“Assalamualaikum, Wiya boleh kita berjumpa?” kedengaran suara Ashraf di hujung talian apabila Wiya mengangkat panggilan telefon daripada Ashraf Ahad pagi tersebut.
Wiya yang baru sahaja bangun daripada tidur menjawab dengan malas, “Waalaikumussalam, ha… Ashraf…, kau ada apa telefon aku pagi-pagi buta ni. Kacau betul lah.”
“Woi..., anak dara! Sekarang ni dah pukul 8… kau tidur lagi. Dah, bangun, bangun,” bebel Ashraf di hujung talian.
“Dah lah, jangan nak membebel dengan aku. Straight to the point jer,” jawab Wiya malas.
“Kan aku dah cakap dah tadi. Boleh kita jumpa cik muda Wiya?” sindir Ashraf.
“Nak buat apa jumpa? Cakap kat phone jer kan senang,” Wiya membalas dengan pertanyaan balik.
“I need your help. Please! Kita kena jumpa jugak. Pukul 10 nanti aku ambik kau kat rumah kau,” kata Ashraf dan terus mematikan talian tanpa sempat Wiya berkata apa-apa.
“Ek eleh mamat ni, leceh betullah. Ni yang aku malas ni nak campur hal rumahtangga orang lain. Eh mana ada rumahtangga, dia orang belum kahwinlah,” kata Wiya seorang diri dan berlalu ke bilik air untuk menyiapkan diri.
Tepat jam 10 pagi Ashraf tiba di rumah mewah Wiya. Wiya sudah tercongok di depan pintu rumahnya. Apabila Ashraf tiba, dia terus masuk ke dalam kereta sport Ashraf.
“Kita nak pergi mana ni?” Wiya bertanya selepas Ashraf meluncur laju ke jalan besar.
“Adalah,” jawab Ashraf pendek.
“Ek eleh mamat ni, cakap je lah. Hmm, apa masalah kau ni sampai minta tolong dengan aku?” tanya Wiya kembali.
“Nantilah aku cakap. Dah nak sampai ni.”
Mereka tiba di sebuah taman permainan. Kelihatan ramai budak-budak bersama dengan ibu bapa mereka di taman tersebut. Ashraf dan Wiya mengambil tempat duduk jauh daripada orang yang berada di situ.
“Dah sampai ni, cepatlah cakap… tolong apa?” Wiya bertanya selepas mereka duduk.
“Tolong berikan idea untuk menampakkan yang Nurul sukakan aku, boleh tak?” jawab Ashraf selamba.
“Kasi idea?”
“Ye la, kau kan selalu penuh dengan idea dalam otak kau tu.”
“Idea yang kau nak tahu Nurul sukakan kau ke tidak?”
“Ye lah.”
“Payah ni. Kejap aku pikiaq dulu,” jawab Wiya.
Selepas beberapa minit, Wiya mendapat idea yang bernas lagi berkualiti. Dia terus memberi ideanya kepada Ashraf yang dah nak tidur menunggu idea daripada Wiya. Ashraf sangat teruja apabila Wiya sudah mendapat idea.
“Aku dah ada idea,” kata Wiya.
“Apa dia?” tanya Ashraf yang tidak sabar-sabar mendengar idea Wiya.
“Aaahhhh… belanja aku minum air dulu… kering tekak aku ni,” kata Wiya selamba.
“Ye lah… jom, kat depan tu ada kedai,” kata Ashraf sambil menunjukkan sebuah kedai runcit berdekatan dengan tempat duduk mereka.
Sesudah beli air Ashraf bertanya, “Apa idea kau? Cepatlah cakap.”
“Kejap, kejap, tunggu aku habiskan air ni dulu. Tak menyabar langsung la kau ni,” kata Wiya. Sesudah habis air dihabiskannya Wiya berkata, “Macam gini idea aku. Apa kata kau dekat dengan perempuan lain? Lepas tu kau tunjukkanlah kemesraan kau tu dengan perempuan tu depan Nurul. Kalau dia marah, maknanya dia jealous… dan kalau jealous… maknanya suka…”
“Habis kalau dia selamba jer?”
“Kalau dia buat tak tahu jer maknanya dia takde feeling dengan kau.”
“Macam tu ke?”
“Alah, kau tak payah risau lah. Aku confirm Nurul tu suka kat kau.”
“Mana kau tahu?”
“Daripada perangai and mata dia. Aku dapat lihat yang dia sukakan kau. Apa-apapun kau berusahalah mendapatkan cinta Nurul tapi jangan lupa periksa… kita ni nak SPM tahun ni,” sindir Wiya dan berlalu meninggalkan Ashraf.
“Aku tahulah, kau boleh jadi perempuan tu tak?” Ashraf bertanya sambil memberi cadangan gilanya selepas dapat mengejar Wiya yang berlalu meninggalkannya.
“Kau dah gila ke apa? Tak naklah. Kau carilah perempuan lain. Aku tak nak masuk campur hal rumahtangga kau orang ni.”
“Aku nak cari siapa?”
“Kau carilah orang yang sukakan kau. Macam Zira tu ke,” cadang Wiya.
“Hmm, Zira, okey jugak.”
“Kau jangan terpikat dengan Zira tu sudahlah,” sindir Wiya.
“Takdenya aku akan terpikat dengan si Zira tu, si minah gedik. Dia bukan taste aku pun,” jawab Ashraf selamba. Wiya yang mendengarnya terkekek-kekek ketawa. “Kalau ada perkembangan Nurul masa aku jalankan operasi tu, kau inform kat aku tau. Kau kan kawan baik dia.”
“Okey,” jawab Wiya pendek. Mereka berlalu pergi pulang ke rumah.
Keesokan harinya, Ashraf menjalankan misinya untuk mengetahui Nurul menyukainya ataupun tidak. Seperti biasa Ashraf akan mengambil Nurul di rumah untuk pergi ke sekolah bersama-sama. Di dalam kereta mereka hanya diam sahaja. Sampai saja di sekolah, Ashraf terus mencari kelibat Zira. Ashraf meninggalkan Nurul seorang diri di parking kereta apabila melihat Zira.
“Hei Zira, tunggu sekejap. Kita jalan sama-sama,” kata Ashraf kepada Zira.
Zira yang terkejut dengan kata-kata Ashraf keriangan mendengarnya. “Hei you, you tak pernah-pernah pun nak jalan dengan I. Tapi takpe, I suka,” kata Zira.
‘Ya ALLAH, kau tahankanlah hamba-Mu ini,’ kata Ashraf dalam hati. Dia hanya tersengih-sengih mendengar kata Zira. Dia ada juga menjeling-jeling Nurul di tempat letak kereta. Kelihatan Nurul sudah berlalu pergi.
‘Sabar-sabar Ashraf, sabar. Ini untuk masa depan kau jugak,’ kata Ashraf dalam hati apabila Zira berada dekat dengannya. Sungguh dia merasa tidak selesa dengan Zira.
“Zira, you dah ada boyfriend belum?” sengaja Ashraf bertanya dengan melantangkan suaranya apabila melihat Nurul berjalan di hadapannya. Nurul yang mendengarnya hanya melihat dan terus kembali ke tempat duduknya di hadapan Zira. Kedudukannya memudahkan Ashraf untuk menjalankan strateginya.
“I belum ada lagi. I tunggu you lah,” jawab Zira. Wiya yang mendengar perbualan mereka hanya tersenyum kambing.
“Bagusnya you. You tunggu I. I tak sangka cinta you pada I sampai macam tu sekali. I pun tak tahu kenapa hati I ni tak terbuka lagi untuk you, tapi akan datang I tak tahu lah. Mungkin I akan suka you… sebab you ni cantik sangat,” puji Ashraf membuatkan Zira semakin menggedik. Zira memegang tangan Ashraf.
‘Aduh! Habis air sembahyang aku,’ kata Ashraf dalam hati tapi hanya membiarkan saja untuk menampakkan rancangannya berkesan.
“I akan tunggu masa itu. I akan buat you suka pada I and kita akan jadi the couple of the year kat sekolah ni,” kata Zira.
Nurul yang mendengarnya terus pergi keluar kelas. Hatinya panas saja mendengar pebualan antara Ashraf dan Zira. Ashraf hanya melihat Nurul keluar dan meninggalkan Zira. Ashraf pergi ke tempat Wiya.
“Macam mana Wiya, jadi tak lakonan aku??” Ashraf bertanya kepada Wiya dengan perlahan untuk mengelakkan Zira mendengar perbualannya.
“Jadi.”
“Tu Nurul keluar sebab marah ke?”
“Tak lah. Dia pergi ladies.”
“La, takkan nak terus berlakon jer. Bila Nurul nak cakap yang dia suka kat aku ni?”
“Sabar je lah. Sabar tu separuh daripada iman,” jawab Wiya selamba. Kelihatan Nurul hendak masuk ke dalam kelas. Ashraf segera kembali duduk bersebelahan dengan Zira dan sambung berbual.
“Kenapa you pergi?” tanya Zira kepada Ashraf.
“I ada hal sikit tadi dengan Wiya. Tadi ada Nurul, so I pergilah masa Nurul tak ada. Balik nanti I hantar you balik rumah, nak?”
“Of course lah I nak. Habis tu Nurul macam mana?”
“I kena hantar dia balik jugaklah sebab I dah janji dengan ayah dia.”
“Suka hati you lah. Asalkan I dapat bersama dengan you.”
Nurul dan Ashraf menuju ke tempat parking kereta untuk balik ke rumah. Ashraf terlupa yang dia akan membawa Zira sekali. Dia baru teringat yang keretanya tiada tempat duduk belakang.
Zira yang lagi tadi mengejar Ashraf memanggil, “Ashraf, tunggu I… kata nak hantar I balik.”
“Zira, ye lah. I lupa nak hantar you balik. Takpe, I suruh pengawal I hantar Nurul balik. You, I hantarkan. Kejap ye I nak cakap dengan Nurul,” Ashraf membuat keputusan. ‘Maaf Nurul, saya terpaksa buat semua ni,’ kata Ashraf dalam hati dan menuju ke arah Nurul.
“Nurul, hari ni saya tak dapat hantar awak balik. Saya dah janji dengan Zira nak hantar dia balik. Sorry. Awak tunggu kat sini tau. Saya dah suruh pengawal saya hantar awak balik, kejap lagi mereka sampailah. Saya pergi dulu tau,” kata Ashraf untuk menyakitkan hati Nurul.
“Okey,” jawab Nurul pendek tapi dalam hati, ‘Ya ALLAH, kenapa hatiku sakit melihat Ashraf bersama dengan Zira Ya ALLAH. Adakah aku sudah mula menyukai Ashraf?’
Ashraf segera membukakan pintu untuk Zira. “Persilakan tuan puteri,” kata Ashraf depan Nurul. Nurul hanya melihat mereka.
“Thanks my prince,” balas Zira dan terus duduk dalam kereta. “Bye,” Zira sengaja melambaikan tangannya kepada Nurul semasa kereta bergerak. Ashraf terus menghantar Zira pulang ke rumah.
Ashraf menelefon pengawalnya selepas menghantar Zira pulang. Dia sungguh risau bila meninggalkan Nurul sendirian. “Hello, dah hantar Nurul balik belum?”
“Sudah, tengku,” panggilan dijawab di hujung talian. Talian dimatikan.
“Nurul, kenapa balik dengan pengawal Ashraf? Ashraf tak hantar kamu balik ke?” Encik Razali bertanya setibanya Nurul di rumah.
“Tak. Ashraf sibuk hari ni,” jawab Nurul malas. “Ayah ada latihan tak petang ni?” sambung Nurul malas nak panjangkan perbualan tentang Ashraf buat sakit hati aje.
“Kejap ayah tengokkan jadual kamu. Kamu pergilah mandi dulu, nanti ayah panggil,” jawab Encik Razali. Ayahnya mencari jadual Nurul manakala Nurul naik ke atas untuk mandi dan menunaikan solat Asar.
Nurul berfikir dan bercakap sendirian, “Nurul, why you be like this?? Are you jealous, Nurul. Aaahhh… It’s all Ashraf’s fault! Nurul, kau ni dah mula sukakan Ashraf ke? Oohhh nnooo…! It should not be happen.”
“Nurul kamu dah siap ke belum? Hari ni ada latihan di studio,” ketukan pintu biliknya oleh Encik Razali membuatkan Nurul tersedar.
“Ye, ayah. Nurul dah siap ni,” balas Nurul.
Seperti biasa Nurul akan berlatih di studio. Nurul berlatih untuk persembahan di Hard Rock Café pada Ahad pagi di Kuala Lumpur. Hari ini, apa yang Nurul buat semuanya serba tak kena. Buat itu tak kena, buat ini salah.
“Sha, awak ni kenapa?? Awak asyik buat salah jer,” tanya Anuar yang merupakan guru vocal Sha.
“Takde apa-apa. Kita teruskan,” jawab Sha.
Sha memulakan nyanyian tetapi dihentikan Anuar, “Stop! Stop! Stop! Sha, I know there is something wrong with you. Okay, we take a break.”
‘Nurul, apa yang terjadi dengan kau ni. Concentrate and focus,okay?’ Nurul bertanya diri sendiri.
“Sha, Sha tak apa-apa? Sha gaduh dengan Ashraf ke?” tanya Encik Razali.
“Tak. Sha tak apa-apa. Cuma letih sikit,” jawab Sha untuk menafikan perasaannya terhadap Ashraf. Kemudian mereka meneruskan latihan.
Nurul seperti biasa menunggu Ashraf tiba untuk menjemputnya di depan rumah. Tapi Ashraf tidak muncul-muncul. Beberapa minit kemudian, sebuah kereta mewah menuju ke arahnya. Itu pengawal Ashraf.
“Cik Nurul, sila naik. Hari ini kami yang akan hantar Cik Nurul ke sekolah,” kata salah seorang pengawal Ashraf. Nurul naik ke dalam kereta tersebut.
“Boleh saya tanya?” Nurul memberanikan diri untuk bertanya semasa dalam perjalanan ke sekolah.
“Silakan, Cik Nurul,” jawab pengawal tersebut.
“Ashraf mana? Kenapa dia tak jemput saya hari ni?” Nurul mengemukakan soalan.
Pengawal tersebut serba salah untuk memberitahu tetapi Ashraf menyuruhnya memberitahu juga. Dia tak tahu apa yang Ashraf fikirkan. Pengawal tersebut menjawab, “Tengku menjemput Cik Zira, Cik Nurul.”
Nurul berasa sakit hati mendengar jawapan tersebut. Tapi dia mengawal sakit itu. ‘Kenapa Ashraf tak bagitahu aku pun? Setahu aku, aku takde pun sakitkan hati Ashraf. Kenapa Ashraf tiba-tiba jadi macam ni? Kenapa hati aku sakit bila Ashraf bersama dengan Zira? Betul ke aku sukakan Ashraf?’ Nurul bertanya dalam hati.
“Cik Nurul, Cik Nurul tak apa-apa ke?” tanya pengawal tersebut selepas melihat Nurul yang termenung panjang.
“Tak, tak, saya okey,” jawab Nurul.
“Ashraf, kenapa kita tak turun-turun ni?” Zira merungut di dalam kereta. Dah sampai ke sekolah tapi masih duduk di dalam kereta.
“Kejap lagi kita turun,” jawab Ashraf. ‘Mana Nurul ni? Tak sampai-sampai,’ kata Ashraf dalam hati. Kemudian dia melihat kelibat Nurul keluar daripada kereta pengawalnya. Dia pun keluar. Apabila Nurul sampai dekat, dia membukakan pintu untuk Zira. “Silakan, Princess,” kata Ashraf selepas membuka pintu untuk Zira.
“Thank you, my Prince,” jawab Zira gedik.
‘Eeeiii, gediknya minah ni. Ashraf ni pun satu, kenapalah dia bukakan pintu untuk si Zira ni? Zira tu takde tangan ke nak buka sendiri,’ kata Nurul dalam hati melihat Ashraf dan Zira. Dia hanya memandang tajam ke arah mereka dan berlalu pergi ke kelas.
“Nurul, kau kenapa? Macam bad mood jer,” tanya Wiya.
“Takde apalah,” jawab Nurul marah.
“Kalau takde apa kenapa marah?”
“Aku tak tahu lah. Ni semua Ashraf punya pasal. Kalau ye pun nak dating dengan Zira pagi-pagi buta ni bagitahu lah aku. Takdenya aku nak tercongok kat depan rumah tu. Baik aku pergi dulu naik motor aku tu, lagi bagus,” marah Nurul.
“La, hal tu je pun. Biarlah dia nak cari orang yang betul-betul sukakan dia. Yang kau ni nak marah-marah kenapa? Kau dah sukakan dia ke?” perangkap Wiya nak menjadi. Dasar pelakon punya Wiya.
“Hmm, aku pergi ladies dululah,” Nurul ingin lari daripada soalan maut Wiya.
“Betul ke cakap Wiya yang aku sukakan Ashraf?” Nurul bertanya diri sendiri di dalam tandas.
“Wiya, macam mana? Dah ada berita?” tanya Ashraf.
“Aku confirm 100% lepas ni Nurul akan cakap yang dia sukakan kau,” jawab Wiya.
“Mana kau tahu?”
“I know lah. Eh Nurul, sekejapnya kau pergi tandas,” kata Wiya selepas melihat kelibat Nurul masuk ke dalam kelas. Nurul hanya mendiamkan diri. Ada Ashraf di situ membuatkan dia tak nak bercakap. Kira macam mogoklah kononnya. Dia terus keluarkan bukunya.
“Nurul, awak marah ke saya tak jemput awak pagi tadi?” tanya Ashraf. Nurul masih mendiamkan diri. “Kenapa awak tak jawab? Saya tanya ni,” sambung Ashraf lagi tetapi Nurul hanya mendiamkan diri.
‘Padan muka kau! Heehehee,’ jerit Nurul dalam hati.
“Okay, find. Saya salah. Esok saya janji akan jemput awak tapi hari ni awak balik dengan pengawal saya,” sambung Ashraf lagi.
‘Kalau macam tu baik tak payah cakaplah, buat aku makin sakit hati je,’ kata Nurul dalam hati.
“Tak payah lah. Saya boleh naik bas,” baru Nurul ingin berkata dengan Ashraf.
“Okey, suka hati awaklah. Tapi saya memang janji esok saya jemput awak,” kata Ashraf.
‘Kau tak halang aku pun. Kurang asam jawa betul mamat ni,’ marah Nurul dalam hati.
Seperti yang dijanjikan Ashraf, pagi keesokan harinya dia akan menjemput Nurul. Tapi hari ni Ashraf tak pakai kereta sportnya. Dia memakai kereta yang selalu dipakai oleh pengawalnya. Nurul hairan. Tidak selalunya Ashraf memandu kereta itu. Kereta itu berhenti di depannya. Dia melihat kelibat seorang perempuan di dalam kereta itu. Dia terpaksa duduk di belakang.
“Zira…,” terkejut Nurul apabila mengetahui perempuan itu adalah Zira.
“Hello Nurul. How are you?” kata Zira memandang Nurul di belakang sambil memegang lengan Ashraf.
“Aku baiklah. Kalau aku tak sihat aku tak datang ke sekolah,” malas Nurul melayan Zira.
“Oohh… I see… Sayang jomlah jalan. Apa yang you tunggu lagi ni? Nanti kita lambat pergi sekolah,” kata Zira manja. Memang boleh cairlah kalau lelaki mendengarnya tapi bukan pada Ashraf.
“Okey, kita bertolak sekarang,” Ashraf hanya senyum sahaja.
‘Sukalah tu kena pegang. Eeii Zira ni, aku debik kang bersepai. Nak manja-manja pulak dengan Ashraf. Si Ashraf ni pun satu, melayan je,’ kata Nurul dalam hati.
“Nurul, you nak tahu. Ashraf cakap dengan I yang you ni membosankan,” kata Zira di dalam bilik air yang menempatkan mereka berdua sahaja di situ. Pandai-pandai je Zira buat cerita. Ashraf tak pernah pun cerita benda yang tak baik tentang Nurul padanya.
“Ye ke? Ashraf cakap macam tu. Dia cakap apa lagi,” Nurul melayan untuk mengetahui perkara yang diberitahu Zira lebih lanjut.
“Lagi dia cakap yang you ni tak sesuai dengan dia. Bagai langit dengan bumi. Kalau dengan I sepadanlah. Dia nak dengan you pun sebab dia kesian dengan you. You takde orang nak,” kata Zira yang menambah perasa.
“Lagi,” tanya Nurul. Setakat ni dia boleh tahan dengan kata Zira.
“Dia kata, you ni dahlah tak cantik ada hati nak dengan dia yang hensem tu. You tu miskin tak sesuai masuk ke sekolah ni. Dia tak cintakan you. Lagi satu yang I tak boleh nak percaya… dia hanya nak permainkan perasaan you aje.”
“Zira, dah habis? Kalau dah habis aku nak chaw dululah. Terima kasihlah sebab sudi beritahu aku,” kata Nurul dan terus keluar daripada ladies. Keluar saja dari bilik air, air matanya keluar menitis ke pipi. Dia sudah tak tahan dengan kata-kata Zira. “Nampaknya aku memang betul-betul dah sukakan Ashraf. Tapi kenapa bila aku dah suka dengan dia, hal ini pula yang terjadi. Dia mainkan perasaan aku,” kata Nurul seorang diri.
“Ashraf, jom hantar I balik,” kata Zira.
“Okey, Nurul jom saya hantar awak balik sekali,” kata Ashraf.
“Takpelah, aku naik bas jer,” jawab Nurul.
“Mana boleh… saya dah jemput awak pagi tadi so saya mesti hantar awak. Jom.” Ashraf menarik tangan Nurul. Nasib baik beralas dengan lengan baju Nurul. Zira hanya mengekori mereka daripada belakang. Geram.
Ashraf membukakan pintu untuk Nurul tapi yang masuknya Zira duduk di depan. Nurul terus membuka pintunya sendiri di belakang.
“Kita hantar Zira dulu, okey?” tanya Ashraf.
“Okey, sayang,” jawab Zira.
“Suka hati kau lah,” jawab Nurul.
Selepas menghantar Zira balik, Ashraf ingin menghantar Nurul pula. Tiba-tiba Nurul teringat kata-kata Zira di dalam tandas pagi tadi. Kata-kata yang sangat menyakitkan hatinya.
“Ashraf, berhentikan kereta,” pinta Nurul. Air matanya seakan mahu keluar lagi.
“Kenapa? Rumah awak,kan jauh lagi,” Ashraf kehairanan.
“Aku kata berhenti, berhentilah,” jerit Nurul. Ashraf yang terkejut dengan percakapan Nurul terus memberhentikan kereta. Nurul terus keluar daripada kereta. Ashraf terkejut dengan perbuatan Nurul. Kedengaran bunyi guruh menandakan hujan akan turun. Macam lebat je. Ashraf keluar daripada kereta untuk mengejar Nurul.
“Nurul! Nurul!” Ashraf memanggil tapi Nurul tidak menoleh pun. Ashraf terus mengejar Nurul. Mereka sudah jauh daripada kereta. Hujan turun dengan lebatnya. Nurul hanya membiarkan hujan jatuh ke atas dirinya. Ashraf tetap mengejar Nurul.
“Nurul, kenapa ni?” soal Ashraf selepas berjaya menarik tangan Nurul menoleh ke arahnya. Mereka sudah kehujanan.
“Nurul, answer me,” sambung Ashraf.
“Kenapa Ashraf? Kenapa?” hanya itu yang keluar daripada mulut Nurul.
“Kenapa apa? Saya tak faham?”
“Kenapa kau sanggup lakukan semua ni terhadap aku?” pilu suara Nurul.
“Apa yang dah saya lakukan?” soal Ashraf kembali. Walaupun hujan, dia nampak air mata Nurul sedang mengalir dengan deras.
“Boleh kau tanya lagi apa yang dah kau lakukan? Ashraf pleaselah. Kenapa kau mainkan perasaan aku? Zira dah cakap semuanya. Kenapa bila aku dah sukakan kau, kau mainkan perasaan aku?” jerit Nurul dengan aliran air mata ke pipi.
Ashraf terkejut dengan kenyataan Nurul. Dia bertanya kembali untuk mendapatkan kepastian, “Awak sukakan saya?”
“Ya! Puas hati kau sekarang. Kau dapat mainkan hati aku ni,” kata Nurul geram.
“Finally! I know you love me. But trust me, saya tak mainkan perasaan awak. Saya betul-betul cintakan awak,” jawab Ashraf jujur.
“Sudahlah Ashraf. Aku dah tahu semuanya. Zira dah cakap dengan aku.”
“Zira cakap apa?”
“Kau hanya nak mainkan perasaan aku je.”
“Zira cakap macam tu. Oh no, pleaselah. Don’t trust her. Saya tak pernah cakap apa-apa yang buruk pasal awak pada dia. Lagipun awak tiada keburukan di mata saya.”
“Habis tu kenapa kau dekat dengan Zira? Masakan tak ada angin pokok bergoyang?”
“Kalau pokok tu sengaja nak goyangkan dirinya boleh terjadi jugakan?” seloroh Ashraf. “Okey, saya beritahu. Saya dekat dengan Zira sebab nak tengok awak ni suka saya ke tidak. Kalau awak tak percaya, awak boleh tanya Wiya. Ni semua idea dia. I mean… saya yang minta idea dia. Nampaknya idea ini berkesan. Awak betul-betul sukakan saya. So, boleh tak kita pergi ke tempat teduh? Saya dah basah kuyup ni,” sambung Ashraf membuatkan mereka meneruskan perbincangan di pondok berdekatan.
“Betul ke apa yang awak cakap tadi?” soal Nurul menginginkan kepastian.
“Betul. Saya tak sangka yang awak ni mudah terpengaruh dengan kata-kata Zira. Saya hanya cintakan awak, okey? Trust me and forgive me. I have been hurt your heart, right?”jawab Ashraf yakin dan ikhlas dari hati.
“Awak tak tipu, kan? Kalau awak tipu, siaplah awak saya kerjakan. Saya ada silat tau,” gurau Nurul. Sememangnya Nurul belajar silat setiap hujung minggu Ahad di sekolah. Tetapi dia hanya sempat pergi apabila tiada hal berkaitan dengan Sha.
“Waaahh… takutnya saya. So, kita dah couple dengan sah lah ni?” Ashraf memberi soalan maut.
“What do you think?” kata Nurul sambil mengelap air matanya.
“We are couple of the year…” jerit Ashraf. Kemudian mereka ketawa bersama-sama.
Beberapa bulan kemudian…
“Nurul, saya ada perkara nak bincang dengan awak,” kata Ashraf ketika mereka berjalan-jalan di tepi pantai Tanjung Piai sempena cuti sekolah. Ashraf, Nurul, Wiya dan beberapa rakan sekelas yang lain bercuti bersama-sama. Selama beberapa bulan ini mereka bahagia dengan hubungan yang sedang dijalankan. Mereka keluar malam melihat keindahan alam semesta yang tercipta dengan indah. Rakan-rakan yang lain sudah pun ngorok dalam bilik masing-masing. Nurul juga mahu tidur tapi dikejutkan dengan sms daripada Ashraf bahawa dia ingin berjumpa.
“Ada apa? Look serious,” balas Nurul.
“Nurul, lepas SPM ni awak nak belajar dekat mana? Dalam negara atau luar negara?” tanya Ashraf seperti ada sesuatu yang disembunyikan.
“Saya rasa kalau boleh nak belajar dekat universiti di Kuala Lumpur. Senang sikit saya nak buat latihan dan persembahan nanti. Takde lah saya nak berulang-alik lagi. Lagipun ayah dah susah nak bantu saya. Dia kena uruskan kedai. Saya pun tak naklah sentiasa menyusahkan ayah. Kenapa awak tanya?” Nurul pelik dengan perangai Ashraf. Tak pasal-pasal bertanya pasal belajar lepas SPM.
“Betul ke awak tak nak belajar luar negara?” Ashraf bertanya lagi. Kali ini kelihatan resah.
“Yup! Kalau saya belajar dekat luar negara nanti susah nak lawat ayah. Ayah sorang-sorang je kat sini. Awak ni kenapa? Asyik bertanyakan hal yang sama je. Ada apa-apa yang tak kena ke? Beritahulah saya,” pinta Nurul yang semakin resah dengan perangai Ashraf. Dia seperti dapat rasakan yang Ashraf akan pergi jauh daripadanya.
“Nurul, sebenarnya… papa saya… nak saya belajar di Australia. Lepas tamat peperiksaan, saya akan terus terbang ke Melbourne, Australia. Empat tahun. Masa yang sangat lama bagi saya. Saya tak nak berjauhan dengan awak. Saya akan rindu awak nanti.Tapi…”
“Kalau dah papa awak nak awak sambung belajar dekat Australia, pergi sajalah. Saya tak kisah. Awak jangan pedulikan saya dekat sini. Sekarang teknologi dah canggih. Kita boleh contact bila-bila masa saja,” Nurul memotong kata Ashraf. Sungguh dia sangat pilu dengan perkhabaran yang disampaikan Ashraf tadi. Dia pun tak nak berjauhan dengan Ashraf. Tapi nak buat macam mana? Ini kehendak keluarganya dan untuk masa depan Ashraf juga.
“Betul ke awak tak kisah? Tapi kita baru je bercinta. Saya takut akan kehilangan awak. Saya betul-betul cintakan awak. Saya tak mahu kehilangan awak. Saya takut awak berubah hati kepada orang lain,” Ashraf kebimbangan.
“Saya pun takut kehilangan awak. Saya cintakan awak juga,” jawab Nurul sedikit sebak memikirkan dia akan kehilangan Ashraf.
“Saya nak kita berjanji yang kita takkan berubah hati walau berapa lama pun tidak berjumpa. Kita akan tetap setia bersama. Biarlah tempat ini menjadi saksi kita akan tetap bersama tidak kira susah dan senang. Promise,” cadang Ashraf. Kedengaran angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan ombak memukul pantai. Bunyi yang sangat tenang di jiwa.
“Saya… saya… insya-ALLAH” kata Nurul ragu-ragu. Tanpa disedari air matanya mengalir satu persatu membasahi pipi.
“Awak janganlah nangis,” pujuk Ashraf. Namun pujukan Ashraf tidak membawa makna kepada Nurul yang semakin banyak air yang mengalir di kelopak matanya.
“Nurul, cepatlah sikit. Nanti tak dapat jumpa,” arah Wiya setibanya mereka di lapangan terbang Senai. Mereka baru habis bertarung dengan peperiksaan besar iaitu SPM. Maknanya, mereka ingin menemui Ashraf. Mereka mencari-cari kelibat Ashraf di tempat perjumpaan penumpang.
Kelihatan Ashraf sudah hendak memasuki tempat melihat tiket oleh jaga yang bertugas. Wiya segera memanggil Ashraf. “Ashraf…!” jerit Wiya. Ashraf menoleh dan menuju ke arah mereka.
“Nurul, Wiya,” Ashraf sangat terkejut dengan kehadiran Nurul dan Wiya. Ibu bapa Ashraf tidak kelihatan.
“Mana mama dengan papa kau?” Wiya bertanya selepas dia sedar bahawa ibu bapa Ashraf tiada di situ.
“Mama dengan papa aku tak hantar. Dia nak aku berdikari. Pergi sendiri,” jawab Ashraf. Kedengaran suara yang memanggil penumpang yang akan menaiki pesawat menuju ke Australia. Itu adalah penerbangan Ashraf.
“Nurul, kau masih ada lagi kan gelang yang aku hadiahkan pada kau tu?” tanya Ashraf. Nurul hanya mengangguk. Dia tak tahu nak cakap apa. Perasaan sedih sudah mula menyelubungi diri. “Kalau kau rindu aku, kau tengoklah gelang tu. Kalau tak pun kau sentiasa pakai gelang tu,” sambung Ashraf. Dia dapat melihat air mata Nurul sudah mula menjatuh.
Nurul pula memberi sesuatu kepada Ashraf. Topeng Sha yang berwarna biru semasa membuat konsert pertama. Topeng itu merupakan topeng kegemarannya dan dia sangat menyanyangi topeng itu. “Ashraf, kalau kau rindu aku, kau tengoklah topeng ni. Kau jaga topeng ni baik-baik macam nyawa kau sendiri tau. Aku sayang sangat topeng ni,” pinta Nurul. Kedengaran petugas memanggil penumpang untuk kali kedua.
“Baiklah Nurul Khalisha. Aku akan jaganya dengan sebaik mungkin,” kata Ashraf. Wiya yang memerhati lagi tadi menjadi sebak dan mengalirkan air mata. Berperasaan juga si Wiya ni. Selalunya dia tiada perasaan pun.
“Wiya, jaga awek aku ni baik-baik,” Ashraf pesan pada Wiya. Wiya hanya mengangguk. Mereka melihat Ashraf masuk ke dalam kapal terbang dan berlepas.
Mereka sepertinya tidak perasan ada yang memerhati mereka sejak tadi. Secara tidak sengaja orang itu terserempak dengan mereka. Topeng yang dikeluarkan Nurul membuatkan dia berhenti dan memerhati mereka. Siapa lagi kalau bukan wartawan yang ingin membongkar identiti Sha? Roy…
Share this novel