“Ashraf, kau nak cakap apa?” tanya Nurul selepas Ashraf mengajaknya keluar daripada kelas.
“Nurul, I know your secret already,” jawab Ashraf sambil membuat muka bahawa dia tahu segala-galanya.
“What secret you mean?”
“Aku tahu orang yang berbual dengan aku masa hari jadi Zira tu kau, kan?”
“So?”
“Aku tahu kau bertukar tempat dengan Wiya masa tu.”
“Then?”
“Aku tahu kenapa kau orang bertukar.”
“Kenapa?”
“Kau nak jadi awek aku tak?” tanya Ashraf membiarkan soalan itu berlalu.
“Kau tak jawab lagi. Apa yang kau tahu?” teringin juga dia mengetahui apa yang Ashraf tahu tentang dirinya.
“Kau jangan terkejut kalau aku cakap yang kau tu sebenarnya… Sha, kan?” Alangkah terkejutnya Nurul apabila dia mendengar Ashraf menyebut dirinya Sha.
“Mana kau tahu? Do you have any proof?” Nurul bertanya lagi masih tenang.
“Ingat tak masa konsert pertama kau… I mean Sha. Kau takde masa tu. So Wiya ajak aku pergi ke konsert tu. Kat belakang pentas aku ada terdengar seorang wartawan tengah bercakap tentang Sha. Masa kau beritahu Wiya tentang secret kau, aku terdengar perbualan kau. Aku mula-mula tidak percaya jadi aku biarkan ianya berlalu tapi selepas aku melihat gelang yang aku bagi kat Wiya tu diberi pada kau dan berdasarkan kata-kata kau yang penuh dengan makna tersirat semasa bercakap dengan aku malam tu, aku suruh pengawal aku siasat tentang kau. Itulah yang aku dapat. So betul cakap Zira, kan?” panjang lebar Ashraf memberi jawapan kepada Nurul. Habis pucat lesu muka Nurul mendengar kata-kata Ashraf.
“Okey, kalau kau dah cakap macam tu… aku nak buat macam mana,” tenang Nurul menjawab. Entah mengapa dia mengiakan sahaja kata-kata Ashraf.
“Jadi, sudikah engkau menjadi girlfriendku?” soal Ashraf sambil tersenyum girang kemenangan.
“Apasal pulak?” Nurul memandang Ashraf tajam.
“Aku takkan bagitahu orang rahsia kau.”
“Mana aci main macam gini. Main tipu.”
“Ada aku kisah. Lagipun aku tak janji yang aku takkan main tipu. So, aku menanglah ni.”
“Okey kali ni kau menang, tapi… aku hairan lah, kenapa banyak-banyak orang… yang kau pilih tu aku?”
“Sebab satu-satunya orang yang tak minat aku tu kau. Dengan itu kau boleh tolong aku.”
“Aku tahu kau ni ada udang sebalik mi. Tolong apa? Memandangkan kau dah kononnya menang ni aku kena buat apa yang kau suruh kan?”
“Tahu takpe. Memandangkan kau ni dah jadi awek aku...”
“Yang tak sah,” sampuk Nurul.
“Aku nak kau cakap kat satu sekolah yang kita dah jadi couple of the year.”
“Are you out of your mind? Tak mahu aku.” Nurul membantah.
“Kalau kau tak mahu… aku pun kena mahu jugaklah cakap yang kau tu Sha,” ugut Ashraf. Nurul hanya memandang wajah Ashraf dengan jelingan yang tajam.
“Ada pilihan lain tak?” Nurul masih lagi memujuk.
“Takde lagi yang nak dipilih-pilih. Okey, aku nak kau buat pengumuman tu esok kat kelas. Sampai sini sahaja perbincangan kita. Aku blah dulu.” Belum sempat Nurul berkata apa-apa Ashraf pergi meninggalkannya.
“Gila punya budak. Geramnya akuuuuu!!!!!!!!!!!!!”
“Assalamualaikum ayah, Nurul dah balik.”
“Nurul cepat bersiap. Kamu kena buat rakaman kat studio untuk lagu baru kamu tu,” kata Encik Razali dengan kelam-kabut.
“Sabar, ayah. Nurul salin baju dulu,” Nurul segera naik ke bilik dan salin baju. Selepas siap mereka bertolak ke studio rakaman.
“Ayah, macam mana kalau rahsia kita terbongkar?” tanya Nurul selepas dia teringatkan kata-kata Ashraf.
“Apa yang Nurul cakapkan ni? Ayah pun tak tahu, Nurul. Kita serahkan saja kepada ALLAH,” Encik Razali memberi nasihat. Nurul hanya menundukkan mukanya memikirkan kata-kata Ashraf.
Hari untuk Nurul memberitahu hasil perbincangannya dengan Ashraf semalam. Nurul berasa gementar. Malam tadi selepas pulang daripada rakaman, dia menunaikan solat sunat istikharah meminta petunjuk daripada ALLAH. Dia tak tahu harus buat apa sama ada membenarkan kata Ashraf bahawa dia adalah girlfriend Ashraf ataupun membiarkan rahsianya terbongkar. Dia mengikut kata hati bahawa dia tidak akan membiarkan rahsianya terbongkar.
“Nurul, are you ready?” tanya Ashraf kepada Nurul yang lagi tadi termenung.
“Lain kali je, boleh tak?” Nurul masih mengharap.
“Kalau aku cakap tak boleh?” Ashraf terus menarik tangan Nurul pergi ke depan kelas memanggil semua orang di kelas melihat mereka. Selamat berlapik. Kalau tidak dah lama Ashraf dapat ciuman free kat whiteboard depan tu. “Aku dan Nurul ada pengumuman yang nak disampaikan,” sambung Ashraf apabila semua murid di kelasnya memandang mereka.
“Dah Nurul, cakaplah,” bisik Ashraf kepada Nurul.
“Sekarang ke? Kau ni memang tak kasi aku peluang, kan?” Nurul pula membisik.
“Apa yang you all bisik-bisik ni, hurry up okay,” kata Zira yang tidak tahan melihat mereka berbisik lagi tadi.
“Sebenarnya dalam pertandingan yang sudah dijalankan selama sebulan ini, kami dah buat keputusan siapa pemenangnya,” pantas Ashraf yang memulakan bicara.
“Siapa?” serentak semua murid bertanya ingin tahu siapa pemenangnya.
“Aku lah yang menang,” jawab Ashraf.
“What?” semua murid yang berada di kelas tercengang dengan pengakuan Ashraf.
“Nurul dah jadi awek aku, so aku harap takde sapa yang akan kacau aku dan Nurul.” Nurul hanya mendiamkan diri dan tersengih.
“La, kata takkan minat mahupun jatuh cinta pada Ashraf,” saja Zira berkata untuk mengguris hati Nurul.
“Kenapa, tak boleh ke? Lagi pun aku tak berpunya,” jawab Ashraf laju mempertahankan Nurul.
“Siapa cakap you tak berpunya? You tu I punya, okey?” jawab Zira gedik.
“Bila masa pulak kita ni couple? Aku tak pernah cakap pun.”
“Memang you tak pernah cakap… tapi... tapi…”
“Dah la tu, Zira. Redha je la,” sampuk Wiya. Zira geram lalu terus berlalu pergi meninggalkan kelas. Suka hati jer.
“So, Ashraf tahniah la kau berjaya menambat hati kawan aku yang keras ni,” kata Wiya.
‘Menambat hati apanya. Kalau dia tak pegang rahsia aku mesti aku yang menang,’ getus hati Nurul.
“Of course la. Tengoklah siapa orangnya,” kata Ashraf angkuh.
Perkhabaran tentang Ashraf dan Nurul sudah kecoh satu sekolah. Ada yang puas hati dan ada yang tidak lebih-lebih lagi peminat Ashraf. Habis meleleh air mata mereka mengenangkan yang mereka sudah melepas. Semenjak daripada itu, Nurul seolah-olah dipulaukan oleh peminat Ashraf lebih-lebih lagi rakan sekelasnya yang meminati Ashraf. Dia juga sudah menjadi popular hanya dengan isu menjadi girlfriend Ashraf yang tidak sah. Nurul juga mendapat banyak surat kutukan daripada peminat Ashraf.
“Wiyyyaaaaa…, tolong aku…” Nurul meminta belas ihsan daripada Wiya.
“Nak tolong apanya?” tenang sahaja Wiya menjawab.
“Kau tengoklah ni… surat melambak-lambak. Pening aku macam ni. Aku surat peminat pun takde tau. Surat kutukan terlebih-lebih pulak.”
“Pandai buat, pandailah tanggung,” Wiya sengaja menyakat Nurul.
“Wiya, you don’t know what happen to me. I had to choose.”
“Choose apa pulak ni,” Wiya bertanya hairan.
“Memilih antara rahsia dibongkarkan ataupun menjadi girlfriend Ashraf.”
“What??? Ashraf know who you are??”
“Yes.”
“How??”
“With spy me…”
“Ashraf tu memang gila, kan? Tak sangka aku. Rupa-rupanya dia tergila-gilakan kau. Kan aku dah cakap yang korang tu memang berjodoh.”
“Sorry okay. Aku tak minat dia. Semakin dia buat macam ni, semakinlah aku tak suka dia.”
“Ye la tu, kita tengok je lah nanti.” Sakat Wiya. Terkena sudah satu cubitan padu daripada Nurul di lengan Wiya. “Sakitlah…”
“Hai sayang, tengah buat apa tu?” tiba-tiba Ashraf menerjah mereka.
“Wah Ashraf, baru berapa hari jadi pasangan dah panggil sayang-sayang,” sengaja Wiya menyakat mereka. Nurul hanya mendiamkan diri.
“Of course la Wiya. Dah couple, takkan nak panggil kau aku, saya awak, I you… Tak romantiklah.”
“Pandai jugak kau beromantik-romantik ni, kan?”
“Mestilah… Ashraf…”, kata Ashraf sambil mengangkat keningnya.
“Eleh, macam aku tak tahu. Nurul dah cerita lah. Kantoi sudah.”
“Alamak! Dah citer ke? Kenapa sayang cerita dulu?” Ashraf buat suara mengada-ngada.
“Suka hati dialah. Aku kan kawan baik Nurul.”
“Tapi awak kena minta izin saya dulu,” kata Ashraf sambil melihat Nurul.
“Kenapa pulak?” tanya Wiya dan Nurul serentak.
“Sebab sayang kan awek saya,” kata Ashraf sambil tersengih nampakkan giginya yang putih itu.
“Yang tak sah,” sama-sama Wiya dan Nurul berkata. Kemudian mereka ketawa bersama-sama.
“Okey! Okey! Chill… sayang dapat surat apa tu? Banyaknya? Abang pun tak pernah dapat surat sebanyak tu. Sayang dah popular la ni,” Ashraf ternampak surat yang melambak di atas meja Nurul.
“Apa abang-abang? Kita kan sebaya” marah Nurul apabila Ashraf menggelar dirinya sebagai abang.
“Of course la sayang. Memanglah kita ni sebaya, tapi saya kan lahir dulu sebelum awak.”
“Mana kau tahu ni?” sampuk Wiya.
“Dengan spy aku la ni,” Nurul yang menjawab. Ashraf hanya tersenyum sahaja.
“Sayang tak jawab lagi pertanyaan saya.”
“Surat ni daripada peminat kau yang kutuk aku. Senang kau kan sekarang. Tak pasal-pasal aku pulak yang kena,” keluh Nurul sambil menunjukkan surat-suratnya kepada Ashraf. Ashraf mengambilnya dan membaca isi kandungan tersebut.
“Sayang, esok tak payah naik motorlah. Saya risaulah.”
“Kenapa pulak?” tanya Nurul dengan wajah yang pelik.
“Saya risau kalau awak diapa-apakan.”
“Habis aku nak naik apa pergi sekolah?”
“Saya ambik, nanti balik pun saya hantar,” cadang Ashraf.
“Tak nak lah. Aku tak cakap lagi dengan ayah aku tentang kau.”
“Takpe, nanti abang minta izin,” Ashraf serius. Memang dia tak mahu apa-apa akan terjadi pada Nurul.
“Suka hati kau lah.”
Semasa Nurul dan Ashraf pergi ke tempat motor untuk balik, mereka melihat seorang budak perempuan sedang menconteng motor Nurul. Ashraf segera berlari ke arahnya diikuti Nurul di belakang.
“Hey, kau buat apa hah? Kenapa kau conteng motor Nurul?” sergah Ashraf. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Ashraf dan Nurul. Murid perempuan yang sekitar umur 16 tahun hanya diam membisu.
“Kenapa kau diam kau bisu ke?” tengking Ashraf. Terkejut Nurul mendengarnya. Baru kali ini dia mendengar Ashraf begitu. Cuak jugak hatinya. Orang yang lalu di situ melihat kejadian dan mula berbisik-bisik.
“Dah lah Ashraf,” Nurul menenangkan Ashraf yang penuh dengan kemarahan. Nurul memegang lengan Ashraf daripada Ashraf melakukan sesuatu kepada gadis itu. “Dah lah, adik boleh pergi sekarang,” kata Nurul sambil tersenyum. Gadis tersebut terus berlalu pergi meninggalkan Nurul dan Ashraf. Takut dia nanti dimarahi lagi.
“Ashraf, takpe, dah lah, malu orang tengok ni,” kata Nurul membuatkan Ashraf tersedar yang mereka diperhatikan orang. Ashraf terus menarik tangan Nurul. Hatinya masih marah dengan kejadian tadi.
Pintu kereta dibuka. Ashraf terus memasukkan Nurul ke dalam kereta mewahnya. Ashraf memakai kereta sport Lotus berwarna kelabu. Memang di sekolahnya mempunyai tempat parking kereta untuk pelajar. Ashraf membawa kereta tersebut sendiri tetapi masih diikuti pengawalnya di belakang. Nurul yang terkial-kial hanya mengikut kehendak Ashraf. Ashraf terus memecut laju keluar sekolah. Hati Nurul bagai nak tercabut masa tu.
“Kita nak ke mana ni?” tanya Nurul selepas dia tahu yang Ashraf tidak menuju ke rumahnya. Ashraf hanya mendiamkan diri menumpukan perhatian kepada membawa kereta.
Mereka sampai di sebuah taman yang sangat cantik. Taman yang jauh daripada rumah Nurul. Keharuman bunga lavender memang menenangkan jiwa. Mereka duduk di tempat duduk bersebelahan dengan bunga lavender. Hanya ada mereka berdua di situ.
“Ashraf, motor aku macam mana?” Nurul bertanya teragak-agak. Takut juga dia duduk berdua-duaan dengan Ashraf.
“Sayang tak payah risau lah. Saya dah suruh orang buang motor tu,” dengan selambanya Ashraf berkata.
“Hah! Buang? Kenapa buang?” tanya Nurul sambil membuat muka terkejutnya.
“Habis tu motornya dah kena conteng sana, conteng sini, buruk pulak tu. So, saya buang je lah,” semakin galak Ashraf menyakat.
“Kau ni… aku sayang tau motor tu. Aku nak balik motor tu,” rengek Nurul seperti budak kecil yang menginginkan ais krim. Tak pernah-pernah Nurul merengek begitu. Inilah kali pertama. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh jadi begitu.
“Sayang ni takut sangatlah. Motor tu ada lah. Takkan saya nak buang. Saya suruh orang saya hantar ke kedai. Nanti hantar lah ke rumah sayang,” kata Ashraf membuatkan Nurul gembira.
“Kenapa sayang ni baik sangat?” tiba-tiba Ashraf bertanya apabila dia teringat Nurul membenarkan budak tadi pergi begitu sahaja.
“Aku tak nak bermusuhan dengan orang. Lagipun tadi aku tengok kau tu marah sangat. Kesian aku tengok budak tu. Kecut dia. Aku pun kecut jugak tau. Pertama kali aku tengok kau marah sampai macam tu sekali. Kenapa kau marah sangat? Padahal kita bukannya…,”
“Because I LOVE YOU,” belum sempat Nurul menghabiskan ayat, Ashraf sudah memberi jawapan. Nurul yang mendengar perkataan itu sangat terkejut. “Saya tak nak sayang kena apa-apa sebab saya. Saya tahu sejak sayang jadi awek saya yang tak sah, sayang dapat banyak masalah kat sekolah,” sambung Ashraf. Nurul terus tersenyum mendengar ayat ‘tak sah’ daripada Ashraf.
“Ashraf, aku ingatkan kau main-main dengan aku. Aku tak sangka yang kau sukakan aku. Aku bukannya siapa-siapa pun. Tapi maaf, aku tak boleh nak sukakan kau.”
“But, why?”
“Boleh kita balik sekarang?” tanya Nurul membiarkan pertanyaan Ashraf berlalu pergi.
“Okey tapi sayang tak jawab lagi pertanyaan saya.”
“Sebab aku dah sukakan seseorang.” Ashraf mendengarnya tetapi masih tenang.
“Saya akan buat sayang akan suka pada saya. Itu janji saya,” Nurul hanya melihat kesungguhan Ashraf tentang perkara itu. “Sayang, nanti pergi balik sekolah saya hantar,” sambung Ashraf.
“Kenapa?”
“Saya tak nak kejadian tadi tu berulang. Itu baru conteng motor, belum apa-apakan sayang. Untuk keselamatan sayang jugak,” jawab Ashraf.
“Tapi… ayah kasi ke?”
“Balik ni saya akan cakap dengan ayah sayang. Bawak telefon tak?”
“Kenapa?”
“Keluarkan.” Nurul terus mengeluarkan hensetnya dan beri kepada Ashraf. Kelihatan Ashraf sedang menekan-nekan pad kekunci di telefon Nurul.
“Buat apa tu?” tanya Nurul sedikit pelik dengan tindakan Ashraf.
“Letak nombor telefon. Nanti senang kalau nak contact.” Sudah tertera nombor telefon Nurul di telefon iphone milik Ashraf.
“Dah pukul 6 ni. Jom balik. Nanti ayah marah.” Ashraf menghantar Nurul pulang ke rumahnya.
Share this novel