BAB 6

Romance Series 4844

"Tuan Sufian?!" Sapaku terkejut.

"Ha Pian,nilah Manja anak sulung aku."

"Lah dah besar rupanya anak aku ni. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Dulu aku selalu bawak Manja jalan-jalan naik motor, bawak lari balik rumah. Sekarang, dia pulak dah kerja dengan syarikat ni." Ujar Tuan Sufian menatap ke arahku tersenyum lebar.

Aku terkejut semestinya. Kenapa aku tak ingat muka Tuan Sufian. Aku mengerutkan dahi memandang ayah.

" Yela kita pun makin tua ye tak! Hahahahahaha.. Okeylah,aku balik dulu. Nanti kau dah pencen roger-rogerlah aku, boleh kita mengeteh." Lanjut ayah menepuk bahu Tuan Sufian akrab.

"Ha okey-okey! Tak lama dah, bulan depan aku pencenlah. Tunggu bujang aku sorang tu ambik alih syarikat ni. Okeylah Mail,kirim salam dengan orang rumah. Manja uncle balik dulu. Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam." Jawab kami serentak.

Mereka pun berjabat tangan lalu tuan Sufian menuju ke kereta yang sedang menunggunya. Aku dan ayah pun masuk ke dalam kereta. Dalam perjalanan aku bertanya tentang ayah dan Tuan Sufian.

" Kenapa Manja tak cam muka Tuan Sufian?"

" Macam mana kamu nak cam. Masa tu kamu kecik lagi." ucap ayah masih fokus ke jalan.

"Oh yeke... ayah memang kawan baik Tuan Sufianlah ye?" soalku lagi.

"Dulu kami rapat sangat, macam isi dengan kuku. Dulu acik Pian kamu tu sama je dengan kita, malah lagi susah dari kita. Ayah dengan dia membesar sama-sama, keluarganya orang susah. Selalulah nenek kamu tolong pinjamkan duit tak pun kongsi makanan dengan dia orang. Tapi nenek kamu tak pernah mintak balasan. Nenek kamu dah anggap keluarga acik Pian macam keluarga sendiri. Sampailah kami habis sekolah, ayah sambung belajar tapi cik Pian kamu tidak. Ayah jadi terkilan masa tu dia dapat biasiswa tapi tak dapat pergi belajar sebab ayah cik Pian meninggal. Terpaksalah dia bekerja ganti ayahnya. Masa ayah mula kerja, cik Pian kamu dah kahwin. Dia selalu datang rumah dengan isteri dia,lagipun ayah baru kahwin dengan mak kamu. Bila dah ada kamu lagi kerap dia datang bawak lari kamu balik rumah dia. Sampailah satu masa dia dapat kumpul dana nak buat produk dia sendiri. Sekarang dah 25 tahun, dah besar bisnes dia dah pun." Cerita ayah panjang lebar.

"Oh...kiranya lama dah ayah tak jumpa dia?" tanyaku lagi.

"Lama jugak. Sejak dia buka perusahaan susah nak jumpa dia. Tapi dia selalu telefon ayah. Cuma tak ada masa nak jumpa. Ayah pun baru tahu tempat kerja kamu tu dia yang punya." Lanjut ayah lagi.

Aku pun mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Patutlah tak pernah jumpa, tadi tu dia orang berdua tengah jejak kasihlah.

Asyik sangat dengar ayah bercerita sampai tak sedar dah nak sampai rumah.Kami sama-sama masuk ke rumah memberi salam. Terdengar suara Sarah dekat depan tv, tengah buat kerja sekolah.

" Adik, kamu dah makan belum?" Tegur ayah kepada Sarah sambil duduk di salah satu sofa. Aku pula terus masuk bilik letak beg dan tanggal tudung.

"Dah ayah! Mak masak tadi sebelum pergi hospital." Jawabnya tanpa mengalihkan pandangan kerana sibuk mengira.

"Ayah nak air ke?Manja buat kopi ye?" tanyaku.

"Boleh jugak. Haus pulak tekak ni bercerita tadi.Hehehe.."

"Okey!" aku berlalu ke dapur membuat air sambil memanaskan lauk.

Selesai semuanya, aku panggil ayah minum. Aku pun bergegas mandi dan menunaikan solat asar dan maghrib. Malam ni terasa sunyi, Iqmal dengan mak takda. Aku makan berdua dengan ayah. Sarah kenyang lagi katanya. Selesai makan aku masuk bilik lepas lelah. Rindu pulak kat mak dan Iqmal, aku vedio call mak nak tanya pekembangan Iqmal.

" Hello assalamualaikum mak."

" Waalaikimsalam."

"Angah macam mana mak?" tanyaku.

"Alhamdulillah baik-baik je dia. Besok dah boleh balik, rehat kat rumah." Jawab mak sambil menghalakan kamera ke arah Iqmal.

"Yeke, alhmdulillah."

"Kenapa kak, dah rindu angah ke?" terdengar suara Iqmal menyindir aku.

"Taklah buat apa rindu kat angah. Akak rindu kat mak!" ucapku menjelingkan mata.

"Eleh yelah tu. Mesti akak bosankan. Takpe besok malam akak jaga angah pulak okey." sahutnya lagi.

"Tak kuasa. Jaga diri sendiri!"

"Sudah sudah! tak boleh nampak muka betul engkau berdua ni! Manja,kamu semua dah makan?" tanya mak pula.

"Dah mak,tadi balik kerja Manja terus panaskan lauk. Lepas solat tadi baru kami makan."

" Ha yela. Mak tutup dulu. Mak tengah sedap tengok korea kamu call pulak.Alang-alang kat sini wifi free, kena guna sebaik mungkin. Okeylah assalamulaikum!" Tak sempat nak jawab salam mak dah letak. Haish, mak aku ni. Nak marah kang mak sendiri.

Baru nak letak telefon di atas meja,ada whatsapp masuk. Aku tengok nombor tak di kenali. 'Siapa pula ni?'

' Assalamualaikum..Hai Ayu, tengah buat apa tu?'

'Waalaikumsalam. Ni siapa ye?'

'hehe...lupa nak kenalkan diri. Khairil ni. Ayu buat apa tu?' Laju plak mamat ni whatsapp aku.

' Sekarang takde buat apa. tapi kejap lagi nak solat isyak dulu sebelum tidur.' balasku.

' Oh yeke? Ayu...hari minggu nanti free tak? '

' Hah??? kenapa ye? '

' Boleh tak Khairil nak ajak Ayu keluar? '

' Pergi mana? Tapi saya tak biasa keluar dengan lelaki. ' Jawabku jujur.

' Ayu jangan risau, Ril nak ajak Ayu jalan-jalan je. Boleh ye? '

' Erm, nanti Ayu fikir dulu. Kena mintak izin mak ayah jugak. Besok Ayu chat Khairil. '

' Okey baik... besok bagitahu Ril ye. Ril tunggu... '

' Okey...Okeylah Ril nanti kita chat lagi ye. Ayu nak solat dulu. Assalamualaikum. '

' Waalaikumsalam. Tidur nanti mimpikan Ril. '

Hah risau! dah kenapa pula suruh mimpikan dia. Aku abaikan chat terakhirnya lalu aku pun bangun untuk menunaikan kewajipan.

.
.

Atas izin mak dengan ayah, hari ni aku keluar dengan Khairil. Tapi sebelum dapat izin, macam biasalah puan Siti Nurfatimah akan buka meja soal jawab. Akhirnya aku di benarkan keluar dengan syarat Khairil kena jemput aku dekat rumah. Sebab Khairil kawan satu pejabat,jadi mak nak tengok muka dia. Kalau jadi apa-apa senang katanya. Aku tak tahulah apa yang mak aku nak buat.

Aku tengah bersiap-siap di dalam bilik. Aku hanya mengenakan baju blouse motif bunga-bunga kecik warna merah jambu dan seluar slack hitam. Tudung aku pakai selendang merah jambu lembut untuk di padankan dengan baju yang aku pakai.

Sampai di ruang tamu aku nampak Khairil sudah ada di sana berbual dengan ayah.Aku mendekati ayah.Khairil memandang aku dengan senyuman lebarnya.

" Ayah, mak mana?" tanyaku sebab tak nampak batang hidung mak.

" Eh,dah siap dah. Mak kamu ada dekat dapur buat air." Sahut ayah memandang ke arahku.

Tanpa bertanya lagi aku menuju ke arah dapur. Mak tengah sibuk memotong kuih yang dia buat semalam. Amboi, beriya buat kuih nak jamu tetamu. Macam bakal menantu pulak. ehh!

"Mak, dah siap ke?" aku bertanya dan mengambil cawan di rak.
"Siap dah! Ha,bawak pergi depan." tak membantah aku terus angkat hidangan menuju ke ruang tamu.

"Ayah, Khairil meh minum dulu." pelawaku. Khairil hanya megangguk tanpa mengalihkan pandangan ke wajahku. ' kenapa pulak pandang macam tu, ada yang tak kena ke dengan muka aku?' Aku mengerutkan dahi membalas pandangannya.

" Kenapa?Ada yang tak kena dengan muka saya ke?" tanyaku pada Khairil.

" Eh tak lah. Awak nampak... cantik! " Lanjutnya tersenyum lebar.

" Astaghfirullah. Awak okey ke tak?"

" Hah! kenapa?!" Soalnya memandang aku pelik.

" Yela, saya yang besar macam beruang kutub ni awak kata cantik! masalah awak ni." lanjutku geleng-geleng kepala.

"Tak baik cakap macam tu." tengur Khairil tak suka.

Ayah hanya tersenyum mendengar percakapan kami. Tak lama lepas tu ,emak pun menyusul.

" Ha Ril, makanlah. Acik buat kuih tu semalam. Cubalah rasa." Amboi mak,siap promot kuih dia buat.

"Yela makcik. Terima kasih."

Setelah kami berbual ringan dengan mak ayah, kami pun mintak izin keluar. Ayah hanya mengangguk,mak pulak macam biasalah banyak pesanan ringkas yang di titipkan pada Khairil. Khairil hanya mengiyakan semuanya.

"Kita nak pergi mana?" tanyaku selepas kereta bergerak keluar dari rumah.

"Awak ikut je,saya nak ajak awak jalan-jalan dekat KLCC Park." jawabnya memandang ke arah aku.

"Hurm yela." kataku singkat.

Selama perjalanan ke sana Khairil asyik mengerling ke arah aku, buat aku jadi malu je.

"Awak takyah lah pandang-pandang saya." aku mengalihkan pandangan ke arah tingkap.

"Biarlah saya nak pandang awak. Awak comel, rasa geram je nak cubit." katanya. Aku langsung menoleh ke arahnya. tiba-tiba pipi aku terasa perih.

"Awak! sakit pipi saya!" aku usap pipi dengan memuncungkan bibir.

" Awak jangan buat muncung macam tu..."

"Kenapa pulak ?! " tanyaku masih tak puas hati.

"Takde apa-apa.hehehehe..." Sakit pulak hati ni dengar jawapannya.

Kami pun sampai tempat di tuju, Khairil turun dulu. Aku yang baru buka tali pinggang baru je nak tarik hendal pintu tapi Khairil dah tolong bukakan pintunya.

" Saya boleh buka sendirilah." kataku pada Khairil.

" Takpe, hari ni awak jadi tuan puteri saya." terasa berbunga-bunga pulak bila Khairil cakap macam tu. cehh!

Penat berjalan keliling taman Khairil mengajakku untuk makan tengahari. Aku mengikuti langkahnya ke arah restauran terdekat. Sambil menunggu pesanan sampai kami berbual mengenai diri masing-masing. Semakin lama aku semakin selesa dengan Khairil. Yelah,aku tak pernah keluar berdua dengan lelaki sebelum ni. Kawan lelaki aku ramai juga masa di universiti dulu, tapi kami selalu keluar ramai-ramai.

"Ril,Manja nak pergi toilet kejap ye." Ujarku membahasakan diri panggilan biasa di rumah.

" Okey, nak Rill teman ke?" tanyanya.

"Eh takyah mengada! Saya belum jadi sultan lagi nak gajikan bodyguard!" Aku pun berlalu pergi. Terdengar Khairil tertawa lepas.

Setelah selesai urusan di dalam tandas aku terus keluar dari ruangan kecil tersebut. Aku berhenti di lorong tandas membetulkan baju. Tiba-tiba ada yang melanggar aku,pening kepala aku kejap.

"Aduh!" sahutku. Kepalaku terhantuk ke dinding.

" Auw... sakit! " aku menoleh ke arah suara di depanku. Belum sempat aku buka mulut, perempuan tu terus menyerang aku.

"Hey pempuan, kau tak nampak ke aku kat depan ni. Suka hati kau je langgar aku! Oh my god! " Ucap perempuan itu sambil menolak badan aku.

Apa dia kata?! Aku langgar dia?! Aku yang besar gedabak ni dia yang langgar, dia kata aku yang langgar dia. Nak kena minah ni!

" Hello cik adik,awak tu mata letak dekat telefon. Mana nak nampak orang depan awak! Awak yang tiba-tiba langgar saya, lepastu awak tuduh saya pulak! " balasku taknak kalah.

" Heh! badan kau tu yang besar gajah duduk kt tengah-tengah jalan! kau tu yang dah halang laluan aku! Faham!"

" Ish! suka hati awak je nak tuduh-tuduh saya ye. Lantak awaklah! malas nak layan pempuan mereng macam awak ni." baru je aku nak melangkah kaki, perempuan tu menarik tudung aku sampai tercabut. Nasib baik aku pakai anak tudung sarung. Belum sempat aku nak balas.

"Ada apa ni?!" kami serentak menoleh. Aku membulatkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience