BAB 5

Romance Series 1962

Pagi yang tenang membuatkan Nurul bangun cepat. Seperti biasa rutin hariannya sebelum berangkat ke sekolah.

         “Hoi, Wiya kau berangan apa ni?” Nurul mengejutkan Wiya yang mengelamun dari tadi.

         “Alah, kau ni Nurul, kacau la,” kata Wiya dengam buat memek muka geram.

         “Sorry la. Kau ni berangan apa pagi-pagi ni?” Nurul ingin mengorek rahsia.

         “Takde apa. Saja jer berangan, kenapa tak boleh ke?” jawapan yang bersahaja.

         “Hai girls, apa yang korang bualkan ni? Nampak best jer,” sampuk Ashraf.

         “Sibuk je la kau ni Ashraf,” balas Wiya.

         “Alah, aku nak join jugak,” kata Ashraf. “Bosanlah sorang-sorang. Aku kan tak pernah sorang-sorang,” sambungnya.

         “Hai, mana bodyguard kau? Selalu dia orang ada jer. Kau tak takut ke kalau ada orang serang kau. Selalu kan bodyguard kau yang pertahankan kau,” sindir Nurul.

         “Aku kasi dia orang cuti hari ni. Yela takkan nak jaga aku jer. Rimaslah aku kalau macam tu. Aku ni jenis orang yang tak suka di control, okey.”

         “Ashraf, dari dulu aku nak tanya tapi tak tertanya-tanya,” kata Wiya. “Kau ni sebenarnya siapa? Kenapa kau kena sentiasa ada bodyguard?” sambung Wiya.

         “Aku ni Ashraf lah. Takkan makhluk asing planet Marikh. Aku ni orang Bumi,” jawapan Ashraf membengangkan Wiya. “Kalau pasal bodyguard tu, macam kau tak tahu yang aku ni banyak peminat. Mesti ada orang yang akan kejar aku. So, lebih baik buat perlindungan dulu,” sambung Ashraf dengan kereknya.

         “Kau ni aku tanya betul-betul, dia main-main pulak. Aku tahu la nama kau tu Ashraf dan ramai peminat sampai nak ada bodyguard yang kena jaga kau. Yang aku hairannya, kat sekolah ni ramai jugak anak orang kaya dan banyak peminat…,” kata Wiya terhenti apabila Ashraf menyampuk.

         “Macam Wiya,”sampuk Ashraf.

         “Hoi, dengarlah aku cakap dulu. Tak semestinya aku,” marah Wiya. “Tapi kau ni kenapa nak ada bodyguard semata-mata nak perlindungan daripada gadis-gadis yang minat kat kau tu? Baik kau cakap yang sebenarnya… kalau tak aku merajuk tak nak kawan dengan kau,” sambung Wiya menanyakan soalan yang tergendala kerana Ashraf memotong katanya dan mengugut Ashraf memberitahu hal yang sebenar mengenai diri Ashraf.

         “Okay, I just tell to you guys. Wiya, Nurul, sebenarnya aku…. aku… tak tahu la nak cakap macam mana. Kau orang jangan beritahu sesiapa tau tentang perkara ni. Ni secret kita,” balas Ashraf gagap. “Aku sebenarnya satu-satunya waris Syarikat Berjaya Holdings,” jawab Ashraf satu persatu.

         “What??” jerit Nurul dan Wiya serentak sehingga murid yang lain dengar jeritan mereka. Akhirnya persoalan yang berada di minda selama ini sudah mendapat jawapannya. Ashraf yang terkejut dengan jeritan mereka segera memberi isyarat supaya senyap dengan meletakkan jari telunjuknya di mulut. Mulut siapa? Mulut dialah. Takkan mulut Nurul dengan Wiya kot. Kalau nak cuba penangan pelempang mereka cubalah. Mahu demam tiga hari tiga malam.

         “Apa? Kau ni biar betul. Syarikat tu syarikat yang terbesar dan terpengaruh kat Malaysia ni kan? Syarikat tu dah pun sampai ke luar negara,” kata Wiya dengan berbisik bagi mengelakkan orang tahu mengenai Ashraf. Sememangnya orang tahu Ashraf anak orang kaya tetapi tidaklah sampai anak orang kaya giler yang mereka fikir.

         “Mana kau tahu semua ni, Wiya?” tanya Nurul.

         “Papa aku yang selalu cakap mengenai syarikat tu. Lagipun Syarikat Berjaya Holdings ada share kat syarikat papa aku. Bapa aku tu sibuk cerita kat rumah tentang perihal syarikatnya tu. Saja nak suruh aku dengar. Dia nak aku uruskan syarikatnya nanti. Aku kan anak tunggal. Aku kalau bab-bab business corporate ni, memang tak ngamlah. Kau pun tahu kan aku nak jadi doktor,” jawab Wiya yang sememangnya keras kepala. Yang dia tahu kata-katanya mesti dituruti. Biasalah anak manja. “Tapi betul ke kau ni??” sambung Wiya masih tak percaya.

         “Betul la, kau tak percaya ke? Nak bukti?” balas Ashraf.

         “Okey, buktikan,” jawab Nurul.

         “Okey, balik ni kau orang ikut aku. Kita pergi syarikat aku,” kata Ashraf untuk membuktikannya.

         “Okey. Deal,” balas Nurul dan Wiya serentak.

         “Tapi kan, kenapa bodyguard jaga kau sampai kat sekolah? Jaga luar kelas lagi,” tanya Wiya.

         “Papa aku takut aku diapa-apakan sebab masa aku kecik-kecik dulu ada kejadian yang tak diingini berlaku kat aku. Aku pun tak ingat kejadian apa yang jadi dekat aku. Papa aku pun secretive and overprotective. Yela, aku kan satu-satunya waris dia,” jawab Ashraf. Beberapa minit kemudian cikgu pun masuk ke kelas mereka belajar seperti biasa. Loceng balik berbunyi. Seperti yang telah dijanjikan, Ashraf akan membawa Nurul dan Wiya ke syarikatnya.

         “Jom, naik kereta aku,” ajak Ashraf masuk ke dalam kereta BMW kelabu. Mereka pergi ke syarikat Ashraf yang sangat terkenal di Malaysia. Mereka sampai dan masuk ke dalam syarikat tersebut. Syarikat itu sangat besar. Syarikat Berjaya Holdings sekarang sudah mempunyai banyak cawangan sama ada di dalam mahupun luar negara. Memang hebat.

         “Selamat petang, Tengku Ashraf,” kata salah seorang pekerja di syarikat itu yang merupakan setiausaha kepada Ashraf. Memang muda. Baru lepasan university. Namanya Zetty. 

         “Selamat petang,” jawab Ashraf sambil tersenyum.

         “Kenapa orang tu panggil kau tengku?” Nurul bertanya.

         “Nama panjang aku, Tengku Ashraf Iskandar bin Tengku Mahmud Salleh. Nama pendek aku a.k.a nama di sekolah, Ashraf bin Salleh. Okey tak?” balas Ashraf sambil tersenyum manis.

         “Kenapa tak guna nama panjang kau tu jer?” tanya Wiya kehairanan dengan sikap Ashraf. Nama dah sedap-sedap mak bapak kasi, selamba jer ubah. Tapi macam mana Ashraf boleh menggunakan nama tu? Dan tiada siapa tahu nama sebenar Ashraf yang panjang berjelar tu.

         “Saja. Tak nak lebih popular,” kata Ashraf selamba.

         Wiya terus mencubit lengan Ashraf apabila Ashraf berkata begitu. “Berlagak la tu. Tak nak kawan la macam ni,” Wiya merajuk.

         “Alah budak ni, nak merajuk la pulak. Nurul boleh kau pujukkan kawan kau yang sorang ni tak. Aku kalau bab pujuk-pujuk tak pas,” balas Ashraf semakin menyakitkan hati Wiya. Tengah asyik berbual mereka sampai di bilik Ashraf.

         “Besarnya bilik kau. Kau dah buat kerja ke usia ni??” perli Wiya untuk menguji kemampuan Ashraf melakukan kerja.

         “Hei, tolong sikit eh. Kau jangan ingat usia aku yang muda ni tak dapat buat kerja tau. Lepas habis kelas aku mesti pergi sini walaupun hanya satu jam. Papa aku kata aku kena biasakan dan mempersiapkan diri untuk memegang syarikat ni.”

         “Patutlah banyak kerja sekolah tak siap,” perli Wiya. “Tapi kau bukannya ambil perniagaan. Kita kan ambil sains tulen,” kata Wiya lagi.

         “Nanti kat kolej aku ambil la bidang perniagaan korporat. Ni aku saja jer. Aku ada minat jugak nak jadi forensic sciencetist tapi papa aku tak kasi, nak buat macam mana,” balas Ashraf.

         “Cita-cita kau sama la dengan Nurul, nak jadi forensic sciencetist. Macam ada jodoh jer,” kata Wiya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke Nurul dan Ashraf.

         “Kau ni jangan nak fikir yang bukan-bukanlah,” Nurul menyangkal. Ashraf hanya mendiamkan diri sahaja. Selepas beberapa jam mereka berada di sana, mereka balik ke rumah masing-masing. Wiya dihantar sampai ke rumah manakala Nurul di sekolah kerana motornya ada di sekolah.

Keesokan paginya, Nurul berangkat ke sekolah seperti biasa. Nurul hanya mempunyai latihan hari Ahad sahaja. Jadi Nurul tak sibuk sangat dengan latihannya. Zira hadir ke sekolah dengan perasaan gembira. Semalam dia tak dapat membongkar rahsia Nurul di kelas kerana sibuk dengan kelab Englishnya. Jadi hari ini dia nak balas dendam.

         “Nurul, semalam kau terlepas. Takpe, hari ni aku akan pastikan kau membuka rahsia kau,” kata Zira dengan geram seorang diri. Dia membawa topeng Nurul untuk bukti agar orang akan mempercayainya.

         “Hei Nurul, aku tahu kau tu siapa. Aku tahu rahsia terbesar kau. Kau ingat kau ni pandai sangat ke nak menyembunyikan siapa kau yang sebenarnya,” jerit Zira membuatkan murid di kelas pergi ke arah mereka ingin tahu rahsia apa yang dikatakan Zira.

         “Kau ni kenapa Zira? Tak pasal-pasal menjerit. Macam dah kena rasuk. Rahsia apa yang kau dapat?” marah Nurul sambil berdiri.

         “Rahsia apa kau cakap. Kawan-kawan, korang nak tahu tak Nurul ni sebenarnya Sha, artis misteri yang meningkat naik. Betul tak, Nurul Khalisha?” tanya Zira sambil menunjukkan topeng yang dia dapat di rumah Nurul. “Korang tahu tak, topeng ni aku dapat dekat rumah Nurul. Topeng ini adalah topeng yang dipakai Sha semasa konsert pertamanya,” sambung Zira.

         “Apa yang kau merepek ni, Zira? Aku tak tahu apa yang kau cakap ni,” sangkal Nurul. Dia menangani masalah itu dengan tenang supaya rahsianya tidak terbongkar. Murid yang lain sudah tergelak-gelak mendengar kata Zira.

         “Hei, korang tak percaya ke? Aku ada buktilah. Nurul, kau pakai topeng ni,” Zira memaksa.

         “Nak buat apa?” Nurul menepis tangan Zira yang ingin memakaikan topeng itu ke muka Nurul sehingga topeng itu jatuh ke atas lantai.

         “Zira, dah-dah la tu. Kau cuma memalukan diri sendiri jer tau,” Wiya mempertahankan Nurul. Zira mengambil topeng itu dan duduk ke tempat duduknya dengan bengang. Murid yang lain pun duduk di tempat masing-masing.

         “Nurul, jom kita keluar. Aku ada hal nak cakap,” kata Wiya tiba-tiba.

         “Okey,” Nurul hanya mengikut Wiya keluar. “Kau nak cakap apa?” tanya Nurul selepas mereka duduk di pondok berdekatan dengan kelas mereka.

         “Nurul, betul ke kau ni Sha? Aku mohon kau cakap yang sejujurnya dengan aku. Aku pun ada syak sedikit bila Zira cakap tadi. Bila aku fikir-fikir, aku rasa apa yang Zira cakap tadi ada betulnya,” kata Wiya dengan perasaan sedih. Sebenarnya berlakon je tu. Saja nak korek rahsia Nurul yang tersembunyi tu. Bagus jugak kalau dapat kenakan Nurul. Kalau betullah Nurul tu Sha, lagi bagus.

         “Wiya, kau janganlah macam ni. Kau buat aku serba salah tau.”

         “Kalau macam tu bagitahu aku. Semua yang Zira cakap tu betul ke tidak? Aku ni kawan baik kau tau. Takkan kau tak percayakan aku.” Memang berkesan betullah lakonan Wiya ni sehingga Nurul tidak dapat mengagak yang Wiya ni tengah berlakon. Boleh dapat anugerah Pelakon Wanita Popular ni. 

         “Bukan macam tu. Okey, aku… mengaku yang aku ni… Sha. Aku minta tolong sangat-sangat dengan kau jaga rahsia aku ni. Aku bagitahu sebab aku percayakan kau,” pinta Nurul.

         “What? Jadi memang betullah apa yang Zira cakap? Aku kesian pulak dengan dia, dia bersusah payah mencari maklumat tentang kau tapi dia diketawakan pulak. Nampaknya acting aku tadi berkesan sehingga dapat buat kau mengaku yang kau ni Sha. Tak payah susah-susah nak cari bukti macam Zira tu. Tapi kan kau sedar tak yang kau ni memang ada jodoh dengan Ashraf. Yela, semalam rahsia dia terbongkar, hari ni kau pulak. Lagi satu, rahsia korang tu besar-besar pulak tu.”

         “Eh, kau ni. Ke situ pulak perginya,” Nurul menyangkal. “Tapi really, aku memang tak sangka yang kau ni tengah berlakon dengan aku tadi untuk korek rahsia aku ni,” sambung Nurul yang terkejut apabila Wiya mengaku yang dia tengah acting. Memang tabik spring la kat Wiya macam ni.

         “Biasalah, Wiya,” kata Wiya membangga diri dengan menepuk dadanya berkali-kali. “Takpe-takpe kita tengok je la nanti. Alang-alang kau ada kat sini, aku nak mintak signature kau boleh tak? Aku ni peminat kau tau. Jap-jap aku baru teringat, kau tipu la selama ni. Masa konsert dengan hari tu kau tak datang,” Wiya teringat Nurul memberi alasan lawat kubur ibunya padahal Nurul berada di atas pentas semasa konsert pertama Sha.

         “Sorry la beb. Jaga identity. Mana kertas kata nak my signature. I will give you the very special signature that I had do,” kata Nurul yang malas menjawab soalan Wiya.

         “Aku tak bawak. Alah, esoklah aku bawak buku tandatangan artis.” kata Wiya kemudian mereka masuk ke kelas.

         “Aaaahhh!!!” jerit Zira untuk melepaskan geram selepas apa yang telah dia lalui tadi pagi. “Siaplah kau Nurul. Kau dah mainkan aku”.

         “Zira, sabarlah. Kalau hari ni kau gagal esok lusa kau kan boleh buat plan lain. Apa susah?” kata Alia selepas dia terkejut mendengar jeritan Zira yang macam Pontianak tu.

         “Kau tak nampak ke tadi aku dah dimalukan oleh Nurul dan Wiya. Kau nak aku malu lagi ke??” jawab Zira geram. Kemudian dia terfikir kata-kata Alia. “Apa kau cakap tadi? Plan? I think I have an idea how to make Nurul said the truth.”

         “What is it?” tanya Alia yang ingin tahu idea jahat Zira itu.

         “You remember my birthday, right?”

         “Of course la aku ingat. Kau kan kawan baik aku. Apa kena mengena dengan birthday kau ni?” soal Alia yang bingung dengan rancangan Zira.

         “Aku akan ajak Nurul datang ke pesta hari jadi aku. Kita akan buat masked party. How’s my idea? Brilliant, right?”

         “Kau memang sentiasa pandai bab-bab kenakan orang ni kan. Memang ada je idea kau tu. Ni lah kawan baikku. Tapi apa rancangan kau yang sebenarnya ni? Maybe I can help?” jelas Alia yang sentiasa suka apabila ada rancangan jahat.

         “Esok kau tengok saja la apa yang akan terjadi dekat sekolah dan masa hari jadi aku 2 minggu lagi.” balas Zira dengan muka yang gembira membayangkan rancangannya akan berjaya.

         “Okey, kita tengok nanti.”

Seperti biasa Nurul akan pergi ke sekolah setiap pagi berjumpa dengan kawannya, Wiya.

         “Nurul, ni aku bawak buku yang aku cakap semalam. Cepatlah sign,” kata Wiya dengan kuat tanpa melihat kanan kiri bahawa ada segelintir yang melihat mereka terutamanya Ashraf yang sejak tadi melihat gelagat mereka berdua.

         “Wiya, jangan lah cakap kuat-kuat nanti orang tahu,” jawab Nurul sambil meletakkan jari telunjuknya ke mulut supaya Wiya senyap. Kemudian Nurul mengambil buku Wiya itu daripada tangan Wiya.

         “Sorry la. Tak sengaja. Aku terexcited sangat ni,” balas Wiya sambil melekapkan kedua-dua tapak tangannya tanda minta maaf.

         “Apa yang patut orang tahu?” tiba-tiba Ashraf muncul dan menanyakan soalan yang mendadak tanpa memberi salam. Nurul dan Wiya terkejut dengan pertanyaan Ashraf itu.

         “Kau ni kalau nak tanya pun bagi la salam dulu. Buat terkejut aku je,” Wiya menyindir Ashraf.

         “Sorry la kak. Assalamualaikum,” jawab Ashraf sambil mengangkat tangan kanannya. Nurul dan Wiya menjawab salam. “Ah, apa lagi jawab la soalan aku yang tadi tu?” sambung Ashraf.

         “Tak ada apa-apa lah. Aku cuma tak nak orang tahu yang aku ada banyak tandatangan artis. Nanti kau orang nak fotostat. Mana boleh,” jawab Wiya spontan.

         “Setakat tandatangan artis tu aku semua dah ada. Cuma tandatangan artis yang paling aku suka, Sha je takde sebab dia tu misteri sangatlah. Susah nak cari dia,” balas Ashraf sambil membuat muka sedih.

         “Kesiannya kau. Aku dah nak dapat ni. Nurul kau tak nak tolong dia ke?” Wiya menyakat Nurul yang lagi tadi hanya mendiamkan diri.

         “Apa yang aku boleh tolong? Aku bukannya tahu apa-apa. Tandatangan artis pun aku tak ada,” jawab Nurul selamba.

         “Ehem, sorry kacau. Nurul boleh kita cakap sekejap tak?” Zira tiba-tiba muncul di depan mereka.

         “Kau nak buat apa jumpa Nurul? Nak malukan Nurul ke? Aku takkan benarkan,” jawab Wiya marah.

         “Wiya, takpe. Aku keluar dulu nak cakap dengan Zira,” balas Nurul.

         “Nurul!!” Wiya membuat muka apabila mendengar kata Nurul tadi. Ashraf hanya memerhatikan mereka sahaja. Hal perempuan ni Ashraf malas nak campur.

         “Thanks Nurul. Jom keluar sekejap,” Zira memanggil Nurul. Nurul mengikut Zira ke pondok yang berdekatan dengan kelas mereka di mana tempat yang sama Nurul memberitahu hal yang sebenar kepada Wiya semalam.

         “Kau rasa apa yang nak Zira cakapkan tu,” Ashraf bertanya kepada Wiya.

         “Manalah aku tahu. Kalau kau nak tahu sangat ikutlah dia orang tu,” sindir Wiya. Ashraf hanya membuat muka sambil memerhatikan Nurul dan Zira keluar daripada kelas mereka.

         Setelah sampai di pondok, Zira memulakan bicara. “Nurul, pertama sekali aku nak minta maaf banyak-banyak atas apa yang dah aku lakukan semalam. Sebagai tanda maaf aku dengan apa yang aku dah buat pada kau, aku nak ajak kau pergi ke parti hari jadi aku 2 minggu lagi. Aku buat hari ahad. Kau lah orang pertama yang aku jemput sebagai tetamu special aku tau. Kawan kelas kita yang lain tak tahu lagi. Aku buat tema masked party sempena kesilapan aku pada kau. Kau sudi tak datang ke majlis aku?”

         “Apa? Masked party? Aku bukannya tak nak datang ke majlis kau… tapi… aku tak ada baju untuk pesta lagi-lagi topeng. Kau kan tahu aku ni bukannya kaya sangat macam kau. Masked party tu mesti temanya ala-ala prince and princess kan?” alasan Nurul untuk tidak hadir ke majlis itu.

         “Ala Nurul. Aku harap sangat kau datang ke majlis aku ni. Apa kata sabtu ni kita pergi ke boutique? Beli baju untuk kau dan aku.”

         “Kau nak belanja aku ke? Tak membazir ke?”

         “Membazir apanya. Ini kan sedekah. Lagipun ni sajalah cara aku nak minta maaf dengan kau kerana hal semalam. So macam mana? Boleh tak Sabtu ni dengan Ahad depan?”

         “Okey,” jawab Nurul pendek sebab tak tahu nak beri alasan lagi. Selepas selesai mereka pun masuk ke kelas kembali.

         “Zira cakap apa dengan kau?” Wiya bertanya kepada Nurul.

         “Dia jemput aku ke party hari jadinya 2 minggu lagi bertemakan masked ala-ala princess,” balas Nurul.

         “Habis tu kau setuju ke?”

         “Ye la. Aku nak kasi dia alasan apa kalau aku tak pergi. Aku mula-mula dah kasi alasan kat dia yang aku takde baju dengan topeng tapi dengan baik hatinya dia cakap dia akan belanja aku. Dah nak buat macam mana?”

         “Aku rasa dia ada niat yang tak baik ni. Aku rasa dia ni tak seriklah nak bongkar jugak rahsia kau tu.”

         “Ha… Aku ada idea. Kau boleh tolong aku tak?”

         “Tolong apa? Kau cakap je. Kalau aku boleh bantu aku bantu lah.”

         “Hari Sabtu ni aku kan nak pergi shopping dengan Zira nak beli barang kan?? Dah confirm dia akan tahu aku pakai baju apa masa majlis tu. Kau ada baju gaun tak?”

         “Nak buat apa?”

         “Aku nak pakai baju kau lah.”

         “Oi! Kau kata nak beli baju dengan Zira?”

         “Yela. Aku tetap pergi shopping dengan dia…. tapi aku tak akan pakai baju yang dia beli tu…”

         “Habis tu kau nak pakai baju apa?” Wiya terus bertanya apabila Nurul nak habiskan ayatnya.

         “Woi! Tunggu la aku habis cakap dulu. Macam mana kau nak tahu rancangan aku kalau macam ni?” marah Nurul.

         “Sorry lah beb,”

         “Okey, aku sambung. Aku nak kau yang pakai baju dengan topeng yang Zira akan beli tu. Saiz badan kau dengan aku kan hampir sama. Aku akan pakai baju kau. Topeng nanti kita beli. Macam mana boleh tolong tak?”

         “Kalau dia tahu suara aku?”

         “Kau cakap lah dengan dia yang kau ni tengah batuk selesema ke. Bagi je lah alasan yang patut. Kau kan bijak dan cepat dapat idea.”

         “Okey, aku setuju tolong kau. Ni kiranya kita bertukar tempat lah ni. Kau jadi aku, aku jadi kau. Bagus jugak idea kau ni, aku suka. Macam main permainan pulak,” kata Wiya sambil tersenyum.

Nurul bangun dengan malas. Hari ini hari Sabtu dan dia akan pergi shopping dengan Zira, si gadis gedik yang tak serik-serik nak bongkar rahsia Nurul.

        ‘Zira, Zira… macamlah aku tak tahu rancangan jahat kau tu nak hancurkan aku’ getus hati Nurul. ‘Tapi kenapa Zira nak hancurkan aku? Apa salah aku pada dia?’ Nurul sudah mula pelik dengan perangai Zira.

         “Nurul, kawan Nurul yang bernama Zira tu dah sampai,” ayahnya memanggil dan mengetuk pintu bilik Nurul.

        “Cakap dengan dia tunggu sekejap. Nurul nak bersiap ni.”

         “Okey.”

         Nurul dengar bunyi tapak kaki ayahnya yang bergerak jauh dari pintu biliknya.

         “Zira, tunggu sekejap ye. Nurul tengah nak bersiap-siap,” kata ayah Nurul kepada Zira dan menjemputnya duduk.

         “Takpe pak cik, saya boleh tunggu,” balas Zira dengan sopan.

         ‘Eeeiii… dah tahu nak pergi pagi ni kenapa tak siap-siap dulu. Saja nak buat aku sakit hati,’ getus hati Zira yang marahkan Nurul sambil tersenyum tak ikhlas pada ayah Nurul.

         “Zira nak minum air apa? Pak cik boleh buatkan.”

         “Takpe la pak cik. Buat susah je.”

         “Mana ada susah. Pak cik buatkan fresh oren, ye.”

         “Hmm…” balas Zira. ‘Eh, pak cik tua ni tak tahu bahasa betul. Dah aku cakap tak nak-tak nak la,’ getus hatinya yang marahkan ayah Nurul.

         ‘Kalau nak ditengokkan rumahnya ni, memang Nurul ni miskin. Tak serupa rumah artis,’ getus hati Zira yang melihat rumah Nurul.

         “Zira, ni airnya,” ayah Nurul bertapak mendekati Zira dan memberi segelas air fresh oren yang dibawanya dari dapur.

         Nurul keluar dari bilik dengan memakai baju t-shirt berwarna biru dan seluar track.

         ‘Eeii… baju apa yang dia pakai ni… Nak pergi shopping ke bersenam,’ hati Zira berkata apabila nampak Nurul keluar dari bilik.

         “Zira, jom aku dah siap ni,” kata Nurul.

         “Okey, jom,” balas Zira dan pergi tanpa meminum air fresh orennya dan tanpa meminta diri dari ayah Nurul. Dia terus keluar dengan gayanya yang sombong.

         “Sombongnya,” kata ayah Nurul apabila Zira dah masuk ke dalam kereta menunggu Nurul.

         “Alaa ayah ni macam tak tahu pulak. Biasa la tu. Orang kaya,” balas Nurul dengan senyuman apabila mendengar dengusan ayahnya dan salam ayahnya sebelum masuk ke dalam kereta Mercedes merah, milik Zira.

         “Kita nak pergi mana dulu?” Nurul bertanya apabila dia sudah masuk ke dalam kereta Zira.

         “Kita pergi butik tempat I selalu beli baju. Kat situ bajunya memang cantik-cantik dan mahal-mahal belaka. Cuma orang kaya yang macam I aje yang suka dan mampu beli baju yang dia reka,” jawab Zira dengan sombongnya.

         ‘Ek eleh, minah ni kerek pulak. Kau ingat kau sorang je mampu, aku pun mampu la,’ getus hati Nurul yang geram dengan kata Zira.

         “Okey, suka hati kau la. Kau yang nak belanja aku kan? Aku cuma ikut aje,” balasNurul sambil senyum tawar pada Zira.

         “Pak Mat, bawa kami ke butik biasa,” kata Zira kepada drivernya yang bernama Pak Mat itu.

         “Baik, cik,” balas Pak Mat dan terus hidupkan kereta dan menuju ke destinasi yang hendak di tuju.

         “Nurul, you nak colour apa untuk baju party nanti. You pilih je. Mahalpun I tak kisah,” Zira memulakan bicara yang sepi sejak tadi.

         “Aku tak kisah sebenarnya. Apa yang kau pilih aku ikut aje,” balas Nurul yang malas melayan kesombongan Zira.

         “Okey, then.”

         Selepas beberapa minit mereka sampai ke Boutique Popular milik Azmir, pereka yang sangat popular dengan kekemasan pada baju dan rekaannya memang mampu menarik perhatian orang. Azmir ini juga yang telah mereka baju Sha semasa konsert pertamanya.

         “Jom la masuk. You tak payah nak segan-segan kat sini,” kata Zira sombong.

         “Okey,” balas Nurul seperti tak ada perasaan.

         “Hello, girls. Zira ini ke gadis yang you cakapkan tu,” kata Azmir sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Nurul.

         “Ini la orangnya. You macam mana? Boleh buat sekarang?” Zira berkata pada Azmir yang lagi tadi memerhatikan Nurul. Nurul hanya berdiri diam malas nak layan mereka.

         “Mestilah boleh. Gadis manis sini I nak ukur. Kalau tak ukur nanti tak muat,” Azmir memanggil Nurul dan menyuruh pembantu wanitanya mengukur badan Nurul.

         “Okey, honey. Dah siap. Minggu depan you boleh ambik,” kata Azmir dengan lembut.

         “Okey, sayang kat you,” balas Zira gedik sambil memicit pipi Azmir.

         ‘Dia ni tak tahu batas agama ke?’ kata Nurul dalam hati.

         Kemudian mereka keluar dari butik dan menaiki kereta untuk pulang.

         “Macam mana tadi, okey?” Zira bertanya.

         “Okey. Cantik. Kalau dah siap mesti lagi cantik.” balas Nurul.

        Beberapa minit kemudian sampai ke rumah Nurul.

        “Okey, see you in the class,” kata Zira melambaikan tangannya apabila Nurul sudah keluar daripada keretanya.

         “Bye and thanks,” balas Nurul.

         “It’s okey. That’s nothing as long as you come to my party.”

“Insya-ALLAH.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience