Bab 9

Other Completed 4495

BAB 9

Yana bangun dan mendapati Irfan sudah tiada di sebelahnya.

Dia sudah keluar berkerja.

"Abang," sebut Yana.

Walaupun sedih, Yana perlu ceria untuk papanya.

"Good morning papa,"

"Morning sunshine,"

"Papa, boleh tak Yana nak redecorate rumah kita," tiba-tiba sahaja membuat permintaan.

"Kenapa?"

"I hate this ambience, rumah ni nampak gloomy, the wallpaper and everything,"

"Boleh sayang, buatlah," Datuk Kamal tahu Yana benci dengan sentuhan ibu tirinya.

"I want to change everything," sambung Yana.

"Sure, do anything you want,"

"Betul ke ni papa?"

"Mestilah,"

"Nanti papa tinggalkan credit card OK,"

"Kenapa? Papa nak pergi mana?"

"Papa kena ke Shanghai, ada meeting dengan stakeholder,"

"Bila?"

"Flight papa esok pagi,"

Yana melepaskan keluhan kecil.

"Yana baru balik, papa dah nak pergi,"

"Sorry sayang, meeting ni dah lama plan,"

Datuk Kamal memegang tangan puteri kesayangannya.

"Irfan kan ada?"

"Nanti dia boleh teman Yana pilihkan perabut semua,"

Yana hanya senyum.

"Abang benci Yana sekarang. Dia dah tak sayang Yana," luah Yana.

"Taklah, dia merajuk tu. Dia pun macam papa, kami ingatkan Yana dah balik for good,"

********************************
Yana enggan tenggelam dalam perasan, dia mula membelek-belek majalah.

Misinya sebelum pulang semula ke Aussie adalah untuk memberikan nafas baru kepada rumahnya.

Hampir semua perabut dikeluarkan.

Dengan bantuan kontraktor, semua perabut yang dikeluaran dihantar ke rumah orang tua berdekatan.

3 hari Yana menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian.

3 hari itu juga Irfan tidak pulang ke rumah.

Renovation rumah hampir siap.

Setiap pelusuk rumah ditukar.

Dari ruang tamu hinggalah ke bilik tetamu.

Yana telah menambah satu ruang baru didalam rumah papanya, iaitu ruang solat berjemaah.

Semua bilik juga mendapat sentuhan Yana.

Bilik abangnya, bilik papa, bilik Yana, bilik bacaan, bilik membasuh, semuanya tidak terkecuali.

Dia berkerja keras dari pagi ke malam.

******************************
Datuk Kamal meminta Irfan menjemputnya di airport kerana pemandunya mengambil cuti sakit.

Irfan yang baru menghabiskan shiftnya bersetuju.

Kereta Irfan membelok masuk ke kawasan rumah.

"Ni rumah kita ke Irfan?" tanya Datuk Kamal tidak percaya.

"Haah, ikut alamat nilah rumah kita,"

"Lainnya," kata Datuk Kamal sambil ketawa.

"Yana betul-betul tukar semua ni,"

"Eh kenapa pulak kamu tak tahu? Kamu tak balik rumah ke? tanya Datuk Kamal.

"Irfan kena attend emergency papa,"

"Lah habis tu kamu tinggal Yana sorang-sorang kat rumah?"

"Terpaksa papa," Irfan bohong.

Sebenarnya dia yang memilih untuk tidur di hospital.

"Assalamualaikum" papa memberi salam.

"Waalaikumusalam," jawab Yana.

"Papa, Yana kat atas naiklah,"

"Wahhhhhh, rasa macam pindah masuk rumah baru,"

Datuk Kamal melihat setiap sudut rumahnya sudah bertukar.

Yana memilih warna natural dengan gaya kontemporari untuk segenap ruang.

Irfan juga terkejut. Dalam masa3 hari Yana membuat semua ini.

"Papa cepatlah naik," laung Yana.

Datuk Kamal meniti anak tangga dan menuju ke biliknya.

"Tadaaaaaa, papa suka tak bilik papa?"

"Nice, rasa cosy,"

"Yana tukar katil papa and all. Hopefully you like it,"

"I don't like it, I love it," balas Datuk Kamal.

"Papa mandi dulu ya, Yana keluar dulu,"

Satu kucupan dihadiahkan ke pipi papanya.

Yana melihat Irfan sedang menuju ke biliknya.

Ingin sahaja Yana berlari mendapatkan Irfan.

Irfan buka pintu bilik dan terpegun melihat biliknya.

Semuanya telah berubah.

Perabut-perabut telah ditukar ganti dan diuabh kedudukannya.

Biliknya kini lebih tersusun.

"Abang," panggil Yana.

Irfan rindu dengan suara itu.

Dia menoleh.

"Sorry Yana ubah barang-barang abang, but don't worry I didn't throw anything,"

Mata Irfan terpaku melihat tangan jari Yana yang berbalut.

"What happened to your finger?"

"Nothing, Yana tersepit masa angkat meja,"

"Angkat meja?"

"Haah, meja abang yang dulu tu,"

Irfan mengeluh.

Kalaulah dia ada sama dan membantu, tentu sahaja Yana tidak cedera.

"Abang OK tak dengan warna dia?"

"Are you kidding me?"

"This is better than before,"

"Thank you sayang,"

"Abang still marah Yana?" Yana memegang tangan Irfan.

"Taklah, abang tak marah Yana pun. Am mad at myself,"

Yana memeluk Irfan.

"Please stay like this for 5 minutes,"

"Yana," Irfan memanggil Yana lembut.

"Sorry abang selfish,"

"Takpe, Yana faham.

"Yana tinggalkan abang dua tahun, lepas tu Yana balik and bagitahu abang Yana still kena jauh dengan abang,"

"I just, I cannot live without you anymore,"

"Dua tahun ni abang suffer,"

Yana memeluk Irfan lebih kuat.

"Yana janji, Yana akan cepat-cepat habiskan study and fly back to you,"

"6 bulan tu lama, macam 6 tahun pada abang,"

"Kalau abang rindu Yana macam mana?"

"Kalau abang rindu Yana, abang boleh datang lawat Yana,"

***************************************
Semester break Yana hampir berakhir.

Sebelum pulang ke Aussie, Yana telah menunaikan janji pada Zarul dengan tolong menyakinkan aunty Khatijah.

Bala Zarul yang hampir kena kahwin paksa akhirnya berlalu.

Selepas selesai semuanya, Yana berhajat untuk melawat Irfan di hospital.

Dari jauh Yana melihat Irfan melangkah laju menuju ke kaunter jururawat.

Mungkin ada perkara penting yang perlu diuruskan.

Dia hanya melihat dan tidak memanggil abangnya.

Kemudian datang seorang doktor perempuan dan berbual mesra dengan Irfan.

Yana cemburu.

Baru sahaja dia mahu kengatur langkah untuk pulang, namanya dipanggil.

"Yana buat apa kat sini," tanya Irfan.

Yana hanya menunjukkan bekalan makanan kepada Irfan.

"Lepas tu kenapa Yana tak datang kat abang,"

"Yana nampak abang sibuk, so Yana plan nak tinggalkan dalam bilik abang je,"

"Nah ambillah, pergi makan dengan doktor perempuan tadi,"

"Doktor perempuan?" Irfan pelik melihat perlakuan Yana.

"Yelah yang tadi tu, dekat kaunter tu,"

"Owh, tadi dia bagi report pasal patient kat abang," Irfan menerangkan keadaan sebenar.

"Bye Yana nak balik,"

"Yana tunggu dulu, temankan abang makan please, dari pagi abang tak makan apa-apa,"

Yana tidak sampai hati meninggalkan abangnya makan seorang diri.

"Please," Irfan memujuk.

Pujukan Irfan nyata berjaya.

"Yana bawak apa untuk abang?" sambil tangan Irfan sibuk membuka semua belas.

"Wah sedapnya, terus bertambah lapar,"

Yana membawa makanan kegemaran Irfan, nasi ayam BBQ, jus oren dan popia goreng pedas.

"Yana suapkan abang boleh?"

"Lenguhlah tangan ni," Irfan cuba bermanja.

"Mengadalah abang ni,"

"Serius tengok ni, urat-urat abang semua dah timbul, ramai betul patient hari ni,"

Yana menyuap Irfan tanpa kekok.

"Jangan kata Yana jealous tengok abang dengan doktor perempuan tadi," Iran serkap jarang.

"Taklah, mana ada,"

Irfan tersenyum.

Betullah telahannya. Yana cemburu.

"Hey, abang kerja jelah, jangan cemburu OK sayang,"

"Lagipun dalam hati abang ni cuma ada sorang je perempuan yang abang sayang,"

"Siapa?" tanya Yana.

"Rahsia,"

Yana mencebik.

"Bencilah. Nah makan sendiri," Yana merajuk.

Irfan hanya ketawa. Dia bahagia.

"Abang, Yana dah kena balik Aussie Rabu ni, dua hari dari sekarang," Yana menerangkan.

"OK," terus Irfan rasa seperti mahu tercekik.

"Nanti kalau ada short course Yana ambil,"

"So maybe Yana akan balik dalam 3 month macam tu,"

"Nanti Yana takde, abang kena janji dengan Yana,"

"Janji apa?"

"Janji yang abang kena jaga diri abang, please makan on time, tidur at least 6 jam sehari,"

"Yana tak nak abang jatuh sakit," panjang lebar pesanan penaja.

"Kalau Yana takde siapa nak jaga abang?"

"Abang janganlah macam ni," Yana memegang wajah Irfan.

"Yana tak sampai hati tinggalkan abang,"

"It's not easy for me to leave you this time,"

"Janji dengan abang, lepas 3 bulan Yana kena balik,"

"Take care of yourself, jangan sampai kena gastrik or jatuh sakit lagi,"

Yana senang hati selepas Irfan tidak lagi berat melepaskan dia pergi.

Yana dan Irfan jalan beriringan.

Semua mata kini melihat keakraban mereka.

"Siapa sebelah doktor tu?" tanya MA yang bertugas dengan Irfan.

"Ni? Kenalkan denyut nadi saya, Yana namanya,"

"Amboi girlfriend doktor ke?"

"Cantik, sama tinggi sama padan,"

"Padan ke kitaorang? tanya Irfan.

MAnya menunjukkan isyarat bagus.

Yana malu.

"Abang ni," terus Yana menarik tangan Irfan.

"OKlah Yana nak balik. Nanti kita jumpa kat rumah ya,"

"Bye abang,"

"Macm tu je?"

"Habis tu nak macam mana? Abang nak ikut Yana balik? Tak boleh kan?"

Irfan menunjukkan isyarat pipi.

"Give me my kiss"

"Taknaklah segan,"

"OKlah siapalah abang ni kan?"

"Dah lah nak kena tinggal lagi dua hari,"

Dengar sahaja Irfan membuat ayat sedih begitu, Yana terus berlari memeluk Irfan.

Sebuah kucupan dihadiahkan.

Irfan memalingkan muka.

Bibir mereka bertemu.

Yana terkejut.

"Abang,"

Irfan hanya tersenyum.

Yana juga tersenyum.

"Yana orang ke berapa yang cium abang dekat bibir?"

"Kejap nak kira,"

"1, 2, 3, 4,"

"Hey ramainya," jerit Yana.

"No silly, you're my first one. You stole my first kiss,"

Yana senyum.

"Vice versa!"

Maksudnya Irfan juga adalah orang pertama yang mencium Yana.

"I love you abang,"

"I love you too Yana,"

Yana memeluk Irfan.

"Balik cepat OK, Yana nak spend time dengan abang,"

"Nanti Yana rindu,"

Sebenarnya Yana tidak perlu memberitahu Irfan, dia sendiri tidak sabar-sabar menanti untuk pulang ke rumah.

**************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience