, dia guna cara kotor." Lanjut Linda lagi.
"Badan besar macam tu siapa yang nak. Hahahahaha..."
"Tahu tak apa! baru kerja dah buat perangai.Memang tak lamalah dia kat company ni..."
" Hahahahahahaha" Mereka tertawa bersama. Aku hanya mampu menutup telinga dan mengabaikan ucapan mereka.
Keadaan di dalam lif pun sama.Mereka bercakap sesama sendiri ibarat aku ni sebuah patung tak bernyawa.Aku tak mampu nak tahan air mata lagi. Buka je pintu lif,aku terus berlari keluar. Sakit! hati aku sakit sangat.
"Manja..." Sapa Khairil.
Aku mematung bila terdengar suara Khairil di belakangku. Aku tak berminat nak bahas apa-apa. Aku dah tekad aku nak bekerja sebaiknya bukan untuk cari pasangan hidup. Aku mungkin tak mampu tutup semua mulut. Tapi aku kena selesaikan masalah ni.
"Manja...boleh Ril nak cakap dengan Manja kejap." Aku mengangguk dan melangkahkan kaki menuju ruanganku.
Sampai di meja kerja aku terus duduk menghadap Khairil. 'Ya Allah engkau kuatkanlah hatiku.' Doaku di dalam hati.
"Manja nangis ke?! Siapa yang buat Manja sedih ni?! cakap dengan Ril." Dia cuba mengenggam tangan aku,tapi aku elak. Aku tak nak jadi salah faham yang lain lagi.
"Ril...Ril nak cakap apa ye?"
"hurm...Manja...Ril tahu perasaan Ril ni terlalu cepat untuk Manja terima. Tapi Ril serius dengan Manja. Ril memang sayangkan Manja dari sejak pertama kali Ril tengok Manja,ada perasaan lain dalam hati Ril.Ril tak tahu sejauh mana hubungan Manja dengan Tuan Amirul tapi Ril harap masih ada kesempatan untuk Ril dalam hati Manja." Ucap Khairil dengan wajah sendu.
"Ril...Manja nak terus terang, Manja dengan Tuan Amirul tak ada apa-apa hubungan. Orang tua Manja dengan Tuan Amirul sahabat baik.Tu sebab kami rapat tapi tak lebih dari tu.Untuk perasaan Ril pada Manja.Maaf Ril,Manja tak mampu nak terima sekarang. Manja nak fokus pada kerja. Manja penat jadi pusat perhatian orang. Harap Ril bagi Manja ruang untuk bertenang dan fikirkan pemintaan Ril." Balasku penuh harap.
"Maknanya Manja taknak bagi peluang pada Ril ke?!"
"Bukan! tapi biarlah masa yang tentukan. Kita doa sama-sama semoga jodoh tu milik kita." Lanjutku lagi.
Muka Khairil yang suram berubah cerah seketika. Aku tak nak bagi harapan. Doa adalah satu-satu jalan sebab aku sendiri tak tahu siapa jodoh aku.
"Ril akan usaha untuk Manja. Semoga jodoh milik kita. Ril sayang Manja." Ucapnya penuh harap.
"Emm.." Aku hanya tersenyum kecil.Khairil meminta diri untuk ke ruangannya. Nampak semangat dia melangkah pergi.
Aku berdoa siapa pun jodoh aku,aku terima dengan lapang dada. 'Andai Khairil memang jodoh aku, engkau dekatkanlah Ya Allah.Aamiin.'Doaku di dalam hati.
Waktu rehat aku berkumpul di ruangan Kak Ana membahas hadiah yang kami dapat.
"Ayu...Ayu okey ke?" Tanya kak Ana.
"Okey!" aku menganggukkan kepala.
"Akak harap Ayu abaikan cakap-,cakap orang kat Ayu. Dalam company ni memang biasa gosip-gosip panas.Kalau takde gosip hidup dorang hambar." Kata kak Jue pulak.
"Takpe kak.Selagi dorang tak sentuh Ayu,Ayu okey je." Balasku
"Tapi betul ke Ayu dengan Tuan Amirul tu ada hubungan spesial?" Tanya kak Jue untuk kesekian kalinya.
"Kak Jue! kan Ayu dah cakap kami tak ada apa-apa hubungan pun. Kalau ada mesti Ayu dah bagi tahu akak berdua. Kak Ana dengan Kak Jue dah macam akak Ayu sendiri." Mungkin tak akan ada yang percaya pengakuan aku,tapi aku harap mereka percaya kata-kata aku.
"Okey okey...dah dah ye...sorry...Akak cuma risaukan Ayu. Takut Ayu tak mampu bertahan dengan cakap orang." Kak Jue cuba meredakan semuanya.
"Terima kasih kak. Siapa jodoh Ayu nanti Ayu terima. Ayu sedar diri Ayu tak ada nak di banggakan harapkan badan je seempuk tilam vono.Nak memilih jauh sangat dari angan." selorohku.
"Eh,tak boleh kata gitu dik. Memilih itu harus! Adik nak nanti dapat suami kaki pukul,malas, mintak duit dengan isteri, langsung takde tanggungjawab. Nak?!" Kak Ana protes.
"Takdelah gitu kak...Ayu nilai jugak semua tu. Takkan nak main sumbat je.Nampak nau terdesak nak berlaki."
Aku bersyukur masih di kurniakan sahabat yang memahami diri aku. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku akan datang.
.
.
.
Dah seminggu aku dan Tuan Amirul menjarakkan diri. Kalau tak sengaja bertembung,kami lebih memilih menjauh. Selalunya aku yang akan mengelak untuk bertembung dengan dia. Selama seminggu jugak aku jadi kuanter pertanyaan mak ayah aku sebab Tuan Amirul tak pernah lagi datang rumah.
"Manja, dah seminggu Mirul tak singgah sini. Kamu pun takde balik dengan dia lagi dah. Dia ada kerja luar ke?" Tanya ayah semasa kami sama-sama tengah minum petang di hujung minggu.
"Yela kot yah. Manja tak tahulah. Bukan Manja jaga dia pun."
"Takkan dia takde telefon kamu?" Ayah tak puas hati.
"Takde." Jawabku singkat.
"Hurm! takpelah nanti ayah telefon dia." Terserlah mimik muka ayah yang tak bersemangat.
Sebenarnya seminggu ni pun aku gelisah. Tak tahu kenapa aku asyik ingat dia je. Kedekatan kami jadi aku rindu dengan dia. Setiap hari dia hantar aku balik,lepastu solat sama-sama,makan malam sama-sama.Bila jadi macam ni rasa hilang sesuatu.
"Kak Manja... Ada yang cari ni!" Laung Sarah dari ruang tamu.
Aku terus berlari kedepan mengharap dia datang. Sampai di depan pintu,hampa. Sahabatku Ida dan Yanie yang datang.
"Manja...." teriak mereka berdua. Kami berpelukkan riang.
"Weyyy ...Apa mimpi datang rumah aku ni."
"Aku tak mimpi...tapi aku asyik kena musibah je akhir-akhir ni.Tu kita orang datang rumah kau." Kata Ida tak bersalah.
Ha begitulah dua makhluk ni. Tak ada kata-kata indah langsung untuk di dengar.
"Manja kau makin kuruslah!" ucap Yanie memandang aku atas bawah.
"Kot iya pun nak menyindir aku tak yah lah cakap gitu! Aku sumpah jugak korang jadi batu nanti! dasar durhaka!"
"Betullah Manja. Engkau diet ke?" Ida pulak menyelidik aku tak puas hati.
"Takde makna! dah jom masuk!"
Nilah sahabat aku yang tak kenal erti malam dan siang. Kalau kami dah jumpa,bak kata cik Timah bawak skali kain baju pindah sini.Beborak tak ingat dunia. Yela lagi pun aku dah lama tak jumpa dia orang.
"Manja,aku nak bagitahu something ni. Aku dah di petik orang." Ucap Ida selepas kami sama-sama selesai makan malam.
"Hah! Seriuslah!" Ida mengangguk laju sambil tersipu malu.
"Haah,malang jantan tu petik kawan kau ni" Sahut Yanie.
"Eh,mulut engkau!" balas Ida mendengus.
"Siapa lelaki tu?" Tanyaku teruja.
" Kau ingat tak abang Bat?!" tanya Yanie padaku.
"Bat mana?!"
"Batman! Si budak nerd dalam kelas kita dulu. Yang banyak kawah bulan kat muka tu!" Ucap Yanie mengingatkan.
"Nasrin ke?! Ohhh...ye aku ingat! Batman! hahahahahaha seriuslah Ida.Sejak bila engkau dengan dia." Tak sangka si batman dah jumpa Vampire.
"Ha ah! Dah setahun aku kawan rapat dengan dia.Mula tu dia tolong aku sebab aku nak kena ragut. Betul-betul dia jadi batman tolong aku.Habis muka mamat yang ragut aku tu berdarah-darah!hahahaha.Start dari tu kami rapat dan selalu jumpa. Aku ni takdelah minat sangat dengan dia.Kau tahulah kan dia kalau depan pempuan mesti gagap. Bulan lepas dia datang merisik aku,kita orang terus bertunang" Terang Ida panjang lebar.
"Uish, hebat jugak abang Bat engkau tu ek!" Tiba-tiba aku terbayang filem aksi batman.
"Hebat apanya, dia kejar budak tu pun tak dapat."
"Dah tu kau kata habis muka dia berdarah-darah. Mesti kena pukul dengan si Bat tu kan."
"Bukan sebab kena pukul! Tayar motor budak tu pancit terlanggar paku. Terseret kat jalan.Tu yang habis mukanya." Kata Ida dengan selamber.
Aku tepuk dahi.Ada jugak kena ketuk budak ni kang. Aku dah terbayang aksi ngeri dorang berlawan dah. Alih-alih sebab jatuh tergolek.
"Hahahahaha" Akhirnya kami gelak bersama.
Pukul 9 malam Ida dan Yanie mintak diri. Ida sesiap bagi kad undangan untuk aku sekeluarga. Dia mintak aku jadi dayang dia nanti. Tak hingin aku!
Share this novel