BAB 15 - PENUNGGU KEM

Horror & Thriller Completed 4233

Kali ini tanpa berlengah lagi, mereka terus angkat kaki langkah seribu. Tak tahan kena kacau macam tu, mereka lari balik ke bilik berkawal. Lepas tu, kami cerita la kejadian yang baru alami ni kat pelatih lelaki.

Malam tu, ingatkan kami je yang terkena, rupa-rupanya pelatih lelaki yang berkawal masa giliran Rizal tu jugak kena kacau. Rizal dah tak ingat dah cerita hantu diorang kena kacau macam mane tapi yang pastinya mereka pun kena kacau dengan hantu dalam tandas jugak. Cuma hantu tu bukan main dengan suis lampu la tapi main dengan benda lain.

Sejak hari tu, Rizal dah tak nak dah berkawal antara shif 12 hingga 2 pagi dan 2 hingga 4 pagi. Saya biasanya amik shif jam 4 – 6 pagi je, sebabnya pukul 5 pagi kebanyakan pelatih dah bangun untuk mandi dan bersiap² untuk solat subuh.

Jadi waktu untuk saya dan dua pelatih berkawal yang lain kiranya tak sunyi sangat la sebab pelatih lain da bangun da kan.

Meremang sekejap bulu-bulu roma bila teringat balik kat cerita hantu kem ni. Selepas itu, Rizal sendiri nampak bayang-bayang kat tingkap tapi takde orang pun dan kawan saya sendiri pun nampak bayang-bayang ni. Selepas tengok bayang-bayang tu, mereka kena tindih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience