Bab 13

Other Completed 4495

BAB 13

"Dah sampai dah anak kesayangan papa ni?"

"Papaaaaaa, Yana rindu papa,"

"Papa sihat?"

"Papa makan ubat on time tak?"

"Did you skip breakfast?"

"Uiii baru sampai terus papa kena soal siasat,"

Mereka bertiga ketawa.

"Papa makan ubat on time, bila Yana takde, my personal doctor ni ha selalu make sure papa makan ubat,"

Irfan senyum.

"Yeke?" Yana senyum melihat Irfan.

"Yana naik atas dulu, rehat-rehat nanti kita keluar makan. Boleh celebrate birthday Irfan sekali,"

"OK, tunggu kejap ya, Yana naik mandi je, Yana dah tak payah tidur sebab from Brisbane all the way to Malaysia Yana asyik tidur je,"

Secara automatik Yana akan menuju ke bilik Irfan untuk mandi walaupun mempunyai bilik sendiri.

Selesai membersihkan diri, Irfan berdiri di hadapan Yana.

"Abang terkejut Yana,"

"Pulak, abang yang patut terkejut Yana kat sini,"

"Alaaaaa, sorry, Yana dah terbiasa,"

Irfan senyum. Saja dia menyakat adiknya.

"So start hari ni bolehlah Yana rasmikan bilik Yana,"

"Kesian bilik Yana,"

"Sunyi takde tuan dia,"

"Abang tak suka Yana dalam bilik abang?"

Yana mula merajuk.

"Yelah-yelah Yana balik bilik Yana sekarang,"

Belum sempat Yana menyusun langkah, Irfan memeluknya dari belakang.

"Hey, abang usik je,"

"Tak mungkin abang tak suka Yana dalam bilik abang,"

"I miss you like crazy,"

"Abang rindu semua benda pasal Yana,"

Yana bahagia.

**********************************************
"Papa rindu nak makan bertiga macam ni,"

"Yana pun,"

"So Yana, what's your plan after this?"

"Yana nak rehat kejap lepas tu am gonna find a job,"

"Oh ya lupa pulak, sebut pasal berehat, papa dengan abang dah plan our family vacation,"

"Reallyyyyyy?"

Yana teruja.

"Kita nak pergi mana?"

"Bandung,"

"Bestnya boleh Yana pergi spa,"

Irfan dan Datuk Kamal sama-sama ketawa.

Senang betul membuatkan Yana gembira.

Sebelum pulang papa menghadiahkan sesuatu pada Irfan.

"I hope you like it,"

Papa menghadiahkan sebuah rumah pada Irfan.

"Papaaaa," Irfan terkejut.

"Tapi hadiah ni mahal sangat ni papa,"

"Apa salahnya? Untuk anak kesayangan papa jugak,"

Irfan memeluk Datuk Kamal.

Yana bahagia melihat mereka berdua.

**********************************
Sampai sahaja di rumah, Irfan cepat-cepat membuka hadiah dari Yana.

Yana menghadiahkan sebuah diari kepunyaan Yana kepada Irfan.

Didalam diari itu terkandung semua coretan tentang perasaan Yana selama mereka berjauhan.

Irfan mula membaca helaian demi helaian.

Air matanya mula bergenang sewaktu membaca bait ayat...

"I love him more than a brother, I love him as a man,"

Pintu bilik Irfan diketuk.

Yana masuk dan mendapati Irfan sedang membaca diarinya.

"Why are you crying?"

"Owh abang tengah baca diari Yana?"

"Yana, abang ada benda nak bagitahu Yana,"

"We need to talk,"

"Apa?" Yana ceria seperti biasa.

"Abang tahu Yana sayangkan abang, but I think our relationship as a brother and sister is a fate,"

"Maksud abang?"

Tiba-tiba dunia Yana gelap.

"Abang tak sampai hati nak bagitahu papa that we love each other,"

Yana menangis.

"Jadi abang sanggup kehilangan Yana pada lelaki lain?"

"Yana please,"

"No, I cannot brain this,"

Yana keluar dari bilik Irfan dengan perasaan marah.

Malam itu Yana tidur dengan air mata.

"Yana are you OK?" tanya Datuk Kamal yang melihat Yana pucat.

"Am OK papa, eat your breakfast before you going to the office,"

"I want to go lie down,"

Yana bertembung dengan Irfan di tangga.

Dia hanya melangkah lemah tanpa memandang Irfan.

"Irfan nanti sebelum pergi kerja tolong tengokkan Yana, papa dah nak pergi pejabat ni," arah Datuk Kamal.

"Baik papa,"

Irfan tahu Yana sedang terluka.

Sebelum berangkat ke pejabat, Irfan melawat Yana di bilik.

Pintu bilik Yana diketuk.

"Boleh abang masuk?"

Yana tidak menyahut.

Irfan cuba memeriksa suhu badan Yana, tangannya ditepis.

"Yana OK, Yana cuma pening kepala,"

"Kalau macam tu abang amekkan ubat,"

Irfan berlalu dan datang semula dengan ubat di tangan.

Yana tidak melawan dan hanya memakannya lalu tidur semula.

Semenjak kejadian itu, Irfan banyak menghabiskan masa di hospital dan tidka pulang ke rumah.

Termasuk hari ini, sudah lima hari Irfan tidak pulang.

Yana sudah tidak keruan.

Dia perlu melihat Irfan.

Jadi dia memutuskan untuk ke hospital.

Dia membawa baju bersih untuk Irfan.

"Nurse, tumpang tanya, nampak Doktor Irfan?" tanya Yana pada seorang staff nurse.

"Doktor Irfan tengah berehat, semalam kami ada back to back emergency,"

Yana menuju ke tingkat atas, dia tahu di situ ada Irfan.

Pintu bilik Irfan dibuka.

Irfan sedang lena.

Yana memerhatikan wajah yang dirinduinya.

Dia meletakkan pakaian bersih Irfan di atas meja dan meninggalkan makanan di situ.

Irfan tersedar.

"Yana," panggilnya.

"Sorry Yana buat abang terjaga,"

"Yana bawakkan baju abang,"

"Mana baju kotor abang? Boleh Yana bawak balik basuh,"

"Takpe nanti abang bawak balik,"

"Nanti abang makan ya, get some rest, Yana balik dulu,"

Cepat-cepat Yana meninggalkan bilik Irfan.

"Yanaaaa," Irfan sedang mengejar Yana.

Yana mengesat air matanya.

"Pandang abang,"

Yana menggelengkan kepala.

"Am to weak to look at you,"

"Abang tak payahlah tidur dekat hospital, abang boleh balik rumah,"

"Yana janji Yana tak kacau abang rehat,"

"Tidur dekat sini tak selesa,"

"Nanti abang jatuh sakit,"

"Yana tahu abang tak balik sebabg abang mengelak dari Yana kan?"

"You don't have to,"

Yana meluahkan apa yang terbuku di hatinya lalu berlalu pergi.

Irfan menghantarnya dengan pandangan sayu.

*****************************************
Seminggu sudah berlalu.

Esok pagi mereka bertiga patut bercuti ke Bandung.

"Yana dah siap packing barang?" tanya Datuk Kamal.

"Mestilah, beg papa dengan abang pun Yana dah siapkan tahu,"

Yana ceria.

Dia perlu menyembunyikan kesedihan di hadapan papanya.

"Bestnya tak sabar Yana nak habiskan duit papa,"

"Hahahahaha, boleh-boleh, takde hal," papa ketawa.

Sedang dua beranak itu bergelak ketawa Irfan muncul.

"Ha dah balik pun kamu Irfan, lama papa tak nampak,"

"Ada emergency papa,"

"Takpelah naik lah rehat-rehat,"

"Esok jadi tak ikut papa and Yana pegi vacation,"

Irfan memandang Yana.

"Jadi," jawabnya ringkas.

Yana menghela nafas lega lalu tersenyum.

"Abang nak makan? Yana siapkan,"

Irfan tidak dapat membaca hati Yana.

Sepatutnya Yana membencinya.

"Kejap lagi, biar abang mandi dulu,"

"OK, nanti turun makan ya,"

Walaupun sedih, Yana perlu memastikan makan pakai Irfan terjaga.

*********************************
Percutian mereka bermula.

"Yana nak duduk tepi?" tanya Datuk Kamal.

"Yana duduk tengah-tengahlah," cadang Irfan.

"OK, Yana duduk tengah," Yana setuju lalu mengambil tempat di dalam pesawat.

"Papa senyum," Yana mengambil selfie dia dan papa.

Sekejap sahaja mereka sudah tiba di Lapangan Terbang Bandung.

Dari situ mereka menuju ke sebuah resort yang terkemuka di kota Bandung.

"Maaf ya bapak, biliknya tinggal dua sahaja,"

"Hah, tapi kami tempah tiga,"

"Ya iya, emangnya tiga tapi kami punya masalah dengan shower di bilik terakhir. Jadinya kami upgrade satu bilik itu, bisa didiami dua orang,
punya pemandangan indah lagi,"

"Ha kalau macam tu, Yana and Irfan satu bilik, papa satu bilik,"

"OK?" laju sahaja Datuk Kamal membuat keputusan.

"Abang OK ke?" tanya Yana.

"Abang tak kisah,"

Yana telan air liur.

Bagaimana dia dan Irfan mahu berhadapan dengan satu sama lain.

Mereka semua menuju ke bilik.

Bilik Datuk Kamal di sayap selatan, manakala bilik Yana dan Irfan di sayap utara.

Yana berjalan laju dan melihat-lihat sekitar bilik.

"Katil ada satu je," Yana terkejut.

"Kenapa kalau ada satu je?" tanya Irfan.

"OK lah Yana tidur atas ni," dia merujuk kepada sofa menghadap balkoni,"

"Katil ni besar kan, kenapa nak tidur atas sofa?"

"We need our own space kan abang?"

Benar telahan Irfan, Yana masih marah.

"Papa, nanti nak makan ajak Yana OK," Yana menghubungi papanya melalui telefon.

Irfan membersihkan diri.

Sewaktu dia keluar Yana tidak lagi berada di dalam bilik.

Entah ke mana dia menghilang.

Irfan menghubungi papanya.

"Yana ada dengan papa?"

"Taklah, eh bukan Yana ada dengan kamu?"

Irfan meletakkan gagang telefon, hatinya mula bimbang.

"Yana,"

Irfan segera memakai baju dan keluar mencari Yana.

Dia ke lobi, mencari-cari Yana.

Dari jauh dia dapat menangkap suara Yana.

Yana bersama sekumpulan kanak-kanak.

"Apa Yana buat kat sini,"

"Owh, Yana turun beli air mineral untuk papa,"

"Next time please bagitahu abang dulu,"

"Kenapa?"

"Abang risau,"

Yana hanya ketawa.

"Risau? Are you kidding me?"

"No am not,"

"Mulai sekarang abang dah tak payah risaukan Yana, InsyaAllah Yana pandai jaga diri sendiri,"

Tajam sekali perkataan Yana.

Irfan terasa hati.

Tidak lama kemudian papa turun, mereka bertiga mahu ke Rumah Daun untuk makan malam.

"Ha semua dah ada, jom kita pergi makan,"

"Mana supir ni?" tanya Datuk Kamal.

Ramai pelancong menuju ke destinasi yang sama rupa-rupanya.

"Selamat malam semua, saya Pak Herman, supir untuk malam ini,"

"Patutnya ada dua supir tapi tinggal saya saja kerana supir yang lagi satu ngak dapat datang,"

"Ngak apa-apa kan kalau kita berkongsi kenderaan,"

"Satunya untuk tiga sekeluarga Datuk Kamal dan satu lagi untuk tiga sekeluarga dari Brunei,"

Pak Herman menyusun tempat duduk dan tentulah sahaja Irfan dan Yana perlu berkongsi tempat kerana mereka yang paling muda.

"Adik abang berkongsi ya," kata Pak Herman.

"OK, no problem," jawab Irfan.

Van itu agak sempit dan Yana perlu duduk di atas riba Irfan.

"Come, sit on my lap,"

Yana memandang Irfan dengan pandangan tajam.

Yana masih tidak berganjak dan hanya berdiri terpaku.

"If you don't want to, it's OK, I don't need to go," Irfan mula merajuk.

Yana terus memanjat van dan duduk di atas riba Irfan.

"Mengada-ngada nak merajuk,"

"Dia yang tak nak duduk atas riba abang,"

"Padahal dulu kecik-kecik, abang tak bagi duduk atas riba abang pun sibuk je nak duduk,"

Yana marah, dia cuba bangun.

"Sorry sayang sorry, abang just teringat je,"

"Rapat ya adik and abang," tegur mak cik dari Brunei.

"Rapat sangat," jawab Yana.

Irfan memeluk Yana erat apabila Pak Herman brek mengejut kerana mengelak binatang melintas.

"Yana OK?" tanya Irfan bimbang.

"Aduh Pak Herman, lain kali nak brek tu bagilah salam dulu,"

"Maaf ya Yana, ini sapi melintas tak tengok kiri kanan,"

Semua yang ada di dalam van ketawa terkekeh-kekeh.

Kepala Yana terhantuk seat hadapan.

Yana memegang kepalanya.

"Sakit tak bak sini abang tengok,"

"Takde apalah, sikit je," Yana menepis tangan Irfan.

Yana mahu turun.

Irfan tetap berkeras mahu melihat kepala Yana.

"Takde apa kan?"

"Kalau abang nak tahu, hati Yana yang sakit bukan kepala Yana,"

Irfan melepaskan Yana.

"Yana nak order apa?" tanya papa.

"Yana lapar la papa,"

"Rasa macam nak makan semua,"

"Orderlah,"

Selesai makan malam mereka pulang ke resort.

Macam-macam aktiviti esok menanti.

"Yana tidur sini OK, tak yah tidur atas sofa,"

"Kalau Yana tak selesa biar abang je yang tidur atas sofa,"

Yana mengeluh.

Irfan bangun dan terus berbaring di atas sofa.

Yana cuba memejamkan mata tapi tak berjaya.

Dia melihat Irfan yang tidur di atas sofa.

Disebabkan Irfan tinggi, kakinya tidak muat dan melepasi sofa.

Yana bangun dan mendapatkan Irfan.

"Abang, jom tido atas katil," ajak Yana.

"Takpelah, Yana tido lah, abang OK,"

"Yana tak boleh tido,"

Irfan membuka matanya.

"Kenapa?"

"Yana nak tidur dengan abang,"

Irfan bingkas bangun dan baring di atas katil.

Dia mendepangkan tangan, menanti Yana.

Yana hanya baring di sisi Irfan.

Dia memeluk Irfan kuat.

Akhirnya kedua-dua mereka terlena.

*******************************************
"Good morning semua," sapa papa.

"Hari ni papa nak main golf, so Yana and Irfan you can do whatever you like,"

"Alaaa papa, sampai ke sini pun still nak main golf,"

"Takpelah sayang, Yana kan ada Irfan,"

"Yana nak main apa-apa nanti Irfan teman,"

"Kan Irfan kan?" papa kenyit mata pada Irfan.

"Yana tak nak main dengan dia,"

"OK bye papa, see ya,"

Yana berjalan meninggalkan Irfan dan papa.

Dia mahu mencuba Flying Fox Zipline.

Irfan hanya mengekorinya dari belakang.

"Yana betul ke nak buat ni?" tanya Irfan tidak percaya.

"Yelah,"

"Tapi Yana kan takut tinggi,"

"Yana rasa Yana boleh buat apa je sekarang ni and tak perlu fikir pasal takut,"

Yana dan Irfan beratur menunggu giliran.

Tiba di puncak kelihatan beberapa orang wanita juga sedang beratur.

"Am so gonna be dead," kata salah seorang dari mereka.

Yana juga takut sebenarnya.

Entah apa yang merasuk dirinya, dia memberanikan diri untuk mencuba.

Tangan Yana berpeluh sejuk.

"Yana OK?" Irfan memegang tangan adiknya.

Selesai memakai safety gear, salah seorang wanita tadi memeluk Irfan kerana takut.

"Am scared, am scared, I can't do this," katanya kepada Irfan.

Irfan menenangkan wanita tersebut.

Yana benci melihat adegan di hadapannya lalu dia menawarkan diri untuk terjun dulu.

"Kamu sedia?" tanya penjaga di situ.

"Ya,"

Sepantas kilat Yana ditolak ke bawah.

Yana hanya menjerit.

Dia takut.

Dia benar-benar takut.

Kerana takut Yana hanya memejamkan mata, namun dia terlupa seketika masalahnya.

Irfan cemas.

Dia juga perlu segera terjun untuk mendapatkan Yana.

Irfan selamat melakukan terjunan bersama wanita yang takut tadi.

"Eh mana Yana?"

"Kamu nampak adik saya?"

"Yang terjun sebelum saya?"

"Owh itu, sudah berjalan ke sana,"

"Kakinya terseliuh tadi saat mendarat,"

"Mungkin kerana takut,"

Kaki Yana cedera.

Irfan segera menanggalkan safety gear dan berlari mencari Yana.

Dari jauh Irfan dapat melihat Yana.

"Yana kenapa tak tunggu abang?"

"Malas Yana nak kacau daun,"

"So Yana jalan lah dulu,"

"Mana kaki sakit?"

"Ni ha,"

Yana menunjukkan kakinya kepada Irfan.

"Duduk," arah Irfan.

"Dah nak sampai resort dah, nanti Yana pergi cari ubat,"

"Kaki bengkak nanti, Yana tak boleh jalan,"

Disebabkan Yana tak makan saman, Irfan selamba mendukung Yana hingga ke resort.

Semua mata memerhatikan mereka.

"Dah lah letak Yana kat bawah, Yana nak pergi spa,"

"Jangan bagi diaorang urut kat tempat sakit tu,"

"Abang tunggu kat sini,"

"Tak yahlah, abang balik jelah bilik, nanti Yana naik,"

"Takpe abang tunggu,"

"Lama kot Yana kat dalam,"

Yana seboleh-bolehnya mahu menyingkirkan Irfan.

"No, am gonna wait here,"

"Baik, kalau macam tu jom masuk sekali,"

"Abang tak nak kena urut,"

"Tak payahlah berurut, masuk jelah teman Yana,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience