“Aaahhh!!! Penatnya!!” Nurul bangun sambil mengeliatkan badannya. Dia keluar daripada bilik dan melihat ayahnya sedang sibuk menyediakan sarapan untuk mereka pada hari Ahad tersebut. “Selamat pagi ayah. Sedapnya bau,” kata Nurul sambil menggosok matanya kerana belum basuh muka.
“Selamat pagi. Nurul pergi basuh muka dulu. Dah solat Subuh belum ni?” tanya Encik Razali.
“Belum. Nurul solat dulu la ya,” jawab Nurul dan segera berlari ke biliknya untuk menunaikan solat Subuh. Macam manalah boleh lupa ni. Selamat ayahnya mengingatkan.
Selepas siap solat, Nurul segera duduk di meja makan untuk bersarapan. Ayahnya memasak mi goreng pagi itu. Nurul makan mi itu dengan seleranya.
“Nurul penat ke?” tanya Encik Razali.
“Ada la sikit. Tapi malam tadi best betul. Dapat berjumpa dengan peminat and artis terkenal. Walaupun Nurul baru dalam bidang ni, ada jugak orang yang minat kat Nurul ni.”
“Rezeki Allah beri pada Nurul sekarang ni melimpah. Tapi kita kena bersedia dengan dugaan yang mendatang. Bidang ni tidak menentu rezekinya.”
“Ye la ayah, Nurul faham maksud ayah. Apa kata kalau kita berniaga?” cadang Nurul untuk memuaskan hati ayahnya.
“Okey jugak idea tu. Tapi kita nak jual apa?”
“Apa kata kita buka restoran. Lagipun ayah masak sedap. Kita boleh upah pekerja jugak.”
“Okey jugak. Tapi, bila kita nak pergi cari kedai, bahan, pekerja? Ayah pun bukannya ada masa sangat. Ayah pun sibuk dengan kerja dan menyiapkan jadual kamu tu.”
“Kalau hari ni tak boleh la ayah. Nurul ada janji dengan Wiya nak jalan-jalan hari ni. Apa kata kalau ayah buat semua tu masa Nurul kat sekolah? Ayah kan boleh guna kereta cari kedai kosong,” cadang Nurul.
“Ha, ye la. Nanti ayah akan usahakan.”
Bunyi lagu ‘tanpa kamu’ di henset Nurul menandakan ada orang menelefonnya. Nurul segera menjawab panggilan tersebut. Terdengar suara Wiya di hujung talian, “Nurul kau dah siap belum? Aku dah nak sampai rumah kau ni.”
“Aku baru nak mandi. Kalau kau dah sampai, masuk je rumah aku. Tunggu aku. Nanti aku cakap dengan ayah aku,” jawab Nurul.
“Hmm. Yo lah. See you nanti,” Wiya memutuskan talian.
Nurul segera pergi ke tempat ayahnya dan mengatakan Wiya akan sampai ke rumah mereka kejap lagi. “Ayah, nanti Wiya sampai ayah suruh dia masuk tau. Nurul nak mandi dulu,” kata Nurul kepada ayahnya. “Hmm, ye la,” balas ayahnya. Nurul segera ke bilik air untuk mandi. Beberapa minit kemudian, Wiya sampai dan Encik Razali membenarkan Wiya masuk ke dalam rumah.
Nurul memakai baju berwarna merah bersama seluar slack dan hanya memakai tudung sarung berwarna hitam. “Wiya, jom aku dah siap ni,” kata Nurul mengajak Wiya keluar dan salam tangan ayahnya.
Nurul dan Wiya keluar pergi shopping complex untuk beli barang yang diperlukan untuk projek sekolah mereka. Nurul hanya nak beli dekat kedai biasa saja tapi Wiya yang beria-ia nak beli kat shopping kompleks kerana dia mahu beli baju sekali.
“Wiya, kau tak bagitahu pun nak pergi kompleks. Kau tengok aku pakai macam mana,” rungut Nurul.
“Takpe. Kau tetap cantik walau pakai apa pun. Lagipun aku tak kisah kau pakai apa pun asalkan kau ada dengan aku,” kata Wiya.
Mereka berjalan-jalan menghiburkan hati sendiri untuk melepaskan tekanan pelajaran yang melambak kat sekolah. Selepas siap membeli belah, mereka ke sekolah untuk menyiapkan tugasan yang diberi Cikgu Sally.
“Kenapa kau tak datang latihan ghazal semalam? Mak Yah tu asyik tanya kau je. Ye la kau kan orang penting dalam kelab kita,” tiba-tiba Wiya bertanya pada Nurul. Mak Yah merupakan tenaga pengajar ghazal. Dialah yang mengajar Wiya menyanyi lagu ghazal.
“Aku ada hal penting yang tak dapat dielakkan,” jawab Nurul.
“Aku cari kau masa tu. Aku nak ajak kau pergi konsert Sha. Aku baru dapat tiket hari Sabtu tu. Ni ayah aku punya pasal la. Dia lupa nak belikan tiket konsert Sha. Dah aku tak dapat ajak kau. Kalau aku dapat tiket tu cepat kan kau boleh ikut. Aku beli dua tau. For me and you.”
“Sorry la. Aku tak tahu. Habis tu tiket tu kau kasi kat siapa?” Nurul bertanya.
“Aku ajak Ashraf. Tak sangka dia pun minat jugak dengan Sha.”
“What? Ashraf?” Nurul terkejut.
“Hmm. Ye la. Habis tu semalam dia datang latihan ghazal. Dia nak jadi ahli kelab kita. Nama dia dah daftar semalam. Aku tulis. Aku tengok kau takde, so aku mula-mula saja-saja je ajak dia, sekali kau dia bayar terus tiket tu and setuju keluar dengan aku tengok konsert Sha sama-sama.”
“Ruginya aku,” Nurul membuat muka sedih.
“Kenapa kau buat muka sedih ni? Dah takde rezeki kau nak buat macam mana. Kau sebenarnya ada hal apa sampai tak datang?”
“Err, aku ziarah kubur ibu aku. Ayah aku tiba-tiba pulak nak lawat petang tu,” balas Nurul.
“Sayang betul ayah kau kat mak kau tu kan? Jealous aku dibuatnya.”
“Of course la ayah aku tu sayang. Dah la perkara yang lalu tak usah dikenang. Ni nak buat apa sekarang ni?”
“Aku lukis gambar jantung ni, kau tulis tau,” Wiya memberi tugas.
“Okey,” balas Nurul.
Selepas siap tugasan yang diberi, Wiya menghantar Nurul pulang ke rumah.
“Jumpa esok. Kau jangan lupa pulak bawa kertas tugasan tu. Esok Cikgu Sally nak tengok,” kata Nurul pada Wiya.
“Ye aku ingat. Nanti kalau aku tak bawak kang nanti kena denda dengan Cikgu Sally tu. Aku tak mau. Serik aku kena denda dia. Aku tak nak kena lagi,” balas Wiya sambil ketawa teringat kisah dia didenda Cikgu Sally kerana tak siap kerja dan tak bawa buku.
“Aku masuk dulu. Hati-hati dalam perjalanan balik. Bye,” kata Nurul.
“Ye la. Bye,” balas Wiya yang sedang menaiki kereta Mercedes merah yang dipandu drivernya. Wiya melambaikan tangan kepada Nurul.
Nurul masuk ke dalam rumah dan menyalam ayahnya yang menunggu di ruang tamu. Kemudian Nurul memasuki bilik untuk menyiapkan kerja sekolah yang belum siap.
“Hmm, banyaknya kerja sekolah. Malas pulak nak buat. Tapi kalau tak siap kena marah dengan cikgu. Apalah nasib,” Nurul berkata sendiri sambil mengambil kerja sekolahnya untuk disiapkan.
“Nurul, makan,” jerit ayahnya untuk makan tengah hari.
“Ye ayah. Kejap lagi Nurul turun,” balas Nurul.
“Okey, cepat sikit tau. Ayah tunggu kita makan sama-sama.”
Beberapa minit kemudian Nurul turun untuk lunch. Selepas siap makan Nurul solat berjemaah bersama ayahnya kemudian menyiapkan kerja yang bertimbun-timbun itu.
“Nurul, tahniah atas konsert malam tadi. Nurul memang hebat dan berbakat,” kata ayahnya semasa Nurul menyiapkan kerja sekolah.
“Terima kasih ayah.”
“Nurul tengah buat kerja sekolah apa? Mesti Nurul penatkan dengan sekolah dan aktiviti sebagai artis.”
“Takpe la ayah. Nurul dah biasa. Lagipun ini kehendak Nurul sendiri. Nurul yang pilih jalan ni kan. So, Nurul kena terima apa pun yang akan berlaku.”
Encik Razali menepuk bahu Nurul kerana bangga dengan ketabahan Nurul kemudian meninggalkan Nurul menyiapkan kerja sekolahnya.
Roy segera menaip liputan konsert Sha. Dia teringat kata Tiara yang mengatakan Sha merupakan pelajar tingkatan 5. Dia terus menaip berita yang akan menggemparkan semua orang itu. Dengan gembiranya dia menaip perkara itu. Pasti namanya akan naik dengan berita ini. Dia akan masukkan berita itu dalam majalah dan surat khabar supaya Sha akan mengetahui perkara itu. “Habislah kau Sha. Ini baru permulaan, Sha. Kita tengok apa akan terjadi nanti. Adakah budak belasan tahun ini mampu menangani masalah yang timbul ini. Aku akan siasat siapa kau sebenarnya sampai lubang cacing sekalipun,” kata Roy sendiri.
Keesokan harinya, Isnin Nurul bersekolah seperti biasa. Dia mengikuti perhimpunan wajib hari Isnin kemudian belajar seperti biasa.
Kkkrriiinngg!!! Loceng berbunyi menandakan rehat. Seperti biasa Nurul akan turun ke kantin bersama Wiya.
“Nurul, jom makan,” jerit Wiya.
“Jom. Aku pun lapar ni,” balas Nurul.
“Wiya, Nurul nanti kejap. Aku nak ikut korang pergi kantin. Kita pergi sama-sama,” tiba-tiba Ashraf memanggil mereka untuk pergi ke kantin bersama.
“Ashraf kau nak join kita orang jugak ke?” Wiya bertanya.
“Yela, kenapa? Tak boleh ke?”
“Takde la pelik je. Banyak-banyak budak lelaki pergi kantin kenapa kau tak ikut nak jugak dengan kita orang. Kau tu kan dah popular, nanti kalau ada orang serang kita orang macam mana?” balas Wiya menyindir.
“Aku takde la popular mana. Biasa je. Aku dengar kau pun popular jugak kat sekolah ni Wiya. Ramai jugak jejaka yang nak dengan kau,” kata Ashraf.
“Dah la kau. Jom,” kata Wiya malas nak layan Ashraf yang mengusiknya.
“Nurul, kenapa kau diam je ni?” tanya Ashraf kepada Nurul.
“Takde apa. Dah takde nak cakap apa, aku diam je la,” balas Nurul bersahaja.
“Wiya, aku nak pergi koperasi kejap nak beli biskut. Kau nak tak?” tanya Nurul.
“Boleh jugak. Belikan aku satu macam biasa,” balas Wiya dengan gembira apabila dia dapat biskut kegemarannya. Wiya segera memberi Nurul duit dan Nurul pergi ke koperasi.
Nurul mengambil biskut Lexus Cheese dua. Ketika Nurul hendak membayar, Cikgu Ikram meminta tolong dengannya. Cikgu Ikram merupakan guru yang mengajarnya Fizik, jadi Cikgu Ikram kenal dengan Nurul yang merupakan muridnya, 5 Dahlia.
“Nurul, saya nak minta tolong sikit,” kata Cikgu Ikram.
“Boleh cikgu. Tolong apa?” balas Nurul.
“Awak boleh tolong hantarkan surat khabar ini dekat bilik guru tak? Saya tak sempat nak letak sebab lepas ni saya ada kelas.” kata Cikgu Ikram sambil menunjukkan surat khabar yang harus dihantar oleh Nurul.
“Boleh cikgu. Lagipun saya lalu bilik guru.”
“Terima kasih,” Cikgu Ikram mengucapkan terima kasih sambil memberi surat khabar itu pada Nurul. Nurul mengambil surat khabar dan berlalu menuju ke kantin untuk bertemu dengan Wiya yang sibuk menikmati hidangan mi hun sup di kantin bersama Ashraf.
“Nah, biskut kau. Wiya, aku nak pergi dulu. Aku nak hantar surat khabar ni kat bilik guru. Chaw dulu tau,” kata Nurul.
“La nak pergi dah ke? Tunggu la aku. Nanti aku nak balik kelas dengan siapa?” balas Wiya.
“Ashraf kan ada. Kau balik kelas dengan dia la. Apa susah?”
“Kau ni memang la, sengaja tau.” Wiya membuat muka masam tetapi tidak dipedulikan Nurul. Nurul terus menuju ke bilik guru untuk menghantar surat khabar. Semasa dalam perjalanan Nurul terbaca satu ayat dalam surat khabar tersebut mengatakan Sha merupakan pelajar tingkatan 5.
“What???” Nurul menjerit perlahan apabila melihat tulisan itu. Nak terjatuh surat khabar itu. Selamat Nurul pandai cover keadaan. “Macam mana boleh jadi macam ni?” Nurul bertanya diri sendiri. Dia kebingungan dengan berita yang baru diketahuinya. Nurul segera patah balik ke koperasi untuk membeli surat khabar.
“Nurul, kau buat apa patah balik ni?” Wiya bertanya selepas melihat Nurul melepasi kantin untuk ke koperasi.
“Takde apa,” balas Nurul lalu pergi ke koperasi.
“Cikgu, saya nak beli surat khabar satu,” kata Nurul kepada Cikgu Ikram. Cikgu Ikram memberi surat khabar. Selapas Nurul membayar, dia terus keluar dari koperasi. Nurul berjalan dengan laju.
“Nurul, tunggu la. Kita pergi sama-sama,” jerit Wiya. Nurul berhenti untuk menunggu Wiya dan Ashraf. Mereka berjalan bersama-sama menuju ke bilik guru kemudian kembali ke kelas. Nurul segera membuka surat khabar untuk melihat isi kandungan berita tentang Sha.
ARTIS MISTERI SHA YANG MENINGKAT NAIK ADALAH PELAJAR SPM.
Sha, artis yang meningkat naik dan sering menutup identiti sebenar merupakan seorang pelajar tingkatan 5. Berita ini didapati oleh seseorang yang mendengar perbualan antara Sha dengan ayahnya.
Belum sempat Nurul habis baca, Zira merampas surat khabar tersebut. Zira sememangnya tidak senang dengan Nurul dan Wiya. Dia menganggap Nurul adalah seorang yang miskin dan tidak selevel dengannya. Kalau dia tahu Nurul tu Sha macam manalah.
“Apa ni, Zira? Kenapa kau rampas surat khabar aku? Aku belum habis baca la,” marah Nurul.
“Ek eleh kau ni. Suka hati aku la nak buat apa pun. Aku punya tangan,” balas Zira dengan sombong.
“Kau ni dah keterlaluan tau.”
“Ada aku kisah,” Zira membalas. Dia membaca helaian yang telah dibuka Nurul mengenai berita Sha. “What??” jerit Zira kuat dengan mulut ternganga sehingga nyamuk pun boleh masuk.
“Kau ni dah kenapa, Zira?” kata seorang sahabat karib Zira yang duduk bersebelahan dengannya, Alia.
“Kau tengok ni Alia. Artis kesukaan aku sama baya dengan kita,” kata Zira dengan membuat memek muka sedih.
Selepas mendengar kata Zira, semua murid kelas 5 Dahlia berkerumun untuk melihat surat khabar itu dan berita tentang artis kesukaan mereka. Mereka semua terkejut dengan berita itu. Mereka bercakap sesama sendiri.
“Assalamualaikum kelas,” Cikgu Leha memberi salam. Semua murid kelam kabut untuk duduk di tempat masing-masing. Cikgu Leha adalah guru bahasa Melayu kelas mereka. Mereka belajar dengan perasaan ingin tahu mengenai Sha, artis misteri.
“Aku rasa kita mesti selidik tentang hal Sha ni. Aku betul-betul nak tahu siapa dia yang sebenarnya,” bisik Zira pada Alia semasa Cikgu Leha mengajar. “Balik ni kau terus pergi rumah aku,” sambungnya.
Semua murid dan guru balik ke rumah. Zira dan Alia membuat plan untuk mengetahui siapa Sha. Selepas balik sekolah Zira dan Alia melihat gambar Sha untuk meneliti muka Sha yang sebenarnya.
“Macam mana kita nak cari. Pelajar tingkatan 5 kat Malaysia ni ramai tau. Susah tu nak cari,” rengek Alia.
“Kau ni, usaha tangga kejayaan tau. Kalau kita bersabar jumpa la dengan Sha ni,” jawab Zira. “Aku nak mulakan dengan sekolah kita dulu. Mana tahu artis tu sama sekolah dengan kita. Sekolah kita kan popular. Lagipun Sha tu memang orang Johor. Aku ada baca berita pasal asal dia masa tu. Kita mulakan dengan kelas kita dulu. Kita scan gambar satu-satu dan samakannya dengan Sha. Aku rasa kita patut tengok senyuman Sha la. Senyuman dia ni manis macam aku,” kata Zira menggedik. “Alia, kau tolong amikkan gambar kelas kita kat majalah sekolah,” Zira menunjukkan laci di mana dia menyimpan majalah sekolah.
“Kat sini ke?” tanya Alia sambil membuka laci yang ditunjukkan Zira. “Okey, aku jumpa,” kata Alia dengan gembira.
“Sini, bagi aku,” kata Zira sambil membuka komputer. Mereka melihat satu persatu gambar murid yang ada dalam kelas mereka untuk menyamakannya dengan Sha. Apabila tiba gambar Nurul, Alia terperasan bahawa senyuman Nurul sama dengan Sha.
“Zira, cuba kau tengok gambar Nurul ni. Kau perasan tak yang senyuman Nurul ni sama dengan Sha,” kata Alia sambil menyentuh dagunya.
“Mana kau ni. Tak mungkinlah Nurul tu Sha,” Zira menyangkal.
“Cuba kau tengok betul-betul,” jawab Alia meyakinkan Zira dengan dugaannya.
“Ye la. Aku tengah tengok la ni. Kejap,” Zira meneliti betul gambar Nurul. Alangkah terkejut beruknya Zira apabila dia menyedarinya. “Betullah. Sama. Tapi kita kena pastikannya dengan bukti. Kita tak boleh cakap melulu nanti orang tak percaya. Lagipun, aku pelik juga macam mana Nurul yang miskin tu boleh masuk ke sekolah kita yang kebanyakannya adalah anak-anak orang kaya,” fikir Zira. Beberapa minit kemudian, Zira mendapat idea bagaimana nak mendapatkan bukti bahawa Nurul adalah Sha. “Aku tahu. Sha kan pakai topeng, so kita kena dapatkan topeng Sha. Kalau topeng tu ada pada Nurul, maka Nurul adalah Sha.”
“Macam mana kita nak cari topeng tu? Takkan nak masuk rumah Nurul pulak semata-mata nakkan topeng tu. Lagipun kita tahu ke topeng apa yang Sha pakai. Sha mesti banyak koleksi topeng, kan?” jawab Alia.
“Bagus idea kau tu,” kata Zira tiba-tiba.
“Idea apa pulak aku bagi kat kau,” Alia sudah kehairanan.
“Kalau kita nak tahu Nurul tu Sha, Nurul mesti banyak topeng kat rumah dia. Kita upah orang untuk masuk rumah Nurul dan curi satu topeng daripadanya.”
“Tak sangka aku ni pandai jugak,” Alia membangga diri.
Share this novel