Bab 15

Other Completed 4495

BAB 15

Sudah lebih 3 bulan Yana tidak menjejakkan kaki di rumah.

Hidupnya hanya berkisar tentang rumah sewa dan tempat kerja.

Datuk Kamal terlalu merindui Yana.

"Irfan tolong bawa papa jumpa Yana,"

"Tapi Irfan tak tahu mana Yana tinggal,"

"Papa tahu, ikut alamat ni,"

Datuk Kamal menghulurkan sekeping nota kepada Irfan.

Jantung Irfan berdebar.

Dia bakal berjumpa Yana.

*******************
Salam diberi.

Pintu dibuka.

Kebetulan Yana yang menyambut kedatangan mereka.

"Papa, kenapa papa datang sini, rumah ni ada perempuan bertudung," senafas sahaja Yana berkata-kata.

"Kejap, Yana suruh dorang masuk bilik,"

Setelah memastikan housematenya masuk ke bilik Yana membuka pintu dan menjemput papa dan Irfan masuk.

Yana menghulurkan tangan bersalam dengan papanya.

Irfan menyua tangan kepada Yana.

Yana menyambutnya dan menyalami Irfan.

"Papa nak minum?"

"Kejap Yana buatkan air,"

"Papa tak nak apa-apa, kenapa Yana tak balik rumah sayang?"

"Yana tak boleh,"

"Yana....," suara dia sudah mula bergetar.

"Papa rindu Yana, rumah kita rasa kosong takde Yana,"

"Abang kan ada," Yana tersenyum.

"Pucatnya muka Yana,"

"Yana sakit?"

Belum sempat Yana menjawab, housematenya terlebih dahulu membuka rahsia.

"Sebenarnya dah dua minggu dia demam, puas kitaorang pujuk pergi klinik, degil betul anak dara uncle,"

Datuk Kamal terkejut.

Irfan apatah lagi.

"Mari sini abang tengok,"

Irfan cuba merasa dahi Yana.

Panas.

"Mana bilik Yana?" tanya Irfan.

"Situ,"

"Jom masuk bilik, you need to lie down,"

"Am OK abang,"

"Yana dengar cakap abang tu," Datuk Kamal bersuara.

Dia tergamam melihat perubahan pada diri Yana.

Anak kesayangannya kehilangan berat badan dan kelihatan tidak bermaya.

Tentu sahaja Yana terseksa.

Dan dia adalah penyebabnya.

Yana sudah berbaring di dalam biliknya.

Irfan mahu melakukan pemeriksaan ke atasnya.

"Kalau sakit bagitahu," Irfan mula serius melakukan tugasnya.

Dia melakukan pemeriksaan rutin namun apabila Irfan menekan perut Yana, dia mengaduh kesakitan.

"Sakit,"

"Dah berapa lama Yana tahan?" Irfan dapat mengagak Yana sudah lama menahan gastriknya.

"Entah," jawab Yana.

"We need to get you to the hospital,"

"Please just go home,"

"I know you hate me but sorry am not going to let you go this time,"

"Kenapa abang peduli?"

Yana tidak dapat lagi menahan dirinya.

Dia berpeluh sejuk.

Yana cuba bangun namun dia akhirnya tumbang.

Seluruh isi rumah panik, Datuk Kamal berlari mendapatkan Yana.

"Papa kita kena bawa Yana pergi hospital,"

"Here's the key, take her with you,"

"Nanti papa ikut,"

Tubuh Yana yang semakin kurus, muka yang pucat bermain-main di fikiran Irfan sewaktu dia memandu.

"Yana hang in there,"

Sebelah tangan Irfan mengenggam tangan Yana.

Irfan membawa Yana ke hospital tempat dia bertugas.

"Sediakan OT,"

"Female with acute gastric," arah Irfan kepada petugas.

Dia perlu menyediakan Yana untuk pembedahan.

Baju Yana ditukarnya sendiri.

Yana dipakaikan gaun pembedahan.

Yana terlalu lemah tetapi dia menyedari segalanya.

Dia dapat melihat wajah Irfan.

Tangan Irfan dipegang.

"Please don't save me, am going to see my mother,"

Hancur luluh hati Irfan mendengar permintaan Yana.

"Tolong Yana jaga papa, abang boleh ambil semua harta Yana, I've already prepare my new will,"

"Kebumikan Yana sebelah mama ya,"

"Yana halalkan semua, Yana maafkan abang dan papa,"

"Abang maafkan Yana jugak ya,"

"Yana letih, Yana nak tidur,"

Irfan meraung dalam bilik pembedahan.

Dia tidak sekuat yang disangka.

Betapa dia telah melukakan Yana sehingga Yana memilih jalan begitu.

Dia lemah melihat Yana terbaring seakan tidak bernyawa.

Irfan dikeluarkan dari bilik bedah atas arahan seniornya.

Dia tidak stabil untuk melakukan pembedahan ke atas Yana.

Yana satu-satunya insan paling disayangi lebih dari nyawanya.

Irfan mendapatkan Datuk Kamal.

"Irfan kejam pa. Irfan yang buat Yana sakit macam tu, I asked her to stop loving me,"

"Twice,"

"What kind of man I am, I supposed to protect her,"

Irfan meluahkan perasaannya.

"That poor soul asked me not to save her,"

"She wanted to be with her mother,"

"Irfan sayangkan Yana papa,"

"I cannot imagine my life without her,"

"Am all weak and useless without her love,"

Datuk Kamal juga tidak dapat menahan rasa hiba.

Sehingga begitu sekali Yana mengambil keputusan untuk meninggalkan dia selama-lamanya.

"Maafkan papa Irfan, maafkan papa,"

"Semua ni takkan jadi kalau papa tak berkeras,"

"Apa salahnya papa terima Irfan sebagai menantu papa,"

"Papa yakin Irfan akan jaga sebaik mungkin,"

"Tapi papa degil," kali ini giliran Datuk Kamal pula meratap sedih.

Pembedahan itu berjaya menstabilkan Yana.

Irfan lega.

Dia tidak mahu lagi berpisah dengan Yana.

Pintu ditolak, belas hatinya melihat Yana terbaring lemah.

Tangan Yana digenggam erat.

Diangkat dan dicium berkali-kali.

Irfan tertidur menanti Yana sedar.

Yana akhirnya membuka mata dan melihat keadaan sekeliling.

Dia menangsi teresak-esak.

Irfan menyedari keadaan itu dan bingkas bangun.

Yana kecewa. Dia masih di sini. Bernyawa di sebelah orang yang paling dicintainya.

"Please, tinggalkan Yana,"

"Yana tak mampu lalui semua ini lagi,"

"Shhh...shhh...Yana everything will be OK," pujuk Irfan.

"I'll get over you,"

"These tears will get me through" ulang Yana.

"Abang takkan tinggalkan Yana lagi,"

"Nooooooo, Yana takkan percaya lagi,"

Irfan sedih.

Dia gagal memujuk Yana.

Yana mengamuk dan minta bersendirian.

Irfan terpaksa akur.

Tiba waktu makan tengahari, Irfan datang semula.

Yana dikejutkan.

Dia membuka mata.

Irfan kini dihadapannya memegang tray makanan.

"Makan sikit Yana, Yana kena alas perut,"

"Yana boleh makan sendiri,"

Yana masih berkeras.

Walaupun hatinya menangis kerana melayan Irfan dengan buruk.

Irfan juga kelihatan tidak terurus.

Irfan menyenduk bubur nasi ke dalam mangkuk dan dibawakan kepada Yana.

Dia tidak berputus asa.

Bubur yang panas itu ditiup.

"Makan sikit sayang," lembut sekali suara itu.

Yana hanya menatap wajah yang jelas keletihan itu.

"Makanlah sikit, tengok abang makan ni,"

Irfan menelan bubur itu.

Akhirnya dia mengalah dan membuka mulut.

"Panasnya," rungut Yana.

"Hah yeke? Abang dah tiup sorry sayang sorry,"

"Habis tu tadi abang makan bubur panas ni kenapa?"

"Abang tak rasa apa-apa,"

Deria rasa Irfan mati bersama semangatnya yang hilang.

Yana sudah tidak tahan.

Tidak sampai hati dia melihat Irfan begitu.

"Kenapa abang nampak lebih teruk dari Yana?"

"Kenapa abang macam ni?"

Yana sebak.

"Because I miss you,"

"Abang tipu diri abang, abang tak macam Yana,"

"Yana berani pertahankan cinta Yana,"

"Abang, orang yang tak guna,"

Yana mendepakan tangan.

Irfan menyambutnya dengan pelukan.

Irfan mengucup segenap wajah Yana.

Dia terlalu rindukan buah hatinya.

"Thanks Yana, I never let you go,"

"Never,"

"Abang jangan mintak Yana lupakan abang lagi,"

"Yana tak nak hidup macam ni,"

"Yana nak selalu dekat dengan abang,"

Mereka menangis berpelukan.

"Abang janji, kita takkan berpisah lagi,"

Datuk Kamal masuk dan memeluk erat kedua-dua anaknya.

Dia sudah pun menerima kenyataan dan merestui cinta mereka.

"Papa izinkan Irfan menikah dengan Yana,"

"Tapi ada syaratnya,"

Yana dan Irfan terdiam.

"Syaratnya, Irfan dan Yana tak boleh tinggalkan papa sorang-sorang, kita mesti hidup bersama sehinggalah nafas papa yang terakhir.

Yana menarik nafas lega.

Irfan bersyukur.

"Maafkan papa ya Yana,"

"Bila difikirkan semula, lagi baik kalau Irfan yang jadi suami Yana, maksudnya papa tak perlu kahwinkan Yana dengan orang luar,"

"Baru sekarang papa fikir macam ni, kalau tak Yana dengan abang dah boleh bagi papa cucu tau,"

"Amboi cepatnya,"

"Mestilah sebab Yana dah lama tunggu abang,"

Mereka ketawa.

Irfan memandang Yana penuh rasa cinta.

Walaupun dia selalu menyakiti Yana, Yana tetap berlembut hati memaafkannya akhirnya.

"Terima kasih sayang, abang janji abang akan jaga amanah abang ni,"

"Jangan buat Yana menangis lagi please,"

"Tengok ni eye bag Yana,"

Yana cuba berjenaka.

"Tapi sebelum tu Yana kena janji something,"

"Janji lagi?"

"Janji apa pulak kali ni?"

"Janji Yana takkan tinggalkan abang lagi,"

"InsyaAllah Yana janji,"

Cinta Irfan dan Yana menang akhirnya.

- TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience