Bab 6

Other Completed 4495

BAB 6

"Yana dah dua hari tak pergi kelas,"

"Takpe ke?"

"Bukan ke Yana cakap dengan papa Yana ada mid term test and presentation?"

"Takpe, Yana dah bagitahu lecturer,"

"Dorang setuju lambatkan test and presentation untuk Yana,"

"Yeke, baiknya kawan-kawan Yana,"

"Haah, dorang memang baik papa,"

"Sorry sayang, sebab papa kamu letih macam ni," kata Datuk Kamal selepas melihat Yana lesu.

"Apa pulak nak sorry bagai ni papa, bukannya papa sengaja jatuh sakit,"

"Papa, Yana ada benda nak bagitahu papa,"

"Apa dia cakaplah?"

"Yana tak jadi duduk kolej. Mulai minggu depan, Yana ulang alik je dari rumah ke kelas,"

"But why?"

"Because I want to be closer to you,"

"Yana tak boleh maafkan diri Yana kalau ada apa-apa berlaku pada papa,"

"Tapi mak cik kan ada?" Datuk Kamal berat hati.

"Dia ada? Papa sakt macam ni ada dia peduli? Siap sambung bercuti," panas hati Yana mengingatkan kembali kata-kata ibu tirinya.

"Yana pasti?" Datuk Kamal mengenggam tangan Yana.

"100% sure"

"Thank you sayang,"

Datuk Kamal tahu, Yana tidak yakin membiarkan dia berseorangan di rumah.

***************************************

Semenjak Yana berpindah semula, rumah itu kembali meriah dan tidak lagi sunyi.

Setelah dua minggu berehat, Datuk Kamal kini kembali bertugas di pejabat.

"Papa tunggu," jerit Yana dari atas.

"Ubat tak makan lagi, mana boleh macam ni?"

"Adui, papa lupa lah sayang,"

"Papa ni kalau Yana tak ingatkan memang tak makanlah papa,"

"Sorry boss!" papa tabik kepada Yana.

Yana juga secara tidak langsung telah menjadi personal nurse kepada Datuk Kamal.

"Hari ni, papa balik awal ok, kelas Yana habis awal hari ni,"

"OK, kita ada nak pergi mana-mana ke?"

"Mestilah!"

"Pergi mana?"

"Rahsia,"

Yana tahu Datuk Kamal sebenarnya sunyi selepas Irfan dan dirinya berpindah.

Mungkin sahaja dia jatuh sakit kerana tidak biasa berjauhan dengan anak-anak.

Malam ni Yana mahu membawa papanya keluar menonton wayang.

*********************************************

"Dah lama sangat papa tak tengok wayang Yana,"

"Rasa macam kembali ke zaman muda pulak,"

"Hurm, good! Lepas ni every friday is our movie date night,"

"Papa, Yana sayang papa tahu,"

"Dalam dunia ni cuma ada dua orang je yang Yana sayang,"

"Abang dengan papa,"

"Papa tahu,"

"Papa janji dengan Yana, papa jangan jatuh sakit lagi,"

"Kalau papa rasa tak sihat, cepat-cepat papa bagitahu Yana,"

"OK papa janji,"

"Papa lapar tak?"

"Lapar lah jugak,"

"Jom kita supper,"

"Kalau dengan Yana papa rasa tenang sangat,"

Tiba-tiba sahaja Datuk Kamal berkata begitu.

"Papa ada isteri, tapi isteri papa...."

"Sudahlah papa, Yana kan ada,"

"Papa takkan sunyi lagi,"

***************************************************

Hari berganti hari, minggu berganti minggu.

Datuk Kamal telah memanggil peguamnya ke rumah untuk membuat wasiat.

Ibu tirinya mengamuk setelah mengetahui kebanyakkan harta suaminya adalah milik Yana dan Irfan.

"Mana boleh I dapat 10% je dari semua ni,"

"I ni isteri you,"

"Bila bincang pasal harta tiba-tiba you sedar pulak yang yang you isteri I?"

"When I on my death bed, where are you?"

"You biarkan Yana sorang diri jaga I?"

"She struggle between study and taking care of me,"

"Oh ungkit?"

"Yes I ungkit,"

"Kalau I ada pun, you bukannya pedulikan I,"

"Apa salahnya kalau I pergi have fun dengan family I?"

"You sedar tak tanggungjawab you?"

Ibu tirinya yang tidak dapat lagi mengawal diri meluru ke arah Yana.

"Ini semua sebab kau!"

"Dah elok-elok duduk kolej, kau patah balik sini!"

"Menyusahkan hidup aku,"

Perempuan paling dielakkan Yana cuba mengangkat tangan dan semakin menghampirinya.

Entah dari mana datang kekuatan. Yana menepis dan menolaknya ke belakang.

"Oh sekarang kau dah berani melawan aku?" bentak ibu tirinya.

"Memang, sepatutnya dari dulu lagi Yana berani,"

"Tapi Yana diamkan je sebab Yana hormat mak cik,"

"But not anymore,"

"Yana sabar sebab papa,"

"You don't deserve my respect,"

"Never," Yana terus meninggalkan papa dengan pak ciknya.

Datuk Kamal tersentak dengan pengakuan Yana.

"Jadi betullah selama ni, you menyeksa anak I," perlahan sekali Datuk Kamal bertanya kepada isterinya.

"Malas aku nak layan anak beranak ni," dia cuba melarikan diri apabila menyedari rahsianya hampir pecah.

******************************************

"Yana, kenapa Yana tak pernah bagitahu papa?" soal Datuk Kamal.

"Buat apa Yana bagitahu, Yana yakin papa takkan percaya,"

"No sayang, I will always trust you," Datuk Kamal benar-benar kecewa.

Sampai hati dia layan anak kesayangan aku macam tu.

"Papa memang bodoh,"

"Papa ingat dengan berkahwin lagi, keluarga kita terjaga, tapi apa yang papa sedar, perkahwinan ni hanya memecah-belahkan family kita,"

"Papa minta maaf Yana,"

Datuk Kamal menundukkan wajahnya.

Tidak sampai hati Yana melihat papanya sedih begitu.

"Yana dah tak peduli dengan semua tu,"

"Masa Yana sedih and kecewa, abang selalu ada,"

"Di saat papa bahagia dengan perempuan tu, setiap kali hati Yana berkecai, satu-satunya orang yang Yana harapkan adalah abang,"

"Setiap kali dia kurung Yana dalam basement, abang akan datang and selamatkan Yana,"

"That's why Yana takut dengan tempat gelap,"

"Ya Allah Yana, sampai hati dia," Datuk Kamal terkejut.

"She did that almost everyday for 2 months sampailah abang ugut dia,"

"Papa bayangkan macam mana abang yang baru 15 tahun masa tu protect Yana,"

"I cannot live without abang,"

"Dalam bilik gelap tu, Yana tak nampak apa-apa, tapi Yana tak menangis sebab Yana tahu setiap kali abang balik sekolah dia akan cari Yana,"

"I feel safe whenever am with him,"

"Yana tidur lena bila Yana tahu abang ada dengan Yana,"

Yana menghamburkan semua yang terbuku didadanya.

Datuk Kamal hanya mampu mengalirkan air mata duka.

Luka seluka-lukanya hatinya mendengar cerita Yana.

Patutlah selalu dia mendapati Yana berubah sikap setiap kali muncul isteri ketiganya.

"Maafkan papa," Datuk Kamal pintas bangun memeluk Yana.

"Tapi papa jangan risau, sekarang Yana dah kuat,"

"I will never let her control me anymore,"

Yana jadi kuat kerana dia ingat janjinya terhadap Irfan.

Lagipun dia perlu melindungi papanya.

Dari dahulu lagi Yana sentiasa merasakan ibu tirinya sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan harta Datuk Kamal.

Apatah lagi kini dia mengetahui bahawa Yana dan Irfan adalah penerima terbesar Datuk Kamal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience