BAB 10

Romance Series 1962

Seperti yang dijanjikan pada hari sabtu Ashraf akan menjemput Nurul pergi ke latihan ghazal petang itu untuk surprise. Mereka pergi selepas Ashraf meminta izin daripada ayah Nurul.

         “Apa surprise yang kau maksudkan? Mana surprisenya?” Nurul tak sabar ingin tahu.

         “Ada lah… kejap lagi... kita masuk buat latihan dulu,” Ashraf membuka pintu untuk Nurul.

         “Okey. Thanks.”

         Mereka duduk di tempat masing-masing. Nurul berada di tempat peti harmonium dan kadang-kadang di tempat gitar, Wiya berada bersama dengan Mak Yah untuk latihan menyanyi manakala Ashraf berada di tempat violin. Ashraf memilih violin sejak dia masuk ke kelab ghazal. Dia sudah semakin pandai bermain violin seperti sudah sebati dengan dirinya. Sekejap sahaja dia dapat bermain violin dengan baik. Katanya nanti dia nak bermain violin dalam orchestra, tu pun kalau ada masa. Tepat jam 3.30 petang Ashraf mengajak Nurul keluar untuk surprise. Ashraf mengajaknya duduk di tepi tangga berdekatan bilik ghazal.

         “Dipersilakan duduk, tuan puteri,” Ashraf menunjukkan anak tangga untuk mereka duduk.

         “Kat sini ke?” Nurul bertanya sambil menunjuk anak tangga yang akan dia duduki.

         “Ya, tuan puteri. Tuan puteri kena duduk sini jer jangan pergi mana-mana tau. Gerak masuk bilik ghazal pun tak boleh,” arah Ashraf. Selepas Nurul duduk Ashraf masuk ke dalam bilik ghazal kembali.

         “Eh, kenapa si Ashraf ni masuk pulak? Takkan nak tinggalkan aku sorang-sorang kat luar. Kata nak buat surprise,” kata Nurul seorang diri yang pelik dengan perangai Ashraf.

         Dah setengah jam Nurul tercongok kat tangga tu. Dia nak masuk tapi teringat pulak kata-kata Ashraf. Tak lama selepas itu dia mendengar petikan gitar menuju ke arahnya. Kelihatan Ashraf bersama dengan gitar memainkan lagu ‘Suara(Ku berharap)’ nyanyian kumpulan Hijau Daun. Nurul yang terkejut dengan perbuatan Ashraf hanya menghayati lirik lagu itu. Dia tahu lirik itu merupakan isi hati Ashraf.

         Selepas habis menyanyikan lagu ‘Suara(Ku Berharap)’, Ashraf menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’. Alangkah terkejutnya Nurul apabila melihat sebiji kek berbentuk empat segi yang dibawa oleh ayahnya sendiri bersama dengan pengawal Ashraf. Semua orang yang berada di dalam bilik ghazal juga keluar bersama-sama dengan alat muzik masing-masing menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’. Nurul sangat terharu. Dia sendiri boleh lupa hari jadi dia hari tu. Tak expect langsung. Tu lah sibuk sangat dengan latihan nyanyian sampai lupa hari lahir sendiri. Dia tak tahu nak kata apa. Dia hanya melihat keadaan sekeliling sahaja. Dia tidak sedar yang air matanya sudah jatuh ke pipi kerana terlalu gembira. Dia meniup lilin dan memotong kek selepas nyanyian habis.

         “Kenapa nangis pulak ni??” Ashraf  bertanya selepas dia melihat air mata keluar daripada mata Nurul.

         “Entah tu kau ni, kau patut happy tau. Ini semua idea Ashraf kesayangan kau. Dia yang buat semua ni,” Wiya pula menyampuk.

         “Aku tengah happy la ni. Ni air mata gembira la… Ashraf ,thanks.”

         “Nah ni hadiah untuk kau. Harap kau suka,” Wiya memberi Nurul sebuah hadiah. Mereka berpelukan.

         “Thanks.”

         “Ni daripada ayah pulak,” giliran Encik Razali pula memberi hadiah.

         “Terima kasih, ayah.” Nurul menyalam tangan ayahnya.

         “Ini untuk kau. Special punya aku buat,” giliran Fariz pula. Dia hanya merasa biasa sahaja berdepan dengan Fariz. Tak macam sebelum ini. Fariz adalah salah seorang pengajar ghazal.  Dia tua lebih dua tahun daripada Nurul. Fariz memang berbakat dalam muzik. Boleh dikira semua alat muzik yang ada dalam bilik ghazal tu dia pandai main.

         “Thanks.”

         “Ashraf, kau tak kasi hadiah untuk Nurul ke?” Wiya bertanya selamba.

         “Mestilah kasi… Special punya… tapi bukan sekarang…” jawab Ashraf membuat saspens.

         “Ek eleh, mamat ni buat suspens pulak. Tak beritahu lah tu kasi apa. Tak pe nanti boleh beritahu, kan Nurul??” Wiya meminta daripada Nurul supaya memberitahunya apabila sudah mendapat hadiah daripada Ashraf. Nak tahu juga dia, hadiah apa yang Ashraf akan beri kepada orang yang disayanginya. Kata anak orang kaya, takkan kedekut kot. Mesti mahal.

         “Okey.”

         “Pak cik, saya nak minta izin bawa Nurul keluar malam ni, boleh tak?” minta Ashraf.

         “Pukul berapa kamu nak hantar Nurul balik?”

         “Pukul 10 saya sampai depan rumah pak cik. Macam mana?”

         “Okey, kalau lewat 1 saat siaplah kamu.”

         “Okey pak cik, beres.”

         “Nurul, ayah awak kasi kita keluar. Nanti jam 8 malam saya jemput awak. Awak pakai cantik-cantik tau. Saya ada sesuatu untuk awak,” kata Ashraf dengan Nurul. Wiya yang berada di sebelah Nurul hanya mendengar.

         “Tapi aku tak reti nak cantik-cantik ni,” balas Nurul.

         “Yang tu kau tak payah risau. Aku kan ada. I can makeover you,” Wiya recommend dirinya untuk membantu Nurul.

         “Okey, bagus jugak. Pastikan awek aku cantik malam ni,” sakat Ashraf.

         “Yes, bos,” jawab Wiya sambil membuat tabik depan Ashraf dan Nurul. Yang lain hanya memerhati sambil menjamu kek dan KFC yang disediakan oleh Ashraf.

         Selepas balik daripada ghazal, Wiya terus memilih baju untuk dipakai Nurul malam ni. Habis bersepah bilik Nurul, Wiya kembur. Semua tak kena.

         “Kau ni tak de baju yang cantik ke?? Baju show yang kau pakai cantik-cantik tu mana??” tanya Wiya.

         “Itu baju sponsor lah. Nak buat apa beli baju kalau dah ada sponsor,” balas Nurul. 

         “Ek eleh kau ni… kedekut betul… duit show kan dapat banyak.”

         “Banyaklah sangat. Banyak lagi benda yang harus aku utamakan.”

         “Nurul, ni ada barang untuk kamu daripada Ashraf,” kata Encik Razali selepas mengetuk pintu bilik Nurul. Wiya membuka pintu dan mengambil barang daripada tangan ayah Nurul.

         “Terima kasih, pak cik. Ashraf  ke yang hantar?” soal Wiya.

         “Tak lah. Pengawal dia.”

         “Ooohhh.”

         “Dahlah pak cik turun dulu. Ada kerja sikit.”

         “Okey pak cik.” Wiya terus membuka bungkusan daripada Ashraf. Mereka melihat sehelai baju yang cantik berwarna biru dan silver di dalam bungkusan tersebut.

         “Ya ALLAH, Nurul… cantiknya….,” Wiya memuji baju itu. Kedengaran sms masuk di henset Nurul.

         ‘Askm, Nurul awak dh dpt bungkusan drpd sye blom?’ mesej daripada Ashraf diterima. 

        ‘Dah, thankz. Pndai ko pilih,’ Nurul membalas sms Ashraf.

         “Sape tu?” soal Wiya.

         “Ashraf.”

         “Wah, dah mesej-mesej pulak. Bila masa korang tukar number phone ni?? Tak kasi tahu pun.”

         “Ada lah.”

         “Ek eleh minah ni nak berahsia pulak. Takpe, nanti aku tahu jugak. Dah la pergi mandi.” Nurul segera pergi ke bilik air manakala Wiya mencari alatan make up di bilik Nurul.

         “Eeh, bedak jer kat atas meja ni. Biar betul minah ni,” Wiya bercakap seorang diri. Kelihatan Nurul baru keluar daripada bilik air.

         Dengan pantasnya Wiya bertanya, “Nurul, kau takde make up ke?”

“Itu bedak bukan make up ke?” Nurul buat loyar buruknya.

         “Ini kau kata make up.” Wiya menunjukkan bedak yang dia jumpa di meja Nurul. “Takkan sikit gincu, eye shadow ke blusher  pun takde?” sambungnya lagi.

         “Kau ada nampak ke kat bilik ni?”

         “Habis tu show kau tak pakai make up la?” Wiya dah bengang dengan jawapan yang diberikan Nurul. Orang tanya, jawapannya hanya menyakitkan hati je. Baik tak payah tanya kalau macam tu. 

         “Tak la. Kalau pakai pun bedak je la. Tu pun pakai sendiri. Takkan nak suruh orang make upkan, habislah rahsia aku.”

         “Okey, takpe sekarang baru pukul 6.30 petang. Ada masa lagi.” Wiya segera mengambil handphonenya dan menelefon seseorang.

         “Kejap lagi make up sampai,” kata Wiya. Selesai masalah.

         “Apa? Make up? Alah tak payah la make up, aku tak suka la… Lagipun nak pergi mana je. Aku pun tak tahu.”

         “Aku kan dah cakap akan make over kau untuk malam ni.”

           “Suka hati kau la.”

         Tak lama kemudian barang make up Wiya sampai dihantar oleh pemandunya.

         “Kau boleh sembahyang tak?” Wiya bertanya.

         “Boleh,” jawab Nurul pendek.

         “Kita solat dulu baru siapkan muka kau ni.” Selepas menunaikan solat, Wiya memulakan aksinya memake up Nurul.

         “Kita make up dulu baru pakai baju ni,” Wiya berkata sambil menunjukkan baju yang Ashraf beri. Selepas siap make up, Nurul salin pakaian. Baju gaun pendek biru dan silver bersama dengan seluar jeans hitam dipakai Nurul. Masa untuk memakai selendang pula. Memang barang yang Ashraf  bagi complete dari hujung kaki hingga hujung kepala. Kasut pun dia yang kasi.

         Tepat jam 8 malam Ashraf tiba di rumah Nurul. Ashraf hanya seorang diri tanpa pengawalnya. Dia menaiki kereta sportnya. Encik Razali membenarkannya masuk ke dalam rumah kemudian dia memanggil Nurul yang berada di bilik bersama Wiya.

         “Nurul, kamu dah siap belum? Ashraf dah sampai. Dia ada di bawah,” kata Encik Razali.

         Wiya segera membuka pintu bilik. Encik Razali terkejut dengan penampilan Nurul. Nurul mengenakan mekap nipis untuk menyerikan mukanya yang semakin putih. Sememangnya dulu dia seorang gadis hitam manis tetapi sekarang sudah semakin cantik gamaknya.

         “Cantiknya anak ayah. Tak sangka ayah Nurul jadi secantik ni,” sambung Encik Razali selepas melihat Nurul.

         “Mestilah cantik, pak cik. Wiya yang mekapkan,” Wiya membangga diri.

         “Dah, mari turun. Kesian Ashraf nanti dia tunggu lama,” kata Encik Razali. Mereka turun menuju ke ruang tamu. Kelihatan Ashraf duduk di situ dengan memakai baju berwarna Biru Laut yang sememangnya sepadan dengan Nurul.

         Ashraf tercengang melihat penampilan Nurul. Mulutnya terlopong sehingga lalat pun boleh masuk dalam mulut dia.

         “Hoi Ashraf, kalau ye pun Nurul ni cantik, tak payah lah terlopong macam tu sekali. Kang nanti tak pasal-pasal mati tercekik lalat,” gurau Wiya. Nurul dan Encik Razali hanya ketawa dengan kata-kata Wiya. Ashraf pula malu dengan perbuatannya.

         “Nurul, awak dah siap, kan? So, boleh kita bertolak sekarang?” Ashraf bertanya untuk menutup malu.

         “Okey. Ayah, Nurul pergi dulu,” Nurul meminta izin dan menyalam Encik Razali. Kemudian giliran Ashraf pula salam Encik Razali. Wiya juga meminta izin untuk pulang ke rumah apabila pemandunya kelihatan sudah berada di depan rumah.

         Ketika Nurul dan Ashraf berada di dalam kereta, mereka hanya diam membisu. Selepas beberapa minit berlalu, baru Ashraf memulakan bicara, “Cantik awak hari ni, tak sangka saya awak akan jadi secantik ni.”

         “Jadi selama ni saya tak cantik lah,” balas Nurul. Sejak bila dia ber’saya awak’ dengan Ashraf pun tak tahu.

         “Bukan macam tu. Ya lah selama ni saya tak pernah pun tengok awak mekap.”

         “Saya ni jenis orang yang tak suka pakai mekap. Saya pakai ni pun sebab Wiya yang paksa.”

         “Kalau awak tak mekap pun cantik jugak.”

         “Ye lah tu.”

         “Ye lah, kalau tak takkan saya suka kat awak. Pada mata saya, awaklah wanita yang paling cantik dalam dunia ni selain …”

         “Selain siapa?” pantas saja Nurul ingin tahu.

         “Mama saya.”

         “Awak suka saya sebab itu je ke?”

         “Banyak jugak sebab lain.”

         “Antaranya… sebab saya ni Sha ke? Artis yang awak minat.” Serius Nurul bertanya.

         “Serius nampak… okey… saya sebenarnya tak kisah awak siapa, yang penting hati saya dah terpaut pada awak. Nurul, saya… nak tanya … awak sikit pun tak pernah cintakan saya ke?”

         Nurul hanya diam tidak menjawab soalan itu. “Kita nak pergi ke mana ni?” Nurul berdalih membiarkan soalan Ashraf berlalu pergi.

         “Kejap lagi kita sampai,”jawab Ashraf.

         Mereka tiba di D’99 Bistro. Tiada seorang pun pelanggan di situ. Hanya ada pekerja dan seorang chef di situ.

         “Mana semua orang??” Nurul bertanya pelik.

         “Nurul, kat sini hanya ada saya dan awak sahaja. Just us. Saya tempah restoran ni untuk kita berdua,” Ashraf terangkan. Mereka duduk di tempat yang sudah tersedia dengan cahaya lilin. Tempat yang sungguh romantik.

         Selepas mereka duduk, kelihatan seorang chef keluar membawa makanan. Chef itu membuat sushi di depan mereka.

         “Saya tahu awak suka makan sushi,” kata Ashraf selepas hidangan sushi tersedia oleh chef tersebut. Nurul hanya tersenyum dan menjamu selera.

         Kedengaran bunyi violin dan gitar yang dimainkan oleh pekerja restoran tersebut. Mereka memainkan lagu ‘Suara(Ku Berharap)’. Memang lagu itu sudah menjadi kegemaran Ashraf dan Nurul sejak Ashraf  bermain untuk Nurul petang tadi.

         “Can we dance?” Ashraf bertanya kepada Nurul untuk mengujinya.

         “Sorry. We are not mahram,” jawab Nurul.

         “Habis kalau kita kahwin nantI, boleh lah kita menari? Kan dah jadi mahram,” gurau Ashraf.

         “Ke situ pulak perginya. Kita ni muda lagi lah. Kena bina kerjaya dulu lepas tu baru boleh kahwin,” kata Nurul.

         “Jadi awak nak kahwin dengan saya la ni?”

         “Tak semestinya. Kalau jodoh saya tak dengan awak, saya tak kahwin dengan awak.”

         “Okey, saya akan pastikan yang kita akan berkahwin satu hari nanti. Saya akan buat awak suka dan cinta pada saya. Dan… bina kerjaya dulu… Cerita pasal kerjaya ni… awak nak jadi apa? Awak tetap nak jadi mystery singer or else?”

         “Saya tak tahu kerjaya saya pasal bidang hiburan ni. Cita-cita saya nak jadi forensic… tapi masa depan kita, kita tak tahu. Awak pulak??”

         “Kalau saya… saya kena bekerja di syarikat keluarga saya tu. Cita-cita saya pun macam awak jugak… tapi nak buat macam mana kan, macam yang awak cakap tadi. Oh! Ye, saya ada hadiah untuk awak. Saya harap awak akan suka,” Ashraf teringat akan hadiah untuk Nurul. Sebuah kotak yang tersampul rapi berwarna merah dan bercorak hati.

         “Bukalah,” sambung Ashraf.

         Nurul membuka hadiah yang diberi oleh Ashraf. Terkejut Nurul apabila melihat seutas gelang emas berada di dalam kotak tersebut. “Awak…, terima kasih banyak-banyak. Cantik gelang ni. Pandai awak pilih. Mesti mahal,kan?”

         “Sebenarnya saya tak pilih pun. Saya tempah kat kedai. Kat gelang tu ada nama saya dan awak. Ashraf dan Nurul. Dengan itu, awak akan ingat saya selalu bila awak tengok atau pakainya. Kalau nak cakap mahal tu, ia takde bandingnya dengan cinta saya pada awak. Nurul, awak tak cintakan saya ke?” Ashraf tiba-tiba bertanya kepada Nurul menginginkan kepastian lagi. Nurul hanya mendiamkan diri setelah Ashraf bertanya soalan kepadanya. “Takpe, kalau awak tak boleh jawab sekarang, saya akan tunggu awak sampai awak bersedia untuk memberi jawapan kepada saya. Saya akan tunggu 3 perkataan awak tu,” sambung Ashraf. Mereka pulang ke rumah sebelum pukul 10 seperti yang dijanjikan Ashraf kepada Encik Razali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience