Bab 10

Other Completed 4495

BAB 10

"Sorry sayang, papa tak dapat hantar Yana pergi airport,"

"It's OK,"

Datuk Kamal tidak dapat melepaskan diri dari mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah.

Jadi satu-satunya orang yang menghantar Yana adalah Irfan.

"Seriusnya abang," tegur Yana apabila melihat Irfan hanya berdiam diri dan fokus memandu.

"Mestilah, kan abang tengah driving ni,"

"Nanti abang jangan menangis tau," usik Yana.

"Abang menangis?"

"Abang takut Yana yang menangis," balas Irfan.

Elok sahaja Irfan dan Yana sampai di kawasan parking KLIA, wajah Yana bertukar mendung.

Irfan yang perasan perubahan itu cuba memujuk Yana.

"Hey, janganlah macam ni,"

"3 bulan je kan?"

Yana tidak menjawab, dia hanya memeluk pinggang Irfan.

Dari jauh kelihatan Zarul bersama ibunya.

"Datang jugak ko Yana, aku dah risau dah," laung Zarul.

"Mestilah datang, penat aku belajar siang malam," selamba Yana menjawab.

Setiap kali terpandang Zarul, Irfan dicuit rasa cemburu.

"Abang," tegur Zarul.

"Baik-baik balik nanti, tolong tengokkan Yana," pesan Irfan kepada mamat yang berada dihadapannya.

"Eh jomlah masuk,"

"Kang ada yang nak kena berenang balik Aussie nanti,"

"Bye abang, Yana pergi dulu,"

Mereka bersalaman.

Yana memeluk Irfan, lama sekali.

"Am gonna miss you," kata Irfan.

"Me too," balas Yana.

"Jangan lama-lama dekat sana nanti, jangan pandang orang lain, ingat abang kat sini OK," pesan buah hati Yana itu.

Yana tersenyum.

"Tak mungkin Yana pandang orang lain. I only have you in my heart,"

"Abang pun please jangan rapat sangat dengan doktor perempuan mana-mana, nurse ke,"

"Kalau Yana tahu siaplah abang,"

"Taklah, jangan risau," tenang sahaja Irfan menjawab.

Seperti Yana, Irfan juga mempunyai perasaan yang sama.

Rasanya sejak dari zaman sekolah lagi, Irfan terlalu menyayangi Yana.

Perasaan sayang itu semakin menebal sehingga bertukar menjadi cinta apabila mereka terpisah.

Namun semua itu hanya disimpan di dalam hati.

Irfan tidak berani meluahkan perasaannya.

"Sebelum Yana pergi, can I get my goodbye kiss?" tanya Yana.

"Sure,"

Irfan menghadiahkan sebuah kucupan di pipi Yana.

Yana kecewa.

"No, I don't want that,"

"I want this,"

Ya seperti biasa Yana mahu kucupan bibir yang hangat dan boleh bertahan selama 3 bulan.

Irfan rasa seperti mahu hilang nafas.

Dadanya berombak kencang.

"Okey am done," Yana melepaskan pelukan.

Tidak berkelip Irfan memandang Yana.

"Where do you learn to kiss like that?" tanya Irfan.

"It's in my blood," jawab Yana.

"Malu abang,"

"Hehehehe, sorry,"

Air mata Yana mula menitis.

Makin lama makin laju.

"Tengok kan abang dah kata, mesti Yana yang tak tahan,"

"Semua ni abanglah punya pasal,"

"Eh kenapa abang pulak?"

"Yana susah nak berpisah dengan abang,"

"I've been around you for the last 3 weeks,"

"Nanti Yana mesti susah nak tido, susah nak makan, sebab selalu teringat abang,"

Irfan memegang wajah Yana lembut.

"Sayang, abang pun akan terseksa bila Yana pergi,"

"It's not easy for me to let you go,"

"You're my everything,"

"Let us be strong together OK,"

"Janji dengan abang, jangan menangis lama-lama OK,"

"Baik," balas Yana lemah.

"See you soon," Yana melambai ke arah Irfan.

Mereka berpisah di situ.

Yana berazam mahu menghabiskan pengajiannya secepat mungkin dan pulang ke pangkuan keluarganya.

"Yana betul ke apa yang aku nampak? tanya Zarul.

"Apa yang kau nampak?"

"Kau dengan abang kau?"

"Yup, betullah tu,"

"Tapi, dia bukan ke abang kau?"

"Zarul, chill OK, jangan fikir benda yang kau susah nak faham,"

Yana malas melayan Zarul.

Tapi dia sedar itulah hakikatnya.

Dapatkah orang sekeliling menerima hubungan Yana dan Irfan.

Paling utama bagaimana mahu menyakinkan papa.

Dapatkah papa menerima cinta Yana.

Apa pun Yana sentiasa berdoa supaya jodoh dia dan Irfan berjalan lancar.

"Hoih termenung apa?" sergah Zarul.

"Kau ni terkejut aku,"

Yana mahu mencubit Zarul, namun dia sempat mengelak.

"Apa pun yang terjadi lepas ni, aku doakan kita boleh jadi kawan sama macam ni," Zarul mula serius.

"Aku pun, aku selesa berkawan dengan kau," Yana berkata.

"Nasib mak aku x jadi paksa aku kahwin. Aku terhutang budi dengan kau Yana,"

"Mujur mak kau faham, yelah mak mana nak perkahwinan anak dia tak bahagia,"

"Kau rasa penting ke rasa cinta tu dalam sesebuah hubungan," tanya Zarul.

"Bagi aku yes penting, itulah orang yang kau akan hadap hari-hari sampai kau mati,"

"Hubungan yang dipaksa susah rasanya nak bahagia, kecuali dua-dua belah pihak boleh give and take,"

"Tak lama lepas tu kalau ada chemistry mungkin hubungan tu akan jadi lebih indah dari orang yang bercinta sebelum kahwin,"

Panjang betul Yana menberikan pendapatnya.

"Harap-harapnya bakal isteri aku ada 10% daripada value kau,"

"Understanding and genius at the same time," puji Zarul.

"Pooodahhhh, dah la tu, jom tidur aku mengantuk," geli Yana mendengar Zarul menaruh harapan begitu.

"Tak baik ko poodahhh kan impian aku Yana,"

Lawak juga Zarul ni bila dah datang gilanya fikir Yana.

***********************************
Irfan tiba dirumah.

Hati dan fikirannya kini bersama Yana.

Rumah yang besar itu bertambah sunyi dan kosong dengan ketiadaan Yana.

Dia menuju ke bilik Yana.

Setiap pelusuk bilik Yana diamati.

Semenjak bilik itu siap, tidak pernah sekali pun Yana tidur di atas katilnya.

Setiap hari Yana akan menumpang katilnya.

Irfan hanya mampu mengeluh.

Disebabkan Yana setiap hari menganggunya, dia yakin malam ini dia tidak dapat tidur.

"Rupa-rupanya Yana jugak cintakan aku macam mana aku cintakan dia,"

Irfan sedar dia perlu jujur dengan perasaannya.

Namun dapatkah dia meneruskan hubungan ini.

Walaupun dia dan Yana bukan adik-beradik kandung, tapi dapatkah papa menerima keadaan ini.

Memikirkan itu sahaja mampu membuatkan Irfan pening kepala.

Irfan bahagia memikirkan Yana adalah satu-satunya perempuan yang bakal menjadi penyeri hidupnya.

Untuk Yana dia rela menempuhi apa sahaja dugaan.

Asalkan dia dan Yana dapat disatukan sebagai suami isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience