Bab 1

Other Completed 4495

HIDUP SARAT PILIHAN
ADAM AFIQ

BAB 1

"Kau kena tolong aku, aku tak nak kahwin dengan dia,"

"Aku akan mati Yana,"

"Apa kau cakap ni? Takde lagi orang mati sebab kahwin,"

"Aku tak cintakan dia,"

"Habis kenapa kau setuju bila mak kau pergi meminang dia?"

"Semua ni jadi tanpa pengetahuan aku,"

"Kenapa kau bagitahu aku semua ni?"

"Tolong aku Yana,"

"Tolong kahwin dengan aku," cadangan gila Zarul membuatkan mata Yana buntang.

"Gila. Sorry aku tak boleh turut serta dalam plan bodoh ko ni," marah Yana.

"Ko sanggup tengok hidup aku musnah?"

"Mestilah tak ngok,"

"Tolonglah Yana, aku sanggup mati dari tipu diri aku sendiri,"

"Mati...mati...nah amek pisau ni tikam diri kau sendiri, tolonglah Zarul jangan bercakap macam orang takde agama,"

"Aku dah takde jalan lain,"

"Siapa kata takde? Apa yang kau perlu buat hanyalah balik Malaysia and putuskan pertunangan yang kau sendiri tak tahu and tak mahu,"

"Tapi aku...."

"Kalau kau takut, and bersedia untuk hidup dalam kepura-puraan silakan, it's not my problem,"

"Kenapa dengan mak kau?"

"Tak sabar-sabar sangat nak kahwinkan ko?"

"Setahu aku mak-mak ni spesis nak simpan anak lelaki dia selama yang mungkin. Terbalik pulak mak kau,"

"Sorry lah bukan niat aku nak mengutuk mak ko, tapi aku sesungguhnya pelik binti hairan,"

"Yana kalau kau nak tahu, perempuan tu pun tak setuju dengan semua ni,"

"Ha kalau macam tu lagi senang cerita,"

"Bincang baik-baik, putus cara elok,"

"Hoih aku macam tak percaya aku tengah bagi jalan macam mana nak runtuhkan masjid yang bakal dibina,"

"Belum bina lagi, kontraktor lari,"

"Lawak la?"

"Aku nak kahwin tapi aku tak bayangkan macam ni sekali episod penamat zaman bujang aku,"

"Teman aku balik Malaysia please Yana,"

"Aku yakin mak aku boleh dengar cakap kau,"

"Motif dia nak dengar cakap aku yang orang luar ni?"

**********************************
"Kahwin dengan aku,"

"Kahwin dengan aku,"

"Kahwin dengan aku,"

Pening Yana bila terfikirkan cadangan gila Zarul tu.

Yana mengenali Zarul sewaktu dia sedang lemas dalam kesedihan sendiri.

Tapi dia hanya menganggap Zarul sebagai seorang sahabat.

Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

Untuk bertukar status dengan lelaki itu adalah sesuatu yang mustahil.

Dari dahulu lagi hatinya hanya pada seorang lelaki.

Lelaki yang tidak mungkin boleh dimiliki.

Yana membelek album yang dibawa bersamanya sebagai penguat semangat.

Sudah dua tahun dia tidak menjejak bumi Malaysia.

Terasa begitu cepat masa berlalu.

Hampir dua tahun dia bersendirian di bumi Aussie ini, kini tibalah masanya dia pulang menghadap realiti.

Di tatapnya wajah papa dan abang yang sangat dirindui.

Entah apa khabar dua buah hatinya.

Serta merta Yana terkenang kekalutan yang menjadi punca dia membawa diri.

Air mata Yana terus tumpah, laju tanpa henti.

****************************************************

Segala-galanya bermula apabila papanya membuat keputusan untuk bernikah lagi setelah arwah mamanya pulang ke pangkuan penciptaNya.

Itu pun hanya setelah tiga bulan ratu hatinya pergi.

Yana benar-benar terluka.

Bermula dari saat itu, kehidupan Yana dan abangnya dari perkahwinan pertama papanya bagaikan berada dalam neraka.

Namun tidak pernah mereka membongkar rahsia.

Semuanya dipendam dan disimpan di dalam hati.

Namun segalanya tiba di kemuncaknya apabila Yana dapat menangkap isteri baru papanya mempunyai agenda yang tersembunyi.

"Apa yang mak cik buat ni?" Yana pelik setelah melihat wanita itu seperti membacakan sesuatu dan meniup cawan minuman papanya.

"Ko budak-budak apa tahu?" jawab ibu tiri Yana.

Sebut sahaja apa yang tak Yana buat sewaktu membesar dengan ibu tirinya.

Dari membasuh, mengemas rumah, memasak sehinggalah menguruskan pakaian seluruh isi rumah.

Dia juga selalu dikasari ibu tirinya dan setiap kali itulah muncul abangnya sebagai penyelamat.

"Apa kau buat ni?" Irfan menahan tangan ibu tirinya yang cuba menyakiti Yana.

"Hah datang dah hero ko ni ye? Baik ko lepas hari ni. Tunggu lah nasib ko nanti" Yana dilepaskan.

"Yana ok?" tanya Irfan sambil mengangkat Yana dari lantai.

Yana terlalu lemah untuk berdiri.

Dia hanya diam membatu, yang mampu dibuat hanyalah menangis.

Irfan tidak sanggup melihat adiknya yang dahulu ceria kini berubah menjadi pasif.

Belas sekali dia melihat tubuh Yana lebam di sana sini.

Yana dibaringkan di atas katilnya.

Irfan cepat-cepat membawa peti pertolongan cemas, luka di muka Yana perlu dibersihkan sebelum meninggalkan parut.

"Abang sapu ubat ya, tahan sikit," kata Irfan memujuk.

Yana menolak tangan Irfan.

"Buat apa sapu ubat? Sakit dalam hati Yana ni dah tak boleh pulih,"

"Jangan macam ni," mata Irfan bergenang, sedih dia melihat wajah kesayangannya luka.

"Yana benci diaaaaaaaaaaaaaaaa, Yana benci duduk dalam rumah ni,"

Yana memegang tangan Irfan dan terus menyembamkan mukanya dalam pelukan Irfan.

Satu-satunya tempat paling selamat baginya adalah dalam pelukan Irfan.

Papa yang diharapkan tiada untuk melindunginya kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience