BAB 9

Romance Series 1962

         “Assalamualaikum,” Nurul dan Ashraf memberi salam setibanya mereka di rumah Nurul.

         “Waalaikumussalam. Nurul, kamu tak apa-apakan, nak?” soal Encik Razali dengan gelisah.

         “Tak ada apa, ayah. Nurul baik-baik sahaja,” jawab Nurul.

         “Tadi ada orang hantar motor Nurul, tapi Nurulnya takde.”

         “Nurul ada bersama saya, pak cik,” sampuk Ashraf yang lagi tadi memerhatikan mereka.

         “Ashraf, takpe-takpe kita masuk dulu. Berbual kat dalam. Dah nak maghrib ni,” jemput Encik Razali.

         “Ashraf, apa sebenarnya yang terjadi ni?” tanya Encik Razali selepas mereka duduk di sofa. Nurul terus naik ke atas untuk salin baju.

         “Begini, pak cik. Saya membuat pengakuan yang saya sukakan Nurul. Ada yang tak puas hati dengan kata-kata saya tu. Jadi mereka bertindak ke atas Nurul. Jadi, kalau pak cik izinkan, saya akan ambil dan hantar Nurul sampai ke rumah untuk keselamatan Nurul, pak cik. Saya akan rasa bersalah kalau apa-apa terjadi pada Nurul semuanya disebabkan saya,” panjang lebar Ashraf menerangkan.

         “Pak cik boleh percayakan kamu ke?” Encik Razali sedikit sangsi dengan cadangan Ashraf.

         “Kalau pak cik tak percaya… hmm, pak cik ambil nombor saya ni… dan alamat saya juga,” kata Ashraf sambil menulis nombor telefon dan alamat rumahnya di sehelai kertas untuk meyakinkan Encik Razali. Selepas siap dia terus beri kepada Encik Razali.

         “Tapi pak cik boleh hantar Nurul ke sekolah.”

         “Pak cik masih tak percayakan saya ke? Pak cik, saya janji akan hantar Nurul dengan selamat,” Ashraf meyakinkan Encik Razali.

         “Baiklah, kalau kamu dah cakap macam tu, pak cik izinkan. Tapi kalau apa-apa terjadi pada Nurul, pak cik takkan maafkan kamu. Pak cik akan cari kamu sampai dapat,” bicara Encik Razali tegas.

         “Terima kasih, pak cik. Pak cik, kalau saya jadi pakwe Nurul, boleh tak?” tanya Ashraf selamba.

         “Tengoklah macam mana.” Mereka ketawa bersama-sama.

         “Apa yang kelakar sangat  sampai ketawa sakan ni?” Nurul yang baru turun daripada biliknya bertanya.

         “Tentang kitalah sayang,” terbeliak mata Nurul semasa Ashraf memanggilnya sayang di hadapan ayahnya. Ayahnya hanya ketawa. 

         “Apa yang kau merepek ni?” tanya Nurul.

         “Nurul, ayah dah tahu tentang kamu dan Ashraf. Ashraf dah ceritakan semuanya. Ayah tak kisah kalau kamu nak pergi ke sekolah bersama Ashraf, asalkan kamu selamat. Lagi satu, ayah pun tak kisah kalau kamu berdua bercinta tapi tengok-tengoklah sikit. Ayah izinkan,” panjang lebar Encik Razali berucap.

         “Dah masuk waktu maghrib ni, jom kita solat berjemaah,” sambung Encik Razali selepas azan maghrib berkumandang. Mereka menunaikan solat maghrib di bilik solat yang sememangnya bilik khas untuk tetamu menunaikan solat. Ashraf menjadi imam. Suaranya sangat merdu apabila membaca ayat suci al-quran itu. Selepas selesai solat, Ashraf meminta izin untuk pulang ke rumah. Nurul menghantarnya sehingga ke kereta kerana disuruh ayahnya. Kereta sport Ashraf berada di luar pagar rumah Nurul.

         “Sayang, esok tunggu saya kat depan rumah ke nak suruh saya masuk dalam rumah?” tanya Ashraf.

         “Aku tunggu kat luar lah. Kalau kau dah sampai call aku. Kau kan ada nombor aku.” Ashraf masuk ke dalam keretanya. Semasa Ashraf ingin menutup pintu Nurul menghentikan pergerakannya untuk menutup pintu.

         “Kenapa?” Ashraf bertanya pelik melihat perbuatan Nurul. Selalunya Nurul tidak begitu.

         “Ashraf…, kau cakap apa dengan ayah aku tadi?” Akhirnya pertanyaan yang lagi tadi nak diucapkan Nurul terkeluar juga daripada mulutnya.

         “Saya beritahu apa yang terjadi kat sekolah dan tentang isi hati abang pada sayang. Tapi ayah sayang tu sporting, kan?” jawab Ashraf tenang. Ashraf, berani betul buat pengakuan kat ayah Nurul. Memang gentleman.

         “Ashraf…, boleh tak… kau jangan panggil aku sayang… aku tak bersedia dan tak biasa la,” pinta Nurul.

         “Okey, kalau itu yang awak nak… saya akan tunaikan,” tenang Ashraf berkata.

         “Thanks,” hanya itu yang boleh terucap di mulut Nurul. Entah mengapa dia merasa seperti akan kehilangan sesuatu. Hatinya berdebar-debar tatkala menatap wajah Ashraf yang kacak itu.

         “Awak, saya balik dulu lah. Lagipun dah lewat malam ni,” Ashraf membawa keretanya laju meninggalkan Nurul. Nurul hanya melihat kereta Ashraf yang sudah jauh itu.

         ‘Adakah aku buat salah? Adakah Ashraf betul-betul cintakan aku? Adakah aku sudah mengguris hatinya?’ banyak persoalan yang bermain di minda Nurul.

         “Ayah kenapa kat luar lagi ni,” tanya Nurul selepas melihat ayahnya masih berada di depan pintu.

         “Saja ayah nak tengok kamu berdua. Ayah setuju kalau kamu dengan Ashraf. Budak tu nampak baik, hensem pulak tu. Tapi apa yang membuatkan kamu suka pada Ashraf? Setahu ayah kamu ni keras kepala,” Encik Razali pula bertanya.

         “Kalau Nurul cakap ayah jangan marah tau.”

         “Apa dia? Cakap je.. ayah dengar.”

         “Sebenarnya… Ashraf dah… dah…” tergagap-gagap Nurul ingin memberitahu.

         “Dah apa?” tanya Encik Razali. Cuak juga dia kalau terjadi apa-apa pada Nurul.

         “Dah tahu rahsia kita. Nurul pun bukannya suka sangat dengan Ashraf,” laju je Nurul bercakap.

         “Habis tu, dia ugut Nurul ke? Nurul cakap betul-betul dengan ayah,” Encik Razali masih bertenang bertanya.

         “Ya… tapi ayah jangan marah dia,” cepat saja Nurul meminta.

         “Kenapa? Nurul dah suka kat dia ke?” Nurul hanya mendiamkan diri semasa ditanya.

         ‘Adakah aku dah menyukai Ashraf? No, wake up Nurul,’ kata Nurul dalam hati.

         “Kenapa diam?” soal Encik Razali. Terus Nurul sedar dari mengelamun.

         “Ayah, tak payah lah bincang pasal perkara ni. Nurul masuk dulu lah,” pinta Nurul kemudian dia terus masuk ke dalam biliknya.

         “Nurul, Nurul…, ayah tahu kamu dah sukakan dia cuma kamu tak mahu mengaku je. Ayah tengok mata kamu tu pun ayah dah tahu yang kamu pun sukakan Ashraf. Mata kamu penuh dengan kasih sayang semasa menatap wajah Ashraf. Ayah tak akan biarkan kamu bersedih esok hari. Ayah harus lakukan sesuatu,” Encik Razali berkata seorang diri.

     Kedengaran bunyi lagu ‘tak tahu’ berdering di telefon bimbit Nurul menandakan ada sms masuk. Nurul segera membukanya.

         ‘Nurul, awak dah siap belum? Lagi 15 minit saya sampai depan rumah,’ mesej daripada Ashraf dibacanya. Nurul segera menyiapkan dirinya untuk ke sekolah.

         15 minit kemudian Ashraf sampai ke rumah Nurul. Encik Razali membuka pintu dan keluar daripada rumah menuju ke tempat Ashraf berdiri di sebelah kereta sportnya. Apabila Encik Razali melihat Nurul hendak keluar rumah, dia terus menumbuk muka putih bersih lagi kacak si Ashraf itu. Kkkkeeedddeebbuukkk!!! Adoiii…! Sedapnya kena penumbuk dengan bakal bapa mentua. Bapa mentua?? Belum tentu lagi. Alangkah terkejutnya Nurul melihat kejadian itu. Nurul segera berlari menuju ke tempat mereka dan menolong membangunkan Ashraf yang jatuh di atas jalan tar.  Pengawalnya yang ramai-ramai mana pergi entah. Tak nampak pun.

         “Ashraf, kau okey tak ni?” Nurul bertanya. Nampak sangat kerisauan di mukanya.

         “Saya okey,” jawab Ashraf pendek. Ashraf  bangun ditolongi Nurul.

         “Pak cik kenapa tiba-tiba je tumbuk saya?” soal Ashraf. Tak pasal-pasal pipinya mencium jalan tar.

         “Kau dah ugut anak aku tentang rahsia kami, kau nak aku berdiam diri je,” marah Encik Razali. Terkejut Ashraf apabila Encik Razali sudah mengetahui tentangnya. Nurul dan Ashraf sama-sama berpandangan. Nurul berasa serba salah. Hatinya sakit apabila melihat muka Ashraf yang tampan lebam di bibir kiri. Nak marah ayahnya tak boleh. Bukan salah ayahnya, salah Ashraf jugak. Siapa suruh ugut orang? Padan muka.

         “Pak cik, saya betul-betul cintakan Nurul. Saya ugut Nurul sebab saya nak Nurul tahu isi hati saya dan sentiasa dekat dengan saya,” Ashraf memberi jawapan. Nurul hanya diam memerhati hal lelaki ni. Salute betul dengan Ashraf ni. Tak ramai lelaki yang berani meluahkan hasrat hati dan perasaan terhadap bapa pasangannya. Biasanya orang lelaki ni ego je lebih. Tapi dalam cerita ni lain pulak jadinya. Ego wanita pula yang memuncak. Rasalah wahai jejaka sekalian bagaimana perasaan seorang wanita menghadapi ego orang lelaki ini. Hehehee…

         “Baik, aku percayakan kau. Dah, pergi sekolah sekarang nanti terlambat pulak,” balas Encik Razali. Mereka terus menyalam tangan Encik Razali dan pergi ke sekolah.

         “Jadi jugak rancangan aku. Bagus, sekurang-kurangnya aku tahu yang mereka ni saling mencintai,” Encik Razali bercakap seorang diri selepas Nurul dan Ashraf bertolak ke sekolah.  Biasalah orang yang lebih tua ni, lebih memahami tentang perasaan seseorang. Memang dia sengaja menumbuk Ashraf di depan Nurul untuk melihat reaksi Nurul dan Ashraf. Sebenarnya dia pun berkenan dengan si Ashraf tu.

         “Kau tak apa-apa ke? Aku tengok berdarah dah bibir kau tu. Sini aku bersihkan,” Nurul mengambil berat. Nurul mengeluarkan sapu tangannya untuk mengelap bibir Ashraf yang berdarah di dalam kereta apabila sampai di sekolah.

         “Aauucchh… Sakitlah. Perlahanlah sikit,” rengek Ashraf yang kesakitan.

         “Sikit je.” Nurul masih mengelap bibir Ashraf. Ashraf yang ingin menahan kesakitan terpegang tangan Nurul yang sedang membersihkan bibirnya. Mereka bertentang mata. Hati dua insan berdegup dengan kencang tatkala menatap mata. Mereka tersedar apabila mendengar ketukan pintu kereta Ashraf. Kelihatan Wiya di luar kereta. Sapu tangan terus bertukar hak milik. Mereka terus keluar daripada kereta. Ashraf masih membersihkan lukanya.

         “Kau kenapa Ashraf?” Wiya kehairanan melihat bibir Ashraf yang luka.

         “Kena tumbuk,” pendek jawapan Ashraf. Nurul hanya mendiamkan diri. Dia berasa serba salah dengan kejadian tadi.

         “Dengan siapa?” tanya Wiya ingin tahu kebenaran. Siapalah yang berani menumbuk muka jejaka Malaya ni?

         “Bapa mertua.” Wiya terus ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan Ashraf. Dia dah tahu dah bapa mertua yang disebut Ahsraf mesti bapa Nurul.

          “Tu la kau… anak dara orang bawak pergi jalan,” kata Wiya selamba sambil tergelak-gelak.

         “Bukan sebab tu la. Ayah Nurul dah tahu semuanya,” kata Ashraf yang masih lagi membersihkan lukanya. Kelihatan lebam di mukanya selepas bersih.

         “Semuanya?” tanya Wiya. “Tentang kau suka Nurul ke tentang rahsia Nurul yang kau ugut tu?” tambah Wiya yang masih lagi dengan sisa gelaknya.

         “Apalah kau ni. Kalau tentang suka tu ayah Nurul sporting. Line clear. Ni pasal aku ugut Nurul, tu yang ayah Nurul marah,” Ashraf menjelaskan.

         “Cerita lah sikit. Apa yang terjadi tadi?” minta Wiya. Mereka terus menuju ke kelas sambil berbual tentang kejadian tadi.

         “Tak nak lah,” kata Ashraf. Mereka sampai ke kelas dan duduk di tempat masing-masing.

         “Ashraf, boleh kita keluar sekejap tak?” pinta Nurul selepas masuk ke kelas.

         “Wei, tak serik ke… dating jer,” gurau Wiya.

         “Takpe lah kita orang nak dating. Nama pun tengah couple. Jealous ke?” Ashraf pula menyakat Wiya.

         “Ye lah… orang tu tengah berseronok couple. Kesian kat aku, tak de orang nak,” kata Wiya sedih.

         “Takde yang nak apa? Kau petik jari ramai yang datang. Kau tu je yang tak nak. Memilih sangat. Nak cari prince charming konon. Nanti sampai tua lah kau takde pakwe,” jawab Ashraf.

         “Hehehe… ye ke? Memilih??” kata Wiya sambil tersengih-sengih dan memikirkan dirinya sendiri. Ashraf dan Nurul keluar pergi ke pondok tempat biasa.

         “Ashraf, sorry lah pasal tadi. Aku yang bagitahu kat ayah aku tentang tu,” Nurul memulakan bicara.

         “Takpe, saya tak kisah pun. Ada hikmah sebalik kejadian ni. Saya dapat perhatian daripada awak,” jawab Ashraf.

         “Betul ni kau tak marah?”

         “Buat apa saya nak marah. Itu hak awak kalau nak beritahu ayah awak. Kalau awak tak beritahu pun ayah awak akan tahu jugak nanti. Hmm… Nurul esok hari sabtu, kan?”

         “Kenapa dengan hari sabtu?”

         “Esok ada latihan ghazal, kan?”

         “Ya.”

         “Awak datang tak?”

         “Datang.”

         “Esok saya ambik awak tau. Kita pergi sama-sama. Saya ada surprise untuk awak.”

         “Surprise??”

         “Ya. Kan saya dah janji akan buat awak suka pada saya. Saya dah tahu siapa orang yang awak suka tu.”

         “Siapa??”

         “Orang yang ajar awak main gitar tu kan, Fariz. Awak suka lelaki yang pandai main gitar, betul tak?”

         “Mana awak tahu??”

         “Macam biasa lah…”

         “Spy,” mereka berkata serentak. Kemudian mereka ketawa bersama-sama.

         “Tapi kan awak…, saya rasa dia tu kaki perempuan lah. Saya tak nak awak terluka kalau bersama dengan dia,” sambung Ashraf.

         “Aku tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia. Dia tak mungkin suka kat aku ni. Aku ni bukannya cantik, kaya pun tak. Aku pelik yang kau ni boleh sangkut kat aku. Apa yang masuk kat minda kau ni hah sampai boleh suka kat aku?” saja Nurul bertanya ingin tahu.

         “Saya pun tak tahu. Sejak pertama kali saya tengok awak kat dalam kelas, saya dapat rasakan ada sesuatu yang special tentang diri awak,” jelas Ashraf.

         “Tengok sini muka kau tu. Nampak lebam lah,” Nurul berdalih.

         “Ye ke?? Lebam eh?? Takpe lah, kenangan daripada bapa mertua. Dua tiga hari lagi baiklah,” sakat Ashraf. Mereka balik ke kelas bersama-sama. Apabila mereka masuk ke dalam kelas, Zira terus menuju  ke arah Ashraf dan menarik lengan Ashraf. Zira hanya memberi jelingan tajam kepada Nurul. Entah mengapa hati Nurul sakit melihat perangai Zira yang gedik itu. Nurul hanya membuat muka selamba dan duduk di tempat duduknya.

         “Ashraf sayang, kenapa dengan muka you ni?” Zira bertanya sambil memegang muka Ashraf yang luka tu.

         “Tak ada apa lah. Yang kau sibuk tu kenapa?” Ashraf menjauhkan tangan Zira daripada mukanya.

         “I am care about you, baby.”

         “Apa kau ni?? Baby-baby… bila masa pulak aku jadi baby kau ni?”

         “You ni…. kenapa macam ni?? I betul-betul sukakan you, bukannya macam Nurul you tu. Dia bukannya suka you pun.”

         “Ada aku kisah kalau kau suka ke Nurul tak suka ke, aku peduli apa. Yang penting aku happy.” Zira hanya geram dengan kata-kata Ashraf. Dia berlalu meninggalkan Ashraf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience