BAB 4 – Penunggu Bunian

Horror & Thriller Completed 4233

Ada sekali Rizal mendapat sebiji labu air dari sebuah rumah lama yang terbiar. Ada banyak 'penghuni' dalam labu itu. Setelah 'berbincang' dengan penghuni itu, Rizal kumpulkan kesemua mereka dan letak dalam bungkusan untuk dihanyutkan dalam air mengalir. Lalu dia menyuruh salah seorang kawannya untuk mencampakkan bungkusan itu ke dalam sungai. Tetapi, kawannya hanya meletakkan bungkusan tersebut di bawah jambatan di tepi sungai. Akibatnya, malam itu kawannya menelefon kerana tidak tahan diganggu.

"Memang agak susah nak buang 'pendamping'. Tapi, disebabkan setiap hari saya dan yang lain-lain selalu berzikir dan membaca al-quran di sini, 'benda' itu pun tak tahan hendak tinggal lama di sini sebab panas," katanya lagi.

Lain pula cerita katil antik itu. "Oh! Katil itu saya bawa pulang dari sebuah rumah pusaka yang terbiar di Kuala Pilah. Saya minta izin dari warisnya. Kata pewarisnya, mereka sendiri takut hendak masuk apatah lagi mengambil barangan lama dalam rumah itu," jawab Rizal.

Dia yang tertarik dengan katil besi klasik itu membawanya pulang ke rumahnya di Pasir Panjang, Port Dickson. Malam itu semasa tidur, Rizal bermimpi didatangi lembaga hitam yang besar yang marah kerana mengambil katil itu. Lembaga itu memijak-mijak tubuhnya. "Saya hanya terjaga bila ibu mengejutkan kerana mendengar saya terjerit-jerit. Walaupun mimpi, tapi tubuh saya terasa sakit-sakit. Pernah saya pujuk lembaga itu untuk pergi, tapi dia enggan," jawabnya lagi.

Jadi, katil besi itu masih ada 'tuannya'?
"Katil itu sudah 'bersih'. Jangan risau," jawabnya dalam senyuman. "Penghulu bunian yang berjaya mengusirnya."

Rizal pun bercerita, dulu sekitar penghujung tahun 1990-an, dia pernah belajar di sebuah madrasah tidak jauh dari rumahnya. Di situlah bermula perkenalannya dengan penghulu bunian itu. "Dia datang apabila saya berseorangan di madrasah itu. Dia beritahu, dia pun belajar di madrasah itu juga. Mulanya, saya hairan sebab tak pernah nampak dia pun. Tapi, akhirnya baru saya faham dia dari alam lain," kata Rizal.

Malah, penghulu itu juga pernah membawanya 'melawat' perkampungannya. Jelas Rizal, dia tidak menghairankan kerana kawasan di situ memang dikenali banyak perkampungan bunian.

"Kampung mereka macam kita manusia juga. Cuma seni bina rumah mereka seperti rumah zaman dulu. Surau mereka tinggi-tinggi. Masyarakatnya juga sangat warak. ' Para wanitanya bertelekung. Yang berbeza hanyalah usia mereka yang lebih panjang daripada manusia. Seperti penghulu itu, usianya sudah lebih 300 tahun. Tapi kalau lihat wajahnya hanya seperti lelaki yang berusia 40-an," ceritanya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience