Bab 7

Other Completed 4495

BAB 7

Benda paling ditakuti Yana akhirnya terjadi.

Ibu tirinya telah mengunakan cara paling hina untuk menyingkirkan Yana demi membolot kekayaan yang tidak akan kekal itu.

"Apa yang kau masukkan dalam air papa?" Yana lantas mencapai cawan air papanya dan mencurahkannya ke sinki.

"Berani kau buang air tu budak tak guna?"

Hampir sahaja mereka bergelut.

Kebelakangan ini, Yana banyak menghabiskan masa di kolej kerana dia perlu fokus menghadapi final.

Hampir dua minggu dia menumpang rumah kawannya supaya mudah dia ke perpustakaan.

"Hahahahaha," tetiba sahaja ibu tirinya ketawa.

"Kalau ko nak tahu, masa ko takde, setiap masa aku jamu papa kesayangan ko air ni,"

"Sekarang dia patuh,"

"Kalau kau tak percaya, pergilah tanya papa kau,"

Yana berlari mendapatkan papanya.

"Ya Allah papa,"

"Tolonglah jangan,"

Doa Yana di dalam hati.

Pintu bilik papanya dibuka.

Dari jauh Yana melihat papanya terbaring lemah.

"Papa kenapa jadi macam ni,"

"Papaaaaaa," jerit Yana.

"Sekarang aku nak kau keluar dari rumah ni,"

"Kalau kau tak nak aku bunuh dia," ugut ibu tiri Yana.

"Mak cik ni bukan manusia,"

"Tahu tak berdosa buat macam ni,"

"Peduli apa aku?"

"Selagi dia tak ubah wasiat tu, aku akan terus seksa dia,"

Yana benar-benar tidak mampu menahan sabar.

Dia bergelut dengan ibu tirinya yang persis iblis itu.

"Papppp,"

Pipi Yana ditampar.

Yana terkejut.

"Papa,"

Datuk Kamal yang tidak pernah naik tangan terhadap anak-anaknya, yang sentiasa menyayangi buah hatinya itu tergamak menampar pipi Yana.

Yana terduduk.

Datuk Kamal hanya berdiri pegun.

Yana bangun dan berlari ke arah biliknya.

"Papa kenapa? Papa dah berubah,"

"Dia mendapatkan telefon dan mendail nombor Irfan,"

Panggilan bersambung.

Dalam teresak-esak Yana menerangkan keadaan sebenar kepada abangnya.

Dadanya berombak hampir pecah.

Yana perlu segera meninggalkan rumah ini.

Dia pantas mengemaskan barang-barangnya dan mencapai passportnya.

Datuk Kamal berlari mendapatkan Yana setelah dia menyedari perbuatannya.

"Ya Allah Yana tunggu," berlari-lari Datuk Kamal mendapatkan Yana.

Yana berhenti di hujung tangga.

"Yana nak pergi mana?"

"Yana nak tinggalkan papa?"

"Papa tak tahu kenapa papa macam tu,"

Yana hanya mampu memandang papanya.

"Yana pergi dulu, papa jaga diri,"

"Yana nak pergi mana?"

"Bagitahu papa sayang,"

"Yana nak pergi jauh dari sini,"

Yana memeluk Datuk Kamal yang kini hanya mampu menangis teresak-esak.

Mujur Yana bukan seorang yang pemboros.

Sebelum mamanya meninggal, semua aset mama diwariskan kepada Yana.

Seumur hidup Yana baru hari ini dia menyentuh wang simpanan mamanya.

Dia perlukan wang untuk berhijrah.

***********************************

Yana tersedar dari lamunan.

Basah katilnya dengan air mata.

Itulah sebabnya dia meninggalkan Malaysia.

Walaupun Irfan telah kembali ke Malaysia hampir dua tahun lalu, Yana tetap berkeras.

Hatinya benar-benar terluka.

Kini dia dalam perjalanan pulang ke tanah air.

Pulang untuk membantu membatalkan penyatuan Zarul dengan calon pilihan ibunya.

Gila.

Ya memang gila.

Entah bagaimana Yana bersetuju dengan idea mamat tak cukup 20 sen tu.

Tapi yang pasti dia terlalu rindukan Irfan dan papanya.

Bukan sekali dua Irfan terbang menemui Yana dan cuba memujuknya.

Namun semua itu hanya sia-sia.

Bahkan Yana mengugut untuk menghilangkan diri sehingga tidak dapat dikesan.

Tamat sahaja kolej, Yana menyambung pelajaran di Aussie.

Dia berkerja keras untuk mencukupkan belanja.

Sebelah siang ke kelas dan sebelah malam membuat kerja part time.

Duit yang dihantar Datuk Kamal dan Irfan langsung tidak diterima.

Yana malah menghantar semula duit itu semula.

Hati Datuk Kamal remuk.

Irfan benar-benar merajuk.

Sampai hati Yana.

Sebaik sahaja tamat pengajian, Irfan memilih sebuah hospital kerajaan di ibu negara untuk berkhidmat.

Tahun pertama residency atau lebih dikenali sebagai intern year sangat mencabar dan menjadikan Irfan sleep-deprived.

Ditambah lagi dengan masalah Yana.

Irfan benar-benar buntu dan perlahan-lahan menjadi seorang yang pendiam.

Dua tahun telah berlalu.

***************************************
Zarul dan Yana selamat tiba di KLIA.

"Aghhhhhh rindunya nak bau udara Malaysia," jerit Zarul.

"Maksud ko aroma bangla yang baru lalu depan kita tadi?" sakat Yana.

"Errr yang tu aku tak berapa nak rindu,"

Mereka berdua ketawa.

"Yana, thank you so much sebab setuju teman aku balik sini,"

"Aku tahu bukan senang kau nak setuju,"

"Whatever the reason is, aku pasti ko balik sini bukan semata-mata nak teman aku kan?" Zarul mula serkap jarang.

Dia perasan Yana banyak mendiamkan diri dan sesekali kelihatan sayu.

"Dah lah jom cepat, aku mengantuk ni," Yana cuba menukar topik perbualan.

Kini kedua-duanya tiba di hadapan rumah Zarul.

"Ibu Zarul berlari mendapatkan anak lelakinya,'

"Eh dah sampai, kata flight malam," tanya puan Khatijah.

"Malamlah ibu dari Brisbane, ni dah pagi, wajiblah dah sampai Malaysia,"

"Eh Yana pun ada,"

"Aunty," tegur Yana.

"Yana tak balik rumah dulu ke?" tanya ibu Zarul kehairanan.

Ya seharusnya itulah perkara paling utama dilakukan sebaiknya seorang anak perantau pulang ke negara asal.

"Nanti-nantilah, takde siapa kat rumah," Yana menipu.

Zarul lega.

Tidak sangka ibunya mengutarakan soalan sensitif begitu.

"Ibu dahlah jom masuk. Kitaorang lapar,"

"Ha meh masuk,"

"Ibu ada buat nasi lemak ayam goreng rempah pagi ni,"

"Wow, lauk macam pagi raya," kata Zarul.

"Mana ada orang makan nasi lemak pagi raya, kamu ni pun Zarul,"

Semua orang ketawa.

"Bongok jugak ko ni kan?"

"Tak tau pulak aku ko makan nasi lemak pagi raya," Yana mengusik.

"Well you know me,"

"Aku lain dari yang lain," jawab Zarul.

"Dasar spesis hampir pupus,"

"Ko OK tak Yana?"

"Aku tengok ko pucat je," tanya Zarul kepada Yana.

"OK kot, entah kenapa perut aku sakit,"

"Nak kata aku tak makan, aku makan," jawab Yana.

"Naiklah baring dulu,"

"Bilik nombor dua belah kiri,"

"Bilik tu kosong,"

"OK Zarul, aku naik dulu,"

Selesai membersihkan diri, Yana terus tidur.

Tiada hati dia menjamah nasi lemak ayam berempah speciality ibu Zarul.

Kepalanya berat.

Perutnya sakit.

"Zarul cuba kamu kejutkan Yana, dah lama sangat tidur tu,"

"Tak jamah makanan pun," perintah puan Khatijah.

"OK ibu,"

"KNOCK...KNOCK..."

"Yana bangun, dah lama ko tidur ni,"

"Weih bangun weih, jetlag sangat ni,"

"Yana..."

"Yana..."

Zarul pelik. Yana langsung tidak menjawab.

"Aku bukak pintu eh,"

Pintu dibuka dan Zarul mendapatkan Yana.

"Eh kenapa ni?"

Yana berpeluh-peluh dan memegang perutnya.

"Yana, kau OK tak ni?"

"Apa bising-bisng ni?" tanya ibu Zarul.

"Kenapa Yana ni? Cepat bawak dia pergi hospital,"

****************************************
Selesai melawat wad, Irfan kini turun ke klinik untuk merawat pesakit.

Ramai betul orang hari ini.

Sampai dia tidak sempat menjamah makanan.

Habis satu, satu pesakit ditemuinya.

Dia gigih menekan butang menukar nombor giliran.

Tiba-tiba sahaja matanya terpandang nama yang sama.

"Nur Liyana Binti Kamal,"

"Nama sama dengan Yana," bisiknya di dalam hati.

Pintu bilik dikuak.

Masuk seorang lelaki dan perempuan.

Dan perempuan itu kelihatan sangat lemah.

"Kenapa ni dik?" tanya Irfan.

Mata Yana terus buntang mendengar suara yang amat di rinduinya.

"Abang," lemah sekali Yana memanggil Irfan.

Kemudian Yana pengsan tidak sedarkan diri.

Irfan sempat menyambut Yana.

"Yanaaaaa, kenapa ni?"

Berpeluh sejuk Irfan menghadam situasi di hadapannya.

Zarul dalam keadaan bingung.

"Macam mana doc boleh kenal Yana?"

"She's my sister," balas Irfan.

"What?"

Irfan tidak menjawab.

"Awak siapa?"

"Saya Zarul. Kawan Yana,"

Terketar-ketar Zarul menjawab.

Serius betul Irfan.

"Bila balik Malaysia?"

"Baru sampai pagi tadi,"

"Kenapa dengan dia?"

"Yana dari dalam flight memang dah pucat,"

"Tadi kat rumah saya try kejut dia bangun sebab dari touch down dia tak makan apa-apa,"

"Kat rumah?" Irfan menguatkan suara.

"Rumah family saya,"

"Irfan menekan abdomen Yana,"

Yana mengaduh sakit sewaktu tangan Irfan di bahagian perutnya.

Irfan syak Yana gastrik.

Selesai merawat Yana, Irfan mendapatkan Zarul dan menyuruh dia pulang sahaja.

Irfan akan menjaga buah hatinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience