BAB 5 – Penunggu Bunian

Horror & Thriller Completed 4233

Di ruangan itu juga Rizal mengajar mengaji al-quran. "Sejak saya mula mengajar di ruangan ini, selalu ada bunyi seperti kehadiran sesuatu di atas bumbung. Malah, ada pak cik-pak cik yang belajar di sini berkata, mereka rasa lain macam. Kadangkala mereka perasan ada bunyi seperti orang masuk ke dalam.

"Di waktu lain sewaktu solat, terasa seakan ada orang lain yang menyusup di saf mereka. Tapi tidak nampak kelibat sesiapa. Ada juga yang berasa bagai ada orang duduk di samping mereka tatkala mendengar pembelajaran.

"Saya sebenarnya tahu ada 'benda' yang turut sama dalam kelas saya. Tapi, saya tidak tahu siapa kerana ia tak pernah memperkenalkan diri. Setahun perkara itu berlalu hinggalah suatu hari, penghulu bunian yang pernah saya temui dulu datang berjumpa saya semula. Dia beritahu dia mahu dua anak lelakinya turut belajar dengan saya," cerita Rizal panjang lebar.

Hanya dia yang tahu kehadiran anak-anak penghulu itu setiap kali dia mengajar walaupun pada pandangan mata kasar manusia, ia tidak kelihatan. Dan katil di belakang ruangan itulah menjadi tempat anak-anak penghulu itu duduk atau berbaring.

"Kadangkala tilam katil itu mendap seperti ada orang sedang duduk di atasnya. Pemah juga orang yang tangkap gambar katil itu tanpa sengaja merakamkan bayangan dua orang kanak-kanak di situ."

" Usia anak penghulu bunian itu lebih kurang 80 tahun, tapi seperti kanak-kanak usia lapan tahun. Dah lima tahun saya mengajar mereka," tenang Rizal memberitahu. Kata Rizal lagi, penghulu bunian itulah yang berinteraksi dengan lembaga pendamping katil itu agar pergi dan tidak membuat onar.

"Tak tahulah apa perjanjiannya. Lembaga itu tak pernah muncul lagi selepas bersetuju dengan penghulu bunian itu," terangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience