Bab 2

Other Completed 4495

BAB 2

Yana terlena selepas puas menangis.

Irfan hanya membiarkan adiknya tidur di dalam biliknya.

Boleh dikatakan Yana kerap bermalam di dalam bilik abangnya ketika ketiadaan papanya.

Irfan sibuk menyiapkan kerjanya.

Sesekali dia berhenti meluruskan pinggang yang mula sakit itu.

Irfan bangun dan menuju ke katilnya.

Diperhatikan wajah Yana yang sedang lena dibuai mimpi itu.

"Menangis teresak-esak pun tetap cantik," ucap Irfan sambil menyapu air mata yang masih bersisa di pipi Yana.

Yana beralih posisi.

Irfan cepat-cepat bangun dan menghadiahkan sebuah ciuman di kepala adiknya.

Entah sampai bila keadaan ini akan berlarutan.

Tidak lama lagi dia perlu terbang ke Rusia untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan.

Hatinya risau.

Siapa yang akan melindungi Yana semasa ketiadaannya nanti.

Walaupun Yana bukan adik kandungnya, dia terlalu menyayangi insan di hadapannya ini.

Sejak kecil Yana sentiasa menjadi penyeri hidupnya.

Tidak pernah sekali mereka bergaduh.

Dari bermain sehingga belajar, Irfan dan Yana sentiasa bersama.

Kini mereka sama-sama menginjak dewasa dan perlu sama-sama menempuh cabaran kehidupan.

"Adik, bangun...." perlahan sekali Irfan mengejutkan Yana.

Yana terbangun dan melihat abangnya.

Sebuah senyuman di hadiahkan kepada jejaka yang berada di hadapannya.

"Yana lapar tak?" tanya Irfan.

Belum sempat Yana menjawab, perutnya terlebih dahulu mengkhianatinya.

"Hurm, perut sampai berbunyi-bunyi tu,"

"Jom kita pergi makan," ajak Irfan.

"Dah pukul berapa ni abang?" tanya Yana.

"Dah nak masuk Isyak ni,"

"Ha? Kenapa abang tak kejutkan Yana? Yana tak sembahyang Maghrib lagi ni," melompat Yana turun dari katil.

Irfan hanya mengelengkan kepalanya.

Bukan tidak mahu mengejutkan Yana.

Dia tidak mahu adiknya sambung menangis jika dibangunkan.

"Kita sembahyang Isyak dululah lepas tu kita keluar makan ya abang," kata Yana dari atas sejadah.

"OK," jawab Irfan.

"Abang,"

"Ya,"

"Cepatlah,"

"Cepat nak pergi mana? Kata lepas Isyak," Irfan menoleh dan melihat muka adiknya yang kini sedang merenungnya tajam.

"Owh OK, hehehehe," dia terus dapat menangkap maksud Yana selepas melihat sejadah telah terhampar.

Rupa-rupanya Yana sedang mengesa abangnya supaya berwudhuk dan menjadi imam.

Setiap kali berkesempatan Yana pasti akan memastikan Irfan menjadi imamnya.

Dia sentiasa ingat pesanan mamanya supaya sembahyang berjemaah bila berpeluang.

Lebih mengembirakan apabila papa juga berada di rumah.

Entah di mana papanya sekarang.

Yana rindu.

Syahdu sekali bacaan doa Irfan malam ini.

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau lindungilah keluarga ini, lindungilah para kesayanganku dunia dan akhirat,"

Yana tahu doa itu ditujukan kepadanya.

Selesai solat, Yana mencium tangan abangnya dan akan dibalas dengan kucupan di kening.

Indah sekali perasaan itu.

Penuh ketenangan.

Lupa segala kesakitan dan kepedihan hatinya setiap kali menghadap Ilahi.

********************************

"OK jom Yana nak makan apa?"

"Kita makan kat gerai depan tu nak?"

"Yana teringin nak makan char kuew tiaw,"

Walaupun berada dalam keluarga yang berada mereka tidak pernah sesekali lupa diri.

Makan di tepi jalan sebenarnya lebih sedap dari makan di restoran mewah.

"Bro, char kuew tiaw dua. Satu nak taugeh, satu tak nak taugeh ya," pesan Irfan.

Setiap kalinya tidak pernah dia lupa Yana memang benci taugeh.

"Hehehe, thanks abang sebab tak pernah lupa," senyum Yana.

"Mestilah, kalau tak nanti letih pulak abang tengok episod akhir mengasingkan taugeh,"

"Bluwekkk,"

Sementara menantikan makanan mereka tiba,Irfan mengambil peluang ini untuk meluahkan apa yang patut.

"Yana,"

"Hurm,"

"Yana tahu kan abang akan fly hujung bulan ni,"

Yana hanya tunduk.

"Dalam masa 22 hari lagi, Yana tahu,"

Irfan tidak menyangka Yana sedang menghitung detik keberangkatannya.

"Janganlah cakap sekarang please, nanti bertambah banjir char kuew tiaw tu," pinta Yana.

"OK, sorry," cepat-cepat Irfan mematikan topik itu.

Selesai makan, kedua mereka memutuskan untuk berjalan-jalan menghirup udara segar.

"Yana, nanti bila abang pergi Yana kena janji something dengan abang,"

"Janji apa?"

Irfan memegang bahu Yana.

"Janji jangan menangis lagi,"

"Yana kena kuat,"

"Abang benci tengok Yana menangis,"

"Kalau dia buat Yana, Yana lawan balik OK,"

"Dia tu jahat, macam mana Yana nak lawan dia,"

Irfan faham benar adiknya.

Dalam banyak-banyak kebolehan yang ada, melawan mungkin adalah kemahiran terakhir Yana.

"Naik,"

"Naik apa? Abang nak dukung ke?"

"Isk tak payahlah, patah pinggang tu kang," Yana menolak.

"Naik abang cakap,"

"OK," cepat sahaja Yana memaut leher abangnya.

"Ni kira last ke abang piggyback Yana?"

"Lepas ni mesti entah perempuan mat saleh mana abang kendong kan?"

Memikirkan itu sahaja sudah memadai untuk membuat Yana bengang dan marah.

"Mana ada, pepandai je,"

"Yana perempuan first yang abang dukung tau,"

"Tahu, tapi Yana nak jadi yang pertama and terakhir untuk abang dukung," ada nada sedih disitu.

"Nanti abang kat tempat orang jaga diri tau, makan on time walaupun abang busy,"

"Sembahyang jangan tinggal, kena selalu doakan Yana and papa,"

"Jangan bercampur dengan orang entah apa-apa, dunia sekarang penuh dengan orang jahat,"

"Jangan nak poyo-poyo jatuh cinta time study,"

"Amboi panjang betul bebelnya melalut sampai bercinta bagai,"

"Yana abang ni perlukan tiga sampai lima tahun untuk grad tahu,"

"Abang pergi nak belajar bukan nak kahwin, jangan risau,"

Yana mengemaskan pelukannya.

"Kenapa lah jauh sangat abang pergi?"

Irfan tahu adiknya sedang menangis sekarang.

Basah bahunya.

"Yana tak nak abang pergi?"

"Eh taklah, Yana mana boleh pentingkan diri,"

"Dari dulu lagi Yana tahu abang memang genius, so abang mesti jadi doktor,"

"Jadi doktor abang boleh tolong ramai orang,"

"Nanti kalau Yana ke papa ke sakit bolehlah abang tolong,"

"Abang tak nak," ejek Irfan.

Satu ciuman singgah di pipi Irfan.

"Abang janji OK jangan lupakan Yana,"

Yana terus menangis tanpa segan silu.

Irfan hanya membiarkan tangisan itu.

Mana mungkin Irfan boleh melupakan Yana, Yana umpama denyut nadinya.

"Yana pun jangan lupa jaga diri, kalau ada apa-apa jangan lupa share dengan abang,"

"Walaupun Rusia dengan Malaysia tu bukan sebelah-menyebelah, abang tetap ada untuk Yana,"

"Janji OK sayang,"

Irfan menurunkan Yana.

Yana hanya tunduk memandang jalan.

Tidak lama kemudian Yana berjanji dengan pinky promise.

"Macam tulah adik abang,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience