Seorang gadis berwajah hitam manis bersama dengan gitar biru kesayangannya berdiri di sebalik pohon yang rendang dan menghirup udara yang segar di sekelilingnya di taman Tasik Y. Tempat yang sangat menenangkan fikiran bagi semua orang yang berada di situ. Taman yang mempunyai tasik buatan manusia yang indah. Gadis ini hanya berseorangan melayan perasaannya sendiri. Dia mengambil tempat duduk yang disediakan di bawah pohon yang rendang. Setelah lama melayan perasaan, dia memetik gitar yang telah tersedia ada bersamanya sejak tadi. Kemudian dia bersuara menyanyikan lagu ‘Dan Sebenarnya’ yang dinyanyikan oleh Yuna, artis kegemarannya.
Kamal, seorang komposer yang tertekan kerana desakan bosnya yang menyuruhnya mencari artis baru disyarikat rakamannya. Bagi menghilangkan tekanannya, dia telah pergi ke taman Tasik Y untuk menenangkan fikiran. Dia memandang ke arah tasik yang terbentang luas di hadapannya. Sangat menyenangkan. Tiba-tiba dia terdengar suara orang menyanyi berdekatan dengannya. Dia mencari-cari dari mana datangnya suara tersebut. Takkan suara hantu pulak siang-siang ni desis hatinya.
Tak lama kemudian, dia ternampak sekujur tubuh yang sedang duduk di bawah pokok bersama dengan gitar sedang menyanyi. Orang yang sangat manis dipandang yang menutupi kepalanya dengan selendang warna biru sedondon dengan warna baju dan gitarnya. Kamal mengintip gadis tersebut sehingga dia selesai menyanyi. ‘Gadis ini boleh menjadi artis terkenal. Dia mempunyai bakat yang besar. Sangat rugi kalau aku tidak mengambilnya menjadi artis naungan syarikat aku,’ desis hati Kamal. Selesai saja gadis itu menyanyi, Kamal segera mendekati gadis tersebut.
“Adik,” tegur Kamal yang sudah berdiri menghadap gadis tersebut.
Gadis tersebut yang terkejut dek teguran Kamal mendongakkan dagunya sambil membuat muka terkejut.
“Adik jangan takut. Nama abang Kamal. Nama adik siapa?” Kamal bersuara lagi mengharapkan jawapan daripada gadis tersebut.
“Buat apa nak tahu?” soalan dibalas dengan soalan semula.
“Saja… Umur adik berapa?” ditanya lagi soalan mengharapkan jawapan. Dia takkan putus asa selagi tidak tahu gadis tersebut.
“17 tahun. Kenapa?” jawab gadis tersebut jujur tapi takut-takut jugalah nak memberi jawapan kepada orang yang tidak dikenali.
“Sedap adik nyanyi tadi. Adik ada bakat yang besar untuk menjadi seorang artis terkenal. Abang ni seorang komposer jadi abang tahu mana yang ada bakat dan mana yang tak ada,” Kamal memberitahu perkara yang sebenar selepas melihat muka cuak gadis tersebut. Kenalah beritahu perkara sebenar kalau tak nanti gadis tersebut lari pulak. Semakin peninglah kepalanya untuk memikirkan artis baru untuk syarikatnya kalau gadis itu lari.
“Adik nak jadi penyanyi tak?” offer Kamal setelah lama mendiamkan diri.
“Boleh percaya ke Abang Kamal ni?” soal gadis tersebut ragu-ragu dengan kenyataan Kamal.
“Kalau adik tak percaya… Nah, ambil kad nama abang ni,” Kamal menghulurkan sekeping kad daripada dompetnya yang mempunyai nama, nombor telefon dan jawatannya di syarikat dia bekerja.
Gadis tersebut mengambil kad tersebut. Muka macam baik je desis gadis tersebut. “Abang Kamal, saya sebenarnya berminat juga nak jadi penyanyi tapi Abang Kamal kena jumpa ayah saya dululah,” jawab gadis tersebut. ‘Kalau dia buat apa-apa aku pelangkung aje kepalanya dengan silat aku ni. Tak rugi aku belajar silat warisan orang Melayu,’ desis hatinya lagi.
“No hal. Sekarang pun boleh. Rumah adik dekat mana?” tanya Kamal senang hati.
“10 km daripada sini,” jawab gadis tersebut ramah.
“Nak abang hantarkan tak? Boleh jumpa ayah adik sekali,” cadang Kamal.
“Tak apalah. Saya naik motor, abang Kamal follow belakang,” cadang gadis tersebut tetap tidak mahu memberitahu namanya.
“Okey,” jawab Kamal. Tak apalah macam ni daripada aku tak dapat langsung budak ni jadi artis aku desis hatinya.
“Assalamualaikum, ayah,” jerit gadis tersebut setibanya sampai di rumah bersama Kamal. Tak lama kemudian seorang lelaki 40-an membuka pintu.
“Waalaikumussalam,” jawab lelaki tersebut. “Nurul, kamu bawa siapa ni?” soal lelaki tersebut apabila terlihat kelibat seorang lelaki di sebelah anaknya.
Nurul rupanya nama budak ni desis Kamal. “Saya Kamal, bang,” jawab Kamal sambil menyalam lelaki itu tanda hormat dengannya.
“Jemputlah masuk, Kamal. Tak elok berbual di luar ni,” pelawa lelaki itu. Mereka masuk ke dalam rumah dan mengambil tempat duduk di ruang tamu.
“Nama abang Razali. Kamal ada hajat apa datang ke mari?” soal lelaki yang bernama Razali itu selepas memperkenalkan diri. Anaknya yang bernama Nurul itu bergegas ke dapur untuk menyediakan minuman untuk tetamu.
“Macam ni, bang. Saya terdengar anak abang tadi menyanyi di taman. Saya ni sedang mencari bakat baru untuk syarikat rakaman saya. Jadi, saya nak jadikan anak abang sebagai artis bawah naungan saya. Macam mana, bang? Setuju?” Kamal bertanya untuk mendapatkan kepastian.
“Abang ni tak kisah asalkan Nurul tak mengabaikan pelajarannya. Abang tahu sangat yang Nurul tu memang suka menyanyi. Kalau hal ni kita kena dapatkan persetujuan Nurul. Dia bersedia atau tidak untuk menjadi artis ni,” balas Encik Razali.
“Tu lah, bang. Nurul tu mempunyai bakat yang besar. Rugi kalau tak digunakan bakat yang ada tu,” sambung Kamal semakin rancak berbual. Mana taknya, jumpa dengan orang yang peramah seperti Encik Razali. Tak lama kemudian Nurul keluar daripada dapur sambil menatang sedulang air yang dibuatnya.
“Apa keputusan kamu, Nurul? Kamu dah bersedia ke nak membahagi masa?” tanya Encik Razali selepas Nurul meletakkan minuman di atas meja dan duduk di hadapan ayahnya.
“Kalau bab membahagi masa tak ada hal, bang. Cuma Nurul ni kuat tak dengan pelajaran dan latihan yang akan disediakan nanti,” celah Kamal sambil tersenyum gembira kerana ayah Nurul dah beri lampu hijau.
“Tu lah masalahnya,” kata Encik Razali sambil ketawa dan menepuk belakang Kamal. “Apa keputusan kamu Nurul?” sambung Encik Razali.
“Rasa Abang Kamal jadi artis ni gajinya lumayan tak?” soal Nurul kepada Kamal untuk mengetahui keadaan sebenar apabila menjadi seorang artis.
“Lumayan juga Nurul. Kalau dapat show kadang-kadang boleh mencecah ratusan ringgit untuk satu lagu je. Cuba bayangkan kalau sebulan dapat banyak show,” kata Kamal tenang.
Nurul memandang ayahnya yang sekadar senyum melihatnya. ‘Kalau aku jadi artis dan dapat banyak duit, aku tak payah susahkan ayah nak bayar duit sekolah. Gaji ayah sebulan berapa aje. Belanja duit sekolah nak banyak. Dahlah masuk sekolah elit. Kebanyakannya orang kaya-kaya. Aku masuk sekolah tu pun sebab akademik aku bagus dan dapat biasiswa daripada sekolah. Adakah aku harus terima tawaran Abang Kamal?’ ligat otak Nurul berfikir.
Encik Razali dan Kamal memandang Nurul untuk mendapatkan keputusan Nurul yang sedang memikir keputusan yang betul. “Baiklah, Nurul terima tawaran Abang Kamal,” kata Nurul selepas lama berfikir baik buruknya apabila dia menerima tawaran tersebut.
“Alhamdulillah,” pantas saja Kamal mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas persetujuan Nurul itu.
“Tapi ada syaratnya,” sambung Nurul memberi syarat.
“Apa dia? Kalau Abang Kamal mampu, abang akan tunaikan,” kata Kamal gembira. Syarat pun syaratlah. Asalkan dapat budak yang berbakat besar ni. Sayang kalau dilepaskan nanti ada yang kebas desis Kamal.
“Yang pertama, Nurul nak ayah jadi PA Nurul nanti,” Nurul mengemukakan syarat yang pertama. Ada berapa syaratlah si Nurul. Ada pulak yang pertama. Ni mesti ada kedua, ketiga ni.
“Macam mana bang? Boleh tak abang jadi PA Nurul?” soal Kamal kepada Encik Razali.
“Jadi PA tu buat apa?” Encik Razali bertanya untuk tahu apa yang harus dibuat apabila dia menjadi PA anaknya nanti.
“PA ni kerjanya menyediakan jadual untuk Nurul. Pastikan jadual Nurul ni tidak bertindih dengan perkara lain. Contohnya pagi, Nurul ke sekolah. Balik sekolah boleh pergi latihan. Sebelah malam pulak boleh buat kerja sekolah ke, ulangkaji ke. Lagi satu, PA ni yang akan menerima panggilan daripada mana-mana pihak untuk mengaturkan jadual harian Nurul. PA juga yang akan membawa Nurul ke mana saja dia pergi ketika melakukan latihan mahupun persembahan. Tapi abang jangan risau, saya akan membantu dari segi persembahan dah latihan,” terang Kamal panjang lebar.
“Bolehlah ayah. Jadi PA Nurul,” pinta Nurul manja.
“Tapi kerja ayah macam mana?” Encik Razali memikirkan pekerjaannya pula.
“Pak cik kerja apa?” Kamal bertanya.
“Tukang masak dekat sebuah hotel 2 bintang. Pak cik kerja daripada 8.00 pagi hingga 3.00 petang,” Encik Razali memberitahu.
“Pak cik boleh kerja macam biasa. Petang boleh temankan Nurul. Malam siapkan jadual,” cadang Kamal.
“Kalau macam tu, baiklah, ayah jadi PA kamu, Nurul,” Encik Razali memberi kata putus selepas mendengar penjelasan Kamal.
“Syarat kedua, Nurul tak nak orang tahu siapa Nurul. Nurul nak pakai topeng. Biar orang tak kenal Nurul,” kata Nurul.
“Kenapa Nurul?” Kamal dan Encik Razali bertanya serentak.
“Biar orang tahu yang Nurul ni bukan artis,” Nurul memberi sebab dia memberikan syarat kedua.
“Sampai bila Nurul nak berahsia?” soal Kamal risau takut berlaku sesuatu kepada Nurul apabila wartawan mengejarnya untuk mengetahui siapa sebenarnya Nurul yang bakal menjadi artis misteri.
“Sampai Nurul bersedia dan berani menunjukkan muka,” jawab Nurul selamba.
“Syarat ketiga, Nurul tak nak guna nama Nurul. Guna nama lain selain Nurul. Ayah rasa nama apa yang sesuai?” Nurul bertanya kerana sejak tadi dia tidak dapat memikirkan nama yang sesuai.
“Nama panjang kamu apa Nurul?” soal Kamal untuk membantu.
“Nurul Khalisha,’ jawab Nurul.
“Nurul Khalisha… Nurul… Khalisha…,” cadang Kamal.
“Kalau boleh Nurul tak nak nama yang panjang. Pendek aje sesuai dengan kemisterian Nurul,” pinta Nurul.
“Alisa…, Kelly…,” cadang Kamal tetapi hanya gelengan Nurul yang diterimanya. “Isha…, Sha…,” sambung Kamal yang dah buntu untuk memberi nama kepada Nurul.
“Ya, Sha. Okey juga nama tu,” akhirnya Nurul bersetuju.
“Syarat keempat, Nurul nak tempat latihan yang dekat-dekat je dengan rumah. Senang nak pergi,” cadang Nurul. “Lagi satu, Nurul nak topeng yang sesuai,” pinta Nurul.
“Tu Nurul tak payah risau nanti Abang Kamal akan uruskan,” jawab Kamal.
“Abang, kalau boleh Nurul nak hanya Nurul, ayah dan Abang Kamal je yang tahu tentang rahsia ni. Jangan beritahu pada sesiapapun selagi Nurul tak bersedia,” pinta Nurul kepada ayahnya dan Kamal. “Janji,” sambung Nurul lagi.
“Janji,” jawab Encik Razali dan Kamal serentak. “Nurul ada syarat lagi tak?” soal Kamal ingin mendapatkan kepastian.
“Tak.”
“Kalau macam tu hari sabtu nanti pergi ke syarikat tempat abang bekerja untuk tandatangan surat yang sepatutnya,” kata Kamal.
“Okey.”
“Selamat berjuang dalam dunia hiburan Sha. Kalau ada masalah jangan segan-segan call abang. Kad nama tu ada nombor abang. Semoga Sha menjadi artis terkenal suatu hari nanti. Kena biasakan nama Sha ni Nurul. Kalau tak habislah rahsia yang tersimpan,” nasihat Kamal sebelum berlalu pergi.
Share this novel