Bab 3

Other Completed 4495

BAB 3

Sehari sebelum Irfan berlepas ke Rusia, Yana gigih membantu abangnya mengemas.

Memastikan tiada dokumen dan barang yang tertinggal.

"Rajin betul dua orang ni, berkemas dari pagi sampai ke petang," tegur papa.

"Banyak lagi ke abang?"

"Sikit je lagi pa, lepas ni dah boleh locked,"

"Yana, lepas abang pergi ni, Yana kenalah selalu teman papa, kalau tak sunyi papa nanti,"

Muka Yana mendung.

"Yana dengar tak?"

"Dengar," sambil menguntum senyuman.

"OK kalau semua dah habis kemas, kita pergi makan ya,"

Yana dan Irfan saling memandang.

"Hishh budak berdua ni, jangan risau mak cik tak ikut,"

Barulah cepat sahaja mereka bangun.

Mana tidaknya kedua-duanya lapar.

"Yeayyyyy, papa belanja, nak makan banyak-banyak," suka betul Yana.

"Yana nak makan apa?" tanya lelaki separuh usia itu.

"Biar abanglah pilih dia nak makan apa," semua pandangan di halakan kepada Irfan.

"Hurm, Irfan nak makan kat restoran kita selalu makan tulah, nanti kat Rusia mesti susah nak makan sambal sedap lagi dah,"

"Lah abang belilah barang, masak sendiri," cadang Yana.

"Tak mungkin abang rajin, selama ni adik abang yang masak, abang tahu makan je," sambil memeluk leher Yana.

"Erghhhh lepas, nak lemas dah," jerit Yana.

"Papa tengok dia ni," meminta sokongan papa.

"Ada-ada je kamu berdua ni,"

******************************
Setibanya di restoran, Yana meminta diri untuk keluar sekejap.

"Irfan papa sebenarnya risaukan Yana, kalau kamu takde nanti..."

Belum sempat Datuk Kamal menghabiskan ayatnya, Irfan cepat mencelah.

"Papa tolong tengok-tengokkan Yana ya, dari semalam Irfan tengok dia tak nyenyak tidur,"

"Beralih sana sini,"

"Irfan tahu dia mesti sedih tapi dia tak tunjuk,"

"Baiklah nanti papa cuba kurangkan outstation masa dia cuti semester, takdelah dia sunyi,"

"Sunyilah papa nanti, Ogos nanti Yana pun pindah keluar,"

"Kalau boleh papa nak dia berulang dari duduk kat kolej,"

"Tapi kalau difikirkan semula, itu mungkin penyelesaian terbaik, taklah dia sunyi. Kat sana at least dia dengan kawan-kawan, "

"Tapi papa dah buat dia janji, she must come home every weekend kalau tak busy,"

"Wah papa dah siap buat dia berjanji,"

Sementara itu, Yana sedang gigih memilih bingkai loket yang sesuai untuk dihadiahkan kepada Irfan.

"Miss, I nak tengok yang tu boleh?" Yana menunjuk kepada loket berbentuk petak.

Dia berpuas hati.

Cepat-cepat dia memasukkan gambar dia dan Irfan yang telah siap dipotong mengikut bentuk loket.

Ini adalah hadiahnya kepada buah hatinya yang bakal terbang jauh.

*************************

"Mana Yana ni?"

"Yana kat sini," terus memeluk papanya dari belakang.

"Pergi mana?"

"Rahsiaaaaa,"

"Eh makanan dah sampai, jom makan," cepat sahaja Yana menyenduk nasi kepada semua.

Sibuk betul dia menyeduk makanan kepada Irfan.

"Papa punya?" tanya Datuk Kamal. Ada unsur jealous di situ.

"Owh ah, ni papa punya,"

"Ala jangan la merajuk, papa kan selalu ada dengan Yana, tapi ni maybe last time Yana dapat sendukkan makanan dalam pinggan abang,"

"Dah-dah jom makan," cepat-cepat Irfan mengalih topik sebelum keadaan bertukar menjadi sedih.

"Lepas makan kita terus balik ya, sebab esok flight Irfan awal pagi," kata papa.

"OK papa,"

Setibanya mereka di rumah, Yana terus membersihkan diri dan membawa hadiahnya kepada Irfan.

Irfan sedang meneliti beberapa dokumen buat kali terakhir.

"Abang,"

"Ya,"

"Dah-dah la tu tengok benda tu, masuk ni dah sepuluh kali agaknya abang asyik checked benda yang sama,"

"Tengoklah Yana, spend time dengan Yana ni, kalau ada benda abang yang tertinggal nanti Yana boleh pergi hantar," separuh merajuk.

Irfan dapat mengesan perubahan nada pada adiknya.

"Yelah-yelah, abang nak simpan dah ni,"

"OK, apa adik kesayangan abang nak ni?"

"Takde apa, just nak tengok muka abang lama-lama,"

Tak sampai lima minit, Yana mula menangis.

Menangis teresak-esak.

Macam budak kecil kehilangan mainan.

Irfan hanya melihat adiknya yang sedang tenggelam dalam emosi.

Sibuk tangan Irfan menyeka air mata Yana.

"Sini," Irfan mendepangkan tangannya.

Kemas sekali pelukan Irfan.

"Janganlah menangis macam ni, nanti abang pun ikut menangis, Yana kan dah janji dengan abang,"

"Tak tahu kenapa mata ni asyik nak menangis je,"

"Penat Yana pesan jangan nangis, jangan nangis, tumpah jugak dia,"

Yana melepaskan pelukan Irfan.

"Yana ada hadiah untuk abang,"

Sebuah loket dikeluarkan, diletakkan dalam tapak tangan Irfan.

Sebelah loket itu mempunyai gambar mereka berdua dan sebelah lagi tertulis "Thank you for being my reason to look forward to the next day"

Irfan mengenggam kuat loket itu di tangannya.

"Nanti kalau abang dah lupa macam mana rupa Yana, tengoklah loket ni eh,"

"Mana mungkin abang lupa," serak suara Irfan.

"Yana tidur sini OK malam ni, abang tak boleh halau Yana balik bilik,"

************************************
Hari paling ditakuti Yana akhirnya tiba.

Sewaktu bersalaman dengan Irfan buat kali terakhir, lama sekali Yana merenung abangnya.

"Jaga diri, call me whenever you want, kalau abang tak jawab, maybe abang dalam lab,"

"But don't worry, I will reply your call,"

Yana hanya mengangguk.

Dia sedaya upaya menahan air mata.

Dia tidak mahu Irfan rasa berat hati meninggalkannya.

"Papa, Irfan mintak diri dulu, doakan Irfan berjaya grad dalam masa yang dirancang,"

"Doa papa selalu dengan kamu,"

"Tak nak peluk abang?" pandangannya beralih kepada Yana.

Yana bagaikan mayat hidup hanya menurut apa yang diperintahkan.

Kering sudah air mata.

Tiada apa yang lebih menyedihkan daripada melihat insan kesayangan bakal pergi meninggalkan kita.

Irfan melambai-lambai sebelum berjalan ke arah balai berlepas.

"Kamu OK Yana?"

"Jom teman papa jalan-jalan," Datuk Kamal cuba mengambil hati anak perempuan kesayangannya..

Yana tidak memerlukan semua itu pada masa ini.

Yana pantas berlari ke arah Irfan dan memeluknya dari belakang.

"Abang,"

"Yana sayang abang,"

"Abang tak boleh lupakan Yana,"

Kali ini dia menangis.

Irfan menoleh mendapatkan wajah kesayangannya.

"No, I won't,"

Kali ini air mata Irfan juga sudah tidak mampu ditahan.

Datuk Kamal memeluk kedua anaknya.

Sedih.

Inilah kali pertama dia melihat Yana menangis bersungguh-sungguh.

Kali pertama dia melihat Yana menangis begitu adalah pada hari pengebumian isteri keduanya itu.

"Sorry abang,"

"It's okay sayang,"

"Bye,"

Kali ini Yana sudah bertenang.

"Jangan sedih-sedih, nanti kalau Yana rindu abang, papa temankan Yana. Kita pergi Rusia lawat abang ya,"

"Papa tipu,"

"Eh betullah, tak baik cakap papa tipu,"

"Kalau papa tak ikut pun takpe, Yana boleh pergi sendiri, cumaaa...."

"Cuma apa?"

"Cuma papa kenalah tanggung all the expenses," Yana senyum sumbing.

Lega hati Irfan dan Datuk Kamal melihat senyuman itu.

"No problem! Anything for my dear daughter,"

"Abang cepatlah masuk dalam sebelum Yana bawak abang lari dari sini," ugut Yana.

"Ha betul tu Irfan, you better go," sokong Datuk Kamal.

"OK, bye semua,"

Dan itulah kali terakhir Yana melihat belakang Irfan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience