Bab 5

Other Completed 4495

BAB 5

Yana benar-benar sibuk dengan jadual kuliahnya.

Pagi, petang, siang, malam berulang-alik menaiki tangga Batu Caves untuk ke kelas.

Tangga itu mendapat nama kerana ketinggiannya yang boleh membuatkan semua yang mendakinya tercunggap-cunggap.

Semenjak Ogos lalu, rutin hidup Yana benar-benar berbeza.

Namun itu adalah perkara terbaik buat dirinya.

********************************************

"Eh Yana, malam ni kau balik rumah ke?" tanya Azie.

"Haah, aku dah janji dengan papa. Almost 2 week aku tak tengok muka dia,"

"OK, kalau ko tak balik kitaorang nak ajak ko pergi Melaka,"

"Bestnya pergi Melaka. Boleh jalan-jalan,"

"Next time lah, kita pergi sekali,"

"OK beb,"

********************************
Selesai sahaja kuliah malam, Yana terus pulang ke rumah.

"Gelapnya rumah," kata Yana.

Selepas selesai menyalakan semua lampu, Yana menuju ke biliknya untuk meletakkan barang dan membersihkan diri.

"Mana papa ni?"

Yana menghantar pesanan kepada papanya.

"Papa am home alone,"

Tetap mesej itu tidak dibalas.

Mungkin papa sibuk meeting, tak pun jumpa client.

Selesai membersihkan diri, Yana solat.

Panjang sekali doanya.

Terutamanya doa kepada Irfan dan mamanya.

"Yana,"

Datuk Kamal mendapatkan Yana sesudah dia berdoa.

Matanya berkaca.

Tentu sahaja dia mendengar setiap doa yang dititipkan.

Yana bersalam dengan papanya.

"Papa pergi mana? Yana sikit lagi nak balik kolej sebab takde sesiapa kat rumah,"

"Papa on the way balik rumah masa Yana text papa tadi,"

"Bukan ke anak kesayangan papa ni tak bagi papa pegang fone masa driving?"

Yana senyum.

"OK lah kalau macam tu Yana tak jadi merajuk,"

"Papa dah makan? Yana rindu nak masak untuk papa,"

"Belum. Papa lagi rindu nak makan masakan Yana,"

"OK, tunggu jap tau, Yana masak cepat-cepat,"

"Take your time sayang, lagipun kita berdua je ni,"

"Mana mak cik?"

"Dia pergi bercuti dengan family dia,"

"Papa kenapa tak ikut?"

"Sebab papa nak spend time dengan anak papa ni,"

"Alololo," terus Yana bangun dan memeluk papanya.

"Go and shower, lepas tu turun makan,"

Dalam sekelip mata, Yana sudah siap memasak kari kepala ikan, kerabu mangga dan bubur pulut hitam kegemaran papanya.

"Hmmm, sedapnya bau,"

"Mestilah sedap, Yana yang masak,"

"Papa dah ready?"

"Dari atas lagi papa dah ready,"

"Hehehehe, jomlah kita makan,"

"Papa rindu nak makan dengan Yana and abang,"

Yana berhenti mengunyah makanan apabila papanya menyebut tentang Irfan.

Sesungguhnya dia juga merindui Irfan.

Irfan sekarang sibuk menolong professornya menyediakan kertas kerja.

Yana hanya bertanya khabar sekali sekala dan tidak lagi menganggu Irfan jika tidak ada keperluan.

Rindu yang ada hanya dipendam.

"Jom kita jalan-jalan nak papa? Biar cepat sikit hadam makanan kita," kata Yana separuh menyesal kerana memasak bagaikan tiada hari esok.

"Ala papa sayang nak hadamkan makanan sedap Yana ni," ujar Datuk Kamal.

Yana jalan berpegangan tangan dengan papanya.

Timbul urat-urat ditangan papanya, menandakan lelaki disebelahnya yang dahulu kuat kini semakin dimamah usia.

"Kasarnya tangan papa, papa tak pakai losyen ke sebelum tido?" jujur sekali pertanyaan Yana.

"Hahahaha, mana ada lelaki pakai losyen Yana, lelaki lembik je ada masa nak pakai semua ni," Datuk Kamal ketawa mendengar pertanyaan anaknya.

Yana mencebik.

"Ala apa salahnya, tengok ni tangan papa, macam kerja angkut batu. Padahal duduk ofis sign dokumen je,"

"Itu sebelum kita senang sayang, sebelum tu papa buat banyak sangat kerja,"

"Angkat barang, jadi tukang sapu, hantar surat khabar, office boy, macam-macamlah, tak ingat dah papa,"

Ternganga Yana mendengar luahan papanya.

Tangan tua itu digenggam.

"Sorry papa, Yana tak tahu," dia dihimpit rasa bersalah.

"Takpe, papa nak anak-anak papa hidup senang, jangan susah-susah macam papa dulu,"

"Tapi Yana ok je kalau kena hidup susah," sambil tersenyum.

Datuk Kamal bangga mempunyai anak seperti Yana dan Irfan.

Walaupun kedua-duanya dibesarkan dalam keadaan yang senang dan mewah, kedua-duanya sangat humble dan tidak pernah bermegah.

"Yana tak rindu Irfan?" sekali lagi nama keramat itu disebut.

"Papa rindu abang ke?"

"Masuk kali ni dah dua kali papa mentioned abang,"

"Papa rindu,"

"Jom kita video call abang nak?"

Yana terus mendial number Irfan.

Video bersambut.

"Hai abanggggggg!" jerit Yana riang.

"Hai sayang," balas Irfan.

"Sebenarnya bukan Yana yang rindu abang. Papa ni sejak Yana balik asyik sebut abang je, that's why Yana call ni,"

"Auchhhh, betul ke Yana tak rindu abang?"

Irfan kecewa.

"Mestilah rindu, rindu sangat-sangat," Yana dapat mengesan perubahan nada abangnya.

"Abang, janganlah merajuk. Yana rindu abang sumpah!"

"Ha tahu takut, tadi cakap tak rindu,"

"Hish budak-budak ni," sampuk Datuk Kamal.

"Eh lupa pulak," Yana hanya ketawa.

"How are you Irfan?" tanya papa.

"Am all good pa," balas Irfan.

"Lama kita tak berbual,"

"Rindu pulak papa,"

Irfan melihat Datuk Kamal belas.

"Papa are you OK? You look pale,"

"Am OK,"

"Yana dua minggu tak balik, sampai-sampai je tengok papa dah jadi macam ni," cepat sahaja Yana menyampuk.

"Bila Yana cuti semester?" tnya Datuk Kamal.

"Ermmm on November kalau Yana tak silap,"

"Bila Irfan ada holiday break?"

"Irfan takde break papa, eventhough ada Irfan kena masuk lab,"

"Kita pergi tengok abang nak Yana?"

"Reallyyyyyy?" Yana tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya.

"Nak! Yes please papa,"

"Tapi abang nak ke kita pergi visit dia?" Yana menjeling skrin telefonnya.

"Hey, mestilah abang nak,"

"Tahu tak betapa lonely nya abang kat sini,"

"Bangun, pergi kelas, masuk lab, balik tidur, tu je life abang," Irfan buat ayat sedih.

"Okay see you in November Irfan,"

"Bye-bye abang,"

"Take care Irfan,"

"You too papa,"

Sebelum video dimatikan, Yana mendekatkan skrin dan membisikkan sesuatu pada Irfan.

Irfan menyambutnya dengan senyuman.

Setiap kali sebelum berpisah Yana akan mengucapkan "I love you abang, to the moon and back,"

"I love you too sayang,"

"Aghhhhhhhhhh," jerit Irfan.

Rindunya pada Yana membuatkan dia seperti orang gila bayang.

Entah kenapa dia terlalu mengharapkan Yana menghubunginya setiap saat.

Yang pasti yang mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hatinya.

***********************************************

"Betul ke Yana nak balik kolej?" tanya Datuk Kamal.

"Yelah papa, esok kan dah Isnin, Yana ada kelas,"

"Minggu ni berualng dari rumah please," pinta orang tua itu.

"Tak boleh, this week Yana ada mid term,"

"Ada banyak report and presentation Yana kena buat,"

Tiba-tiba Datuk Kamal rebah.

"Papaaaaaa," jerit Yana.

Cepat-cepat dia meriba Datuk Kamal.

Tangannya pantas mendail talian kecemasan.

Yana mengenggam tangan Datuk Kamal.

Mukanya pucat.

Tangannya sejuk.

"Papa tak boleh tinggalkan Yana,"

"Yana dah takde mama, papa kena teman Yana," rintih Yana.

Selesai menguruskan semua urusan Datuk Kamal.

Yana menghubungi Irfan.

Dia menangis semahu-mahunya.

"Yana you have to be strong," pujuk Irfan.

"I will. Don't worry,"

"Hey, thank you for being there,"

"Sorry I couldn't be there for you and papa,"

"It's OK,"

Yana memutuskan talian dan menghubungi mak ciknya.

Bukanlah sesuatu yang mudah menghubungi mak ciknya yang sedang kemaruk bercuti di saat suaminya tidak sihat.

"Apa masuk hospital?" ibu tirinya sedikit terkejut.

"Tapi ko ada kat situ kan? Ko lah jaga dia,"

"Apa guna ada anak, kalau ayah sakit tak boleh tengok?"

Yana malas bertekak.

Dia hanya mematikan telefon.

Datuk Kamal masih lagi tidak sedarkan diri.

Yana mendapatkan doktor yang bertanggungjawab ke atas kes papanya.

"It's just a minor heart attack,"

"What?" Yana terkejut.

Setahu Yana papanya adalah seorang yang sihat.

Selepas beberapa jam, Datuk Kamal membuka mata.

Yana sedang tidur di sisinya.

"Yana," perlahan sekali Datuk Kamal mengejutkan Yana.

"Papa," Yana terus membuka mata.

"Papa dah sedar," kali ini Yana menangis.

"It's OK sayang. Sorry papa takutkan kamu macam tu,"

"Papa jangan tinggalkan Yana,"

"Yana sayang papa,"

"Papa pun sayang Yana,"

Mereka berdua berpelukan.

Dua hari Yana ponteng kelas dan setia menemani papanya di hospital.

********************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience