“Nurul kau tengah buat apa tu?” tanya Wiya kepada seorang gadis hitam manis yang merupakan kawan baiknya.Wiya lain daripada Nurul.Wiya merupakan seorang yang periang dan mudah bergaul dengan sesiapa saja manakala Nurul pula lebih suka mendiamkan diri daripada bergaul dengan orang lain.
“Takde buat apa. Kenapa?” tanya Nurul kepada Wiya.
“Saja je tanya. Aku bosan la. Jom jalan-jalan lagipun cikgu kan takde boleh la kita enjoy,” jawab Wiya dengan meniru gaya tangan Nora Danish dalam cerita Puteri.
“Tak nak la. Aku banyak kerja la. Kerja sekolah aku berlambak tak siap-siap. Kau ni dah takde kerja sangat ke? Kalau takde meh sini tolong aku. Ada banyak yang aku nak bagi ni.”
“Ala, kau ni memang tak boleh tengok aku senang kan. Okey la aku tolong kau. Yela aku ni kan baik hati, suka tolong kawan. Pertolongan yang macam mana yang kau nak ni? Bagitau je, ni Wiya la semua boleh buat punya,” jawab Wiya dengan menunjukkan tangannya ke dada membangga diri.
“Bagus la kalau macam tu. Ni yang aku suka ni kawan dengan kau. You are my best friend forever la,” jawab Nurul dangan gembiranya sambil mencubit pipi Wiya yang gebu itu. “Memandangkan kau ni nak jalan-jalan, aku ada kerja yang best untuk kau. Tolong hantarkan buku aku kat meja Cikgu Yana. Semalam aku tak bawa… lupa,” sambung Nurul sambil tersengih-sengih dan memberi bukunya kepada Wiya.
Wiya mengambil buku itu. “Dah kau jangan nak tersengih dengan aku.” Wiya segera meminta pas keluar daripada Iqa selaku penolong kelas 5 Dahlia yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
“Wiya tunggu kejap. Ada lagi ni,” Nurul memanggil Wiya yang hendak keluar daripada kelas.
“Apa lagi kawan baikku?” jawab Wiya malas.
“Kau boleh jumpa Cikgu Rahmah tak? Cakap dengan Cikgu Rahmah mesyuarat Kelab Ghazal petang ni pukul 3. Kau pun datang sekali. Kau tu setiausaha kelab ni tau,” kata Nurul yang merupakan pengerusi Kelab Ghazal mengingatkan Wiya.
“La petang ni ke. Aku lupa la. Kau dah bagitahu AJK yang lain belum?” tanya Wiya yang menepuk dahi kerana lupa tentang mesyuarat itu.
“Dah. Tapi kalau kau rajin kau cakap lagi la dengan diaorang tu. Diaorang tu bukan nak dengar sangat cakap aku ni,” kata Nurul.
“Yela nanti aku bagitahu diaorang lagi. Aku blah dulu la ye. Takde apa-apa lagi kan?” tanya Wiya kepada Nurul.
“Dah. Thanks tau,” kata Nurul yang berterima kasih kepada Wiya. Wiya hanya mengangkat tangan menandakan dia takde hal dengan kerja itu. Nurul meneruskan kerja Biologinya yang tidak sempat dia buat di rumah kerana sibuk dengan hal kelab dan uniformnya.
Wiya berjalan menuju ke bilik guru yang berdekatan dengan kelasnya sambil menyanyi lagu ‘Kalau Cinta’ nyanyian Alif Aziz dan Joanna. Wiya berhenti menyanyi apabila sampai di bilik guru dan meletakkan buku Nurul di atas meja Cikgu Yana. Semasa Wiya nak keluar daripada bilik guru untuk mencari Cikgu Rahmah, dia ternampak seorang mamat hensem, segak lagi bergaya memasuki bilik guru di samping pengawalnya seramai 3 orang menemui guru kelasnya Cikgu Sally. “Wah, hensem giler, cair hati aku melihatnya,” kata Wiya sambil memegang dahinya. Wiya teringat dia hendak mencari Cikgu Rahmah. “Ya Allah. Lupa pulak aku nak jumpa Cikgu Rahmah. Bye-bye hensem nanti jumpa lagi,” Wiya bercakap seorang diri. Apabila dia nak keluar daripada bilik guru, dia ternampak Cikgu Rahmah yang baru hendak masuk bilik guru. Wiya segera pergi ke tempat Cikgu Rahmah. Cikgu Rahmah mengajak Wiya ke mejanya. Wiya nampak lagi mamat hensem itu berbual dengan Cikgu Sally.
“Wiya, awak nak apa jumpa saya ni?” tanya Cikgu Rahmah.
“Cikgu, saya bawa pesanan daripada Nurul. Petang ni ada mesyuarat Kelab Ghazal. Pukul 3 petang. Cikgu datang tau,” kata Wiya.
“Oh, mesyuarat Kelab Ghazal. Selamat awak ingatkan. Saya lupa. Dekat bilik ghazal kan?”
“Biasa kita buat mesyuarat kat situ la Cikgu,” jawab Wiya sambil tersenyum. “Cikgu, saya pergi dulu. Nak cakap dengan AJK yang lain.”
“Ha, yela. Lepas tu masuk kelas jangan tak masuk pulak. Nanti saya pulak yang kena marah.” Cikgu Rahmah mengingatkan Wiya. Wiya hanya mengangkat tangan menandakan akan mengikut cakap Cikgu Rahmah.
Wiya segera memberitahu AJK Kelab Ghazal yang lain. Selepas semua AJK sudah diberitahu, Wiya segera masuk ke kelas.
“Assalamualaikum.” Wiya memberi salam apabila dia melihat Cikgu Sally berada di dalam kelasnya. Semua orang yang beragama Islam menjawab salam Wiya. Cikgu Sally membenarkan Wiya masuk. Terkejut Wiya apabila Cikgu Sally membawa mamat hensem di bilik guru tadi ke kelasnya. Wiya segera duduk di tempat duduknya di sebelah Nurul. Cikgu Sally memberitahu bahawa mamat hensem tadi adalah pelajar baru kelas mereka. Cikgu Sally menyuruh mamat tadi memperkenalkan dirinya di hadapan kelas.
“Hai, nama saya Ashraf. Saya harap semuanya dapat berkawan dengan saya.” Ashraf memperkenalkan dirinya di hadapan kelas.
Ashraf duduk di sebelah Syuk di mana bersebelahan dengan tempat duduk Nurul dan Wiya. Wiya memberitahu Nurul bahawa dia ternampak Ashraf di bilik guru semasa jumpa Cikgu Rahmah. Wiya sangat teruja apabila mamat hensemnya sama kelas dengannya tetapi Nurul hanya bersahaja saja. Wiya segera memperkenalkan dirinya kepada Ashraf. “Hai, saya Adawiyah. Awak boleh panggil saya Wiya. Ni kawan saya Nurul,” tidak dilupakan jugak Wiya memperkenalkan Nurul kepada Ashraf. Ashraf hanya senyum terhadap Wiya. “Manisnya senyuman dia. Dahlah putih, hensem. Confirmlah ramai awek yang suka dia ni.” kata Wiya kepada Nurul. Nurul hanya mengiakan saja.
“Hai Ashraf, saya Zira. Saya wanita tercantik dan paling kaya di kelas dan sekolah ni.” Zira adalah seorang gadis yang sentiasa perasan cantik dan gedik. Memang ramai jejaka di sekolah minat dengannya.
Ashraf hanya buat endah tak endah je. Dia malas nak layan Zira. Lagipun Ashraf memang tak suka perempuan gedik. Ashraf lebih suka kepada perempuan yang simple. Zira perasan dengan sikap Ashraf. Dia terus pergi ke tempat duduknya di belakang Nurul dengan muka yang masam. Wiya hanya tersenyum dengan gelagat Zira.
Kkkrrriinnngggg!!!! loceng rehat sudahpun berbunyi. Wiya segera menarik Nurul untuk pergi ke kantin. Dia sudah lapar benar kerana tidak sarapan pagi tadi. Nurul hanya mengikut Wiya pergi ke kantin dan menemankan Wiya. Di kantin mereka terlihat Ashraf dikelilingi pengawal seramai 3 orang.
“Aku rasa Ashraf ni orang yang sangat kaya la. Tengoklah tu pengawal sampai 3 orang. Aku walaupun macam ni takdelah nak bawak pengawal segala dalam sekolah ni. Ni baru kat sekolah. Aku rasa kalau kat luar lagi banyak,” kata Wiya kepada Nurul. Nurul hanya melayan sahaja kata Wiya. Mereka segera membeli makanan untuk dimakan. Selepas habis makan mereka segera balik ke kelas. Loceng menandakan rehat telah habis sudah berbunyi. Masa untuk belajar.
Wiya dan Nurul mengambil buku Biologinya untuk ke makmal. Selepas semua orang beratur, mereka bersama-sama ke makmal Biologi. Seperti biasa mereka masuk ke kelas dan belajar. Sebelum keluar kelas, Cikgu Sally menyuruh Nurul membawa Ashraf untuk mengambil buku teks yang diperlukan kerana Nurul merupakan AJK SPBT sekolah itu. Selepas Nurul letak buku Biologinya, dia segera mengajak Ashraf mengambil buku teks supaya dia tidak terlepas untuk belajar subjek lain pula.
Nurul berjalan dengan laju pergi ke bilik SPBT sehingga Ashraf tidak terkejarnya. “Nurul, tunggu la. Kau ni cepatnya jalan.” kata Ashraf sambil termengah-mengah mengejar Nurul. Nurul berpaling dan berhenti untuk menunggu Ashraf. Selepas Ashraf sampai dekat Nurul barulah mereka bersama-sama pergi ke bilik SPBT.
“Nurul, kau ni diam je kenapa? Kau tak suka aku ke? Kau ni memang pendiam eh? Tapi tadi aku tengok kau dengan Wiya okey pulak. Ke kau ni malu dengan aku sebab aku ni hensem dan ramai peminat?” Ashraf mengusik Nurul untuk menceriakan suasana yang sepi sejak mereka keluar daripada kelas sehingga ke bilik SPBT.
Nurul memandang Ashraf dan berkata, “Wahai Ashraf, kau tak kenal lagi siapa aku tau. Kau jangan nak cakap sembarangan je. Kalau disebabkan kau ni ramai peminat sampai bawa bodyguard kat sekolah, sorry la aku tak berminat. Aku buat kerja aku dan kau buat kerja kau. Okey! Aku tak nak tahu kau buat apa dan kau tak payah tahu aku nak buat apa. Lagipun kau tu orang baru kat sini tau.”
Ashraf hanya terdiam. “Kau ni garang jugak kan. Kau pun tahu kan aku orang baru kat sini. Lagipun hari ni aku baru cakap dengan kau tau. Aku tak cakap dengan orang lain lagi macam ni tau. Kau la orang pertama yang aku ajak berbual. Kau patut bangga tau sebab ramai yang nak cakap dengan aku hari first sekolah.”
“Oh,ye ke? Ada aku kisah, hmm?”
Mereka segera masuk ke dalam bilik SPBT untuk mengambil buku teks. “Nah ni buku teks kau. Kalau hilang ganti. Tapi aku rasa kalau kau hilangkan pun takpe sebab… kau banyak duit, so kau boleh ganti dengan tutup mata je,” Nurul menyindir.
“Aku ingatkan kalau hilang tak payah bayar sebab aku ni pelajar special rupanya sebab tu je. Kau jangan la sindir aku macam tu. Kecik hati aku ni.” kata Ashraf sambil membuat muka sedih. “Tapi orang yang belajar kat sekolah ni memang kaya-kayakan?” soal Ashraf.
“Ya but not me,” jawab Nurul sambil menulis buku teks yang diambil Ashraf pada helaian kertas yang disediakan dan memberikannya kepada Ashraf selepas selesai mencatat.
“Maksud kau, kau ni tak kaya. Tapi macam mana kau boleh masuk kat sekolah ni?” soal Ashraf lagi menginginkan kepastian sambil menandatangani kertas yang diberikan Nurul.
“None of your business,” marah Nurul dan mengambil kembali kertas yang sudah ditandatangani Ashraf. Selepas itu, Nurul meletakkan kertas tersebut ke tempat asal kemudian keluar daripada bilik SPBT untuk balik ke kelas. Tapi betul jugak kata Ashraf. Macam mana Nurul yang tak kaya tu, boleh masuk ke sekolah yang popular. Murid-muridnya semua anak orang kaya seperti anak Dato’ dan Tan Sri. Bukan calang-calang orang. So mysterious.
‘Garang betul perempuan ni. Ni yang buat aku makin suka kat sini ni’ kata Ashraf dalam hati.
Mereka masuk ke kelas dan belajar seperti biasa. Loceng balik sudah bunyi tepat jam 2 petang. Nurul tidak balik kerana harus menghadiri mesyuarat Kelab Ghazal manakala Wiya terpaksa balik untuk mengambil buku laporan. Ashraf ternampak Nurul masuk ke dalam surau sekolah tetapi dia hanya melihat sahaja. Ketika di dalam kereta, Ashraf menyuruh salah seorang pengawalnya mengintip Nurul di sekolah. Pengawalnya hanya menurut perintah tuan mudanya sahaja.
Selepas selesai menunaikan solat Zuhur, Nurul segera pergi ke bilik ghazal untuk bersedia bermesyuarat. Selepas beberapa minit, Cikgu Rahmah pun tiba. Tepat jam 3 petang semua AJK hadir. Mesyuarat bermula dengan ucapan Nurul kemudian Cikgu Rahmah dan memberitahu sebab mereka bermesyuarat. Wiya mencatat semua ucapan dan perkara yang berbangkit dengan tekun. Wiya sememangnya akan melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh apabila diberi kerja dan amanah. Tepat jam 5 petang mereka bersurai.
Share this novel