Bab 11

Other Completed 4495

BAB 11

Irfan tidak dapat melelapkan mata.

Sekejap dia baring ke kanan, sekejap di menoleh ke kiri.

Dia perlu tidur sekurang-kurangnya 6 jam sebelum memulakan tugasnya di klinik esok.

"Kenapa Yana tak call lagi ni?"

"Patutnya dah sampai,"

Irfan tertanya-tanya adakah adik kesayangan merangkap buah hatinya selamat sampai di destinasi.

"Kringggg.....kringgggg," telefon berbunyi.

"Asssalamualaikum buah hati Yana,"

Irfan tersenyum.

"Waalaikumussalam, lambatnya sayang call. Risau abang,"

"Hurm, tak lambatlah, sampai je rumah, bukak kasut, Yana terus call abang,"

"Dah sampai rumah?"

"Dah, letihnya Yana,"

"Kenapa?"

"It's so damn windy here,"

"Sejukkkkkk,"

"Abang tak tidur lagi?"

"Abang tak boleh tidur,"

"Kenapa?"

"Entah maybe sebab abang dah biasa kena layan pengacau dulu sebelum tertidur,"

"Sampai hati panggil Yana pengacau,"

"But am serious,"

"Sebab Yana lah abang tak boleh tido,"

"Am so sorry abang, peluk bantal yang Yana selalu peluk masa tidur tu,"

"Macam tulah perasaan Yana setiap kali abang on call,"

"Yana tak boleh tidur selagi tak nampak abang, tak bau abang,"

Kasihan pula Irfan mendengar pengakuan Yana.

Kadang-kadang tugasnya sebagai seorang doktor membuatkan dia tidak dapat pulang seperti mereka yang berkerja makan gaji yang lain.

Tapi tak pernah sekalipun Yana merungut.

Dia hanya menanti Irfan pulang di rumah.

Irfan memeluk bantal yang selalu digunakan Yana, moga-moga dapatlah dia melelapkan mata.

Ternyata cadangan Yana berhasil.

Irfan tidur nyenyak hingga ke pagi.

*****************************
"Good morning Irfan,

"Good morning pa,"

"Sunyinya rumah ni setiap kali Yana pergi," adu papa.

Irfan hanya senyum.

"Kalau dia ada macam nak runtuh rumah ni dia punya huru-hara," sakat Irfan

"Hahahaha, but that's what we love about her,"

Papa mengangguk tanda setuju.

Mana tidaknya, Yana akan mengejutkan semua orang untuk bangun dan Subuh berjemaah.

Selepas itu dia akan sibuk di dapur menyediakan breakfast.

Irfan rindu dengan semua itu walaupun baru sehari Yana meninggalkan mereka.

*********************************

"Haih doktor, dah termenung balik,"

"Padahal kebelakangan ni, saya tengok doktor ceria sangat,"

"Ye ke bang?" tanya Irfan kepada pelayan di kafeteria hospital.

"Yelah, nak-nak lagi bila buah hati doktor ada sekali,"

Irfan pelik.

"Ala yang selalu hantar and amek doktor balik kerja tu,"

"Owh, Yana,"

"Yana ya nama dia,"

"Nama secantik tuannya,"

"Ada-ada je abang ni,"

Baru tiga minggu Yana berkepit dengan dia, banyak pula mata yang memandang.

**************************************
"Aghhhh banyaknya yang tak siap lagi ni," Yana mula diserang rasa panik.

Takut kalau dissertation yang diusahakan siang dan malam bermasalah.

Yana tidak mampu menyambung pengajiannya.

Bukan kerana wang ringgit tapi hatinya tidak mampu berjauhan dengan papa dan Irfan.

Tiba-tiba dia mendapat teks yang paling menggembirakan.

"The deadline has been extended, so you can complete it over the weekend,"

"Yanaaaaa," jerit Zarul dari bawah rumahnya.

Hati Yana yang berbunga riang terus sahaja menjengah ke tingkap.

"Apoooooo? Bisinglah kau ni," tanya Yana.

"Yana jom pegi makan, cacing-caing semua dah mogok, deadline lambat lagi kan?" ajak Zarul.

"Jom, cacing aku pun dah siap berzapin tadi. Sekarang ni dah ala heavy metal pulak,"

"Cepatlah siap,"

"Perempuan dah la siap lambat,"

"Itu perempuan lain, kategori lemah gemalai, aku tideksss,"

Sepantas kilat Yana turun.

Kita nak makan apa? tanya Yana.

"Makan Korean BBQ nak?" cadang Zarul.

Cuaca yang sejuk membuatkan selera semua orang besar.

"Amboi-amboi, kamu kepingin bulgogi ya pak Zarul,"

"Ya iya neng, bisa ngak kamu nemanin aku?"

"Bisa-bisa, asalkan kamu yang belanjain aku,"

"Bisa bonar, bisa bonar," tiba-tiba Zarul menyanyi dan melakukan tarian tangan sotong.

"Dah la jom cepat jalan, sejuk nak kejung dah ni," ajak Yana.

Walaupun Zarul berupa dan berada, dia tetap adalah seorang yang humble.

Selalu juga Yana memaksa dia cuba keluar dengan perempuan lain.

Namun balik-balik Yana jugak yang diajaknya.

"Kau memang takde kawan lain ke Zarul?"

"Maksud kau?"

"Maksud aku, selain aku dah takde orang lain ke kau nak ajak makan, pergi library, pergi kelas, pergi shopping,"

"Hurmmmm, takde," cepat sahaja Zarul menjawab.

"Kenapa Yana? Kau tak nak ke teman aku lagi dah?"

Zarul buat muka serius.

"Abang kau tak bagi ke kau keluar dengan aku?"

"Sorrylah kalau kau rasa tak selesa,"

"Anggap ni last time kita keluar,"

Zarul mula berjalan laju dan meninggalkan Yana di belakang.

"Hoih, lajunya jalan,"

Yana mengejar Zarul dan menyilangkan tangannya bersama tangan Zarul.

"Aku tanya je, janganlah serius sangat,"

"Kau merajuk ke Zarul,"

"Janganlah merajuk,"

Sudah tentu Zarul terasa hati.

"Aku ingat lagi masa mula-mula sampai sini,"

"Aku dah la rabun malam, terkial-kial carii rumah sewa aku,"

"Mujur ada kau Zarul, kalau tidak entah apa yang jadi dekat aku,"

"Kau teman aku sampai rumah, esoknya kau datang bawak breakfast, walaupun kita strangers,"

Yana mengenang kembali jasa-jasa Zarul.

"Aku takde kawan bukan sebab aku sombong Yana,"

"Tapi aku benci dipergunakan,"

"Aku macam kau jugak, lagi banyak kawan-kawan foreigners dari bangsa sendiri,"

"Bangsa sendiri yang patutnya kita boleh bergantung harap bila jauh-jauh macam ni semuanya dah pupus,"

"Yang ada cuma kaki party dan kaki kikis,"

Menurut Zarul dahulu dia pernah berkenalan dengan seorang perempuan yang berasal dari Malaysia yang sama-sama menyambung
pelajaran ke sini.

Hubungan mereka berjalan baik sehinggalah satu tahap Zarul merasakan bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.

Walaupun dari keluarga berada dan ternama, Zarul tidak sesekali bangga dengan semua itu.

Dia berkerja sambilan untuk menampung perbelanjaannya di bumi Uncle Sam.

Yana tidak berani bertanya lebih lanjut.

Takut luka lama berdarah kembali.

"Sorry aku buat kau hilang selera,"

"Aku mintak maaf ya Zarul,"

Tangan Zarul digenggam erat.

"Takpelah, cuma bagitahu aku kalau kau rasa kau dah tak nak lagi aku di sisi kau,"

"Zarullllll,"

Yana merengek.

Zarul masih lagi serius.

"OK stop," Yana menghalang Zarul dari melangkah.

Satu pelukan diberikan Yana kepada Zarul.

"Sorry if I hurt your feeling,"

"Aku nak jadi kawan kau sampai bila-bila,"

"Sampai kita tua berkedut, takde gigi, jalan mengigil-gigil pakai tongkat,"

Lama sekali Yana memeluk Zarul.

Ditengah-tengah pavement.

Zarul terharu dan tersentak pada masa yang sama.

Yana tidak pernah memeluknya.

"Jangan peluk aku lama-lama Yana, nanti aku jatuh cinta susah,"

Cepat-cepat Yana meleraikan pelukan.

"Senyum untuk aku please Zarul," pinta Yana.

"Heeeee," Zarul senyum menunjukkan deretan gigi putihnya.

"Alolololo cutenya,"

"Meh sini nak cubit sikit pipi tu,"

Yana lega Zarul telah pulih.

***************************************
Selesai menjamu selera, Zarul menghantar Yana pulang ke rumah.

"Thanks belanja dinner hari ni Zarul,"

"It's my pleasure,"

"Besok pagi aku masak brunch untuk kita," janji Yana.

"Masak apa?" Zarul teruja.

"Masak dengan penuh kasih sayang yang pasti,"

"Hek eleh perempuan ni,"

"Aku buat nasi lemak sambal sotong dengan ayam goreng untuk kau,"

"Wah, dengar je rasa nak menangis,"

"OK, I'll be here 11 sharp,"

"Bawak notes sekali tau, lepas makan kita boleh buat revision sama-sama,"

"OK madam,"

"Bye Zarul, baik-baik jalan,"

"Yelah,"

"Nanti dah sampai rumah text, jangan buat aku risau,"

"Yelah-yelah macam mak tiri lah kau ni,"

"Bluwekkkk,"

"I love you Zarul," jerit Yana.

"I love you too Yana," sambut Zarul di dalam hati.

Sebelum berjumpa Irfan, Zarul sememangnya menaruh hati pada Yana.

Tapi apa kan daya, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Walaupun patah hati, dia tetap setia menanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience