BAB 12

Romance Series 1962

DUA TAHUN KEMUDIAN…

“Nurul…, Nurul…,” panggil Wiya. Nurul menoleh setelah mendengar suara Wiya. Mereka sudah masuk ke universiti yang sama. Baru berapa bulan masuk. Ashraf pula masih lagi belajar di Australia untuk belajar bidang perniagaan. Ashraf akan mengambil alih tempat papanya apabila dia balik ke Malaysia.

         “Cepatnya kau jalan. Kau ni kenapa tergesa-gesa ni?” semput Wiya mengejar Nurul.

         “Nak masuk kelaslah. Nak pergi mana lagi,” jawab Nurul yang cantik memakai baju kurung berwarna biru bersama selendang berwarna biru laut yang dililit di atas kepalanya. Tidak lupa juga di tangannya sentiasa memakai gelang yang diberikan Ashraf itu.

         “Oohhh… eehhh… kelas… aku hari ni just satu kelas jer. Dah habis dah pun. Kau habis pukul berapa?” sememangnya Wiya mengambil bidang kedoktoran walaupun ditegah bapanya supaya Wiya mengambil bidang perniagaan. Nurul pula mengambil bidang forensic. Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Mereka berpisah sebentar selepas memasuki matrik kerana Nurul mendapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan manakala Wiya mendapat Kolej Matrikulasi Johor. Tetapi jodoh mereka masih kuat, mereka melanjutkan pelajaran di universiti yang sama.

         “Pukul 5 aku baliklah. Lagipun malam ni ada latihan,” jawab Nurul.

         “Okeylah nanti pukul 5 kita jumpa,” cadang Wiya.

         “Okey.” Nurul meneruskan perjalanannya ke kelas meninggalkan Wiya sendirian.

         “Wiya…?” tegur seorang jejaka kacak berkulit kuning langsat.

         Wiya memandang jejaka itu. Wajah yang dia kenal. Dia mengimbas kembali waktu berjumpa jejaka itu. Terkejut dia bila ingat jejaka itu, “Fariz…” jerit Wiya.

         “Ya… kau ni dah lupakan aku ke? Mentang-mentanglah aku tak ajar kau,” gurau Fariz. Tenaga pengajar ghazal di sekolahnya dulu.

         “Sorrylah… Aku lupa. Lagipun dah lama aku tak datang ghazal. Seingat aku lepas pertandingan ghazal dua tahun lepas,” jawab Wiya.

         “Kau belajar kat sini ke? Tak pernah nampak sebelum ni?” tanya Fariz.

         “Ya baru berapa bulan, jangan cakap kau pun belajar kat sini jugak.”

         “Sorry to say. Aku belajar kat sini.”

         “So kau ni kira senior aku lah?”

        “Yes! Jom, aku belanja kau makan,” ajak Fariz.

         “Aku tengah tunggu Nurul ni. Pukul 5 baru dia habis kelas.”

         “Nurul pun belajar kat sini jugak ke? Interesting. Cerita pasal Nurul, Ashraf dengan Nurul macam mana? Masih hangat bercinta lagi ke?”

         “Ashraf dengan Nurul masih bercinta tapi… sekarang  jarak dia orang dah jauh. Cinta jarak jauh.”

         “Kenapa?” Fariz kehairanan.

         “Ashraf kena belajar kat Australia selama 4 tahun. Papa dia yang suruh,”jawab Wiya.

         “Habis tu macam mana dia orang contact. FB?”

         “Dia orang dah lama tak contact. Masing-masing busy belajar.”

         “Kau rasa hubungan dia orang ni boleh bertahan ke? Cinta jarak jauh ni susah tau.”

         “Entahlah aku pun tak tahu. Aku rasa dia orang akan okey. Ashraf takkan tinggalkan Nurul. Aku kenal dengan Ashraf. Kalau dah suka tu, dia takkan lepaskan.”

         “Hope so.”

         “Wiya,” Nurul memanggil.

         Wiya sibuk berbual dengan Fariz sehingga lupa jam menunjukkan pukul 5.

         “Nurul, cuba kau tengok orang ni? Kau kenal?” 

Nurul memandang lelaki disebelah Wiya. “Fariz?” lelaki pertama yang dia suka. Takkan Nurul boleh lupa. Lelaki itu juga yang mengajarnya bermain muzik sehingga dia pandai.

         “Ya! Hai Nurul, long time no see,” jawab Fariz. “Memandangkan Nurul dah habis kelas, jom pergi makan. Aku belanja,” sambung Fariz.

         “Okey,” jawab Nurul dan Wiya serentak. Mereka pergi ke restoran berdekatan.

         “Macam mana hubungan kau dengan Ashraf, Nurul?” Fariz bertanya selepas memesan makanan.

         “Biasa je,” balas Nurul.

         “Kau ni asyik soal perkara yang sama jer. Kenapa nak masuk daun ke?” sindir Wiya.

         “Okey jugak. Bagus jugak idea kau ni,” gurau Fariz.

         “Kalau kau nak cari pasal, masuklah,” balas Wiya. Wiya pulak yang emosional. Nurul hanya tersenyum dengan gelagat Wiya. Sememangnya dia tahu Wiya ingin melihat dia dan Asyraf bahagia hingga ke jenjang pelamin. Dia tahu Wiya takkan biarkan sesiapapun menghalang hubungannya dan Asyraf selagi dia mampu.

         “Aku minggu depan nak balik Johor. Nak ikut tak? Kita pergi latihan ghazal sekali,” soal Fariz.

         “Minggu depan? Hari apa?” tanya Wiya.

         “Hari Jumaat bertolak. Hari Sabtu boleh pergi ghazal,” cadang Fariz.

         Selepas berfikir yang Wiya dan Nurul tiada kelas, mereka bersetuju.

         Pagi Jumaat mereka mengemas baju untuk pulang ke Johor. Mereka akan bertolak petang. Nurul dan Wiya tinggal serumah. Tepat jam 5 petang Fariz tiba di rumah mereka.

         “Hei girls, dah siap belum?” tanya Fariz.

         “Dah,” jawab Wiya dan Nurul serentak.

         “Okey, jom bertolak sekarang,” balas Fariz. Fariz membawa kereta Waja kelabunya. Fariz adalah anak orang kaya tetapi dia lebih suka bersederhana.

         “Nurul, Ashraf ada contact kau tak?” tanya Fariz.

         “Kenapa tanya?” balas Wiya.

         “Saja jer nak tahu perkembangan semasa,” jawab Fariz.

         “Aku dengan Ashraf dah lama tak contact. Masing-masing busy,” jawab Nurul.

         “Kau tak rindu dia ke?” soalan maut daripada Fariz.

         “Kalau nak cakap tak rindu tu, tipulah aku. Tentulah aku rindukan dia. Tapi aku ada ubat melepaskan rindu tu,” jawab Nurul memandang gelang pemberian Ashraf yang dipakainya semenjak Ashraf terbang ke Australia. 

         “Dia tak balik ke?”

         “Don’t know. Takkan dia nak pergi balik Australia semata-mata nak jumpa aku.”

         “Kau ni Fariz, asyik tanya je. Kau tu dah terlambatlah kalau nak dengan si Nurul ni. Dia dah berpunya. Aku ni takde siapa yang nak?” dengan selambanya Wiya bercakap.

         “Bukan takde sapa nak. Kau je yang tak nak dengan orang. Kau tunggu siapa?” soalan daripada Fariz.

         “I wait my prince charming,” selamba jawapan Wiya seselamba mukanya.

         “Apa ciri-ciri prince charming kau tu? Ada macam aku tak?” tanya Fariz sambil menunjukkan kehenseman wajahnya pada Wiya.

         “Adalah sikit… tapi lebih pada Ashraf. Nurul, jangan marah ye,” jawab Wiya sambil menunjukkan peace pada Nurul.

         Malamnya mereka sampai ke rumah masing-masing.

         “Esok korang nak pergi sendiri ke nak aku ambik?” tanya Fariz selepas mereka berada di depan rumah Nurul.      

         “Aku pergi sekolah sendirilah,” jawab Nurul. Nurul sekarang sudah ada lesen memandu kereta jadi dia boleh memandu kereta Honda City yang berada di depan rumahnya.

         “Aku pun pergi sendirilah. Dah lama driver tak hantar ke sekolah,” jawab Wiya. Wiya pula tetap takde lesen memandu. Katanya takut nak bawa kereta sorang-sorang. Ye lah dah biasa orang bawakkan.

         “Okey,” jawab Fariz. Dia dan Wiya beredar selepas menghantar Nurul.

         Nurul masuk ke rumah selepas kereta Fariz tidak kelihatan. Dia memberi salam, “Assalamualaikum, ayah Nurul balik ni.”

         “Waalaikumussalam,” jawab Encik Razali selepas membuka pintu. Nurul menyalami tangan ayahnya. “Nurul, kenapa balik  tak cakap?” sambung ayahnya. Encik Razali sudah tidak menjadi PA Sha lagi semenjak Nurul masuk ke kolej. Semuanya Nurul akan buat sendiri. Kadang-kadang Wiya membantunya menguruskan jadual belajar dengan latihan. Nurul mempunyai keretanya sendiri supaya mudah untuk pergi latihan. Encik Razali sekarang menjadi pengurus kedai makan yang berjaya. “Kereta mana?” tanya Encik Razali lagi selepas dia melihat Nurul tidak membawa keretanya.

         “Nurul tumpang kawan tadi. Hari Ahad dah kena balik. Ayah macam mana, sihat?”

         “Sihat. Masuk dulu. Berehat. Nurul mesti penat lagipun dah malam ni.”

         “Macam mana dengan kedai?” Nurul bertanya.

         “Biasa je. Nurul kat sana okey tak? Macam mana dengan latihan?”

         “Kat sana okey. Cuma penat sikit.”

        “Nurul, kalau kamu penat, kamu tak payahlah pergi latihan tu. Kamu berhenti je. Kalau kamu nak duit kamu beritahu ayah je. Ayah akan beri kamu duit. Lagipun kedai kita dah semakin maju. Sampai bila Nurul nak menyamar jadi Sha. Penyamaran ni akan terbongkar juga suatu hari nanti.” Sha semakin diminati ramai. Walaupun masih dengan penyamaran dia tetap popular. Setahun lepas Sha mendapat anugerah Artis Baru Popular dan Penyanyi Wanita Popular. Banyak juga anugerah yang dia dapat semenjak menjadi artis.

         “Nurul pun tak tahu ayah. Kalau perkara ni terbongkar pun Nurul tak tahu nak buat apa. Kalau boleh Nurul memang tak nak berhenti jadi artis. Nurul masih baru dalam bidang  ni. Kalau Nurul dah bersedia, Nurul janji, Nurul akan dedahkan rahsia Nurul ni,” jawab Nurul.

         “Kamu harus menjaga rahsia ni sampai kamu bersedia. Rahsia dibongkarkan atau membongkarkan rahsia sendiri mempunyai situasi yang berbeza. Ayah harap Nurul faham.”

         ‘Sampai bila aku nak berahsia dengan Nurul yang aku ni bukan ayah kandungnya? Adakah aku perlu memberitahunya atau membiarkannya sahaja. Apa akan terjadi kalau Nurul tahu rahsia ini?’ tergetus di dalam hati rahsia yang dah berbelas tahun lamanya dipendamkan. Daripada Nurul masih bayi. Dia jumpa Nurul di depan rumahnya. Dia juga tak tahu siapa ibu bapa kandung Nurul. Kehidupan Nurul sememangnya penuh dengan rahsia. 

         “Nurul, mari sini. Main peti harmonium ni. Kamu tu dah lama tak main. Tunjukkan pada budak-budak ni,” pinta Mak Yah setibanya Nurul sampai di muka pintu bilik ghazal. Nurul hanya senyum. Entah dia ingat lagi ke tak rentak ghazal ni. Mintak-mintak ingatlah ye.

         “Apa lagi, Nurul. Mari sini,” sambung Fariz pula dan menyuruh Nurul duduk di sebelahnya untuk bermain peti harmonium itu.

         “Kamu ingat lagi tak lagu kumpulan kamu?” Mak Yah bertanya. Macam tahu-tahu je yang Nurul ni tak ingat sangat lagunya.

         “Aahh… lagu tu… ingat intro jer,” jujur Nurul menjawab sambil tersengih-sengih.

         “Apalah kau ni Nurul. Baru berapa bulan tak main dah lupa. Sini aku ajar kau balik,” sampuk Fariz.

         “Eloklah tu. Wiya kamu ingat lagi tak lagu kamu tu?” Wiya pula menjadi mangsa pertanyaan.

         “Ingat, Mak Yah. Takkanlah saya tak ingat,” jawab Wiya selamba. Nak mati apa kalau cakap dengan Mak Yah dia tak ingat. Dahlah Mak Yah yang ajar dia, kalau Nurul tu lainlah, Mak Yah tak amik port. Kalau nak kena bebel sepanjang duduk kat situ testlah cakap tak ingat.

         “Baguslah kalau macam tu. Abu, kau ajar budak kau main lagu Sri Di Awan,” Mak Yah menyuruh Pak Abu mengajar murid-muridnya yang bermain gambus, gitar dan violin.

         “Okey. Mari sini, budak-budak.”  Pak Abu menulis nod-nod yang perlu dimainkan. Budak-budak yang ada kat situ memang dah pakar. Tuliskan jer nodnya gerenti dapat main punya.

         Wiya memulakan latihannya dengan Mak Yah. Nurul pula kena belajar balik lagunya dengan Fariz semula.

         “Nah, main pulak. Dapat tak?” tanya Fariz selepas dia mainkan rangkap pertama. Nurul menekan nod untuk bemain rangkap pertama. Kadangkala dia terhenti sebab terlupa, Fariz pula tetap setia mengajarnya. Selepas satu jam baru Nurul dapat menguasai lagunya dengan baik.

         “Nurul, kamu dah dapat belum?” Mak Yah bertanya.

         “Mestilah dah Mak Yah. Tengoklah siapa yang ajar,” kata Fariz bongkak sambil mengangkat keningnya. 

         “Abu, dah pandai belum budak kau?” Pak Abu pula ditanya.

         “Dah,” jawab Pak Abu pendek.

         “Okey, kalau macam tu mulalah sekarang. Tak sabar nak dengar ni,” pinta Mak Yah.

         Semua duduk di tempat alat muzik masing-masing. Nurul dengan peti harmoniumnya. Fariz dengan tablanya, Wiya bersedia dengan suaranya. Hakim dan Leman dengan gambusnya. Mira dan Nadia dengan marakas dan tamborinnya. Mamat dengan gitarnya dan Hakimi dengan violinnya. Selepas semuanya bersedia, Nurul sebagai leader memulakan.

         “..three,four..” Nurul mula menekan nod peti harmonium. Semuanya bermain dengan baik.

         “Ayah, Nurul balik dulu,” pamit Nurul setelah Fariz dan Wiya tiba di depan rumahnya.

         “Nanti kalau ada masa baliklah lagi. Ayah pun bosan jugak duduk sorang-sorang kat rumah ni. Asyik menghadap rumah dengan kedai jer,” kata Encik Razali.

         Nurul terus ketawa mendengar kata-kata ayahnya itu. “Okey nanti kalau ada masa, Nurul balik. Ayah pun lawatlah Nurul kat sana. Asyik menghadap muka Wiya je pun bosan,” gurau Nurul.

         “Oh… kau kutuk aku ye,” sampuk Wiya.

         “Ada ke?” makin galak Nurul menyakat Wiya.

         “Yelah kita ni siapa,kan?” rajuk Wiya.

         “Ayuk tak tahu, Wiya dah merajuk,” Fariz pula menyampuk.

         “Merajuklah sangat. Aku dah kenal kau tu lamalah. Takde perasaan, not sensitive at all,” selamba betul ayat Nurul.

         “Eh! ye ke? Tak perasan pulak,” balas Wiya sambil tersenyum kambing.

         “Hey, girls. Dah lambat ni. Jom bertolak sekarang,” kata  Fariz. Nurul salam tangan ayahnya kemudian Fariz pula. Wiya, ucap selamat tinggal je lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience