“Assalamualaikum, ayah,” Nurul memberi salam apabila dia sampai ke rumah.
“Waalaikumsalam. Nurul, kenapa resah je ni?” Encik Razali bertanya.
“Ayah tengok tak surat khabar hari ni? Ada berita tentang Sha, ayah,” jawab Nurul sedih.
“Apa?”
“Cuba ayah baca ni. Nurul beli kat sekolah tadi. Nurul pun terkejut. Macam mana wartawan boleh tahu yang Sha ni tingkatan 5. Ayah ni baru permulaan. Berita ni tak sangat membongkar identiti Sha tapi macam mana kalau lambat laun mereka tahu jugak.” Nurul semakin resah. Dia ke hulu dan ke hilir di depan ayahnya yang sedang duduk di ruang tamu itu. Ayahnya pun pening dengan tingkah lakunya itu.
“Nurul kena bersedia dengan semua ni. Kita akan buat sidang media esok untuk mengesahkan berita itu. Patutlah tadi ayah menerima banyak panggilan telefon rupanya mereka hendak mengetahui berita ini. Nanti ayah akan cuba telefon Kamal untuk membuat sidang media as soon as possible, okey. Nurul tak payah risau sangat. Nurul hanya perlu mengaku yang Nurul ni tingkatan 5 sahaja,” kata Encik Razali untuk menenangkan hati Nurul.
“Baiklah, ayah,” Nurul hanya mengikut kata ayahnya sahaja. Dia sudah tak boleh nak fikir dengan keadaan itu. Keadaan itu adalah kali pertama baginya. Ianya merupakan satu pengalaman untuknya.
Encik Razali segera menelefon Kamal untuk mengadakan sidang media Sha. Sidang media akan dilangsungkan pada hari esok pagi di mana seperti biasa Nurul akan ponteng kelas untuk membereskan halnya.
“Nurul, esok Nurul tak payah sekolah. Kita pergi sidang media. Ayah dah cakap dengan Kamal. Kita akan buat sidang media di syarikat kat KL esok. Kamal akan menguruskan semuanya. Kita tinggal datang dan beri keterangan saja,” kata Encik Razali.
“Esok ayah? Cepatnya.”
“Kita kena selesaikan masalah ini secepat mungkin.”
“Baiklah, ayah. As you wish,” balas Nurul kemudian dia masuk ke bilik untuk mengambil handphonenya menelefon Wiya.
“Assalamualaikum,” Nurul memberi salam. Kedengaran Wiya menjawab salam di hujung talian. “Wiya, kau boleh tolong aku tak?” sambung Nurul.
“Ada apa?”
“Esok aku tak datang sekolah. Ada hal penting yang nak diuruskan. Tolong cakapkan dengan cikgu.”
“Hal apa yang penting sangat ni?”
Nurul memikirkan alasan untuk dia ponteng sekolah. “Aku teman ayah aku pergi Perak atas hal kerja. Dia kena pergi sana untuk siapkan beberapa surat. Kalau aku tak ikut nanti aku kena tinggal kat rumah sorang-sorang.”
“Jauhnya. Okeylah, nanti aku bagitahu cikgu.”
“Thanks.” Nurul berterima kasih sangat-sangat pada Wiya. Setiap kali Nurul tidak hadir ke sekolah Wiyalah yang akan membantunya memberitahu guru kelasnya walaupun Wiya tak tahu rahsia besar Nurul jika ayahnya tidak sempat untuk menelefon cikgunya.
“You’re welcome.” Talian diputuskan.
Nurul meletakkan telefonnya di meja belajarnya di bilik. Dia segera keluar untuk makan malam.
“Ayah, Nurul dah beritahu Wiya esok Nurul tak datang sekolah,” kata Nurul.
“Baguslah.” balas ayahnya. Mereka menikmati makan malam kemudian menunaikan solat Maghrib dan Ishak secara berjemaah.
Keesokannya, Nurul dan Encik Razali pergi ke sidang media di Kuala Lumpur. Seperti biasa Nurul akan menjadi Sha dengan memakai topeng. Pagi-pagi lagi mereka dah bertolak dari rumah untuk ke sidang media.
“Nurul tahukan apa yang harus dicakapkan?” Encik Razali bertanya di dalam kereta semasa perjalanan.
“Tahu, ayah. Sha hanya akan mengaku Sha tingkatan 5,” balas Nurul.
Ketika mereka sampai, ramai wartawan yang hadir untuk mengetahui perkara yang sebenar. Mereka menunggu kedatangan Sha dan apabila Sha sampai mereka terus ambil gambar walaupun Sha masih di dalam kereta. Kemudian semua wartawan masuk apabila Sha dan ayahnya masuk ke dewan di mana tempat Sha akan membuat pengakuan. Kamal juga sudah menunggu mereka di tempat sidang media. Semua yang hadir duduk di tempat yang disediakan.
“Terima kasih kerana anda sudi hadir dalam sidang media ini,” Kamal memulakan bicara. “Seperti yang anda sedia maklum bahawa berita mengenai Sha sudah tersebar luas di majalah dan surat khabar. Sidang media ini diadakan untuk mengesahkan berita itu. Sekarang anda boleh menanyakan soalan yang berbangkit,” sambungnya.
“Adakah berita itu benar?” tanya salah seorang daripada wartawan yang hadir.
“Ya, berita itu benar bahawa saya adalah pelajar tingkatan 5,” jawab Sha.
“Anda bersekolah di mana?” salah seorang wartawan bertanya.
“Maaf, soalan itu saya tidak dapat jawab. Biarlah ianya menjadi rahsia. Saya hanya boleh memberitahu saya adalah seorang pelajar. Sorry. Next question?”
“Bagaimana Sha mengatur jadual?”
“Semua jadual saya ayah saya yang akan uruskan. Saya hanya mengikut arahan daripada ayah saya. Saya harap jika saya terlambat atau terpaksa batalkan aktiviti nyanyian saya anda semua akan faham keadaan saya,” jawab Sha tenang.
“Saya dengar yang Sha ni orang Johor. Betul ke?” tanya Roy yang merupakan orang yang menulis tentang Sha. Dia semestinya akan hadir untuk melihat cara Sha menangani masalah ini. Dia tak mahu ketinggalan untuk semua ni.
“Ya, saya memang orang Johor. Tapi saya tak boleh beritahu saya berada di daerah mana,” jawab Sha.
“Macam mana Sha buat latihan? Adakah Sha mempunyai tempat latihan sendiri?” Roy menggasak pelbagai soalan kepada Sha.
“Saya buat latihan lepas sekolah supaya tidak menjejaskan aktiviti persekolahan saya. Tempat latihan telah disediakan oleh Syarikat Music Star Bhd. yang telah bekerjasama dengan saya selama saya menjadi artis. Syarikat tersebut telah menyediakan studio untuk saya membuat latihan,” jawab Sha masih tenang.
“Habis tu, Sha sekarang membuat sidang media, Sha tak pergi ke sekolah lah? Cikgu Sha tak marah ke? Adakah warga sekolah Sha mengetahui rahsia Sha ini? Apakah reaksi kawan-kawan Sha apabila mengetahui rahsia Sha ni?” bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Roy. Memang sah nak korek rahsia.
“Takde siapa tahu identiti saya yang sebenarnya,” jawab Sha yang dah semakin bengang dengan soalan yang diberikan wartawan seorang tu. Nak saja Sha tumbuk muka wartawan tu dengan tumbukan padunya tapi ditenangkan oleh ayahnya yang duduk di sebelahnya. Ayahnya hanya mengenakan topi dan cermin mata gelap sekadar menutup muka agar tiada kenalan yang akan mengenalnya. Gila apa nak tumbuk orang masa orang tengah ramai. Kalau nak imej buruk buatlah. Tak pasal-pasal di’cop’kan artis gangster.
“Saya harap anda semua gembira dengan penjelasan yang diberikan oleh Sha. Kami ingin meminta diri dahulu kerana ada hal yang perlu diuruskan, terima kasih,” kata Kamal menyelesaikan masalah Sha yang dah nak hangin dengan wartawan tersebut. Dia tahu perasaan Sha dengan jawapan yang diberikan Sha tadi walaupun muka Sha disebalik topengnya. Memang jelas sekali Sha bengang.
Mereka keluar dengan adanya pengawal yang disediakan oleh pihak syarikat yang menjaga mereka sehingga mereka masuk ke dalam kereta.
Di kelas sangat bising dengan ketiadaan guru. Masing-masing berbual.
“Iqa, minta pas keluar. Aku nak jumpa cikgu,” Wiya meminta pas keluar daripada penolong kelasnya. Iqa memberi pas keluar kepada Wiya. Wiya berjalan menuju ke bilik guru.
“Cikgu Sally, hari ni Nurul tak datang sebab kena temankan ayahnya ke Perak,” Wiya berkata kepada guru kelasnya. “Baiklah, terima kasih Wiya kerana memberitahu,” kata Cikgu Sally. Kemudian Wiya kembali ke kelas.
“Wiya, kenapa Nurul tak datang hari ni? Kau tahu tak?” tiba-tiba Ashraf bertanya membuatkan Wiya terkejut beruk.
“Oh, Nurul kena teman ayahnya ke Perak la. Kau kenapa? Rindu ke? Hai baru satu hari tak datang dah risau. Kau ni suka Nurul ke?” Wiya menyakat Ashraf.
“Eh, kau ni. Ke situ pulak perginya. Mana ada, aku tanya ni sebagai seorang kawan.” Ashraf menyangkal perasaannya yang mengambil berat akan Nurul. Muka dah merona merah. Jantung dah berdengup kencang apabila Wiya bertanya padanya. Adakah itu tandanya suka?
Tengah asyik Wiya dan Ashraf berbual, rupanya ada yang menguping perbualan mereka. Zira dan Alia tidak percaya dengan alasan Nurul yang dinyatakan oleh Wiya.
“Ni mesti nak settlekan hal dia yang dah nak terbongkar tu,” kata Zira.
“Yela, aku pun fikir macam tu gak,” balas Alia.
“Takpe-takpe kita tunggu jer keputusan orang kita.”
Mereka tersengih-sengih memikirkan mereka akan mendapat bukti itu kerana mereka telah menghantar orang untuk mengambil bukti di rumah Nurul.
“Hei, aku geram pulak dengan Wiya ni. Lagi tadi asyik berbual dengan kekasih aku jer,” Zira menggedik mengatakan Ashraf itu kekasihnya. Dia terus pergi ke tempat Ashraf dan Wiya. “Ashraf, apa yang rancak sangat korang berbual ni, tak ajak pun,” sambung Zira. Kemudian terus ambil kerusi duduk di sebelah Ashraf sambil memandang tajam ke Wiya. Kemudian dia menolak-nolak Wiya supaya Wiya jauh daripada Ashraf dan dia boleh dekat dengan Ashraf.
“Woi, Zira, kau ni kenapa tolak-tolak orang? Tak puas hati ke?” marah Wiya. Zira hanya diam tidak mempedulikan Wiya dan terus mendekatkan diri dengan Ashraf. Wiya terus pergi jauh daripada mereka.
“Zira, awak ni kenapa? Awak dah buat kawan saya pergi tau,” kata Ashraf apabila Wiya pergi jauh.
“Alah awak ni, dia tu cuma kawan awak jer. Saya ni kan girlfriend awak,” balas Zira.
“Bila masa pulak awak ni jadi girlfriend saya. Saya tak pernah nak dan tak nak pun,” perli Ashraf.
“Ashraf sayang, awak cuma cocok dengan saya jer kat sekolah ni. Semua orang cakap macam tu. Awak hensem, saya pulak cantik. Saya tahu ramai yang tergila-gilakan awak tak kira junior kita ke mahupun sebaya dengan kita. Sebenarnya saya lagi ramai peminat tau.”
“Ada saya kisah ke? Walaupun takde sorang pun minat saya kat dunia ni, saya takkan suka awak tau.”
“Eeii, awak ni menjengkelkan saya la. Awak ni kenapa? Dah kira untung tau saya pilih awak. Merajuklah macam ni.” Zira terus pergi ke tempat duduknya dengan muka masam. Ashraf pergi ke belakang di mana Wiya berada dengan wajah yang ceria kerana dapat mengenakan Zira.
“Kau ni Ashraf tersengih-sengih. Mentang-mentanglah makwe dia berbual dengan dia,” perli Wiya.
“Wiya, Zira bukan makwe aku okey. Please la. Sorry tak berminat. Tadi aku kerjakan dia, ni yang aku happy ni, kau pun patut happy sekali tau. Kalau kau ada tadi mesti kau dah gelak besar,” balas Ashraf. Ashraf dan Wiya menjadi rapat semenjak mereka bersama pergi ke konsert Sha waktu itu.
“Yela tu.”
“Ayah, Nurul gembira sangat hari ni. Masalah kita dah selesai,” kata Nurul dengan gembiranya selepas balik daripada sidang media.
“Nurul jangan nak lega sangat. Mungkin wartawan makin nak tahu siapa Sha yang sebenarnya tau. Kita kena lebih berhati-hati. Jadikan perkara ini sebagai teladan yang baik,” kata Encik Razali.
“Baiklah ayah.”
Ketika Zira pulang ke rumah, dia melihat kelibat seseorang yang membuatkan dia tersenyum lebar. Dia tahu itu adalah orang suruhannya.
“Cik Zira, saya dah dapat topeng milik Nurul,” kata Azman yang merupakan orang upahan Zira untuk mencuri topeng di rumah Nurul untuk memastikan andaiannya betul. Azman telah memasuki rumah Nurul semasa Nurul hadir di sidang media.
“Bagus, tapi betul ke kau ambil dari rumah Nurul? Kau tak beli dari kedai kan?” kata Zira.
“Betul, Cik Zira. Saya ambil dari rumah Nurul. Lagipun topeng macam ni mana ada jual di kedai. Topeng ni mesti ditempah khas. Jadi, mana bayaran saya,” kata Azman sambil menghulurkan tangan untuk mengambil upah yang dijanjikan.
“Okey, aku percaya kau. Tapi kalau aku dapat tahu kau tipu aku siap kau,” kata Zira sambil memberi duit kepada Azman. Kemudian Zira masuk ke dalam biliknya yang besar dan selesa. “Nurul, Nurul, pandai kau rahsiakan perkara yang besar ni, tapi aku lagi pandai daripada kau. Tengoklah apa yang akan berlaku esok pagi. Confirm kau akan terkejut beruk,” kata Zira seorang diri sambil tersenyum memikirkan apa yang akan terjadi esok.
Share this novel