Bab 4

Other Completed 4495

BAB 4

Selepas Irfan berangkat ke Rusia, seminggu Yana demam.

Risau betul Datuk Kamal melihat puterinya hanya terbaring.

Sesekali dia melihat Yana menangis di dalam tidur.

Belas hatinya melihat keadaan itu.

"Yana bangun, makan ubat,"

"Dah seminggu kamu sakit, kita pergi hospital ya," pujuknya.

"Yana OK," balas Yana.

"Kat sini rupanya you, tak dengar ke I panggil," keras sekali suara itu.

"Apa you nak?" keras juga balasan Datuk Kamal kepada isteri ketiganya itu.

"Kitakan ada dinner malam ni dengan CEO Kencana Putra, you tak siap-siap lagi,"

"You tak nampak ke Yana sakit? Penting sangat ke dinner bodoh tu?"

"Dinner bodoh kata you?'

"Penat I arranged, boleh you cakap macam tu,"

Keadaan bertambah tegang.

Yana memegang lembut tangan papanya.

"Papa pergilah,"

Yana terus menyambar ubat di tangan papanya kemudian dia memejamkan mata.

"Yang ni pun bukan main lagi lama sakitnya, sudah-sudahlah tu,"

"Meluat pulak aku tengok,"

"Diam,"

"Jangan sampai I hilang sabar," tegas suara Datuk Kamal.

"Keluar sekarang,"

"Yelah-yelah, I ni kan orang luar.

"Papa pergi sekejap ya,"

"Papa janji papa balik cepat OK sayang,"

"OK papa,"

" I love you Yana,"

"I love you too pa,"

Selepas mereka pergi, rumah besar itu bertambah sunyi.

Yana mengagahkan diri untuk bangun.

Bangun menuju ke bilik Irfan.

Segala-galanya masih sama.

Dia baring di atas katil abangnya.

Terlelap dengan air mata.

Selepas pulang Datuk Kamal terburu-buru meniti anak tangga, dia perlu segera melihat Yana.

Pintu bilik Yana dikuak.

Yana tidak berada di dalam biliknya.

Datuk Kamal menyusun langkahnya ke bilik Irfan.

Benar telahannya, Yana sedang berbaring di atas katil Irfan.

Perlahan-lahan dia menarik selimut, tangannya terhenti apabila matanya terlihat sesuatu.

Yana tertidur sambil memeluk frame gambar Irfan.

Datuk Kamal mengambil peluang itu dengan merakam gambar dan menghantarnya melalui aplikasi whatsapp kepada Irfan.

Bukan niat hatinya mahu menambah susah hati Irfan, tapi dia memerlukan Irfan untuk memujuk Yana.

"Penat papa pujuk pergi klinik, dia tetap berkeras tak nak," mesej dihantar.

Perbezaan waktu Rusia dan Malaysia adalah lewat lima jam.

Irfan yang sedang bersiap untuk ke kuliah melihat mesej masuk di telefonnya.

Gambar Yana sedang tidur memeluk gambarnya ditatap.

Pagi-pagi lagi Yana sudah membuat dia sedih.

Irfan bertambah sedih membaca mesej dari papanya.

Patutlah Yana tidak menghubunginya.

"Nanti Irfan call Yana papa, am late for my class," mesej dihantar.

Sewaktu berada dalam kelas, Irfan langsung tidak dapat fokus.

Professor di hadapannya dipandang dengan pandangan kosong.

Habis sahaja kelas, Irfan bergegas keluar dari kelas.

Dia mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Yaya.

Talian bersambung namun tidak dijawab.

"Yana tidur ke?"

Irfan melihat jam.

"Pukul 8 malam sini, dekat sana dah pukul 12 malam,"

Dia berdoa dalam hati dan mencuba sekali lagi.

Talian bersambung dan dijawab kali ini.

"Hello," lemah sekali suara itu.

"Yana,"

Yana yang sedang mamai terus segar.

"Abang, abang ke tu?" tanyanya separuh tidak percaya.

Dia tidak sempat melihat skrin.

"Yes dear, kenapa Yana tak nak pergi klinik?"

"Ni mesti papa, Yana OK, Yana cuma...."

"Rindu abang?" celah Irfan.

Yana menghela nafas panjang.

"Yana kan dah janji dengan abang, you will take care of yourself,"

"Abang tak boleh fokus study bila abang tahu Yana tak sihat,"

"Abang selalu tunggu Yana call, patutlah Yana diam je, tak sihat rupanya,"

"Yana tak nak abang risau sebab tu tak call,"

"Yana dah makan ubat?"

"Dah,"

"Sorry abang call tengah malam,"

"No, are you kidding me, abang boleh call Yana bila-bila masa je,"

"Kalau Yana tengah tidur pun Yana akan bangun," sungguh-sungguh Yana cuba membuang rasa bersalah Irfan.

"Janji dengan abang, esok bangun pergi klinik dengan papa,"

"Alright, I promise,"

"Yana rindu abang,"

Kalaulah Yana tahu bagaimana Irfan merindui dirinya.

"Abang pun,"

"Tidurlah, esok hantar bukti dah pergi klinik OK,"

"Ha bukti?"

"Yana bukan boleh percaya," kata Irfan.

"Yelah,"

Bagaikan mendapat semangat baru, bangun sahaja pagi esoknya, Yana mula bertenaga.

"Papa jom pergi klinik," terkejut Datuk Kamal mendengar suara Yana.

Hampir seminggu dia menunggu persetujuan Yana.

Dia meraba-raba kepala Yana, bahang panas sudah berkurangan tapi badannya masih lagi panas.

"Kenapa tetiba ni?"

"Takde pape," jawab Yana.

"Yana pergi bersiap OK, papa pun pergilah siap-siap,"

"Ini mesti sebab Irfan pujuk ni," Datuk Kamal bermonolog dalam hati.

Dia hanya mampu menggelengkan kepala.

Mereka ke klinik pakar milik rakan sekolah Datuk Kamal.

"Macam mana dia ni? Dah seminggu demam baru hari ni berjaya pujuk untuk datang klinik," rungut Datuk Kamal kepada rakannya.

"Demam ni, tapi rasanya ni demam rindu,"

"Yup, betul tu," jawab Datuk Kamal.

"Papa ni dah la, malu Yana," segan Yana menjadi topik perbualan.

"Uncle Rais come closer,"

"Kenapa?"

"Yana kena hantar bukti ni,"

Yana, uncle Rais dan papanya berselfie.

Kemudian gambar itu dihantar kepada Irfan.

"Hantar kat siapa tu?" tanya papanya kehairanan.

"Yana hantar dekat bakal doktor in our family,"

"Patutlah laju je ajak papa datang klinik, mesti Irfan yang suruh dia hantar bukti ni,"

"Ya betul, abang pun macam papa, fussy,"

Kemudian mereka bertiga ketawa geli hati.

Irfan menerima bukti dari Yana.

Lega hatinya.

Terasa seperti ada batu besar sudah diangkat dari bahunya.

***************************

"Kamu nak makan apa hari ni?"

"Dah kurus papa tengok,"

"Yeke kurus?"

"Iye, tengoklah muka ni cengkung,"

"Pucat lesi, macam a girl from Twilight Zone,"

"Hahahaha papa ni lawaklah,"

"Kejap,"

Yana mengeluarkan lip balm dan mengoles bibirnya.

"Sekarang dah tak nampak macam girlfriend Drakula kan papa?"

Datuk Kamal lega melihat perubahan diri Yana.

"Please jangan jatuh sakit macam tu lagi,"

"Risau papa tengok,"

"Sorry sebab buat papa risau,"

"Yana pun tak tahu kenapa Yana jadi macam tu,"

"Eleh. Laju betul Yana menipu papa,"

"Cakap jelah rindu dengan Irfan,"

"Pandai pun papa, sudah tahu bertanya pula,"

"Jom kita pergi makan ice-cream, kamu kan suka?"

"Papa you're the best,"

Yana dan papanya berjalan berpegangan tangan dan menikmati ice-cream mereka.

"Bulan depan kamu dah nak tinggalkan papa,"

"Mana ada tinggalkan,"

"Yana just pindah masuk kolej je," cuba memujuk papanya.

"Duduklah rumah please, kan dekat je rumah kita dengan universiti kamu," Datuk Kamal masih tidak berputus asa.

"Papa kan kita dah setuju,"

"Nanti every weekend Yana balik rumah teman papa,"

"Kalau Yana tak dapat balik, papa boleh datang jemput Yana kat kolej, then we can hang out together,"

"Sekarang je Yana cakap macam tu, lepas Yana dah masuk kolej, jumpa new friend pastu terus lupakan papa,"

"Hahahaha, mana ada, mengadalah papa ni,"

"Papa kan ada mak cik,"

"Dah lama dia tunggu peluang nak berdua-dua dengan papa,"

Datuk Kamal hanya diam mendengar pengakuan jujur Yana.

"Sayang, papa minta maaf, I know I hurt you so deep after I get married to her,"

"Takpelah papa, benda dah lepas,"

"Yana mintak maaf sebab Yana tak boleh anggap dia macam mama,"

"Mama Yana ada satu je dalam dunia ni,"

Yana mengelap air matanya.

Datuk Kamal terasa seperti dia telah membuat kesalahan paling besar dalam hidupnya dengan berkahwin lain selepas kematian isterinya yang
kedua.

Baik Irfan mahupun Yana tidak dapat menerimanya.

Selepas kematian ibu Irfan, Datuk Kamal berkahwin dengan mama Yana.

Setahun selepas itu mereka dikurniakan anak.

Irfan adalah anak angkat dengan isterinya yang pertama.

Namun perkara itu dirahsiakan dari Yana.

Datuk Kamal dan isteri pertamanya telah mencuba pelbagai rawatan namun hampa, oleh itu dia dan isterinya membuat keputusan untuk
mengambil Irfan.

Kedatangan Irfan betul-betul membahagiakan namun semua itu hanya sementara, isteri pertamanya pulang ke rahmatullah selepas diserang
kanser tahap keempat.

Datuk Kamal yang tidak dapat membesarkan Irfan seorang diri akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin dengan mama Yana.

Waktu itu usia Irfan baru lapan tahun.

Namun Datuk Kamal lega, Irfan dan Yana dapat bergaul dengan baik.

Bahkan mereka lebih rapat dari adik-beradik kandung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience