“Zira, semalam kau ada nampak gelang tak kat rumah kau,” tanya Wiya setelah disuruh Nurul.
“Gelang... rasanya tak nampak. Takpelah nanti balik I tanya pembantu rumah I sebab semalam dia orang yang kemas,” jawab Zira.
“Esok kau cakap tau, gelang tu bermakna sangat bagi aku.”
“You kan kaya. Beli baru aje la.”
“Tak boleh, apa pun terima kasih la kerana sudi tolong.”
“Okey. Suka hati you la.”
“Zira cakap nanti dia tanya dengan pembantu dia,” kata Wiya sambil melihat Nurul yang sejak lagi tadi murung. “Kau janganlah murung je macam ni. Insya-ALLAH kalau ada rezeki tak ke mana gelang tu,” sambung Wiya. Nurul hanya mengangguk sahaja.
“Zira, you tahu tak perempuan yang pakai baju warna perak semalam. I rasa cuma dia je yang pakai baju warna tu malam tadi,” giliran Ashraf pula yang bertanya kepada Zira.
“Eeiii… kenapa I hari ni kena tanya dengan orang je. Ingat I ni counter pertanyaan ke? Kejap I recall balik memory I,” kata Zira dengan gedik lalu memegang kepalanya. Sememangnya dia masih bengang dengan kejadian malam tadi. Rancangannya tidak menjadi lagi. Sejak daripada itu dia malas nak ambil tahu tentang Nurul ataupun Sha. Kalau diikutkan nak buat apa bongkar rahsia orang lain kalau menyusahkan diri sendiri. “Semalam seingat I la kan, hmm... kawan Nurul kot... sebab semalam I ada dengan Nurul masa tu… lepas tu… ada seseorang yang dekat dengan kita orang… nak balik, dia ajak Nurul sekali balik,” sambung Zira.
“Nurul pakai baju warna apa malam tadi?”
“Warna biru laut.”
“Mana you tahu.”
“Of course la I tahu… kan I yang belikan baju dia tu.”
“Okey la, thanks.”
Ashraf terus pergi ke tempat Nurul. “Hey girls, Nurul, why you moody semacam je ni,” tanya Asraf yang melihat Nurul murung lagi tadi dan kelihatan gelisah.
“Takde apa, biasa lah perempuan,” Wiya yang menjawabkan soalan Ashraf.
“Nurul aku nak tanya ni, semalam kawan kau yang pakai baju warna perak siapa?” Ashraf terus menanyakan tujuan utamanya.
“A…” belum sempat Nurul menghabiskan perkataan ‘aku’, mulutnya sudah ditutup oleh Wiya.
“Aku yang pakai baju warna perak. Kenapa?” tanya Wiya selepas dia melepaskan tangannya daripada mulut Nurul. Nurul hanya mendiamkan diri tanda tahu apa yang Wiya sedang buat. Asyraf pula kehairanan melihat reaksi Wiya yang mendadak itu. Wiya sememangnya kawan yang sangat baik. Sanggup menolong rakan yang dalam kesusahan.
“Betul ke, Nurul?” Ashraf bertanya kembali menginginkan kepastian.
“Ek eleh mamat ni tak caya la tu aku cakap,” kata Wiya yang hendak merajuk. Nurul hanya mengangguk kepala menandakan yang Wiya cakap adalah betul. “Hah! kau belum jawab lagi soalan aku. Kenapa?” sambung Wiya.
“Wiya, keluar kejap. Ada benda nak cakap,” ajak Ashraf setelah dia tahu orang yang dia cari adalah Wiya. Mereka keluar meninggalkan Nurul yang murung kerana gelangnya yang hilang tak jumpa lagi. Semasa berjalan hendak menuju ke pondok, ramai gadis dan jejaka yang berada dalam kelas mereka mahupun kelas lain melihat ke luar dengan perasaan geram apabila melihat Ashraf dan Wiya berjalan bersama. Ye la ramai peminat la katakan. Setelah sampai ke tempat yang di tuju, mereka berbincang tujuan utama Ashraf mengajak Wiya keluar kelas.
“Ashraf, pehal kau ni ajak keluar pulak? Macam tak boleh cakap kat kelas pulak,” Wiya terus straight to the point, no bengkok-bengkok lagi dah.
Ashraf mengeluarkan sesuatu dalam poket seluarnya. “Ni kau punya ke?” Ashraf terus bertanya.
‘Gelang tangan Nurul,’ kata Wiya dalam hati.
“Mana kau jumpa gelang ni?” Wiya bertanya kembali tanpa menjawab soalan Ashraf.
“So kau punya la ye?” Wiya hanya mengangguk. “So, semalam kau la orang yang berbual dengan aku tu? Kenapa lain sangat bila kau cakap masa tu?” sambung Ashraf.
‘Cakap? Berbual? Bila masa pulak malam tadi aku ada berbual dengan lelaki ni. Setahu aku… aku dengan Zira je malam tadi. Ni mesti Nurul ni. Aduh nak cakap apa ni?? Bantai je la labu, asalkan dapat balik gelang Nurul ni.’ getus Wiya dalam hati.
“Ooo… jadi malam tadi tu kau la. Dah la bak sini gelang aku, aku ingatkan hilang ke mana, rupanya pada kau. Piigiirahh,” kata Wiya selamba sambil mengambil gelang yang ada pada Ashraf lalu meninggalkan Ashraf.
“Nah, amik ni gelang kau. Gembira sekarang,” Wiya memberi gelang Nurul yang hilang kepada Nurul.
“Mana kau dapat ni?” tanya Nurul dengan gembira setelah mendapat kembali gelangnya.
“Ek eleh, dia yang dating dengan Ashraf malam tadi sampai hilang gelang pun tak tahu.” Wiya menyindir Nurul kerana Nurul tidak memberitahunya tentang pertemuannya dengan Ashraf malam tadi.
“Dating?? Bila masa pulak aku dating dengan Ashraf ni?” Nurul kehairanan. Memang malam tadi dia ada berbual dengan seorang lelaki tapi tak sangka pulak orang tu Ashraf.
“Semalam lelaki yang kau berbual tu Ashraf. Tak pasal-pasal aku pulak yang kena. Selamat la aku ni jenis orang yang cepat dapat idea,” kata Wiya bangga.
“Ooo, ye ke? Terima kasih la cik muda Wiya kerana sudi dapatkan balik gelang saya yang tak seberapa ni.” Mereka ketawa bersama-sama. Mereka tidak sedar yang Ashraf mendengar perbualan mereka tadi di tepi pintu. Ashraf memanggil salah seorang pengawalnya.
“Saya nak awak siasat siapa sebenarnya Nurul. Complete. Semua tentang Nurul. Dia buat apa, tinggal kat mana, yang penting semua tentang dia,” Ashraf memberi arahan kepada pengawalnya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Nurul yang sedang rancak berbual dengan Wiya.
“Baik tengku.”
“Hai girls, tengah berbual apa tu? Tentang aku ke? Nurul, tadi murung sekarang happy? Kenapa ni?” tanya Ashraf kepada Nurul dan Wiya setelah masuk dalam kelas.
“Takde apa. Kau ni pun satu, suka berangan kan? Tahu la ramai peminat, but you are not my taste,” jawab Nurul dengan gembira.
“You are not Nurul’s taste but you a little bit my taste,” sambung Wiya dengan selamba. Pecah gelak ketawa mereka dalam kelas.
“Kau pun minat jugak ke dengan aku, Wiya. Ingatkan…” Ashraf berkata.
“Tipulah aku kalau sikit pun aku tak minat dengan kau. Kau ni dah lah hensem, kaya, kira perfectlah,” kata Wiya dengan tak tahu malu.
“Kau Nurul, takkan sikit pun takde minat kat aku yang perfect ni??” tanya Ashraf yang sengaja menekankan perkataan ‘perfect’ kepada Nurul.
“Eeii… perfectlah sangat. Tak akan aku minat kat kau ni la,” jawab Nurul.
“Okey kalau kau jadi awek aku satu hari nanti macam mana?” tanya Ashraf yang sengaja buat Nurul malu.
“Tak akan terjadi,” balas Nurul.
“Okey kita bet. Ada berani?” Ashraf balas kembali. Nurul hanya melihat Ashraf dengan geram. “Wiya, kau macam mana? Kau rasa Nurul akan jadi awek aku tak nanti?” Ashraf bertanya pula kepada Wiya.
Wiya yang lagi tadi tercengang mendengar perang dingin antara Ashraf dengan Nurul menjawab, “Kalau aku… aku rasa… rasa aje la kan… 50-50.”
“Kenapa?” Ashraf dan Nurul bertanya serentak sambil sama-sama memandang tajam muka Wiya yang sudah rasa serba salah nak bela yang mana satu sehingga membuatkan rakan sekelasnya menoleh ke arah mereka. Mereka berdua dah jadi kawan baik Wiya kat sekolah ni. Kalau pilih yang ini, yang lagi satu merajuk dan sebaliknya. Lebih baik tak payah pilih dua-dua. Lebih afdal.
“Sebab kau orang berdua ni sama-sama keras kepala,” jawab Wiya memuaskan hati kedua-duanya.
“Kalau I… rasanya Nurul takkan jadi awek Ashraf, sebab I yang akan jadi girlfriend Ashraf,” sampuk Zira yang menjadi pendengar lagi tadi.
“Kalau aku pulak kemungkinan besar Nurul akan jadi awek Ashraf, sebab Ashraf ni hensem,” sampuk Alia pulak. Kemudian masing-masing memberi pandangan mereka sendiri. Ada yang berkata ya Nurul akan menjadi awek Ashraf dan ada yang tidak. Habis riuh-rendah kelas mereka dengan topik yang dibualkan.
“Okey kalau macam tu kita bet, siapa yang akan menang?” Ashraf memutuskan keputusan. “Macam mana Nurul sanggup terima cabaran?” sambung Ashraf. Wiya hanya sekadar memerhati sahaja. Dua kawan baiknya tengah perang gingin sekarang ni.
“Bet benda pulak ni. Tak nak aku,” jawab Nurul sedikit geram.
“Kalau kau tak nak maknanya kau kalah dan sebenarnya kau minat kat aku,” saja Ashraf menaikkan suhu badan Nurul sehingga membolehkan enzim-enzim di dalam badan Nurul pecah dan tak berfungsi.
“Okey! I’ll take your challenge,” jawab Nurul geram yang tak mahu mengalah. Dah memang keras kepala nak buat macam mana. “Takde main kotor,” sambung Nurul memberi syarat.
“Tengoklah macam mana… aku tak janji. Siapa yang kalah akan ikut cakap orang yang menang. Deal! Okey! Cabaran bermula… sekarang!” kata Ashraf tanpa sempat Nurul berkata.
“Kau memang saja kan nak kena kan aku,” kata Nurul memandang mata Ashraf dengan geram.
“Takde tarik balik kata,” kata Ashraf sambil tersenyum. Nurul terus keluar ke kelas. Ashraf mengikutnya keluar.
“Apa ni? Ikut orang,” tanya Nurul geram.
“Pertandingan bermula sekarang cik kak oi,” balas Ashraf.
Nampaknya Nurul sudah terkena. Dia terus mendapat idea mengenakan Ashraf. “Takkan nak pergi ladies pun nak ikut?”
“Takpe la. Aku boleh tunggu kat luar jadi pak guard,” balas Ashraf sambil tersenyum. Nurul geram dengan Ashraf. Seperti hendak tumbuk muka dia sampai penyek.
“Kejap, tempoh pertandingan ni sampai bila?” Nurul bertanya. Baru dia ingat pertandingan ni takde tarikh luput. Takkan nak sampai menemui ajal kot.
Ashraf memikirkan masa yang sesuai. “Sampai habis SPM,” keputusan yang muktamad.
Cerita tentang pertandingan tersebar luas dekat sekolah. Semua orang tahu termasuk guru dan staf yang ada di sekolah. Hanya dalam masa satu hari. Begitu cepatnya pemberita menyampaikan berita. Nurul menjauhi Ashraf manakala Ashraf mendekati Nurul. Zira pula cuba menggoda Ashraf, Wiya pula tersepit di tengah-tengah antara dua orang insan. Mereka berdua sudah menjadi kawan baik, Wiya pun tak tahu nak tolong yang mana satu so dia hanya tunggu dan lihat. Macam manalah pertandingan ini berjalan? Cikgu tak marah ke? Ashraf ni buat-buat macam sekolah dia pulak. Eh, memang sekolah tu dia yang punya pun cuma orang kat sekolah tu je yang tak tahu kecuali guru-guru di sekolah itu. Salah satu rahsia Ashraf yang tidak diketahui kawan-kawannya termasuk Nurul dan Wiya. Patutlah sesuka hati dia je.
“Nurul, jom makan sama-sama,” Ashraf mengajak.
“Tak mahu,” balas Nurul.
“Jomlah.”
“Aku cakap tak nak-tak nak lah. Tak reti bahasa ke.” Nurul terus keluar kelas meninggalkan Ashraf dengan Wiya. Ashraf segera mengejar Nurul dan mengikut ke mana sahaja Nurul pergi membuatkan Nurul menjadi rimas.
“Kau jangan ikut aku aje boleh tak? Kau ni dah takde kerja lain ke yang nak dibuat? Kau ni buat aku rimas je la. Kalau perangai kau macam ni je sampai bila-bila pun aku takkan minat kat kau tau,” Nurul sengaja marah kepada Ashraf supaya dia akan menang. Selepas mendengar kata-kata Nurul, Ashraf terus berhenti ikut Nurul. Bukannya kalah tapi rancangan lain sedang menunggu.
“Macam mana? Dah dapat information?” tanya Ashraf kepada pengawal yang disuruh untuk menyiasat tentang Nurul.
“Saya mendapat tahu yang cik Nurul adalah seorang penyanyi terkenal iaitu Sha. Dia tinggal bersama ayahnya,” jawab pengawal tersebut yang telah menyiasat tentang Nurul selama seminggu. Dia telah mengikut ke mana sahaja Nurul pergi termasuk pergi ke studio untuk latihan Sha. Sebab itu dia mendapat tahu tentang identiti sebenar Nurul sebagai Sha.
“What you said? Are you serious? You are not kidding, right?” bertubi-tubi soalan yang ditanya. Alangkah terkejutnya Ashraf apabila mendengar jawapan yang diterima daripada pengawalnya. Dia bagaikan tidak percaya dengan jawapan yang diterimanya. Dia teringat kembali cara Wiya bercakap dengannya sewaktu mereka berbual tentang tandatangan Sha. ‘Patutlah Wiya cakap macam tu,’ desis hatinya sambil tersenyum nipis.
“Betul tengku. Saya serius. Ada lagi tengku.”
“Now what?”
“Orang yang berbual dengan tengku semasa majlis hari jadi cik Zira adalah Cik Nurul. Cik Nurul dan cik Wiya telah bertukar tempat bagi mengelakkan rahsia cik Nurul sebagai Sha terbongkar kerana cik Zira telah mengesyaki cik Nurul adalah Sha. Gelang yang tuan muda pegang hari itu juga kepunyaan cik Nurul. Arwah ibunya telah memberinya gelang tersebut sebelum meninggal dunia,” sambung pengawal Ashraf. Memang bagus betullah pengawal spy ni. Bagi information terus complete.
“I got it. I know she was not Wiya. Takpelah awak boleh keluar sekarang. Thanks.” Pengawal tersebut terus keluar meninggalkan bilik Ashraf yang tersergam indah dengan barang yang mahal-mahal dan berjenama.
“Nurul, I know who you are now,” kata Ashraf seorang diri di dalam biliknya.
Sampai saja di sekolah, Ashraf terus mencari kelibat Nurul.
“Wiya, kau nampak Nurul tak?” tanya Ashraf kepada Wiya sebaik sahaja dia melihat Wiya.
“Nurul hari ni tak datang sekolah. Dia tak sihat. Kenapa dah rindu ke?” Wiya menyakat Ashraf.
“Sebab aku rindu la aku tanya kau. Dia sakit apa?”
“Dia cakap dia demam. Ni mesti ada sebab lain ni kau cari dia.”
“Aku memang ada hal penting nak cakap ni. Takpelah. Kau nak melawat Nurul petang ni?”
“Boleh jugak. Lepas sekolah.”
“Assalamualaikum,” Wiya dan Ashraf memberi salam selepas sampai di rumah Nurul.
“Waalaikumussalam,” Encik Razali menjawab salam. “Oh, Wiya, masuklah. Ni siapa?” tanya Encik Razali menuju kepada Ashraf.
“Saya Ashraf, pak cik,” jawab Ashraf lalu menyalam tangan Encik Razali.
“Kamu berdua duduklah dulu. Pakcik panggilkan Nurul,” kata Encik Razali lalu menaiki tangga untuk ke bilik Nurul.
“Nurul, kawan kamu datang,” Encik Razali mengejutkan Nurul yang lena tidur.
“Siapa ayah?” tanya Nurul.
“Wiya dan Ashraf. Kamu nak turun ke nak suruh mereka naik?”
“Nurul nak turunlah, ayah.” Nurul segera mengambil tudungnya dan turun ke bawah.
“Kamu berdua nak air apa? Biar pak cik buatkan,” tanya Encik Razali selepas turun daripada bilik Nurul.
“Apa-apa ajelah pak cik,” jawab Wiya. Encik Razali segera pergi ke dapur untuk membuat air.
“Hai, korang buat apa kat sini?” tanya Nurul selepas melihat kelibat Wiya dan Ashraf.
“Ek eleh minah ni, orang nak melawat dia la. Kata sakit. Kang aku debik kang baik terus,” jawab Wiya selamba. Ashraf hanya tersenyum melihat gelagat Wiya.
“Aku kan demam je,” jawab Nurul tak mahu mengalah.
“Ni, si Ashraf ni. Dia kata rindu sangat kat kau. Baru satu hari tak datang sekolah dah rindu. Piiiiggiiraah,” kata Wiya selamba.
“Apa yang rindu-rindu ni?” sergah Encik Razali keluar daripada dapur membawa dulang berisi air fresh oren.
“Takde apa pak cik. Ada orang tengah couple kat sekolah tu suka rindu-rindu,” cepat saja Wiya mendapat idea. Dasar Wiya.
“Awak dah pergi klinik belum?” tanya Ashraf yang sejak tadi diam mengambil berat.
“Sejak bila kau ni ber’awak-awak’ dengan Nurul ni?” Wiya sengaja membuat Ashraf dan Nurul malu di depan Encik Razali.
“Aku… aku... tak suka pergi klinik dan seumpamanya,” terus Nurul menjawab soalan Ashraf membiarkan soalan Wiya berlalu pergi. Encik Razali meminta diri kerana ada perkara yang harus dilakukan. Lagipun Nurul sudah kelihatan semakin sihat dan boleh menjaga dirinya sendiri di rumah. Kawannya pun ada. Bolehlah jaga dan temankan Nurul walaupun sekejap.
“Nurul, aku ada hal sikit nak cakap dengan kau tapi… takpelah memandangkan kau tengah sakit ni,” kata Ashraf.
“Cakap je la. Ada apa?” tanya Nurul.
“Takpelah. Esok aku cakap.”
“Suka hati kau lah.”
“Nurul, aku kena balik dulu,” kata Wiya selepas lebih dua jam mereka di rumah Nurul. “Kau Ashraf, nak balik tak? Jangan berdua-duaan kat sini nanti kena tangkap,” sambung Wiya yang mengenakan Ashraf dan Nurul.
“Sekejapnya… takpelah aku balik, nanti tak pasal-pasal dapat kahwin free kan Nurul?” sakat Ashraf.
“Banyaklah kau punya kahwin free, ni nampak?” balas Nurul sambil menunjukkan buku limanya.
“Janganlah marah sayang, gurau pun tak boleh ke?”
“Apa sayang-sayang? Ingat pertandingan kita masih berjalan.”
“It always in my mind, sayang.”
“Eee… jangan panggil sayang-sayang lah. Geli aku nak muntah.”
“Dah-dah la tu… sampai bila pun tak balik kalau macam ni,” sampuk Wiya yang lagi tadi hanya melihat gelagat mereka.
Share this novel