BAB 6- Penunggu Rumah

Horror & Thriller Completed 4233

Rizal, Sham dan Kamil adalah sahabat karib. Mereka berkawan sejak di tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi lagi. Kebetulan ketika mereka berada di tahun ke 3, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampus lagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyewa di luar. Setelah puas mencari rumah, akhirnya mereka bersepakat untuk menyewa sebuah rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni.

Memandangkan sewa yang ditawarkan agak murah, tanpa berfikir panjang mereka terus bersetuju. Rumah teres itu dimiliki oleh seorang lelaki tua yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Nek Leah. Kali pertama berjumpa dengan Nek Leah ketika menyerahkan wang deposit, mereka sangat terkejut. Wajah orang tua itu amat menakutkan mereka.

Keningnya hitam lebat, air mukanya sangat garang dan matanya sentiasa meliar ke sana ke sini serta berwarna merah. Mujur juga orang tua itu cepat mengundur diri. Namun matanya tidak berkedip memandang Kamil.

Setelah sebulan menyewa di rumah itu, mereka dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Setiap kali malam Jumaat mereka dapat menghidu bau wangi. Ada ketikanya mereka ternampak seperti kelibat Nek Leah di dalam rumah itu. Lebih meyakinkan lagi, Rizal dan Sham melihat sendiri Nek Leah sedang memerhatikan Kamil tidur di bilik tidurnya. Keesokan pagi, Rizal dan Sham terus menceritakan segala yang dilihat malam tadi kepada Kamil dan dia kelihatan sungguh terperanjat, sedangkan pada hari tersebut dia tidak pulang ke rumah.

Lagipun jika difikirkan secara logik, buat apa dia benarkan Nek Leah tidur bersamanya di dalam bilik? Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Kamil mendapati ada kesan lebam dan calar-calar di badannya.

Sementara berusaha mencari rumah sewa yang lain, baik Rizal, Sham dan Kamil, masing-masing tidak berani lagi duduk sendirian di rumah, jika Rizal atau Sham pulang lewat, Kamil sanggup menunggu mereka di depan pagar rumah. Untuk masuk bersendirian ke dalam rumah, tidak sama sekali. Di saat itu tiba-tiba sahaja bulu roma Kamil meremang. Kemudian pantas sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah.

Malam itu sedang mereka tidur nyenyak tiba-tiba sahaja Kamil menjerit dan mengilai. Seluruh tubuhnya menjadi kejang dan matanya merenung tajam ke arah Rizal dan Sham. Rambut Kamil yang sedikit panjang mencecah bahu mengerbang. Kedua sahabat itu tidak berani memandang muka dan mata Kamil yang sudah mula merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience