“Woi, macam mana baju? Cantik tak?” kata Wiya semasa datang ke rumah Nurul petang Ahad untuk mengulangkaji.
“Mestilah cantik. Takkan aku nak jejaskan imej aku pulak,” balas Nurul.
“Colour apa? Rekaan siapa? Sesuai tak dengan aku?” Bertubi-tubi soalan daripada Wiya.
“Colour biru laut. Rekaan Azmir. Dan confirmlah sesuai dengan warna kulit kau yang putih gebu tu. Baju aku macam mana?”
“Rekaan Azmir. Mesti cantik. Tak sabarnya aku nak merasa pakai baju free. Kalau baju kau tu, don’t worry. Semuanya dah siap. Tinggal pakai je.”
“Bagus la. Tak sabar nak tengok rancangan Zira nanti.”
“Kau rasa apa rancangan dia tu?”
“Entahlah, aku pun tak tahu. Tapi kita kena bersiap sedia dengan Zira.”
“Yes, boss,” kata Wiya sambil membuat tangan tanda hormat seperti polis yang tabik pada orang atasannya.
“Dah la kau. Malas nak layan. Asyik bincang perkara ni aje, satu kerjapun tak siap. Kita kan nak buat kerja ni. Dah tak mau bergosip lagi.”
“Baik mem. Saya takkan buat lagi.”
Hari Isnin berjalan seperti biasa. Nurul masuk saja kelas bersama Wiya, Zira terus menegur mereka sebagai tanda berbaik-baik dengan Nurul. Zira hanya bercakap dengan Nurul. Dia membuat Wiya seperti tunggul semasa bercakap dengan Nurul. Akhirnya Wiya berundur membiarkan Nurul dan Zira berbual dan pergi menegur Ashraf.
“Woi, Ashraf tengah buat apa tu?” Wiya yang kebosanan menegur Ashraf yang sibuk membuat kerja sekolah.
“Tengah menjahit,” Ashraf bergurau.
“Ek eleh, bergurau…”
“Dah tu kau nampak aku buat apa?”
“Yela kot-kot kau tengah balas surat cinta daripada peminat.”
“Kenapa? Jealous ke?”
“Takde makna nye aku jealous. Merapu je kau ni.” Muka Wiya yang putih itu bertukar menjadi merah apabila Ashraf kata begitu padanya.
“Eleh, muka dah merah tu.” Ashraf sengaja buat begitu pada Wiya untuk melihat reaksi Wiya.
“Mana ada merah. Kau memang saja dengki aku kan?” kata Wiya sambil tangannya mencubit lengan Ashraf.
“Adoi, sakitlah. Cubitan kau ni macam ketam lah. Tangan kau tu dah macam penyepit ketam dah.” Ashraf memegang lengannya yang sakit akibat di cubit oleh Wiya.
Wiya ingin mencubit lagi kerana Ashraf mengata tangannya seperti ketam. “Ooppp... sorry… sorry… jangan cubit lagi, sakit tau,” cepat saja Ashraf berkata dan mengelak daripada terkena cubitan lagi.
“Perhatian… perhatian!!!” jerit Zira kuat. Nurul yang berada di sebelah Zira terus duduk di tempatnya. Semua murid sudah melihat Zira yang seperti ingin menyampaikan sesuatu.
“I nak jemput you all semua datang ke majlis birthday I hari Ahad ni. Tema party ni adalah masked party. So, you all kena pakai baju mengikut tema ala-ala prince and princess. You all semua kaya-kaya kan so no hal untuk beli baju and topeng,” sambung Zira dan menyampaikan beritanya kepada rakan sekelas.
“Okey,” semua murid membalas pendek bahawa mereka akan datang ke rumah Zira. Zira terus duduk ke tempatnya semula.
“Nurul, Zira cakap apa tadi dengan kau?” Wiya ingin tahu dan duduk di sebelah Nurul apabila dia meninggalkan Ashraf membuat kerja sekolahnya yang tak siap. Tu lah, sibuk je nak uruskan syarikat dia tu.
“Takde cakap apa. Biasalah pasal party tu.”
“Hei girls, korang datang tak party Zira?” Ashraf bertanya kepada mereka selepas kerja sekolahnya siap. Mereka hanya mengangguk menandakan mereka akan hadir.
“Zira tu dah cakap dulu dah dengan Nurul sebelum dia cakap dengan kita,” kata Wiya.
“Ooohhh…. Okey, korang naik apa? Nak tumpang aku tak?” Ashraf bertanya.
“Tak payah la. Kite orang naik kereta ayah Wiya. Driver hantar,” cepat Nurul menjawab.
“Alaaa… tak best la kalau pergi tanpa teman. Aku pun maybe bawak kereta sendiri. No driver allowed,” Ashraf mengeluh.
“Takkan aku yang popular macam ni takde teman nak pergi bersama,” sambungnya lagi.
“Piiigirah… dah tahu popular tu ajak je la sapa-sapa peminat kau tu,” balas Wiya geram.
“Janganlah marah Wiya sayang, you jealous ye,” dengan selamba je Ashraf memanggil Wiya ’sayang’. Habis merah rona muka Wiya. Nurul hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
“Cantik senyuman awak. Menampakkan awak lagi manis. Saya akan ingat senyuman awak sampai bila-bila sebab awak jarang senyum dengan saya,” kata Ashraf apabila melihat senyuman Nurul dan katanya itu membuatkan Nurul berhenti senyum. Tadi Wiya yang kena, sekarang ni Nurul pulak. Memang dasar cowok ‘playboy’.
‘Eeh mamat ni. Sekali aku debik kang pengsan terus,’ hati Nurul geram.
“Memang senyuman Nurul tu cantik… Siapa yang melihatnya mesti cair,” kata Wiya yang sekaki dengan Ashraf menyakat Nurul dan tersenyum melihat Nurul yang sudah kelihatan bengang dengan mereka. Selepas itu mereka ketawa bersama-sama. Tawa mereka memecahkan kesunyian dalam kelas. Semua murid di dalam kelas itu menoleh ke arah mereka membuatkan mereka malu dan menunduk. Masing-masing menyembunyikan senyuman. Entah sejak bila Nurul mula menyenangi Ashraf dekat dengannya.
“Hello Nurul, you dah siap belum? Kita kan dah janji nak pergi ambik gaun kita,” suara Zira pada pagi sabtu itu muncul di hujung talian membuatkan Nurul segera bangun dari tidur nyenyaknya.
“Zira, kau dah siap ke?” balas Nurul malas kerana dia baru bangun tidur. Punya la nyenyak dia tidur tapi dikacau Zira pulak. Memang menyibuk betullah si Zira. Suka sangat kacau tepi kain orang.
“I dah masuk kereta ni. You cepat siap tau. I tahu you baru bangun. Lagi setengah jam I sampai rumah you.”
“Okey….” Nurul jawab dengan malas. Dia segera masuk ke bilik airnya untuk bersiap. Zira memang menepati masa. Setengah jam kemudian dia sudah berada di depan pintu pagar rumah Nurul. Apabila Nurul nampak kelibat Zira yang melambai-lambai tangannya, Nurul terus meminta izin ayahnya untuk keluar bersama Zira.
Selepas satu jam berada di dalam kereta Zira yang serba mewah, mereka sampai ke butik Azmir untuk melihat dan mencuba baju yang sudah ditempah minggu lepas.
“Hei girls, welcome to my boutique. Gaun you all I dah siapkan. Mesti cantik kalau you all pakai,” kata Azmir sambil memuji rekaannya sendiri.
“Mana bajunya?” tanya Zira.
“You all tunggu sekejap ye. I ambikkan,” balas Azmir lalu pergi ke tempat pergantungan bajunya yang penuh itu. Selepas menilik satu per satu baju yang ada di situ akhirnya dia jumpa baju Zira dan Nurul. Kemudian terus dibawa untuk diberi pada Zira dan Nurul baju masing-masing untuk mencuba rekaannya.
“Nurul, you cuba la dulu… I nak tengok, mesti cantik,” kata Zira.
“Okey,” balas Nurul bersahaja. Dia terus pergi ke salah satu bilik persalinan yang diletak khas untuk pelanggan yang mencuba baju. Nurul memakai baju biru laut itu. Rekaannya sememangnya sentiasa cantik. Selepas siap memakai baju gaun ala princess itu Nurul keluar untuk dilihatkan kepada Zira.
“Wah, cantiknya!! So sweet,” kata Zira yang kononnya kagum dengan penampilan Nurul padahal yang dipujinya adalah rekaan Azmir. Nurul hanya membuat muka selamba kerana sudah tahu dengan perangai Zira yang sememangnya begitu. “Nurul, awak jangan salin dulu. Saya pulak nak pakai baju ni,” sambung Zira sambil menunjukkan bajunya yang berwarna pink. Memang sesuai sangatlah. Selepas bersiap, Zira keluar daripada bilik persalinan. Dengan bangganya dia memakai baju itu dengan berpusing-pusing membiarkan kainnya mengembang seperti seorang puteri yang sedang menari. Dengan rambutnya dibiarkan lepas, terbang mengikut gerakan langkah kakinya.
“Macam mana Nurul, okey tak?” Zira bertanya. Nurul hanya menganggukkan kepala sahaja menandakan pakaiannya ‘okey’.
“Look at you all. So pretty and sweet,” puji Azmir pada mereka.
“Thank you. You nanti datang la sekali ke majlis I. Temanya masked party. Kalau you nak datang mesti pakai topeng and tunjukkan kad jemputan you. Take this,” Zira memberi kad jemputan majlis hari jadinya esok. Sememangnya hanya yang ada kad sahaja yang dibenarkan masuk. Zira telah pun memberikan kad-kadnya itu kepada semua yang akan hadir ke majlisnya.
“Thanks. Kalau I sempat and tak sibuk nanti I datang la.”
“Berapa harga semua ni?” tanya Zira.
“RM 2 500.00 but for birthday girls. I give you discount. Just RM 2 000.00 only.”
“Oohh how sweet. Take this,” kata Zira yang memegang lengan Azmir sambil memberi kad kreditnya kepada Azmir untuk pembayaran. Kemudian Zira dan Nurul menyalin pakaian biasanya. Baju gaun itu dimasukkan ke dalam beg yang sememangnya khas untuk baju daripada butik Azmir. Zira dan Nurul mengambil baju masing-masing. Kemudian pulang ke rumah.
Ahad pagi, Wiya datang ke rumah Nurul dengan membawa bajunya untuk ke majlis hari jadi Zira. Bajunya berwarna perak rekaan Amira Najwa sangat cantik.
“Wiya, cantiknya baju kau ni,” kata Nurul memuji sambil membelek baju Wiya.
“Of course la kena cantik… kalau tak habis la imej aku. Baju kau mana?”
Nurul segera mengambil bajunya dalam almari.
“Cantik jugak baju kau ni. Pandai kau pilih. Memang sesuai dengan aku.”
“Mestilah, takkan aku nak jejaskan imej aku pulak,” saja Nurul megikut kembali ayat Wiya. Kemudian mereka ketawa.
Malam ahad itu Wiya menjemput Nurul. Wiya memakai baju Nurul yang berwarna biru laut manakala Nurul memakai baju Wiya yang berwarna perak. Apabila dah nak sampai ke rumah mewah Zira, mereka segera memakai topeng yang sedondon dengan warna baju masing-masing yang sememangnya sudah ditempah khas bersama baju mereka.
“Are you ready to go?” kata Nurul selepas memakai topeng.
“Of course I’m ready,” balas Wiya. Mereka membuat ‘hi five’ menunjukkan yang mereka bersedia dengan rancangan Zira. Selepas itu mereka keluar daripada kereta dengan pintu dibuka oleh driver Wiya.
“Bersiap sedialah kamu menjadi Nurul,” kata Nurul yang sudah menyengih. Wiya hanya menunjukkan ibu jarinya.
Apabila mereka sampai di pintu gerbang ada seorang pengawal yang mengawal dan menerima kad undangan daripada tetamu. Apabila dibenarkan masuk, mereka langsung tak kenal siapa yang berada di dalam majlis tersebut kerana semuanya mengikut tema dengan memakai topeng. Entah sejak bila ada seseorang menghampiri mereka. Nurul sudah tahu bahawa itu adalah Zira kerana Nurul sudah pun tengok penampilan Zira semasa di butik Azmir.
“Nurul, dah sampai pun you. Jom ikut I,” Zira menarik tangan Wiya kerana disangkanya orang yang ditarik itu adalah Nurul. Wiya hanya menurut dan mendiamkan diri. Nurul pula hanya tersengih-sengih dengan perbuatan Zira itu. Kemudian tinggallah Nurul seorang diri dengan menyamar sebagai Wiya.
“Nurul, cantik you malam ni,” puji Alia yang duduk bersebelahan dengan Wiya. Wiya hanya mengangguk kerana takut penyamarannya akan terbongkar.
“Mestilah cantik. Tengoklah dia pakai baju apa?” Zira membangga diri.
‘Eleh setakat baju ni aje. Baju aku tu lagi cantik tau,’ getus hati Wiya sambil ketawa dalam hati dengan perangai Zira.
“Terima kasihlah Zira. Kau sudi tolong aku beli baju ni. Kau memang pemurah,” kata Wiya tetapi dalam hati ‘uuueekkk nak muntah pulak cakap macam ni’.
“Nurul kenapa suara you macam lain je?” kata Zira yang perasan suara Wiya.
‘Aduh mampoi aku,’ getus hati Wiya. “Saya tak sihat sikit… Sakit tekak,” pantas Wiya memberi alasan.
“Oooo… Okey… Nurul I nak mintak you nyanyi kat depan boleh tak?? I dah siapkan piano and gitar for you... You kan pandai main piano dan gitarkan?” Zira memulakan rancangannya.
Muka Wiya dah berkerut dengan permintaan Zira. ‘Jadi nilah rancangan dia nak baik-baik dengan Nurul. Budak ni tak sedar-sedar lagi ke? Aduh aku mana lah reti nak main piano lagi-lagi gitar. Nyanyi aku pandailah… Nurul where are you? I need you now... What should I do??’ nangis Wiya dalam hati.
“Zira aku tak reti lah nak main alat tu. Mmm... kalau aku nyanyi je boleh tak?” dari mana entah Wiya ni dapat idea tu. Tapi bagus jugak daripada takde idea langsung, tak pasal-pasal Zira tahu yang berada dekat dengannya itu bukan Nurul tapi Wiya.
“I tak kisah asalkan you buat persembahan kat depan,” jawab Zira sambil tersenyum. Zira nak membuat rancangannya berjaya sehingga tak sedar yang orang yang berada dekat dengannya itu adalah Wiya.
‘Huuh! Selamat aku’ Wiya segera pergi ke depan bersama Zira untuk menyanyikan lagu untuk Zira.
“Encik ada lagu apa?” tanya Wiya kepada DJ di situ.
“Macam-macam ada. Cik Adik nak lagu yang macam mana? Cik Adik nak nyanyi ke?” tanya DJ itu kembali.
“Lebih kurang macam tu la. Permintaan daripada birthday girls.”
“Abang Am, tolong kasi Nurul lagu Sha, lagu ‘kau di hatiku’,” Zira memberi arahan kepada DJ tersebut.
‘I get your plan now. Siaplah kau Zira untuk terkena kembali. Heheheee…’ getus Wiya dalam hati.
“Hey you guys, do you want some entertainment?? I nak persilakan Nurul untuk menyanyikan lagu ‘Kau Dihatiku’.”
Zira segera mengambil mikrofon untuk diberikan kepada Wiya. Wiya mengambilnya dengan hati yang gembira. Zira pergi ke tempatnya di sebelah Alia. Apabila lagu dimainkan semua tetamu melihat seorang gadis yang sedang memegang mikrofon. Wiya terus menyanyikan lagu mengikut kehendak Zira.
Nurul yang menyamar sebagai Wiya berdiri di tepi dinding jauh dengan tetamu yang ada. Dia hanya tersenyum melihat gelagat Wiya yang sedang menyanyi. Memang dia sudah tahu yang Zira akan membuat apa saja untuk membongkar rahsianya sebagai Sha.
“Hai, kenapa duduk sorang-sorang kat sini? Awak tak join ke?” tanya seorang lelaki yang sebaya dengan Nurul dan mungkin sekelas dengan Nurul memakai baju seperti putera raja berwarna silver seperti bajunya. Mereka nampak sedondon apabila duduk bersama seperti puteri dan putera raja yang sedang bercinta. Nurul hanya menyepikan diri.
“Need some water. Saya boleh ambilkan,” sambung lelaki tersebut setelah gadis di sebelahnya tidak berkata apa-apa.
“Tak payah lah. Saya boleh ambil sendiri,” jawab Nurul.
“Hmm... okey. Awak tak jawab lagi soalan saya yang tadi,” sambung lelaki tersebut memecahkan kesunyian antara mereka.
“Saya malas nak join. Bukannya apa pun. Saya datang ni pun sebab dah dijemput. So datanglah. Lagipun saya tak berapa suka party,” jawab Nurul.
“Awak sama lah macam saya. Tapi bagus jugak pakai topeng macam ni. Orang tak tahu kita siapa, tak ada orang nak kejar kita, dekat dengan kita sebab kita popular,” lelaki tersebut menambah. Macam ada pengalaman kena kejar dengan peminat je.
Kata-kata lelaki tersebut membuatkan Nurul teringat kenapa dia menyamar sebagai Sha. “Betul cakap awak tu. Kadang-kadang kita perlukan privacy. Kita tak mahu orang mengejar kita kerana kita popular. Kita hanya perlukan seseorang yang ikhlas dengan kita,” Nurul membayangkan kalau orang tahu bahawa dia adalah Sha.
“Wow, you are amazing. Awak macam ada sesuatu yang disembunyikan masa awak cakap tadi. Satu rahsia yang sangat besar sehingga awak tak mahu sesiapa pun tahu tentang diri awak tu,” kata lelaki tersebut.
Nurul terus melihat lelaki tersebut sambil tersenyum apabila lelaki tersebut berkata begitu.
“Cantik senyuman awak tu. Senyuman yang mengingatkan saya kepada seseorang yang saya minat dan jarang dijumpai apabila orang tu bersama dengan saya tapi kalau dengan orang lain boleh pulak dia senyum manis macam tu. Cemburu saya dibuatnya. Awak rasa… itu perasaan yang macam mana? Suka atau cinta?” kata-lelaki itu membuatkan Nurul berhenti senyum. “Kenapa berhenti senyum? Saya suka lihat senyuman awak tu,” sambung lelaki tersebut.
Nurul melihat jam yang sudah menghampiri 10.00 malam. Dia harus pulang ke rumah kerana ayahnya menyuruhnya balik sebelum pukul 10.30 malam.
“Awak... saya suka berbual dengan awak… tapi… saya kena balik sekarang. Sorry tak dapat lama-lama berbual dengan awak,” kata Nurul yang membuatkan lelaki tersebut tercengang. Nurul dengan kelam-kabut mencari Wiya sehingga tidak perasan yang gelangnya terjatuh di atas lantai. Semasa lelaki tersebut ingin mengejar Nurul yang tengah mencari Wiya, dia ternampak gelang gadis tersebut jatuh lalu mengambilnya. Belum sempat untuk dia pulangkan gelang itu, gadis tersebut sudah naik kereta untuk pulang ke rumah.
“Wiya, macam mana dengan penyamaran kau tu?” tanya Nurul di dalam kereta.
“Okey la. Tadi nak terkantoi jugak tapi… selamat aku pandai cover. Kau nak tahu tak… masa aku habis nyanyi tu muka dia… YA ALLAH… kelakar habis. Nak tergelak berguling-guling kat lantai tu rasanya.”
“Kau rasa dia ada rancangan lagi tak nak bongkar rahsia aku tu.”
“Confirm tak. Aku dah basuh otak dia.”
“Kau buat apa Wiya?”
“Aku tanya dia kenapa dia baik dengan aku yang menyamar sebagai kau tu. Dia pun cakaplah sebabnya… dia tak puas hati kalau ada artis kat sekolah kita. Kau macam tak kenal dengan dia tu, kan selalu nak popular”
“Tapi kalau dia bongkarkan rahsia aku… aku lah yang lebih popular daripada dia. So weird.”
“Kau ni tak pikir ke? Mestilah dia popular kalau kau masuk geng dia tu… dia kan leader in the geng. Dia akan dapat tempiasnya kalau kau popular… sebab tu la dia baik-baik dengan kau. So aku cakaplah dengan Zira tu yang dia tu dah salah orang. Aku bukannya Sha, dah terbukti pun yang suara aku tu lain dengan Sha, nak buat macam mana lagipun dia cuma samakan gambar kau kat sekolah dengan gambar Sha je, so buktinya tak lah kukuh mana pun.. ada hati nak bongkar rahsia orang.”
“Baguslah tu. Takde lagi benda yang harus ditakutkan tentang rahsia yang tersimpan.”
Sampai saja di rumah Nurul ingin membuka gelang pemberian arwah ibunya. Apabila dia memegang tangannya dia mencari gelang itu. Gelangnya sudah hilang.
“YA ALLAH! Mana gelang ni,” Nurul menjadi risau seperti nak nangis pun ada kerana gelang itu satu-satunya kenangan yang ada bersama ibunya yang sudah meninggal dunia semasa dia berumur 4 tahun. Kelam-kabut dia mencari seluruh rumah. Tak jumpa juga.
“Wiya... Wiya... Aku mesti telefon Wiya… mesti dia boleh tolong.” Nurul segera mancapai telefonnya dan mendail nama Wiya.
“Hello, Wiya kau boleh tolong aku tak?” kata Nurul risau.
“Kau ni kenapa Nurul? Ada masalah lagi ke? Risau jer suara kau ni,” kata Wiya di hujung talian.
“Gelang ibu aku hilang. Kau tolong carikan kat kereta kau maybe ada kat situ.”
“Okey aku cari sekarang. Kejap lagi aku call balik.” Talian diputuskan.
Wiya segera kembali ke keretanya dan mencari gelang Nurul bersama drivernya. Tiada juga dalam kereta. Wiya telefon Nurul kembali.
“Hello Nurul, gelang kau takde kat dalam kereta la maybe gelang kau terjatuh kat rumah Zira kot,” kata Wiya dalam talian.
“Takpe lah aku call Zira,” jawab Nurul dengan sayu.
“No! Jangan, nanti Zira tahu la rancangan kita tadi. Takpe, macam gini lah, esok aku tanya Zira kat sekolah,” talian diputuskan setelah mendapat persetujuan daripada Nurul.
Share this novel